14 November 2013

semua gambar dalam my blog hilangggggg....

assalamualaikum...
hah naper ngan entry kat atas. aku pun tengah pelik. dua2 blog aku jadi macam apa tah. semua gambar hilang. template pun jadi apa tah. aduyaiiiii. naper jadi begini. skang ni tengah mengupdate balik. tapi tak sempat nak buat semua laaaa. aku buat sket2 ajer dulu. gerammmmmmm....

01 November 2013

raya kami....

raya aidilfitri yang ari tu beraya kat kg my hubby tapi  raya haji  berdua bersama nayli ajer. tapi petang tu keluar bawa nayli beraya. bukan main happy dia. jom tengok gambar raya kami....



ni gambar raya puasa kami.. raya haji just tangkap gambar anak ajer. nayli yang berbaju kurung.



nayli bila berbaju kurung lasak dia tetap sama. asyik memanjat jer. hehe sabor ajer.

raya tahun depan insyaallah kami dah berempat. rasa serba salah ummi kat nayli sampai sekarang pun tak terluah. sungguh ummi sampai sekarang tak puas bermanja dengan nayli. bila ada adik entah ler macamana. hope nayli ok. ummi risau dengan penerimaan nayli nanti sebabnya sekarang pun dia dah manja semacam. apapun nayli tetap buah hati kesayangan ummi.
kekadang ummi rasa bersalah sebab tak dapat nak layan nayli sangat sebab penat. asyik kena marah bila meragam. sedih jugak ummi rasa bila ingat balik. i'm so sorry my princess.

29 Oktober 2013

my cooking..again n again

Assalammualaikum... sedar tak sedar dah rasanya 4 tahun  gitu teman berblog yer. blog ni bukan tuk aper sebenarnya tempat meluahkan rasa, idea dan berkongsi petua dan resepi. tapi teman ni idak ler teror memasak pun. sekadar untuk family bolehlah. lagi satu teman ni suka menderhaka resepi yang teman dapat. hahahaha..

Masakan yang paling teman suka adalah my late mom punya cooking. walaupun simple tapi sedap. almaklumlah kami ni bukan org yang senang. kecik2 dulu pernah makan nasi yang digaul dengan minyak yang digoreng ikan masin. tapi bagi aku tu pun sedap dah. kadang ikan masin, ulam dan sambal belacan. sebab tu sampai sekarang ulam adalah keutamaan aku. sedap sangat. apapun air tangan mak memang the best.

Selalu jugak aku ikut mak cari ulam. ulam pucuk tepus (sejenis ulam yang pokoknya macam pokok bunga kantan- ambil umbut ajerrrr), daun beka, rebung, keladi, pucuk kaduk dan memacam lagi la. Tiap2 ulam tu ada kesedapan yang tersendiri. uikh terliur udah aku ni. hahaha.. mana nak dapat dah ulam2 gitu sekarang ni haaa.

kadang2 ulam-ulam yang kena rebus tu mak rebus gitu ajer tak pun buat kerabu. makan pulak ngan air asam/air lawa bersama ikan kering n ikan kembung bakar. uikh sedap2. bertambah2. rindunyaaaaaaaa nak makan gitu.

hah jom layan apa yang aku masak...

 hah apakah iniiii. inilah gulai rebung ala my late mom yang i teringat2 sampai dua hari. akhirnya dapat jugak i buat.nak bahan-bahan dia ker...hmmm..serbuk kari ayam, rebung, bawang putih n besar, udang kering (boleh diganti dengan ayam atau daging), santan dan kerisik. cara cam masak gulai biasa tapi pastikan rebung direbus dulu yer. i malas nak taip cara buat. hahaha


 Kat bawah ni menu lunch kitaorg. kebetulan my hubby balik. menu kerabu perut, sup kosong, ulaman dan ikan talapia merah berlado. uikh sedap2. ikan berlado tu aku tak buat pedas pun. aku guna cili hijau, bawang besar n bawang putih dan cili padi sket ajer. aku blend sebab malas tumbuk. huhu malasnya aku ni kan. ikan tu basuh ngan limau pastu goreng garing. tumis bahan blend tadi, letak garam gula n air asam jawa. masak till pekat. siap hidang. my princess pun suka makan sebab tak pedas.


our dinner malam tu. my hubby request lamb cam biasa with blackpepper sauce. pastu i buat jugak pizza gunakan bahan yang ader jer. no chesse so just letak cili sos n mayonis n ayam yang dimasak dengan mushroom.berselera my hubby makan. asal balik tm jer dia request western. haha i tak kisah. asalkan ada org nak makan. lamb tu i marinate ngan black pepper, white pepper, cili blend sket, chicken marination jenama mrcormick kalau tak silap aku pastu garam.



sos lak aku buat gini. tumis bawang n garlic yang aku chop halus ngan minyak, pastu aku letak tepung gandum sket bagi sampai brown sket. pastu letak air/sup ayam ker daging kalau korang buat ler.pastu masukkan kiub ayam atau daging, black pepper serbuk/crush. masak sampai pekat. blackpepper tu kalau nak tumis masa sekali ngan bawang pun boleh. tak nak letak black pepper letak mushroom pun boleh. jadi la mushroom sauce.hehehe...





 hah kat atas lak aku buat roti berinti diatasnya. ingat princess aku nak makan huh dia rasa sket jer. dah selamat aku bagi jiran sket.





my doughnut. haha first time aku buat donut yang gebu seperti yang diidamkan. ni pun resepi aku main campak n uli jer. sama masa aku buat dough pizza tu haaa. aku just guna tak silap 2 cwn lebih sket kot tepungnya, yis sket, garam, susu tepung sket n majerin. uli jadi doh. ni leh gak jadikan doh pizza. apapun terpulan gkat diri sendiri. ari tu buat caramel. haha biasa ler bila menderhaka resepi tak dapat ler secantik yang diingini. apapun rasa tetap ok.

hah setakat tu lah yer dulu perkongsian aku tentang my cooking ni haaa.. nanti rerajin masak aku masukkan lagi yer. hmm rindu nak makan my late mom cooking...al fatihah buat mak dan ayah. semoga bahagia dan tenang disana. ni kalau mak ada lagi ni tiap2 minggu aku call. tanya resepi la, usik dia ler samapi kena marah asyik call ajer. hahaha..rinduuu..


27 September 2013

aksi nayli nur hana...layan jerrrr

assalammualaikum...alohaaa budakkampung again. sejak dua menjak ni my princes asyik tak sihat jer. memula awl bulan ari tu demam asyik on off pastu bastuk n selsema.

bila demam dah ok selsemsa n batuk dia jap ok jap teruk balik. ubat gomen n swasta dah siambil tapi tak ok jugak sampai buntu dah mak dia ni. cuba petua alami. memula tu dah ok dua tiga hari pastu tu teruk balik. alahai anak ummi. adakah sebab cuaca. makan dia pun aku asyik bagi bersup ajer. hehe nasib dia tak bosan.



 main2 dilaman rumah. nasib rumput tak panjang






sibuk nak bawa keta. hahaha kat sebelah tu pulak sibuk nak test tudung ummi..


 
 
 sengih malu2...                                                                  terserlah giginya...         






main kereta mak2 sedaranya beli masa balik raya ari tu. main kejap jer sekarang dah jadi perhiasan kat bilik. ni time dia tak sihat ari tu. muntah2 dari pagi. sebabnya... air umah kitoarg bau klorin kuat. sampai ari ni aku beli air tapis ajer tuk masak.



                saja takder keja...                                                          on the way balik dari ipoh



 
 hehe nayli nur hana punya style tido. suka betul dia tido cenggini. ni gambar time demam ari tu.



jatuh sampai 3 kali dan luka tempat yang sama. memula tu dah jatuh kat kampung. jatuh dalam umah jer tapi luka jugak. pastu balik kg ummi pulak tengah main ngan lelain, jatuh lagi. balik umah taman tengah jalan elok2 jatuh lagi. tempat yang sama jugak luka. cian anak ummi. tinggal parut.

26 September 2013

bila nayli makan...

assalammualaikum...saja jer nak share gelagat my princess makan. kadang bila dia buat sepah nak marah pun ader nak gelak pun ader tapi suka bila tengok dia mau makan. jom layan.




 makan nasi goreng. tengok la tu bersepah kat lantai. nak suap sendiri




 makan nasi ayam.time ni dia tak sihat sebab air kat umah kitaorg on that day klorin teruk giler. sekali nayli asyik makan n minum muntah2. soknya ummi pulak. nasib separuh harijerrrr. nasib jugak dia mau jugak makan.

 

 makan maggi goreng n satay....kalau satay suka dia conquer kat dia jer.hahaha

 Menikmati pizza. ni bulan posa tahun lepas.

 mushroom soup. banyak dia makan


 hah tengok ler yang tepi tu.pas makan dia mandi ngan makanan dia. hahaha...lepas makan ummi kena mandikan.


 dulu kecik2 bawang umi buat sup pun dia makan tapi bila besar huhu tak mo mkn pulak terpaksa la cincang halus gtu. yang tu dia mkn ayam percik umi beli masa bulan posa last year.

 makan buah time. bila tak mo makan nasi ni la umi bagi mkn.

comot baju makan sapgeti. huhu abis baju dia umi nak kena sental...









masak-masak lagiiiiii...

 hah sebenarnya ni kebanyakan gambar lama tapi baru nak masuk kat sini. ada gambar time iftar ari tu ada semalam punya masak. ari tu dapat ikan talang mak mertua bagi. serious cakap tak pernah makan yang fresh kiranya semalam first time ler. tak tau nak masak per so teman buat ler kari mamak jer. manis isinya. sedapppp..




 hah ni ler kari mamak ikan talang. yummyyyy. thanks my mother in law.

 asam rebus ikan my late mother style. serius tak sama ngan air tangan dia tapi ok ler.




kerapu tomyam stim. request from my hubby for iftar
 


 menu iftar tah hari apa tah. tak ingat. gulai ayam kampung, sup sayur, roti jala own made, murtabak n kerabu manga beli.

bubur nasi with peria berlado
 

sambal buah belimbing. sedap tapi tak abis makan pun. baru belaja buat. kena adjust lagi  ni rasa n so on


 roti. saja test sebab dah lama tak buat....


 nasi geng ummi n nayli sempoiiii



 our breakfast. tak ingat bila




meehon sup sempoi. versi lain2



breakfast punya jugak. nayli nyer tak letak sos. sibuk jer dia kacau sos kat ummi.



 masak lemak udang n kubis, ikan masin n terung. ikan siakap berlado



 ikan kerapu stim, udang goreng tepung n ulam-ulaman. haha..jamu mata la yer.

HASIL TANAMAN ANGGUR KALI KE EMPAT DAN SOKSEK SOK SEK

 Assalamualaikum. lama menyepi kan. dah bersawang dah. tulis blog ni sekadar suka2 je. jadi dah bersawang tak post n tak buka langsung😆. pa...