22 Disember 2010

aku dan sesuatu....


aku dan sesuatu...sesuatu tu can be anything. hidup ini kekadang buat aku sering terfikir dan berfikir. kadang2 penat aje kepala otak aku ni berfikir dan memikir .memang just buat penat jer. kenapa?...sebab kebanyakan persoalan yang datang aku sendiri tak der jawapan.

aku cuba mencari sesuatu. sesuatu yang berbeza dari kehidupan harian ku. sesuatu yang kadang memerlukan lebih pengorbanan tapi kekadang bila sampai satu tahap...aku terhenti dari berusaha untuk mencapai sesuatu itu...cepat benar aku give up. betul kata pepatah mana nak dapat sagu kalau tak dipatahkan ruyung nya. eh betul ker..hehe lupa ler pepatah ni. rasanya betul la kot. tapi memang seksa rupanya nak dapat sagu tu kan.

kekadang kita tak mampu buat apa yang kita rancang n fikirkan. sebabnya... banyak faktor2 luaran dan dalaman yang menganggu. aduh ader ker patut salahkan faktor2 tu semua. tapi yang tak best is silent enemies. sapa tuh. diri sendiri maybe..sedara-sedara..its also can be.orang sekeliling pun maybe jugak.

hidup ni kena sentiasa ada matlamat dan keyakinan. kalau tak der abisla. tapi kena jugak ada sabar.masalahnya kadang aku ni bukan jenis yang penyabar. aduyai macamana ni. hidup kita ni kadang banyak betul benda yang tak terjangka dan dijangka. betul la kata org kan. kalau tiap kali nak buat benda baik ajer banyak betul halangan yang datang. kadang rasa nak nangis pun ada, rasa geram pun ada, rasa tension apatah lagi. kekadang nak jugak lari dari segala masalah yang dtg dan masalah yang sengaja org lain cari yg akhirnya menyusahkan aku juga. tapi akal kata.. jangan ..pikir elok2. masalah tak kan selesai kalau kita lari dari tuk selesaikannya. tapi macamana nak selesaikan jika masalah tu berpunca dari orang lain. aduh... yang pasti aku bukannya ahli nujum atau orang kaunseling yang bijak bermain dengan kata-kata. kang salah cakap jadi lagi besar masalah macammana. hati pulak kata...kuatkan iman. Ingat Tuhan dan jangan terburu-buru.

huhu...ku akui memang betul kata hati. ketenangan tu akan datang kalau kita sentiasa ingat kat Dia. Berdoa selalu. betul la kata orang, apapun yang terjadi..dilanda masalah macamana pun...nak selesaikannya... per kata kita renung balik kekhilafan kita ni. kembali ke pada NYA sebabnya insyaallah Dia sentiasa akan tunjukkan jalan malah kadang dipermudahkan lagi. Cuma kadang tu kita tak akan dapat apa yang kita minta tapi kita akan diberikan jalan tuk dapat apa yang kita perlu. caranya ...hanya Dia yang lebih mengetahui sebab tiap orang kisah hidupnya tak sama. kadang yang kita tgk macam pahit tapi sebenarnya itulah kemanisan tuk kita.

life is beautiful to live at.....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

HASIL TANAMAN ANGGUR KALI KE EMPAT DAN SOKSEK SOK SEK

 Assalamualaikum. lama menyepi kan. dah bersawang dah. tulis blog ni sekadar suka2 je. jadi dah bersawang tak post n tak buka langsung😆. pa...