30 November 2011

bengkel di pantai morib

jumaat hingga ahad baru2 ni kitaorg satu jabatan pegi bengkel kat hotel impian morib banting. huhu penat sangat sebab jadual really pack. balik tu aku kena gi check up sekali hb turun lagi. ye la mana sempat nak makan benda yang bagi tambah darah kat sana kan. makan jer ape yang ada.hehe...kat sini aku sertakan gambar2 yang sempat snap.

hah ni pantainya. memang tak leh mandi. macam laut dalam jer aku tengok. seram betul


hah ni ler gambar chalet tempat kami inap. ok ler.aku suka deco nya.cantik.hehehe...leh ker buat umah ala gini.

hah ni gambar dalam bilik. boleh muat 3 orang.



ni gambar candid abg ayien amik. suka tgk gambar ni


ni dalam bengkel

hah yang ni lak lepas gian memasing. maklumlah jadual pack. mana sempat nak terjun kat kolam ni.ni baru balik dari riadah pagi n lepas breakfast. nak balik chalet memaasing tuk tukar baju. program start 8.30.

huhu bagi aku jauh nyer ler perjalan ker sana. mungkin rasa jauh sebab bas terpaksa bawa slow sebab ujan lebat.sesapa yang nak bawa family tenangkan fikiran boleh la

15 November 2011

choux paste....


sebenarnya dah lama aku tak buat choux paste ni. ari sabtu tu tgh tahap kebosanan yang maksima aku pun ajak ler adik aku buat. lama tak buat ingat tak jadik tapi menjadik jugak. dapat ler bagi kat jiran sebelah umah sket. creamnya aku just suh adik aku buat butter cream jer. tak sempat beli custard. resepi nanti aku postkan. tertinggal kat umah lak.

14 November 2011

nasi goreng peria dan ikan masin

orang tak suka makan peria sebab pahit. memula dulu pun aku tak boleh nak terima tapi bila aku dah cuba sekali aku terus ajer suka.hah kali ni aku buat resepi nasi goreng letak peria dan kailan. kat bawah ni resepi.

bahan-bahan

1 cwn atau lebih sikit nasi yang dah dimasak
1 ketul kecil ikan masin - dalam 3-4 cm atau terpulang- dipotong halus
2-3 biji bawang putih- chop / potong dadu
1/2 biji bawang besar-chop / potong dadu
1 atau 1/2 biji peria- slice halus
1 batang kailan- potong macam biasa

cara buat:

1. masukkan minyak dan goreng ikan masin dahulu. bila dah agak garing masukkan bawang. tumis hingga naik bau.
2. kemudian masukkan peria dahulu bagi masak sket dan lepas tu masuk kailan. letak perasa kalau nak. masukkan nasi dan gaul sebati. dah masak leh hidang.

mudah jer resepi ni. senang jer nak buat. peria kan bagus tuk kesihatan. tak caya. hah cari ler maklumat kat internet pasal peria. sedapnyaaaaaa...kalau korang nak pedas leh ler potong cili padi masukkan masa tumis bawang tu...

hasil berkebun...


hah ni ler hasil tanaman di belakang umah aku. korang tgk ler bendi tu. besar tak. aku sendiri pun terkejut. hah kacang panjang tu pulak panjang semacam ajer. aku ngan adik pun pelik pandang. berbudi pada tanah tak rugi pun. aku lupa lak nak tangkap gambar pokok kacang sirih atau orang panggil kacang botol. yang tu buahnya hari2 dapat dipetik. banyak sangat sampai aku sedekah kat kengkawan ajer. tak termakan pun. aku tgh tunggu pokok betik, mempelam n pokok tembikai aku berbuah pulak. tah jadik ker tak. hehe...

HASIL TANAMAN ANGGUR KALI KE EMPAT DAN SOKSEK SOK SEK

 Assalamualaikum. lama menyepi kan. dah bersawang dah. tulis blog ni sekadar suka2 je. jadi dah bersawang tak post n tak buka langsung😆. pa...