19 Julai 2011

kerabu taugeh dan kerang

kerabu taugeh dan kerang

air asam kerisik

salam muhibbah...hari tu kan aku dah kongsikan resepi kerabu pucuk paku kan. kat citu jugak aku mention leh gantikan pucuk paku tu ngan apa2 jer kan. hah ni ler hasil ape2 jer penganti kepada pucuk paku tu. kerabu taugeh n kerang. kat atas tu jugak aku saje jer tunjuk kat korang. tu ler air asam yang diletakkan kerisik. boleh dicicah dengan ulam yang direbus, daging ataupun ape ajer la. tu air tangan my hubby tuh. ringan kerja aku bila hubby ringan tangan nak tolong. haha.. apa yang penting, kerjasama kan. kalau nak resepi air asam ni lain kali aku bagi yo.

siakap 3 rasa...



alohaaaa..hehe..hah ari tu aku masak siakap 3 rasa. bila suami ada kat umah memang ler masak beria-ia. tapi kalau makan sorang tak der la gni. ye la makan sorang mana best nak masak beria-ia gni. asal boleh ajer la.nasib baik my hubby ni bukan jenis memilih makan. tapi biasanya kalau dia ada aku tanya dulu nak makan per. hah kat bawah ni aku kongsi resepi yer. ni resepi aku punya la yer. ikut selera aku n suami. hahahaha. nak cuba boleh jer.

bahan-bahan:

1 ekor ikan siakap (optional)
2 sudu besar cili yang di kisar
1 batang serai (diketuk)
sedikit air asam jawa
1 biji limau nipis
2 sudu besar cili sos

bahan dikisar/ ditumbuk:

1 batang serai (dipotong halus)
1 biji bawang besar
5 ulas bawang putih

bahan potong dadu:
1 biji tomato
5 biji cili padi (yang ni potong jer camner pun)
1/2 biji carrot
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
(boleh ditambah bahan-bahan lain contohnya nenas dan celery)

cara buat:

1. ikan dibersihkan dengan limau untuk hilangkan bau dan hanyir. setelah bersih perapkan dengan garam dan kunyit. lepas tu goreng dalam minyak yang banyak dan panas.
2. tumis bahan kisar tadi hingga naik bau.masukkan serai ketuk. kemudian masukkan cili kisar. biarkan hingga pecah minyak. kemudian masukkan air asam jawa dan biarkan sehingga betul2 masak kemudian barulah dimasukkan cili sos. masukkan sedikit gula dan garam. adjust rasa.
3. Masukkan bahan yang dipotong dadu tadi. kacau bagi sebati. boleh jugak diletakkan perahan limau nipis.
5. setelah siap tuangkan atas ikan.

selamat mencuba yer. ni menu paling senang jugak ler. boleh dimodified lagi ikut citarasa sendiri. aku just bagi basic ajer. ikut suka you all ler nak masak camner.

18 Julai 2011

nasi ayam....percubaan pertama


hmmm..nasi ayam..actually aku bukan suka sangat pun tapi keinginan nak cuba tu tetap ader. alhamdulillah percubaan pertama not bad.best jugak sesekali cuba masak cenggini kan. memula tu risau ler takut tak jadi. tahap gaban punya risau tapi kena take it positif ler. puas hati ler menjadi nasi ayam aku ni walaupun main hentam jer. gambar nasi jer tak sempat snap. nak resepi ker. nanti aku masukkan yer. menu on that day, nasi ayam, sup, kerabu tauge n air asam untuk cicah ayam tu. tak buat pun sosnya. air asam my hubby yang buat. hehehe....hah ni ler menu kitaorg ari sabtu tu. best tak?????hahahah...jemput ler jamah mata jer...

hah ni resepi nasi ayam simple yang aku masak. takder la susah sangat kalau ikut resepi aku ni sebab aku tak suka benda yang terlalu complicated

bahan-bahan kisar:(digunakan untuk tumis nasi, sup dan perap ayam)

2 biji bawangbesar
10 biji bawang putih
2 cm halia (nak letak banyak sikit pun tak per)
2 batang serai
sedikit black pepper

untuk sup:
1. tumiskan sedikit bahan kisar tadi hingga naik bau. masukkan ayam. kacau dan biarkan sebentar.
2. masukkan 1 jag air(terpulang kepada anda). biarkan sehingga hampir mendidih dan angkat ayam tersebut dan toskan.
3. bahagi dua sup tersebut. separuh lagi digunakan untuk masak nasi. perasakan sup tadi, letak daun sup dan carrot sekiranya mahu.

untuk nasi;
1. basuh beras dan toskan dan kemudian dimasukkan kedalam periuk.
2. tumis bahan kisar tadi hingga naik bau. boleh diletakkan daun kari, bunga cengkih, bunga lawang dan kulit kayu manis sekiranya mau. boleh jugak letak halia dan bawang yang diracik.
3. masukkan kedalam beras yang dibasuh tadi, masukkan air rebusan ayam tadi dan masak seperti biasa. jangan lupa letak garam pulak yer. kan tawar nasi.

untuk perap ayam :

1. perapkan ayam dengan bahan kisar tadi, boleh jugak diletakkan sos tiram tapi kalau takder kicap pun boleh, letak garam sikit dan bagi yang nak pedas boleh letak serbuk cili atau cili kisar.
2. perap dalam 15 ke 20 minit. lagi lama lagi bagus.
3. lepas sudah perap bolehlah digoreng.

untuk sambal kicap:

cili
kicap manis
bawang putih

1. tidak dimaklumkan kuantiti kerana terpulang kepada anda. sapa suka pedas boleh la letak lebih. blend semua bahan. bagi nak pekat boleh la letak tepung jagung ker. nak lagi best perah limau nipis.

sambal untuk ayam:

cili merah
bawang putih

1. masak sebentar kesemua bahan. kemudian toskan.
2. blend bahan tadi dan masak balik serta diletakkan perasa(gula dan garam). boleh juga diletakkan cuka.
3. kalau nak pedas boleh juga dicampur dengan cili padi. apapun boleh di ubahsuai ikut citarasa sendiri. kat sini just basic sahaja.

15 Julai 2011

kerabu pucuk paku

kerabu pucuk paku. my late mum punya resepi...yummmyyyy n salah satunya benda yang aku paling suka.. aku cilok resepi arwah mak aku sebab aku rindu sangat nak makan kerabu dia. so far takder orang yng pandai buat macam dia buat ler. aku reti buat pun sebab akulah penunggu setia dan pemerhati n jugak tukang rasa time dia buat kerabu.tapi yang aku buat ni bahan dia tak complete. hah resepi kat bawah ni yer. resepi ni kalau tak nak pucuk paku boleh guna bahan lain n boleh gak campur ngan kerang. sedap tuh...

BAHAN-BAHAN

1 ikat pucuk paku
2 sudu besar kerisik (nak letak bnyk sket pun takper.depend kepada anda)
sedikit santan (optional)
1 biji bawang besar(racik)


bahan kisar atau tumbuk( arwah mak suka tumbuk tapi bagi yang nak mudah macam aku blend ajer). ok kalau korang tau buat sambal belacan bahan dia sama jer just tambah xtra benda lain.

3 biji cili merah
4 biji cili padi
1 nos bawang besar( kalau besar sgt 1/2 ajer letak.apapun depend on u all la)
1 nos serai
sedikit belacan
secubit dua garam
sedikit air asam jawa

bahan kisar ni boleh jugak ditambah lengkuas.benda takder so aku tak letak.aku blend guna air asam jawa.

cara buat:

1. pucuk paku yang dah dicelur, toskan dulu bagi air dia kering sket.
2. masukan dalam bowl bahan kisar tadi sekali ngan kerisik. gaul rata. masukkan pucuk paku tadi. gaulkan bagi sebati. ari tu aku terlupa nak beli santan so tak letak tapi nak letak pun boleh. resepi mak aku dia letak jer. masukkan bawang besar. gaul bagi sebati.kalau tak masin tambah ler garam.perahkan sedikit limau nipis.lepas dah gaul sebati, dan adjust ler rasa.
3. nak sedapkan resepi tu leh jugak korang tambah kerang. takpun gantikan pucuk paku tu ngan tauge.

selamat mencuba.....yummyyyyy..

resepi udang bersos

udang bersos

hai guys. salam satu malaysia. sja jer nak kongsi kat korang menu ringkas yang paling mudah dan senang bagi yang sibuk bekerja disiang hari. bagi yang buntu nak mask aper. boleh ler mencuba

UDANG BERSOS

20 ekor udang (tak kira ler korang nak letak yang kecik ker besar)

Bahan kisar:

1 nos bawang besar ( make sure yang besar ler)
4 ulas bawang putih (nak lebihkan pun tak per)
1 batang serai

bahan potong dadu:

1 nos tomato
1/2 nos carrot
1 nos bawang besar(size kecik pun tak per)
5 biji cili padi (hah yang ni tak yah dadu. potong ajer camner pun)
boleh jugak nak masukkan sayur lain cth celery, nenas ker. kiranya optional lah semua bahannya.

bahan lain:
2 sudu besar cili kisar (lebihkan sket pun tak per selalunya aku guna senduk ajer- 2 senduk cili)
2 sudu besar sos cili

cara buat:

1. bagi yang suka goreng dulu udang leh goreng dulu kiranya kuah tu just tuang jer kat atas. bagi yang tak suka goreng dulu pun boleh tapi aku suka goreng dulu lah.
2. tumis bahan kisar hingga naik bau, kemudian masukkan cili kisar dan masak hingga pecah minyak.
3. masukkan sos cili dan bagi betul masak barulah dimasukkan bahan dipotong dadu tadi. masukkan garam sket jer.
4. akhir sekali masukkan udang yang digoreng tadi. gaul hingga sebati dan angkat. kalau nak bau dia nice boleh tabur daun sup kat atas. hehehe...

ni menu paling ringkas dan mudah. selamat mencuba yerrrr

pd..mesyuarat pemilihan

welcome to selesa beach resort. bintang yang aku nak bagi 2 dari 5. hahaha...kenapa? datang dan inap sendiri lah. tu dari segi penginapan tapi view dia ok ler. ni gambar dekat lobi...
ni view dari bilik aku. kebetulan dapat bilik view dia ok. hehehe...tepi beach lagi you.

ni tempat makan kat area ctu.dah bosan makan kat hotel sebab sama jer menu. hahaha..kat sini lak menu satu jer. takper la.belasah ajer sebab org belanja

hah ni lak hahaha saje jer nak tunjuk aku dah makan abis. ni tea time. menu cekodok n aper yer. lupa...

hah ni ler depan resort tu. ni gambar lepas abis meeting 5.30 sebelum balik bilik. malam sambung lagi sampai 12 mlm. so guys..ni jer yang aku nak kongsikan kat sini.

HASIL TANAMAN ANGGUR KALI KE EMPAT DAN SOKSEK SOK SEK

 Assalamualaikum. lama menyepi kan. dah bersawang dah. tulis blog ni sekadar suka2 je. jadi dah bersawang tak post n tak buka langsung😆. pa...