30 Disember 2010

birthday zura...




hah ni adalah kek besday zura tuk di sambut ngan anak-anak didik dia. comel tak. yang gambar katak, gajah ang monyet naik keta tu kitaorg beli. just gambar siput jer sdn bhd. haha..actually...no idea at all how to decorate this cake. tapi kalau ada complete bahan aku nak buat macam kat tepi pantai ajer.hahaha..apapun happy besday zura..



27 Disember 2010

shopping di sogo




suasana kat sogo memang meriah abis beb.wah terkejut aku tgk orang kita shopping. memang tak ingat dunia. aku shopping bersebab dan ikut list so tak der la shopping sakan. lagipun kena budget beb.aku bershopping pun sb nak cari barang hantaran.

bila tgk ari tu, lumrahnya orang kita memang kaki shopping. masing2 sampai tak cukup tangan beb. tah ler itu keperluan atau sekadar keseronokan aku pun tak tau. jangan hujung bulan garu kepala yang tak gatal sudah...hehe..tak kisah ler beb. duit korang kan. sogo memang pack giler . nak2 tgh sales n cuti krismas. yang paling ramai oarng melayu ler yang aku nmpk shopping bagai nak rak.,,mana taknya shopping time barang tgh sales ni kadang orang memang leh lupa diri. mau tak. barang yang branded2 leh dapat dalam puluh. mau tak borong sakan. hehe tak kisah ler. yang penting bijak berbelanja...

resepi time bosan....sedap beb.

menu ni aku masak masa hari ahad cuti yang lepas. pan fried beef with chesee and serve with black pepper sauce. dah lama aku tak masak menu bukan2 ni. hehe..just tuk isi kebosanan tak tau nak masak per tuk lunch so aku masak ler benda alah ni.

yang ni aku tak ingat bila. ikan bilis goreng bercili ngan petai.yummy2

yang ni menu aku bawa bekal. actually tu sebenarnya semalam punya makanan yang aku masak tuk berbuka puasa. so balance aku bawa ler tuk bekal.

ni ler makanan tengahari kitaorg disuatu hari tu..hari sabtu yang lepas aku pegi pasar pagi. haha makan ulam-ulaman ni kan bagus. awet muda gitu. haha...tah ler nak awek muda camner. banyak kolestrol dalam makanan aku ni.aduyai camner nak buat.

actually saja jer nak kongsikan menu2 yang telah dimasak ni. sesapa nak resepi hah bagitau aku.hehe...macam bagus ajer nak bagi resepi kat orang kan. tapi jangan risau aku jamin semua sedap. sebab tester aku kata sedap. hahaha...tester tak bertauliah sapa lagi kalau bukan budak umah teman ler. hehe...

22 Disember 2010

aku dan sesuatu....


aku dan sesuatu...sesuatu tu can be anything. hidup ini kekadang buat aku sering terfikir dan berfikir. kadang2 penat aje kepala otak aku ni berfikir dan memikir .memang just buat penat jer. kenapa?...sebab kebanyakan persoalan yang datang aku sendiri tak der jawapan.

aku cuba mencari sesuatu. sesuatu yang berbeza dari kehidupan harian ku. sesuatu yang kadang memerlukan lebih pengorbanan tapi kekadang bila sampai satu tahap...aku terhenti dari berusaha untuk mencapai sesuatu itu...cepat benar aku give up. betul kata pepatah mana nak dapat sagu kalau tak dipatahkan ruyung nya. eh betul ker..hehe lupa ler pepatah ni. rasanya betul la kot. tapi memang seksa rupanya nak dapat sagu tu kan.

kekadang kita tak mampu buat apa yang kita rancang n fikirkan. sebabnya... banyak faktor2 luaran dan dalaman yang menganggu. aduh ader ker patut salahkan faktor2 tu semua. tapi yang tak best is silent enemies. sapa tuh. diri sendiri maybe..sedara-sedara..its also can be.orang sekeliling pun maybe jugak.

hidup ni kena sentiasa ada matlamat dan keyakinan. kalau tak der abisla. tapi kena jugak ada sabar.masalahnya kadang aku ni bukan jenis yang penyabar. aduyai macamana ni. hidup kita ni kadang banyak betul benda yang tak terjangka dan dijangka. betul la kata org kan. kalau tiap kali nak buat benda baik ajer banyak betul halangan yang datang. kadang rasa nak nangis pun ada, rasa geram pun ada, rasa tension apatah lagi. kekadang nak jugak lari dari segala masalah yang dtg dan masalah yang sengaja org lain cari yg akhirnya menyusahkan aku juga. tapi akal kata.. jangan ..pikir elok2. masalah tak kan selesai kalau kita lari dari tuk selesaikannya. tapi macamana nak selesaikan jika masalah tu berpunca dari orang lain. aduh... yang pasti aku bukannya ahli nujum atau orang kaunseling yang bijak bermain dengan kata-kata. kang salah cakap jadi lagi besar masalah macammana. hati pulak kata...kuatkan iman. Ingat Tuhan dan jangan terburu-buru.

huhu...ku akui memang betul kata hati. ketenangan tu akan datang kalau kita sentiasa ingat kat Dia. Berdoa selalu. betul la kata orang, apapun yang terjadi..dilanda masalah macamana pun...nak selesaikannya... per kata kita renung balik kekhilafan kita ni. kembali ke pada NYA sebabnya insyaallah Dia sentiasa akan tunjukkan jalan malah kadang dipermudahkan lagi. Cuma kadang tu kita tak akan dapat apa yang kita minta tapi kita akan diberikan jalan tuk dapat apa yang kita perlu. caranya ...hanya Dia yang lebih mengetahui sebab tiap orang kisah hidupnya tak sama. kadang yang kita tgk macam pahit tapi sebenarnya itulah kemanisan tuk kita.

life is beautiful to live at.....

17 Disember 2010

home decor..hehe

ni gambar sebelum aku adjust balik. nampak macam sikit sgt la pulak hiasannya. macam ader yang tak best ajer.


ni bergambar lepas siapkan hasil kerja aku ni.haha..saja jer. alamak terkantoi lak gambar baju tido aku ada ambar pooh.haha....

ni gambar selepas diedit balik.

ari tu aku pegi pekan lepas tolong survey umah tuk member. kebetulan lak teringat hadiah kawan kawin aku tak beli lagi. so pergi ler satu kedai ni kat pekan TM. tup2 tgh cari hadiah aku terpandang benda ni. dah lama aku cari. bosan tgk dinding bilik aku tu kosong ajer.pilih punya pilih. memang lama giler ler aku pilih akhirnya aku pilih yang ni sebabnya pilihan lain tak banyak.just nak test jer. ni tuan rumah tau tah ler apa reaksinya. tapi aku tak kisah pun sebab boleh cabut dengan senangnya benda alah ni. dalam kepala otak dok plan nak letak kat ruang tamu jugak. nak cari gambar pokok buluh.hehe...i like.

mesti korang hairan ape kaitan pokok jambu ni ngan tajuk aku tulis kat atas tu kan. sebenarnya takder kaitan langsung. just aku suka tgk kemeriahan buah jambu atas pokok ni ajer. bila tgk buah jambu ni nampak cantik2 lak tu. rasa macam nak makan ajer walaupun bukan nak makan sangat pun. just suka tgk ajer. ni gambar pokok jambu kat umah tunang aku. aku n budak umah aku just tegur jer jambu ni nampak cantik buahnya. kitaorg ni kalau benda yang cantik tu memang suka tul tegur. nak2 view kat umah dia kat bendang. cantik tuh...saujana mata memandang...hehe

13 Disember 2010

beris vineyard....



ni petunjuk arah kat ladang beris tu. haha kalau aku ckp kat overseas mesti org percaya ajer kan. tgk ler nama-nama yang dia letak kat petunjuk arah tu..


ni lak gambar kat dalam ladang anggur tu. yang leh masuk ladang buah color merah ni ajer. yang hijau tak dapat.

ni gambar anggur hijau. amik dari luar jer. memang manis. seminggu tak letak dalam peti ais pun tahan.sedap buahnya

bergaya kat pokok anggur.unik ler aku tgk batang pokok anggur ni

ni lak pemandangan sekitar ladang. cantik view dia. kitaorg aper lagi posing ajer la.bukan kena bayar pun tapi masuk ladang tu kena bayar RM3 ajer. my fiance belanja..hehe



suka aku tgk buah anggur tersusun cantik gini. honestly said memang elok2 buahnya.

saujana mata memandang. berjalan di bawah pokok anggur. best2






wedding ana.


hehe....posing ajer tau. takper amik berkat org kata. orang yang kata bukan aku. haha tgk tuh baju aku ikut tema tau.

ni ler wajah raja sehari kita. bergambor ngan pengantin pompuan jer dulu. tunggu pengantin lelaki lambat.1.30 pun tak sampai lagi

mencelah jap.hehe...

ni ler antara hantaran2 pihak perempuan kepada lelaki


bilik tido macam pelamin sebab pelamin memang takder. sebab tu la bilik dihias seindah ini. hehe...ayat aku..


haha,... ganaz beb.gambar ganaz terakhir seorang raja sehari. hehe..apapun tahniah. semoga bahagia ke akhirnya. kitaorg balik awal sebab tunggu lelaki lambat sangat. dah dekat kul 2 pun tak sampai lagi. memandangkan perjalanan masih jauh n kitaorg pun dah tak larat so tak dapat ler bergambar ngan pengantin lelaki. thanks to my fiance yang tolong drive ari tu.

ni gambor saujana mata memandang. suka tul aku tgk view sawah padi ni haa.

06 Disember 2010

aku....



aku
cuba cari erti bahagia
bukan hanya untuk aku
tapi juga buat arwah mak

aku
menangis dan menangis lagi
puncanya... rindu kat mak
padahal bukan mak suka pun
kalau aku asyik nangis ajer
sebab mak dah cakap
aku bukan jenis yang lemah

aku
bila terlalu banyak sangat dugaan yang mendatang
terus aku jadi lemah
n waktu tu aku akan nangis panggil mak
sebabnya just hanya bercakap ajer
dengar ajer suara mak aku akan jadi ok
tapi...kali ni...

aku..
menghitung hari2 bahagiaku
tapi semuanya sepi tanpa mak
yang ada hanyalah kenangan mak
yang tersisa adalah harapan dan impian mak
yang masih belum sempat aku tunaikan

aku..
mak suka sangat tgk aku lukis
mak tau aku suka sangat benda berkaitan seni
mak tau apa yang aku suka n aku tak suka
tapi kadang aku terlupa nak amik tau apa yang mak suka n tak suka
khilafnya aku...

aku..
syukur pada Tuhan
diberi kesempatan jaga mak
sakit aku bila tgk mak sakit
luluh hati aku bila mak mengadu
sakit tiap kali ditukar air
aku tak mampu buat apa2
cuma yang mampu aku buat usap lembut tangannya
beserta pujukan

aku...
mak dah berpesan
jaga diri..
pesan mak solat jangan tinggal
pesanan mak akan aku ingat sampai mati
sampai bila pun mak dekat dihati aku
buat mak..
jangan risau lagi
kerna semua impian mak akan tertunai
tak lama lagi
buat mak
anakmu ini tak berkeseorangan lagi
Insyaallah ada peneman nanti..

buat mak
Al-fatihah ku hadiahkan buatmu
semoga mak damai dan tenang disana
doakan dan restui aku mak.

03 Disember 2010

kawan


Kata orang kawan biar beribu, kata aku pulak memang harus begitu, sebab bagi aku kawan-kawanlah kekadang penghibur dan peneman saat susah dan senangku. Kawan-kawan jugak penasihat tentang kehidupan.


Kata orang kawan yang baik akan mendorong kita membuat kebaikan jugak. Bagi aku pulak takleh letak kesalahan hundred percent kat kawan jugak sebab kita berhak pilih kawan dan tentukan hala tuju kita. Amik yang baik ajer, yang tak baik buang sebelah. Sebab tiap orang ada kebaikan n keburukannya yang tersendiri. Begitu jugak kita. Jadi semuanya terletak di tangan kita sendiri.


Kawan-kawan….terima kasih kerana kekadang menjadi sayap kiri aku, mengurangkan beban kerja aku serta mengurangkan tekanan aku.


Kawan-kawan..hari ini dan selamanya. Jasa kalian aku tak kan lupa. Mohon maaf andai pernah terkasar bahasa dan budi bicara. Tergurau melampau batas susila. Sesungguhnya yang baik itu dari Allah dan yang tak berapa nak bagus tu dari kekhilafan aku sendiri.



Aku sayang korang semua.... :)

30 November 2010

just nak share gambar...

ni gambar kat umah akak aku.sesaja aku snap gambar kudup bunga rose ni.suka aku tgk.


hah dua gambar ni lak..hehe cantik kan bunganya. ni bukan bunga orkid yer tetapi bunga sejenis pokok ulam iaitu daun cekur. first time aku tgk bunga dari jenis ulam cekur ni haaa. sebijik macam orkid daaaa..

yang dua ni lak gambar masa pegi putrajaya ari tu.lmbat upload.

HASIL TANAMAN ANGGUR KALI KE EMPAT DAN SOKSEK SOK SEK

 Assalamualaikum. lama menyepi kan. dah bersawang dah. tulis blog ni sekadar suka2 je. jadi dah bersawang tak post n tak buka langsung😆. pa...