05 Ogos 2013

raya datang lagi...

Assalammualaikum. yezaaa budak kampung in the house. hah raya datang lagi bagi tahun ni yer. lagu raya pun dah meriah kat radio.tengok ramai yang dah shopping sakan tuk raya. shopping2 jugak tapi jangan over budget sudah. berala kadar lah yer. nanti jangan lepas raya pening kepala lak. duit tak cukup.

Bagi yang ade mak ayah kat kampung. balik la beraya. sekiranya ada sengketa lama lupakanlah. macam mana pun mereka tetap mak ayah kita. jangan bila dah takder baru nak terkenang pulak.

Tahun ni dah 3 tahun beraya tanpa mak dan 2 tahun beraya tanpa ayah. dah jadi yatim piatu teman ni haaaa. sedihnyaaaaaa.. rindu sangat kat diaorg. Al-fatihah moga ditempatkan bersama orang yang beriman.teringat cerita dulu2 time diorg ada. raya menjadi meriah tak macam sekarang ni. lgsg tiada kemeriahan. yang best sehari sebelum raya tu mak dah sibuk buat ketupat. meriahnya macam hari tu raya. time raya pulak, lepas semayang raya semua berkumpul. salam2 dari besar sampai kecik. ikut turn n kena make it fast sebab umah aku biasanya akan diserbu selepas org abis semayang raya.memang meriah abis. tapi semua tu dah takder. rindunya. raya umah mak mertua takder semeriah gitu. salam2 macam kami amalkan adik beradik pun takder. raya macam tak raya la pulak. hehehe takper. lain padang lain belalang, lain tempat lain sambutan.

Tahun ni raya kedua kami adik beradik akan berkumpul. tangkap gambar family macam masa mak ayah ada dulu2. andainya mak ayah masih ada....hmm takper la. tak baik dikenang orang yang dah takder. kalau tak sibuk kami memilih baju raya tuk mak ayah. share duit beli itu ini. semua hanya tinggal kenangan.

Raya tahun ni takder la beria2 sangat just my princess tu jer i buatkan 2 pasang baju raya n beli skirt sama tema untuk raya kedua.abah dia dah belikan tshirt n selaur sebelum puasa tu tuk dia. lagipun abahnya keja raya pertama so duk umah ajer la. raya kedua baru balik kg teman. rindunya kampung. dah lama tak balik.

ok ler dikesempatan ni teman nak ucapkan selamat hari raya buat semua. ampun maaf dipinta. balik kg tu berhati2 yerrrr.

HASIL TANAMAN ANGGUR KALI KE EMPAT DAN SOKSEK SOK SEK

 Assalamualaikum. lama menyepi kan. dah bersawang dah. tulis blog ni sekadar suka2 je. jadi dah bersawang tak post n tak buka langsung😆. pa...