22 Februari 2011

mari belajar bahasa jepun...


I = Watashi wa

You = Anata

Them = Sorera

Hello = Kon'nichiwa

Bye = Sayōnara

Happy = Shiawase

Congratulation = Shukuga

My name is = Watashi no namae wa,

My name is Hana = Watashi no namae wa hanadesu

Nice to meet you = Anata o mitasu to ii

Thank you = Arigatō

What is your name? = Anata no namae wa nanidesu ka


selamat belajar semua. nanti aku kongsikan bahasa lain pulak yer. bagus jugak belajar bahasa lain ni. wahhh rindunya nak belajar mandarin balik.huhu..dah lupa langsung bila tak digunakan. rugi2. serugi-ruginya. dulu paksu aku ckp belajar mandarin susah, baik belajar france tapi bagi aku france lagi susah. masa belajar jer dapat 'a' tapi lepas tu nak ckp aku tak ingat. kiranya france ni lambat sket ler aku nak pick up walaupun exam dapat a. hahaha...

16 Februari 2011

outstation ke kelantan






10.2.2011 aku n member opis outstation ker kelate. karnival jom masuk u. jauh giler rasanya walaupun ni bukan pertama kali aku pegi kelantan.ni gambar semasa dalam perjalanan. sempat singgah di perhentian titi wangsa. singgah toilet. haha..apapun posing tetap ader

bergambar sebelum diserbu. memang ramai la yang serbu. hampir booth nak terbalik. bukan risau per kang jatuh atas kepala kang lagi haru. sesak memang sesak sebab laluan terlalu sempit. aduyai rasanya kat cini ler paling teruk dengan makanan pun tak disediakan. tekak sakit, suara terus abis ilang.
hari kedua lepas breakfast. sempat lagi berposing. mintak tolong student tangkap gambar kitaorg. thanks adik.

ni adalah gambar masjid kat rantau panjang. cantik decor. pengaruh siam gitu.

hotel chantek lobi. hah ni lagi satu hal. hotel ala-ala lama gitu. bilik n everything memang ok tapi kan dah le bilik takder loceng. sapa datang kena ketuk pintu pastu tak di maklumkan pun no operator hotel. nak mintak iron board pun susahnya. Terpaksa turun bawah ckp.nasib baik bawa iron sendiri.

view dari bilik hotel. tingkat 16.

volkswagen..hehe i like. ni kebetulan tunggu cab nak pergi wakaf che yeh. malam tu pulak ada perlawanan life bola sepak antara kelantan dan johor kalau tak silap aku ler. siang keja malam shopping. hehe...sempat kak su n amy terserempak ngan khalid jamlus.

ni dua jenis nasi kerabu yang berbeza aku beli. apapun memang sedap abis laaaa. yang kat atas tu makan masa breakfast. almaklumlah makanan tak disediakan so kena kuar awal ler gi cari makan. yang bawah tu pulak aku beli kat medan kat area pasar siti khadijah. pasar tu dah tak semeriah dulu. kenapa? sebab dah banyak pembangunan yang dijalankan dan dibangunkan kat citu. last aku dtg dulu mana der giant tapi kali ni aku pegi dah der. jadi orang dah jarang pegi citu. pembangunan dkt are citu menyukarkan peniaga kat pasar siti khadijah tu susah nk cari income lebih. harga barang mahal balik sebab nak cover kos...


ni jambu khas di datangi dari rantau panjang. suka aku tgk color jambu ni. comel n nampak sedap dimakan. satu yang tak best pasal kelantan ni ialah tahap kebersihan. memang fail la orang kata. sampah merata-rata. kalau nak singgah toilet pikir banyak kali ler jugak. tahap keramahan pun kurang jugak ler n lagi satu memang kalau order makanan kan airnya lambat sampai. sampai kita terpaksa tanya lebih dari dua kali. bila bertanya lagi diorg akan tanya balik air apa yang kita order sedangkan diorg dah tulis. leh kata kat semua tempat macam tu. nak kata tak faham siap kecek kelate lagi haaa. pastu dah tu siap tulis lagi kat kertas. penangan ngan cuaca panas n kena serbu, masing2 takder suara n demam.

09 Februari 2011

hang out ngan family n anak-anak

dimanakah tempat ni?????. hah ni ler alam impian. kawasan perumahan elit kat area shah alam. kebetulan dekat ngan kawasan umah akak aku kat bandar putera. very nice. design and so on. ari tu siap ader pasangan pengantin bergambar lagi. ramai yang datang main layang-layang ler. kebanyakan family lah.




sporting giler anak-anak sedara aku. bila aku jerit jer cakap aksi bebas hah ini ler gayanya. yang si adik tu muka cam tak puas hati ajer. yang si akak lak siap enjoy lagi. aku pun tak perasan dia lompat . tapi ok arrr kan gambar ni.
hah tgk la gaya peace si adik. memang pelik sket dan sering jadi topik perbualan tuk aku n adik aku gelak. hahahahaha..


yang si kakak ni memang gemar bergambar. bila ajak bergambar macam-macam aksi dia.
hah ni tgh pegeng tali layang-layang.cuaca dan angin yang bagus untuk main.

ni lak gambar candid aku. hehe..

ni gambar masa kat umah akak aku sebelum kitaorg gi shopping and lepak kat taman alam impian tuh.
panjat jangan tak panjat. sempat lagi posing tuh..

01 Februari 2011

cerpen baru....mr ice cream



Mr.Ice Cream

Arghhhhhhhh…sakitnya hati aku. Apa salah aku kat dia pun aku tak tau. Tu ler bengong sangat yang aku berkawan ngan dia tu buat aper. Nak salah aku jugak pun tak leh sebab aku just kawan jer tapi tak sangka lain pulak crita yang aku dengar. Tu baru berkawan, belum lagi bercinta. Just kawan pun leh timbul masalah ker. Dah kata kawan kita layan la as kawan. Aduyai kalau itu pun jadi masalah susah ler. Baik tak yah ada kawan lelaki langsung. Tapi kengkawan lelaki aku yang lain ok jer. tak der la pulak ada masalah cengini walaupun aku close ngan diaorang and kerap hang out sesama selalu.

Aduyai..Kurang asam punya lelaki. Kalau dah buat salah tu jangan ler letak kesalahan tu balik kat aku. Aku close ngan kau pun sebab aku rasa selesa hang out ngan kau. Ader ker patut pegi cakap aku yang tergila-gilakan dia. Bila masa pulak. sapa yang terhegeh-hegeh kat sapa sebenarnya ni. Bukan aku yang tunggu kat depan bilik dia untuk bergambar masa last day kitaorg kursus kat PD tu. Dia yang siap tunggu kat depan pintu aku. Bukan aku yang asyik ajak kuar bila ada masa senggang waktu kursus tu. Tapi dia jugak. Bukan aku yang terhegeh-hegeh call and sms tak henti-henti masa baru kenal dulu. Tapi dia jugak..aduyai tapi kenapa semua kesalahan letak kat aku. Semuanya aku ada bukti dan saksi. Sapa tah yang selalu hantar gambar dan report kat aku kemana jer dia nak pegi.Aku dah elok-elok leh terima dan nak maafkan dia atas apa yang dia buat kat aku, alih-alih aku dengar lak crita tak best yang dia buat pasal aku. Huhu..hangat dan membara perasaan aku yang tak dibendung ni….syaitan dah berjaya nampaknya buat aku geram. Astagfirullah….Marah tu kan sifat yang disukai syaitan.

Ikutkan perasaan geram dan sakit hati aku ni, nak jer aku bersemuka and malukan dia tapi masalahnya bila nampak aku jer dia melarikan diri. Tapi aku bukan jenis yang suka jatuhkan maruah orang ni. Biarlah dia dengan caranya begitu. Tuhan bayar cash ajer sekarang ni. Doa orang teraniya ni cepat termakbul. Kawan aku ckap orang buat salah memang macam tu. Bila nampak kita jer dia akan larikan diri. Bengong betul. Bukan aku nak jerit2 dan malukan dia kat citu. Nasib baik ler ramai yang tau real story tapi yang tak tau tu blame aku jer la. Tapi kan nasib baik dia buat gitu ngan aku. Rasanya aku ni kira baik arr kan tak kecohkan keadaan. dibuatnya minah yang dia buat hal gini lain perangainya. Hah aku rasa ada kes makan penampor free kot.

Bagi yang tak tau story tu, ada ke patut kata aku yang salah sebab kuar ngan tunang orang. Kalau aku tau tu tunang orang mati hidup balik pun aku tak kan terima pelawaan dia ajak aku makan and hang out sesama. Heran betul kan lelaki ni. Muka nmpk baik sesangat. Tu bukan aku cakap tapi member aku yang cakap. Padahal bukan aku tak pernah tanya dia. Siap aku bagi warning lagi yang aku ni bukan jenis yang suka hang out ngan milik orang lain..Bila aku tanya jer asyik menafikan ajer. Siap cakap kata aku ni suka pikir bukan2 la, suka dengar cakap orang ler. Kalau bagitau benda betul kan senang. Tak der la aku rasa sakit hati and geram sebegini…Arianna Arissa…bawa bertenang babe.

"Harta yang paling menguntungkan ialah SABAR. Teman yang paling akrab adalah AMAL. Pengawal peribadi yang paling waspada DIAM. Bahasa yang paling manis SENYUM. Dan ibadah yang paling indah tentunya KHUSYUK."-mutiara kata USIM

Hah..bukan ker aku dulu suka baca mutiara kata ni.Senyum Arianna arissa. SABAR..huhu camner nak sabar bila orang buat cerita tak betul cam ni kat aku. Senyum memang aku senyum sebab aku tak nak orang tau aku nangis kat dalam sebab cerita yang menyakitkan hati ni.


‘Senyum..senyum.senyum….kacak luar, kacak dalam, kacak dengar sini. Kalau saya senyum, awak mesti senyum sekali. Kalau kita senyum, semua orang berjangkit. Bila semua orang senyum, dunia tiada penyakit..’


Ahakss..tetiba laks teringat lagu malique feat najwa. ‘Senyum’.,, ye la tengah senyum ler ni walaupun pahit. Uikh susahnya nak pujuk hati yang tgh sakit ni. Ikut hati memang aku dah leh maafkan penipuan dia tu sebab aku pikir alaaa lantakler. Kawan2 babe. Tapi bila tau dia buat crita tak best tentang aku, memang aku nak kata memang patut dia accident pun hari tu. Bukan aku mintak dia accident pun tapi memang la patut kot. Balasan Tuhan kat dia cenggitu la gamaknya sebab tipu orang. Sebabnya waktu tu dah dekat pun nak wedding dia tapi menafikan lagi dengan aku. Tak baik sungguh. Astagfirullahalazim.. Arianna arissa….ingat Tuhan sayang. Jangan gini. ‘huhu, mak rindunya kat mak.baru jer orang sedih hilang mak. Orang diberi kesedihan lagi’. Hati aku menangis tah untuk keberapa kali pun aku tak tau. saat gini lagi buatkan aku rindukan mak. Biasanya kalau aku ada masalah ker apa ker hati aku tenang bila dengar suara mak. Tapi sekarang penyejuk jiwa aku dah takder.


"Jika kejahatan di balas kejahatan, maka itu adalah dendam. Jika kebaikan dibalas kebaikan itu adalah perkara biasa. Jika kebaikan dibalas kejahatan, itu adalah zalim. Tapi jika kejahatan dibalas kebaikan, itu adalah mulia dan terpuji." ~ La Roche


Dalam keadaan marah sedih dah geram gini aku pun tak perasan tah bila kaki aku menapak masuk ker mcd ni. ‘selamat tengahhari cik. Makan ker bungkus.’ Hehe nak gelak pun ader. Ayat yang tah keberapa kali agaknya staf mcd ni sebut. Agak-agak tak bosan ker dia sebut benda yang sama. Eh Arianna arissa..yang ko nak sebuk tu kenapa. Kan keja dia tuh….aduyai tetiba aku jadi penyibuk kejap. Lagipun ayat dia tu tak kelakar pun. Apasal ngan aku ni. Aalahai tak kan ler jadi mengong sebab benda cengitu jer. Tapi kan masalahnya aku tak pernah ditimpa masalah yang pelik gini walaupun ramai kawan lelaki. Ni ler kali pertama kali . ‘makan sini yer.mc chicken satu, pastu I nak fries yer and air I nak iced lemon tea’.

Lambat-lambat aku membuat order. Krew yang bernama izam tu mengulang balik apa yang aku order. Uikh…yakin jer aku nama dia izam. Tag kat baju dia tulis izam. Izam ler kot. Ah lantak ler izam ker aper. Yang penting bukan bagi masalah kat aku pun. lepas jer bayar aku terus cari space yang agak tersorok sket. Bukan per nak berlama-lama sikit. Tenangkan hati yang tak tenang. Wah susahnya ada hati tak tenang ni yer. Suasana kat mcd ni tak der la lengang sangat tapi ader ler dua tiga kerat yang asyik ngan laptop memasing. Khusyuk gitu. Lagipun kat sini dapat wifi. Buat keja sambil makan and relax. Bukan sapa nak marah pun. Time cuti gini jap lagi penuh ler mcd ni. Biasa ler time ni ler nak hang out ngan kengkawan ker, family ker tapi aku hari ni sorang sebab kawan semua balik kampung. Aku malas nak balik umah akak aku sebab nak lepak sensorang.

I’m need a privacy for myself. Really…perlahan-lahan aku kunyah french fries kat depan aku. Dalam tak sedar aku melepaskan keluhan kuat. Uikh malunya.. nasib baik tak kuat sangat. Tah ler aku rasa jasad jer kat sini tapi kepala otak aku ker lain. Arghhh rindunya kat arwah mak. Hati aku rasa tak tenang sangat hari ni. Macam-macam perasaan yang bercampur baur. Menjadi rencah yang tak berapa best sangat. Ada pahit, masin, masam and manis. Tapi kalau kena gaya leh jadi menu kehidupan yang menarik. I guess so. Hehe..sweet sour chicken atau sweet sour fish yang sedap. Yummmyyy..

Tengah aku asyik melayan blues tetiba sorang krew mcd datang kat aku bawa mc sundae. Eh aku tak order pun.kew dia salah antar ni. Memang ler aku suka ice cream tapi aku tak der order tambahan pun buat masa ni.. Kat tepi mc sundae tu ada nota kecik bertulis tangan. Laaa mesti la tulis tangan takkan nak taip pulak kan. Aduhai aku ni..

’dik, akak tak order pun ni’, krew yang nama dia tertulis anis tu hanya sengih.pastu dia tunjuk kesatu arah.

‘memang akak tak oder tapi ada orang yang belanja akak ni. Ni ada nota dia tulis.’ Balasnya dan berlalu pegi.

Aku pun memandang kearah yang dia tunjuk tadi. Uikh sapa yang baik hati belanja aku ni. Aku terpandang seorang lelaki yang baru bangun dari tempat yang ditunjukkan adik tadi tu. Dengan beg sandang yang aku agak mengandungi lap top, bertshirt putih dan berjeans biru gelap membuatkan aku tertanya2 siapa jejaka tu. Macam seolah2 tahu aku memandang kearahnya dia memusingkan badan dan tersenyum sambil tunjuk peace kat aku.

Terkejut ngan senyuman dia agaknya aku terkedu kat tempat duduk. Tak tau nak cakap aper. Dah tu aku boleh jer tengok dia blah cenggitu ajer. Uikhh apasal aku jadi kaku cenggini. Senyum tuh macam aku pernah nampak tapi kat mana yer. Uikhh tak kan ler dalam mimpi aku kot. Haha… lantakla. Aku tertarik untuk baca note yang dia tulis bersama kiriman sundae dia tu. Uikh nasib ler. Tak sempat nak ucap thanks. Tapi memang tak mintak pun tuk dibelanja. Rezeki aku lah gitu kiranya. Kalau selalu gini kan best. Nak sedih lagi la kalau gitu. Kot-kot selalu orang bagi ice crea. Hehe..mengong betul ler aku ni.

‘jangan biarkan kesedihan menutupi kecantikan anda. Biarkan apa yang bersarang dihati anda pergi bersama manisnya mc sundae ini. Nikmatinya dan lupakan segala masalah awak. This mc sundae will make ur life beautiful to live at. Mulakan hari baru awak selepas selesai nikmati mc sundae ni yer.’.

Uikh ayat dia.buat aku sengih sorang-sorang la pulak. kang orang kata aku ni tak betul. Jap mendung jap sengih sorang2. Kat hujung nota tu tertulis ‘ar’. Agaknya singkatan nama dia kot. Uikh … mamat ni. Macam tau jer aku dalam masalah. Mendung sangat ker muka aku tadi. Alamak mana aku perasan. Ker aku ralit sangat layan perasaan aku tadi kot sampai tak perasan muka aku kelat sangat agaknya. Aku tergelak sendirian. Mamat ni. Tah datang dari mana tah. Memang dia ada kat ctu ker tadi. Haha padan muka aku. Layan lagi blues sensorang kat tempat public. Kan dah jadi perhatian. Amik ko..tetiba ada orang jadi angle antar nota tuk ceriakan aku hari ni… apalah aku ni. However thanks mr ice cream. At least ada sesuatu yang buat aku tersenyum hari ni…

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

Alahaiii bosannya aku ni. Ni baru cuti tiga hari tapi dah sangap giler camni. Lagi sehari lagi tuh aku nak buat per. Kebetulan lak cuti awal muharam jatuh hari isnin. Asyik tukar channel tv ajer. Kalau remote ni leh cakap agaknya dia dah maki hamun aku cakap kata penat asyik kena tekan. Tak pun kan, dia dia jadi tansformer pastu tarik telinga aku. tak pun kan dia cakap gini, oitt cik kak. Tak yah main tekan-tekan ler. Penat aku tau tak. Hehe.. berangan jer aku. animasi melampau-lampau. Haha..bosannya. majalah rapi yang aku beli semalam dah dua kali aku khatam. Aku nak buat per. Nak balik umah akak aku memang aku malas sebab badan aku penat sangat. Kalau balik mesti nak melayan karenah anak2 sedara aku yang bijak a.k.a genius tuk membuli aku. Ada jer ayat diorg nak bertanya. Ada jer la cara diorg nak membuli aku. Dah ler ganaz leh tahan. Asyik kena cubit jer aku ni. Teruk betul. Lepas cubit pipi aku leh bagi alasan kata geram. Uikhh ader ker gitu pulak. dapat blusher free ajer pipi aku ni. Bercakap macam orang dewasa. Budak-budak sekarang kan. Terlalu cepat dewasa dari umur sebenar. Ishh..bahaya ooooo.

Apa kata aku gi tesco rawang ler. Jalan2 jamu mata. Best jugak ni. Window shopping. Wakaka…sensorang gini mula ler kepala otak aku jadi tak betul sket dari biasa. Bergerak sedikit dari landasan. Hehe…macam landasan keretapi pulak. sambil bersiap-siap tu aku menyanyi lagu maher zain. Lagu yang tgh menjadi-jadi famousnya di abad ni…hehe sampai aku pun tersuka jugak. Sampaikan ringtone pun aku guna lagu maher zain. Wah crazy frog betul la aku ngan lagu maher zain ni. Bukan per. Lirik dia tu yang aku suka. Mendalam weh. Syahdu abis.

Tesco Rawang,………

Hmmm.. tempat first aku nak pegi mana dulu yer. Makan? Eh bukan tadi aku dah breakfast ker. Hah aloo aku ni. Ngada tul. Jap2 lagi ler makan. Teruja pulak aku tgk kanak-kanak riang main kat playground yang berdepan ngan foodcourt ni. Aku stop jap kat ctu tgk gelagat bebudak tuh main. Kan best jadi kanak-kanak jer. Tak yah nak pikir apap-apa. Tak yah pikir masalah, kerja dan duit. Hati pun tak sakit. Hah mula ler otak aku pikir macam-macam. Macam-macam karenah dan peel yang aku nampak. Buat aku tersenyum sorang-sorang ajer. Tgh asyik aku melayan blues sambil tgk bebudak tuh tetiba aku rasa cam ada orang tarik baju aku. Aku tgk kat sebelah. Alahai anak sapa lak ni tersesat sampai tarik baju aku. Budak pompuan comel ngan rambut bertocang dua tu senyum kat aku.

‘akak,’ panggilan budak tu membuatkan aku tersedar dari asyik melihat muka dia yang comel tu. Sungguh aku terpegun. Comel sangat.whether it be a fairy that God was sent to make my heart feel bling-bling.. Hehe..mengarut dehh aku ni. Ingat cerita fantasi ker aper. Wehh ni alam reality derrrr.

‘napa sayang’ tanya aku sambil senyum. Dalam hati aik anak sapa ler pulak ni. Tetiba tegur aku. Ada orang hilang anak ker apa. Gila la. Anak sket punya comel ni tak pasal jer kang orang kidnap. Comel. Chinese look. Mata sepet. Muka bulat. Rambut lurus…geram pulak aku tgk. Rasa cam nak cubit-cubit jer pipi dia.

‘sayang sesat ker’, tanya aku bila budak tu hanya senyum jer. Dia geleng kepala. Aik tak sesat. Abis tu. Apasal lak datang tegur aku. Aku tak kenal pun sesapa yang punya anak ala Chinese ni. Kengkwn aku. Uikh mustahil jugak sebab aku kenal jugak anak2 diorg tuh. Lagi satu mana der muka ala2 chinese ni. Melayu tulin lagi ada ler. Haha..jahatnya aku. jahat..jahat…aik terkeluar lagu stacy la pulak dah.

Kat tangan kanan angle comel yang tetiba wujud kat depan aku ni ada ice cream. Lantas aku teringat kat someone…mr ice cream. Haha suka-suka aku jer bagi nama kat dia. Ye la aku tak tau nama. So aku letak ler mr ice cream.

‘hmmm kalau sayang tak sesat, nape sayang datang kat akak. Sayang kenal akak ker’,..dia geleng kepala.

Uikh tak jugak. Kang tak pasal orang kata aku kidnap anak diorg camner. Aduyai anak sapa ni. Janganler buang anak cengini. Tengah kepala otak aku pening pikir anak sapa ler budak ni dan macamana leh sesat dan tegur aku tetiba dia hulurkan ice cream tu kat aku. Pastu ada satu kad kecil .

‘untuk akak ker.’ Dia anggukan kepala dan berlalu. Aku bangun. Uikh penat pulak duduk cengitu tadi. Baru jer nak cari kelibat angle tadi dia dah hilang. Aik cepat pulak dia hilang. Takkan lah. Mesti ader kat cini jugak. Tak kan cepat gitu kot. Mata aku pandang sekeliling. Kot2 ada yang aku kenal ker. Tak nampak pulak cam kenal. Aduh misteri nusantara betul la..siapakah yang memerhatikan aku ni. Cuak pulak aku nih.

Aku bukak kad comel yang budak perempuan tadi bagi. Huh macam aku tau jer kad ni beli kat ner. Ni bukan kat kedai buku depan tu ker. Ah lantak ler. Baik aku baca isi dia.

‘hii pretty women.hmmm nmpknya ice cream mc sundae semalam berjaya buatkan awak tersenyum manis hari ni. Kalau awk susah hati ker, sedih ker, awk cari ice cream dan nikmatinya. Kalau hari-hari senyuman awak semanis begini, boleh jatuh hati saya tau. So sweet. Senyum selalu yer.Confirm ur life is colourful like the color of this icecream.’…’ar’.

Aik…mamat semalam. Ada kat cini. Aku pandang ice cream kat tangan aku. Memang colourful pun. Aku pandang sekeliling tapi tak nampak pun. Dia..uikh tak kan ler dia ingat lagi muka aku. Kebetulan ker ari ni jumpa dia jugak. Hmmm mungkin ler kot. Tapi aku tak nmpk dia pun. Kenapa just dapat ice cream ngan note ni jer. Kenapa tak dia yang datang and jumpa aku sendiri. Siap ada posmen kecik bagai.. Siapa dia..kebetulan yang tak dijangka. Uikhh kang laki orang ker, tunang orang ker mati aku. Tak sanggup der aku sakit hati jiwa dan raga disebabkan hak milik orang. Lantak ler. Kalau tul dia ikhlas nak tegur aku mesti dia berdepan ngan aku kan. Hehe.. Arianna Arissa. Yang ko nak pening kepala ni buat per. Suppose ko happy dapat ice cream lagi. Bukan semalam ko pun suka ker. Tapi aku nak tau jugak sapa mr ice cream ni. Kenapa dia terpanggil tuk tegur dan bagi ice cream kat aku. Mission impossible. …coming soon cerita terbaru di pawagam. Tittle dia..looking for mr ice cream. Hehe…merepek betul la aku ni. Sapa heroin? Aku la sapa lagi. Korang nih. Lagi mau tanya ka.

‘awak cari saya ker’, terkejut katak aku bila dengar satu suara menyapa dari belakang. Cuma aku rasa katak jer tak terkejut macam aku ni. Nyaris2 ice cream tadi terjatuh. Tak pasal2 jer aku bagi kerja kat cleaner tesco ni. Tanpa pikir panjang aku pusing tgk siapa gerangan kah yang menegur aku secara tiba2 ni sampai nak terjatuh ice cream aku. pusing ajer aku hampir terjerit. . ‘mr icecream’ terkeluar ayat tu dari mulut aku. Terkejut pun ada. Dia ni macam tau-tau jer aku tgh cari and fikirkan dia.huhu..kebetulan. Ye ker..berapa banyak lagi kebetulan antara aku dan mr ice cream ni agaknya yer. Suka tapi risau. Malu tapi mau ice cream lagi boleh..ahaks ngada tul la Arianna ko ni.

Dia tersenyum. Hah betul la. Senyum yang sama macam hari tu. ‘awak panggil saya mr ice cream’, ujarnya sambil tersenyum lagi. Aku angguk jer. Tak tau nak cakap aper sebenarnya. Eh jap..muka dia. Seiras ngan budak comel yang bagi aku ice cream tadi. Anak dia ker. Aduss abih la aku. Laki orang ker ni. Kang tak pasal kena serang ngan bini dia. Tercari-cari aku orang yang leh dikatakan dia ni hak milik dia yang bernama wanita, tunang atau isteri. Tak nampak pun. Just kat belakang dia aku ternampak budak pompuan tadi. Dia senyum kat aku. Terjenguk-jenguk tengok aku. Hehe..aku tak makan orang ler. Aku makan nasi jer dan makanan yang boleh dimakan jer.

‘awk ni.ada ker bagi nama kat saya mr ice cream. Saya adam danial rafeez. Ni anak sedara saya. Tia afiqa.’, ujarnya dengan nada lembut sambil tersenyum bila tengok aku diam jer. Dalam hati aku lak, ye ker anak sedara dia ni. Ker anak dia. Lelaki sekarang bukan leh caya sangat. Anak sedara ler konon. Tah2 anak sendiri. Tak nak ngaku. Wakaka…ada ka patut aku ni pikir negative pasal mr ice cream ni. Kalau salah berdosa ajer. Free2 la aku dapat dosa..Eh kan dia dah kenalkan nama. Suka hati aku jer panggil mr ice cream lagi. Eh korang sibuk apasal. Suka hati aku ler. Mr ice cream ker..cendol ker…

Hehe..aku senyum ajer sambil tunjuk peace kat anak sedara dia. Actually tak tau nak cakap per sebab aku masih lagi terkejut ditegur begitu. Lagipun aku tak sangka akan jumpa mr ice cream ari ni. Sungguh tak sangka. Dah dua kali jumpa. Kebetulan ker..tah ler. Maybe..sebabnya tak kan ler dia ikut aku kut. Buang masa ajer. Lagipun aku bukan anak raja ker, artis ker yang perlu ada sebab untuk di ikut..

‘miss..ur name please.’ujar mr ice cream a.k.a adam danial rafeez. Ya Allah hampir lupa aku yang dia kat depan aku. Jauh giler aku belayar sampai ke Melbourne jasad aku tapi rupanya aku masih disini. Hehe…malunya. Sorry arrrr..mengelamun abis. Buat malu diri sendiri ajer.

‘Nur AriannaArissa. ’

‘hmmm..what a nice name. dua kali kan kita jumpa. Kot2 kita ni ader jodoh kot.’ Katanya dengan senyuman sambil menarik tia afiqa ke sebelahnya. Alahai senyum lagi. Sweet like chocolate ler senyum dia. Kalu gini kan melt ler hati aku macam chocolate atas double boiler tuh.

Aku ketawa bila dia cakap gitu. Dia pun sama. Tah ler apa yang kelakar aku pun tak tau. Bukan ada orang buat lawak pun kat cini.

‘hmm awk percaya ker.,tanya aku balik sambil menghulurkan ice cream kat tangan aku pada Tia. Budak comel yang bernama Tia afiqa malu-malu menyambut ice cream dari tanganku. Comelnya….kalau ler aku ada anak. Nak comel gini gak ler. Huhu perasan tul kan aku ni. Tah sapa ler yang nak kawin ngan aku.aku pun dah tak da feel nak couple dah bila macam-mcam benda jadi yang libatkan kaum adam ni. Banyak sangat benda yang menyakitkan hati related ngan diorg.Contohnya kes itu ler. Tu just kawan babe. Alahaiiii…

‘jodoh awk. Tiap insan kan dah ditetapkan siapa jodohnya cuma tak tau siapa, kat mana nak jumpa. Mana tau kan tetiba ni jodoh kita. Berjumpa dalam situasi yang sedikit pelik’.. dia tersenyum lepas cakap gitu. Aku lak ketawa kecil dengar celotehnya. Tak pasti samaada memang dia maksudkan ayat tu atau just nak gurau…haha apa2 je la. Yang penting tak kacau hidup aku sudah. Aku letih…sebabnya dulu pun dah pernah bercinta tapi asyik putus ajer. Yang mintak putus aku le. Hehe mana boleh. Kalau korang kat tempat aku pun mesti mintak putus la jugak. Ada ker sebab aku jauh sesuka hati dia jer kuar ngan aweks-aweks lain. Siap declare lak tu. Mau aku tak marah. Yang satu lagi lak kuar ngan aku tangan tu asyik nak menggatal jer. Uikh tak nak arr aku. penat asyik menepis tangan gatal yang takder insurans tu. Bengong betul.

Hmm ye ker jodoh. Ayat tu kan dah biasa orang cakap. Mustahil ler orang macam dia still single. Tipulah…situasi pelik.hmmm ape maksud dia. Adakah kerana perangai aku masa kat mcd semalam. Sungguh aku tak tau waktu tu riak muka aku camner. Alahai malunyaaaa…tak sangka lak jadi perhatian orang yang bernama mr. ice cream ni.

‘masalah semalam dah selesai ker.hmm lumrah hidup kita n tak dapat lari dari masalah kan. Kalau tak der masalah n hidup dengan cara yang sama bosan jugak kan’. memang betul apa yang dia ckp. Tapi kadang kita ni susah jugak nak terima hakikat. Kekadang apa yang dicakapkan tak sama seperti apa yang difikirkan. Kadang kat mulut kata yer tapi hati menidakkan. Macam mana tuh. Hati dan jiwa tak bersatu. Susah jugak tu.

Soalan dia aku tak jawab. Aku just senyum. Memang ler kita tak dapat lari dari masalah. Kalau boleh nak takder masalah langsung. Tapi mana la der hidup orang takde masalah. Tipulah.. walau sket tetap ader.

‘auntie….’uikhhh jauhnya ku mengelamun. Haha…padan muka aku lagi..aku pandang anak sedara adam denial rafeez tu. Comel…..

‘ye sayang, kenapa?’tanya aku sambil pandang kearahnya. Dia tersenyum. Aduh anak orang ni. Kang aku cubit pipit tu kang. Apasal comel sangat nih.

‘jadi kwan tia boleh. Tia suka auntie.’..aik bila pulak dia tau hati budi aku ni sampai terus nak jadi kawan. Haha budak2 sekarang ni kan. Dah pandai menilai orang. Terharu aku. Yang si mr ice cream pulak senyum ajer.

‘hmm..boleh. rugi tau kalau auntie tak jadi kawan budak secomel Tia ni tau., ujar aku sambil tganku pantas mencubit pipinya. Hehe..geram..

Tia senyum manja. Alahai sweet like lollipop. Aduyai kang bawa balik kang. Temankan aku….

‘eh..kita ni apasal berborak kat cini ajer. Jom pegi lepak kat restoren sana tu.boleh kita kenal2. Menambahkan kenalan apa salahnya kan.’ Uikh dia ni ayat. ..aku ikut ajer. Sebab memang tgh bosan pun. Lagipun sorang-sorang.

‘kawan’. Memang ler betul……berkawan biar beribu, berkasih..cukuplah satu..yang satu pun setengah orang tak mampu nak jaga hati ada hati pasang dua tiga lagi. Tak patut betul….kalau nak dijadikan kawan just layan sebagai kawan, jangan bagi harapan aper2 atau feeling lain macam. Kalau betul niat dihati nak dijadikan teman seumur hidup, layan ler cara yang bersesuaian. Jangan kat sini sayang, kat sana pun sayang….pleaselahhhh…..

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

Hmmm…semalam dan kelmarin memang kenangan indah yang aku tak akan lupakan. Uikh indah ker. Yer la..sicomel Tia ternyata asyik buat aku tersenyum ajer. Tu lum campur gelagat si adam aka mr ice cream tuh. Betul2 buat aku lupakan semua benda sedih yang menganggu hidup aku dan buatkan aku rindu…rindu sapa. For sure la anak-anak sedara aku. anak-anak adalah harta pemberian Tuhan yang tidak ternilai harganya. Peneman hidup saat susah dah senang. Tapi time dewasa, diorang dah senang, lupa pulak mak bapak. Terukss. Ada ker patut antar mak bapak kat umah orang tua-tua. Memang dragon tahap tenuk betul la diaorg. Mak bapak sanggup susah payah jaga diorg. Ni diaorg nak jaga mak bapak kejap pun tak mampu nak buat. Tarik telinga sorang-sorang baru tau.

Bersemangat betul aku mulakan hari2 aku.sebabnya…buat apa sedih pasal cerita yang semalam sebabnya satu kawan pergi aku leh jumpa lebih dari satu. Terpulanglah kalau ada yang nak putuskan ukhuwah gitu jer. Aku tak kisah pun dan tak rugi pun sebab bukan salah aku. Kalau boleh aku langsung tak ingin putuskan ukhuwah sesama kawan tapi kalau diorg yang buat gitu aku tak leh nak buat per la kan. Aku nak kawan bukan nak cari lawan.

Kerja yang tertangguh segera aku siapkan. Tertangguh bukan sebab aku malas nak buat tapi kekangan waktu. Nak buat camner. Kekadang bila dah asyik sangat ngadap computer aku cuba cari alternative lain tuk hilangkan kepenatan mata. Hehe…apa bendanya.haha.. kacau member-member opis aku ler..aku sayang mata aku tau. Member opis, here I come. Siap korang kena kaco time aku bosan karang. Wakakaka..raksasa comel sedang main konda-kondi kuar sarang.

Tgh ralit menaip memo yang nak kena kuar jap lagi tertiba handphone aku berbunyi. Ringtone lagu barakallah maksudnya ada sms yang masuk. Hmm sapa yer….aku bukak laci dan terus capai handphone.

Tertera new ms…hmm mr. ice cream..apa yer yang dia tulis. Jap kita tgk…

‘salam, dinner tonite. Please’ uikh mr.ice cream ajak dinner arr. Hmm nak ke tak nak ek. Aduh nak ker tak nak ni. Takper kot. Just kawan jer kan.walaupun sekejap jer aku kenal mr icecream ni kan, aku rasa selesa sangat berborak ngan dia. Really..memang boleh buat kawan berborak. Kawan jer tau..

‘wslm. Boleh kot’, balas aku balik..hmm tak per kot. Pernah dengar kata2 ni tak. ’bila satu pintu tertutup. Janganlah kita tangisi pada pintu yang tertutup itu sebab pintu lain ada yang terbuka menerima kehadiran kita dengan ikhlas’. Yang aku nak kaitkan kat sini bukan pasal feeling ker apa. Maksud yang aku nak sampaikan dari hati kecil aku ni. Biarlah ada kawan yang nak putuskan silaturahim ngan kita sebabnya ada kawan lain yang ikhlas nak berkawan ngan kita dan cuba tak sakitkan hati kita. Tuhan itu adil. What you give, u will get back. Bagaimana caranya…. Hanya Dia yang tahu.

Ringtone barakallah berbunyi lagi menandakan ada satu lagi ms masuk.,,,apa lagi balasan dia yer..

‘si kecil Tia rindu nak jumpa awak ler walaupun baru jer semalam dia jumpa awk.honestly said, dia ni susah nak suka kat orang tapi tah napa dia pun macam acu dia ni. First tgk awak jer dah rasa nak jadi kawan awk. Hehe..’. hah biar betul. Pandai jer mr. icream ni. Ker dia suka kat aku. Tia tu sebagai alasan jer. Haha perasan dehhhh.

‘Alhamdulillah..tapi pelik jugak ni. Hehe…hmm ok la kan. Apa salahnya menjalinkan ukhuwah kalau ada yang sudi. Betul tak’,.lepas abis taip aku tekan send. Tunggu apa jawapan mr adam danial rafeez aka mr ice cream.

"Jagalah dirimu baik-baik, usahakanlah kemuliaannya, kerana engkau dipandang manusia bukan kerana rupa tetapi kesempurnaan budi dan adab."-mutiara kata USIM

Hope si Tia tu suka kat aku sebab budi bahasa aku jugaklah.haha macam ler dia leh tau. Kan baru sehari jer kenal. Tak kisahlah sebab apa pun kan. Orang sayang aku, aku terima. Orang benci aku pun, aku terima. Sebab bagi aku, kita tak boleh paksa orang benci dan sayang kita sesuka hati kan.

Ringtone barakallah berbunyi lagi. Hah dia dah jawap. Let’s check out what he said….

‘Hmm betul la tu. Alright tak nak ganggu awak tengah keja. Jumpa awak malam ni.saya datang sana. Insyaallah lepas settlekan apa yang patut saya terus pegi sana dan maghrib disana.sampai jer saya call awak. Jap lagi ada kelas ni. Tak sabar nak bagi ilmu kat pelajar-pelajar saya.salam..’.

Aku tersengih bila baca sms dia dan terus taip wslm and ok. Walaupun aku baru jer kenal dia tapi dia memang menjaga adab betul. Apa yang diucap teratur ajer. Maklumlah cikgu kan. Kena tunjukkan teladan yang baik buat anak2 murid. Itu yang pasti. Tapi dia punya kelakar and loyar buruk boleh tahan jugak.

huhh orang macam dia tak kan ler tak berpunya lagi…mustahil jugak kat. But nothing is imposible. Cuma kalau boleh aku tak nak kuar dengan milik orang.susah memang susah. Kang ada yang tersalah anggap lagi susah. Kang ada yang ‘ter’jatuh hati pun lagi susah..susah macamana?. Hah aku dah pernah rasa dulu jadi tak nak cari susah lagi. Kalau ikhlas nak jadi kawan aku aku terima. Kalau dia berpunya biar berkawan dengan cara betul la. Bawa sekali orangnya hang out ngan aku ker…jadi takder arr ralat sangat even kuar ngan hak milik orang. Kawan memang kawan tapi kalau kawan aku tu dah dicop sebagai hak milik orang, nak kuar pun kena ada keizinan jugak ler. Tak nak nanti aku lak dituduh nak mengatal ngan hak milik orang lain. Orang kalau nak burukan orang lain jap jer. Dalam seminit dah leh jadi cerita yang tak betul. Tak yah seminit sesaat pun boleh agaknya. Haha..almaklumlah sedap kot buat ketupat dan gossip umpama makan pizza hut kot. Tu yang ramai oaring suka sangat tu.

malamnya…

kul 7.00 aku dapat call dari mr icecream. Dah sampai TM katanya. Lepas solat dia jemput aku. lepas aku bagi direction dan alamat bagai, aku bersiap tunggu waktu solat maghrib. Teringat pesan arwah mak. ‘jaga diri elok2, solat jangan tinggal’. Yer mak..aku masih mencuba. Cuba menjadi anak yang solehah. Cuba berubah menjadi yang lebih baik dari sebelumnya. Masih berdoa semoga tidak ditarik kembali nurhidayah yang Tuhan berikan padaku..

Lepas solat aku bersiap seringkas yang mungkin. Termenung aku seketika didepan cermin. Tak sedar terlepas satu keluhan. Masyaallah..aku mengeluh lagi. Maafkan aku Ya Tuhan. Lantas ku capai pelembab bibir. Sedang aku perbetulakan selendang yang dipakai telephone aku berbunyi. Ringtone insyaallah menunjukkan ada panggilan masuk. Tertera nama mr icecream disitu. Hehe memang aku letak nama mr ic cream untuk dia. Tak tau kenapa. Sebab ice cream kan sedap dimakan. Wallah..

‘hello, assalammualaikum. ‘, terdengar suara ceria mr ice cream disana.

‘waalaikumussalam. Dah sampai yer. Kejap yer . saya keluar’.

‘alright’.

Lepas jer dia letak telefon aku terus capai handbag. ..sempat aku tgk cermin sekali lagi sebelum keluar.ala biasa ler kan. Women and the mirror. Mana leh dipisahkan umpama katak dan temourung. Uikh ader ker peribahasa gini. Asal boleh jer .tetiba lak aku rasa gelabah.hmmm..pelik..feel something weird inside. What exactly that..? don’t know.. huhu..have no answer for that question.

Bukak jer pintu umah aku tgk keta dia betul2 park depan umah. Uikh aloh.asal tak masuk kat tempat parking kat dalam terus. Lepas kunci pintu aku terus menapak ke keretanya. Dia tersenyum bila nampak aku nak buka pintu keta. Masuk jer dalam keta terus dia beri salam. Walaupun terkedu jap sempat jugak aku jawab..kenapa aku terkedu.seriously said, penampilan dia ari ni segak sangat. Huh teruk betul aku nih.jangan jatuh hati sudah. Tapi tak bermakna cinta yer. Suka tengok ajer orang yang pernampilan kemas segak gini sesekali..astagfirullah…tak baiknya aku.maaf yer..sapa suh segak sangat ari nih. Aduyai fail menjaga pandangan mata aku nih.

‘hmm..mana kita yer.saya tak biasa sangat makan kat area cini.aper kata Arianna ajer ler yang suggest.,..alahai aku ker suggest.bila dia ckp gitu aku terdiam kejap. Mana yer best. Dapur siam pun ok gak yer. Kedai ‘jejaka’ pun not bad tapi tak sesuai ler pulak sebab memang ramai sangat time gini. hehe..kedai ‘jejaka’. Aku tak tau nama kedai tu apa tapi memandangkan semua elaki yang keja kat citu so aku ngan kengkawan bagi ler nama sendiri. Ok apa nama tu.

‘dapur siam ler gitu. Kat situ boleh tahan jugak makanan dia.not bad. Tom yam dia sedap’,terasa lagi kepedasan dan kepoweran tom yam kat dapur siam tu. Bukan nak kelentong arrr tapi memang best.takder yang dapat lawan kesedapan tom yam kat citu lagi setakat ni aku tgk mana2 kedai makan yang aku pernah pegi.

‘saya tak kisah.mana-mana ajer.terpulang kat si puteri kat sebelah saya ni.,ulppp puteri.ahaks puteri ler sangat yer. Puteri lindungan bulan. Ahakss..

Aku sengih jer bila dia cakap gitu. Sampai jer dapur siam aku tgk tak ramai sangat orang. Maybe jap lagi kot. Uikh mintak2 takder yang aku kenal ler walaupun tak mustahil tuk jumpa orang yang aku kenal. Bukan per..tak seronok arr sebab diorg suka buat ceritera sendiri. Kalau benda betul takper. Lantak ler. Tak kacau diorg pun kan. Aku nak makan bukan nak peduli pasal orang.

Dah bila duduk, aku lak tak tau nak order apa.hehe itulah aku.selalu ada masalah bab nak makan ni. Aku tgk dia…aikhh khusyuk nyer tgk menu macam baca buku lak..

‘Kita order nasi berlauk lah yer’, .hmmm ok gak idea mr ice cream ni.

‘saya alright jer. So per kata awak yang order’,.pandai yer aku. bukan per karang aku tak tau nak pilih aper.biar jer dia yang pilih.

‘nasi putih dua, siakap tiga rasa, kalian ikan masin tuk dua orang makan, tom yam campur untuk sorang makan yer lepas tu….hmmm’, uikhh aku yang terkejut ngan order dia.haha..dah ler tu kang tak abis…hehe tapi kat hati aku jer ckp. Tak terluah pun kat mulut. Sibuk jer aku. tadi tak nak order. Dah dia order menyibuk pulak.

‘awak nak minum per’, tanya dia kat aku. perghh nasib.ingatan nak tambah order lagi.sapa nak abiskan.

‘limau ais’, balas aku.

‘hmm sama ler bang. Liamu ais jugak yer. Tima kasih.’ Katanya sambil tersenyum. Aduyai murah betul senyuman dia ni. Sejuk perut mak dia mengandungkan dia.

‘saya tanya sikit boleh tak,’. Aku memang dok tunggu masa yang sesuai nak tanya ajer ni. Bukan per.safety first. Pasai apa aku dok pikir tentang soalan ni. Hangpa dengar nah…eh silap baca ek.

‘aiii macam serius jer bunyi soalan yang nak ditanya ni. Ye lah tanya jer la.soalan math ker fizik’. Aduh dia ni. Sempat buat loyar burukss la pulak. bagus2. Cirri-ciri humour tu ada. Lagi-lagi…korek lagi Arianna.

‘takder la.soalan psikologi jer sket.’ Ujar aku sambil tersenyum.

Terbantut jap aku nak tanya bila pelayan kedai antar air kat tempat aku.

‘terima kasih,’ serentak ucapan thanks tu terkeluar dari mulut masing2. Aku senyum. Dia pun sengih. Hahaha..kebetulan..

‘hmmm….awak keluar dengan saya ni takder yang marah ker. Mana ler tau awak ni belong to someone ker. Kalau belong to someone dah mintak izin ker nak kuar ngan saya’. Perghhh akhirnya. Kini pasti..aikkk tu bukan lirik lagu kak anita ker. Haha tak kisah ler. Pinjam jer ye kak. Part tu jer.

‘bukan saya belong to you ker Arianna. So naper nak mintak izin kan’, uikhh dia nih. Dia tersengih kat aku bila lepas cakap gitu.Loyar buruk yer. Nasib baik tak tersembur limau ais ni kat muka dia. Huhu….dia ni kan. Boleh tak jangan main2 ngan hati dan perasaan. Chewah bila masa lak dia berperasaan kat aku nih.


"Hai manusia, bertaqwalah kepada Tuhanmu yang telah menciptakan kamu dari seorang diri, dan daripadanya Allah menciptakan isterinya; dan dari keduanya Allah memperkembang-biakkan laki-laki dan perempuan yang banyak. Dan bertaqwalah kepada Allah yang dengan (mempergunakan) namaNya kamu saling meminta satu sama lain, dan (peliharalah) hubungan silaturrahim. Sesungguhnya Allah selalu menjaga dan mengawasi kamu."-- An-Nisa': 1

Aku tgk dia tarik nafas panjang. Huhu..nak mula cerita yer. Cepat la.cepatla aku tak sabar nih.single ker tak. Aikkk Arianna. Mengatal yer. Ala ‘mengatal’ kat sabah tak per. Sibuk ler korang ni. Apa salahnya gatal kejap. Mana ler tau ni jodoh aku. perasan tahap cipan aku nih. Ye la, bila tengok budak comel-comel, terus gatai nak kawin dan ada anak secomel tu jugak.

‘hmm..saya kan..kalau boleh tak nak dah bercakap pasal ni. Tapi kalau itu yang boleh kurangkan kerisauan awk yang takut keluar ngan hak milik orang. Saya cakap ler jugak’…uikh apasal berhenti sambung ler. Ayat dia ni kan buat aku suspen ajer la.lamanya dia berhenti. Amik mood ker. Ala tak yah ler amik mood. Tu kan cerita yang dah jadi tapai basi. Tak yah tunggu lama. Luahkan jer la. Cakap2..ehh mcam dialogue citer pr. Ramlee la pulak.

‘saya belong to Allah and my family ajer at this moment Arianna. Bagi saya itu lebih baik dari saya terluka lagi. Susahnya nak lupa kenangan pahit tu. 5 tahun bercinta macam membazir ajer. ‘. Dia diam, berhenti sekejap.Tuk amik mood agaknya. Uikh nak cerita kisah gini perlu ada mood tau. Baru touching. Hehe.. Lambat-lambat dia sedut ais limau kat tangan dia.

‘saya hampir nak bertunang Arianna tapi tak sangka walaupun dah 5 tahun berkawan saya rupanya tak kenali dia betul-betul. 5 tahun bercinta sekelip mata perasaan cinta tu boleh beralih arah. Saya pun tak pasti apa yang dia nak sebenarnya..’… khusyuknya aku dengar cerita dia. Gitu yer. Tapi ni tak abis lagi. Dengar dulu baru buat kesimpulan. 5 tahun tuh babe. Giler ahh. Kalau dah kawin anak dah berapa. Cian

‘dia putuskan percintaan kami seminggu sebelum majlis tunang. Saya sedih sangat-sangat waktu tuh. Tah apa salah saya pun saya tak tau. Bila saya tanya dia, dia ckp saya takder salah apa2 tapi hati dia tak der lagi perasaan cinta kat saya. 5 tahun bukan satu jangka masa yang sekejap. Lepas peristiwa tu, saya tak menaruh apa2 harapan lagi pasal percintaan. Saya serahkan semuanya pada Tuhan. Hati saya kecewa. Bagi saya kalau ada jodoh, ada ler.’..

Hmmm… leh caya ker. Tapi aku tgk cara dia bercerita bukan menipu. Mata dia pun cakap yang dia tak tipu. Eh mata leh cakap ker. Uikhhh korang tak tau ker. Tu kan kaedah psiko namanya. Boleh pakai tau.

‘sampai sekarang saya tak terbuka hati lagi untuk pikir pasal cinta dan perkahwinan. Saya rasa tak yah cinta atau kenal lama-lama la lagi senang. Kalau suka atau berkenan dihati terus ajak kawin. Cinta lepas kawin ni best aper.’..wah dah berhenti cerita dia. Betu la tu. Cinta lama-lama pun tak semestinya berakhir ngan perkahwinan pun.

Elok jer dia stopkan cerita dia, makanan sampai. Uikh sedapnya bau..

‘hmm..ok mr ice cream. Apa kata kita makan dulu. Enjoy our foods. Lupakan benda2 sedih dalam hidup kita. mulakan hidup baru’. Kataaku sambil bersedia memegang sudu dan garpu. Nak mulakan sesi operation kat ikan tiga rasa ni. Dah terpanggil2 dah aku tuk rasa kelazatan isinya.

‘tapi awk….’la apa lagi mr ice cream ni. Aduyai terbantut jap aku nak buat operation.

‘apenya’, tanya aku sampai terangkat kening. Macam akak ziana ler pulak. tapi tak der ler setinggi dia.

‘awk kuar ngan saya takder orang yang marah ker?’ huh ingat aper jer. Suspen betul ler.

‘takder sapa yang sudi nak marah saya. Single n avalaible lagi. Maklumlah tak cantik, mana der yang berkenan’, laju jer ayat aku. single lagi bagus dari dok sakit hati ler. Nak kena jaga perasaan orang tapi perasaan sendiri tak terjaga.

‘tak per saya sudi.’ Rasa nak tercekik aku dengar ayat dia tuh. Aku pandang kearah dia. Leh dia suap nasi macam tak cakap apa2. Eh ker aku tersalah dengar tadi. Lantak ler. Aku pun turut sama sambung makan.

‘sedap ler. Lain kali kita makan lagi kat sini nak’, ujar dia sambil tolong cedokkan sayur tuk aku. uikhhh bahagianya. Ada orang layan makan..arianna arissa..jangan gatal yer. Mengong ler engkau ni. Kang tersuka kat dia ker. Eh suka sebagai kawan tak per kan. Apa ler korang ni. Nampak tak hati dan kepala otak aku tak sebulu.

Huhu ayat dia tadi macam akan ader lagi pertemuan antara aku dan dia jer. Alahaiii… mungkin ler. Alah makan ngan kengkwan apa nak heran kan.betul ler cik otak. Bijak kamu menolak apa hati aku nak cakap.

‘saya tak kisah kalau awak tak kisah’ tu jer ayat aku.

‘saya pun tak kisah kalau awk sudi’.ulppp…hah kan. Padan muka ko.gitu ayat dia bagi kat ko. Haha. Aku sengih. Dia sengih. Memang lahir tahun sengih la kitaorg ni.

Xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

Dah dua bulan aku jadi kawan mr.ice cream. Eh silap dia jadi kawan baru aku. sepanjang dua bulan tu memang kitaorg close. Cuti jer hang out sesama. Kadang si tia pun ikut sekali. Haha..bila jalan bertiga macam satu keluarga la pulak. perasaan dehhh aku ni. Cerita baru tentang aku dan dia bermula dia suatu hari tu…jeng,….jeng..jeng….lepas pangilan tipon..

Suatu hari yang bermula segala hari episode bahagia antara aku dan mr ice cream.. Mak aiiii, macam buat skrip drama la pulak kan. Tak per, suka hati aku la. Kisah aku. jangan korang nak memandai komen ye.

Rintone lagu insyaallah aku berbunyi menandakan ada panggilan telefon. Aku jenguk tenguk sapa ler nak tipon aku time gini. dia ker. Eh kenapa aku asyik pikir dia ajer. Alahai teruk betul aku ni.

Aku bukak laci tengok sapa. Hmmm instinct aku kuat arrr. Betu la dia. Hehe..walaweh jangan mengada Arianna. Angkat cepat.

‘salam. Awak busy ker?’.

‘wslm. Tak sangat. Kenapa?’

‘besok apa plan?’

Uikh naper lak ni tanya apa plan aku.memang aku der plan pun. Nak balik umah akak aku kat sg. Buloh jap. Saja dah lama tak jumpa.

‘hmm ingat nak pergi umah akak kat sg buloh. Kenapa?’

‘nak ikut.’ Uikh biar betik. Nak ikut. Tak per kita tengok aper jadi ngan betik tu. Masak kicap ngan hati pun sedap.

‘nak ikut’ aku ulang balik ayat dia tapi berupa pertanyaan la.

‘ye la nak ikut. Tak salah kan nak kenal family awak. Kan kita kawan. Tak kan nak kenal family kawan pun tak boleh.’ Hmmm nasib baik boleh diterima oleh akal jawapan dia ni. Tak jadi masalah kot bagi aku.

‘hmm..ye la. Boleh ler. Tapi sok awal yer nak pegi. Boleh kan’.

‘no hal. Sok pagi kul 9.00 saya kesana yer.tunggu. ok la. Xnak ganggu awk keja. Saja nak tanya tu jer. Salam’.

‘wslm’. Uikhh itu jer nak tanya. Aku ingat aper jer la tadi. Hmmm kwan2 kan. Tak per la kot tapi tak ker akak-akak aku pelik karang. Aku nak pergi sana sebab akak aku kat klang pun turun situ. Tak per la kot. Kenalkan kata kawan jer. Tapi biasanya mana der orang buat gitu kan. Kalau kawan-kawan bawak reramai. Ni aku bawa dia sorang ajer.

Esoknya..hari sabtu bermula segalanya…

Dia ni memang punctual orangnya. Sharp on time terpacak kat umah aku. uikh macam janji lak baju samaccolor. Lantak ler. Tak kan nak salin kot. Tak matured la pulak karang sebab itu jer nak salin baju kan.

‘baju sama color la. Macam janji lak kita yer’ katanya bila aku masuk dalam keta.

‘la bukan kita dah janji ker semalam’. Dia tersengih bila aku cakap gitu. Faham sangat ngan perangai loyar buruk aku walaupun baru jer kenal 2 bulan. aku sengih..dia pun sengih. Memang jenis sengih kot kitaorg ni.

‘ala lupa. Semalam kan kita janji dalam mimpi’. Haha banyak ler kau dalam mimpi. Ko jangan mimpi yang bukan-bukan pasal aku sudah.

Dalam perjalanan tetiba kitaorg jadi kurang banyak bercakap. Just dengar dj radio jer berceloteh. Pecah rekod sebab sebelum ni aku ngan dia memang banyak bercakap pun. Kalau dia tak kenakan aku, aku yang kenakan dia.

‘awak….’ Aku pandang dia bila dia panggil aku. uikh ni naper lak tetiba.

‘jom kawin’. Hah aku terkejut katak. Biar betul..aku pandang dia lagi. Betul ker dia cakap gitu ker aku salah dengar. Tak kan ler. Baru jer kenal aku ajak kawin. Eh bukan ker waktu tak menjamin apa2. Kenal bertahun tak semestinya kawin kan. Tapi…..arianna nothing is imposibble. Dia ajak kawin tu. Patutnya ko suka.

‘jom kawin. Saya serius ni awak.’ Dia pandang aku sekilas bila cakap macam tuh.

Aku terdiam.nak cakap aper. Langsung tak terpikir apa-apa. Eh aku tak bercinta pun ngan dia macamana nak kawin.

‘kita boleh bercinta lepas kawin Arianna.’ Eh macam tau jer apa yang bermain kat otak aku. aku tetap diam jugak. Langsung tak tau nak cakap aper. Hamik ko sebijik. Bukan ker ko pun suka kat dia. Eh suka tak bermakna cinta yer. Cinta kan boleh dipupuk.

‘adam denial rafeez. Awak ni dah pikir masak-masak ker. Nikah kawin bukan perkara main-main yer.’. skema betul aku sebut nama dia. Tapi aku rasa dia tak main-main. Mesti la dia dah pikir masak-masak. Kalau tak, tak kan ler dengan beraninya dia ajak aku kawin.

‘dah. Saya buat keputusan ni bukan sesuka hati tau. Lepas istikarah hari tu saya rasa saya perlu bertindak’. Huyooooo..siap istikarah tu. Memang yer la kot jodoh dia ngan aku.

‘hmmm..bagi saya masa.nanti saya bagitau awk. Tunggu lepas istikarah saya pulak yer’, dia senyum bila aku cakap gitu. Apa pun aku tak berani nak bagi harapan. Istikarah dulu. Takutnya…tapi bestnya ada orang ajak kawin. Mak dengarlah anakmu nak khabarkan berita gembira ni..dalam hati alhamdulillah Ya Allah. Sekiranya memang dia tercipta untukku, menemani hari-hari akan datang ku, satukanlah hati kami dengan restuMU Ya Tuhan. Permudahkanlah urusan kami. Sekiranya dia bukan milik ku, tercipta untukku, jauhkanlah dia dari pandangan mataku agar tiada lagi kelukaan untukku.

‘Arianna Arissa’.aku menoleh kearahnya bila dia panggil aku.

‘ye’.tu jer mampu aku cakap. Bukan per. Dalam hati dah tumbuh bunga sakura dah. Bahagianya aku rasa. Tak pernah rasa gini walaupun dulu-dulu dah banyak kali bercinta. cinta itu indah bila kena pada tempatnya. Perghhh tabik la ko Arianna arissa. Berbunga ayat ko. Maunya tak. Tadi kan dah tumbuh bunga sakura kat taman hati..uikh hati ngan otak aku berdebat lagi. Tak kisah ler. Kalau memang dah jodoh, aku terima ajer la. Hah yang ni hati ngan otak aku setuju. Gatal yer korang.

‘harap saya dengar khabar gembira dari awak’..dia senyum lagi. Aduhh jangan la asyik senyum jer. Kang cair aku terus cakap setuju.

‘insyaallah’.

Kat umah akak aku…

Sampai jer aku tengok keta kakak aku yang kat klang tu dah ade. Aku dah maklumkan kat diorang yang aku bawa kawan. Kawan jer aku cakap tapi tak cakap lelaki ker pompuan. Akak aku senyum bila nampak aku ngan mr ice cream kuar dari keta. Jap lagi balik karang ni sah aku kena siasat. Sengih ada makna tuuu.

Adam duduk sebelah aku. alaaa nampak macam pakwe makwe la pulak. tak nak nak bangun kot. Tu jer yang kosong.

‘adam keja mana’ tanya kak nisha. Anak no 2 dalam family. Edisi soal menyoal bermula. Cayalah akak-akak aku.

‘kat rawang kak. Saya mengajar kat sana’. Adam menjeling kat aku. aku senyum ajer. Hehe..nasib la yer. Sapa suh nak ikut. Ko jawab la yer. Kata nak kawin ngan aku. kena la disiasat dulu.

‘Bila nak masuk meminang’. Hah aku terkejut katak ngan soalan kak amy. Akak atas aku tuh. Alaaa diorg nih. Aku pandang mr ice cream. Dia sengih sebelum jawab. Tak terjangkau dek akalku bak lagu Elyana tuh. Tak sangka weh akak aku nak tanya soalan tuh. Macam tau-tau ajer tadi dia dah propose aku.

‘ikutkan saya kak memang nak masuk minang. Tapi Arianna kata tunggu dulu jawapan dari istikarah dia’. Uikh dia ni. Straight forward ajer. Eh silap.. straight to the point ajer.

‘hah Arianna ko nak tunggu aper lagi. On jer la. Kitaorg lagi tak kisah. Lagi cepat lagi bagus’. Amboi kak amy aku nih. Ngada tul. Tak sabar nak tambah bakal ipar ker. Aku baru dilamar tadi la weh. Korang ni kan. Saja jer.

‘kitaorg baru jer kenal. Nak amik masa la sket. Tunggu la dulu istikarah orang.’jawab aku.

‘ala tak yah tunggu lama-lama Arianna.kalau dah samapi seru on ajer’. Amboi abg ipar aku back up bini nampak. Komplot tuk mengenakan aku la tuh. Tak boleh blah betul la diaorang ni. Mana taknya, dah umur 27. Aku ler sorang dalam family yang kawin lambat. Diaorg semua kawin dalam umur sweet 20 something la katakana. Paling lambat pun ari tu kaka my aku ler. Umur 25. Adik aku pun dah ader pakwe. Aku jer solo lagi sampai sekarang ni. Nak buat camner. Takder yang sesuai…

‘eh korang borak la dulu. Akak masak jap yer. Jom Arianna tolong’. Heh eleh akak aku ni. Macam aku tak tau. Suh tolong ada makna ler tu. Aku pandang mr ice cream.

‘borak la yer . nak ke dapur jap’. Dia angguk kepala. Eh apasal aku mintak izin. Ngada tul uikh tetamu kena dihormati. Kan bakal suami aku tuh. Ahakss.. perasan jap

Di dapur..

‘dia baru propose aku ler tadi. Korang ni pun. Huhu tapi dia ok tak?. Tanya aku pada akak-akak aku.

‘la baru tadi ker. Haha..’ siot tul akak-akak aku ni. Siap bantai gelak pulak.

‘ko kenal dia dah lama ker.aku tengok dia ok la dari kawan ko yang dulu tuh. Aku tak berkenan langsung’. Kata kak amy aku sambil potong bawang tuk tumis kari ayam. Kalau datang umah kak nisha aku ni, asyik makan ayam ajer la. Ayam pun takut nak main dekat umah diaorg.hah yang ni memang aku kelentong la.hehe..

‘eh yang dulu tu bukan special boyfriend aku la. Kan kawan aje’. Balas aku balik. Betul la mamat dulu tu kawan aku aje. Tak declare pun kata special tapi aku tetap gak sakit hati gak sebab sanggup dia tipu aku. Kata kawan..

‘ko nak tunggu aper lagi. Dah jumpa baik gitu. Aku nampak jujur budaknya. Jangan melepas la wehh. Dia tu mix ker. Muka Chinese look’.. hah tu dia kak nisha aku lak buat sesi soal jawab yang tak abis lagi dari tadi. Ada bakat terendam kakak-kakak aku ni. Leh jadi wartawan gossip. Tabik spring arrr.

Kitaorg senyap kejap bila dengar suara orang ketawa di ruang tamu. Tah apa yang kelakar aku pun tak tau.lantak ler. Boleh masuk korum la tu kot.

‘abis tu apa keputusan ko? Tak yah lama-lama la. Nikah terus pun tak per. Aku dah start suka dah ni’, eh akak aku ni. Melampau la dia punya statement.

‘tunggu istikarah aku yer’, jawab aku sambil sengih. Diorg pun sengih sama.

bercinta bertahun-tahun kalau bukan jodoh kita tak kan bersatu jugak.tapi ni baru dua bulan. Alaa tak per laaa yer. Tunggu istikarah aku.

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

‘assalammualakum.’’’uikhh tu bukan suara hubby aku ker. Haha jauhnya aku mengelamun.. My hubby is back. Dua hari outstation macam 2 minggu ajer aku rasa. Rindu dia sangat-sangat. Maklumlah bercinta lepas kawin memang gini kot. Tiap-tiap hari bercinta. Tak pe kan . dah sah. Tak ralat sangat bercinta bagai nak rak. Konpem dah jadi laki aku kan.

‘honey.jangan lari nanti jatuh ler’,.hehe aku hanya sengih. Mana dia tak jerit. Tgh sarat nih. Tu baru hubby aku punya jerit,. Kalau my mother in law nampak mau pengsan dia. Tak pasal-pasal aku kena tari telinga. Maklumlah menantu kesayangan walaupun perangai kalahkan lanun. Tak kisah la kan. Bercinta lepas kawin lebih manis rasanya semanis honey and ice cream.kenal sehari dua pun tak mustahil akan bahagia. Nothing is imposibble. Hidup kita sudah ditetapkan bagaimana ceriteranya. Kalau Tuhan dah tulis begitu dan begini. Gitu ler jadinya. Macam aku dan mr icecream ni. Punya ler macam2 cerita yang tak best pernah kami lalui akhirnya tak sangka aku memang tercipta untuk dia. Ruginya sapa dia yang tinggalkan my hubby dulu. Tapi ok gak sebab kalau tak, bukan aku ler pengantin pompuannya. haha…lepas aku buat istikarah terus aku bagi tau jawapan kat dia. Bertunang dan bernikah hari yang sama. Gempak ler majlis kawin aku. kawan-kawan terkejut beruk. Ye la..senyap-senyap jer aku. tak dengar cerita apa-apa. Tau-tau dapat kad. Hamik korang. Dulu kan sibuk tanya. Dah bagi kad tanya lagi.. Majlis 2 bulan selepas jawapan istikarah aku. kenapa dua bulan. Sebab aku yang mntak gitu. Sempat buat persiapan.

Buat sesapa jer yang pernah alami cam aku dan mr ice cream, hidup ni indah. Hargailah. Berilah peluang kepada diri sendiri untuk hidup bahagia. Tiada yang mustahil dalam hidup ini. Bercinta bertahun tak menjamin kebahagian. Kalau dah ready tak perlu amik tempoh yang panjang untuk bina masjid.

Cinta boleh datang kalau kita berusaha. Tak perlu ditangisi pada sesuatu yang tak pasti. Buat abis air mata tu buat aper. Korang sedih nangis sampai bengkak mata pun tak guna. What have done cant be undone. Cinta pada manusia, manusia akan mati. Cinta pada bunga, bunga akan layu. Cinta yang hakiki hanya ada stu iaitu untuk Pencipta kita. tapi cinta bila dah ada ikatan ni , indahnya bagai di syurga.. Hidup seperti mana kita inginkan. Cerita aku sampai disini saja yer. Berusahalah untuk cinta. Insyaallah aku jamin tak kan menyesal punya. Yang penting jangan lupa doa berserta solat hajat dan istikarah yer. Hmmm sedapnya ice cream dalam iklan tv tadi. Nak makan ice creamlah ngan my hubby. Jangan jealous..

‘tanya sama hati, apa maksud cinta. Nanti jawab hati, tepuklah dada. Cinta memang ada, tapi belum jumpa. kalau tiada usaha , mana nak jumpa. Hati pun berkata, Tuhan berikanlah aku cinta, aku jua berhak bahagia. Kini cinta itu ada, Cuma perlu dibaja agar terus berbunga..- arianna arissa


note:hak cipta terpelihara yer. jangan simply2 copy orang lain punya idea yer. memang saya tak nampak tapi Tuhan nampak yer. penat saya perah otak nak tulis certa ni

HASIL TANAMAN ANGGUR KALI KE EMPAT DAN SOKSEK SOK SEK

 Assalamualaikum. lama menyepi kan. dah bersawang dah. tulis blog ni sekadar suka2 je. jadi dah bersawang tak post n tak buka langsung😆. pa...