05 Disember 2016

kimchi..penangan family outing n running man dan bento adik

Per cerita ngan tajuk tu kan.aduhai penangan....family outing n running man punya pasal akhirnya 2 kali aku test buat kimchi.dah try 2 resepi tapi yg aku paling suka dri stu blog ni. aku amik dari blog : ourkizuna.blogspot.my. resepi dia mcm best, sebenarnya ni kali kedua aku buat kimchi ni. sedap jugak. rasa kubis china yang rangup dimakan dengan nasi atau maggi.. yummy... jom teman share respei dari blog kakak kita ni-ourkizuna.blogspot.my. tapi teman dah modified guna  benda yang ada kat umah jer.

Sumber: ourkizuna.blogspot.my

Portion aku buat tu sekt ja sebelah kubis jer  n tak semua bahan aku follow 100% sb aku guna apa yang ada jer kat umah.

Resepi kimchi sedap
Bahan bahan
2 batang Kobis panjang (Napa cabbage atau hakusai)- aku guna sebelah jer
1 cawan Garam (kalau nak sedap boleh guna garam laut asli atau rock salt)- agak2 jer sb sblh jer kubisnya
1 batang Lobak putih (Daikon)- x guna sb xde
2 batang Lobak merah- aku guna setegah batang jer
Dua pokok Daun bawang
Secekak Daun kucai
Dua biji Bawang besar holland - aku guna bwg biasa sb kat umah ada itu jer
Cara membuatnya
Potong kobis saiz 4 segi. Sederhana besar. Jangan kecik sangat sebab nanti kecut. Gaul dengan garam. Pastikan garam kena pada setiap permukaan kobis tu. Masuk dalam mangkuk. Tindih dengan benda berat. Biarkan selama 4 jam. Aku letak tutup periuk dan tindih dengan lesung batu. Lepas 4 jam, air akan keluar dari kobis tu. Kobis jadi layu. Basuh dan perah sebanyak 3 kali. Perah macam perah baju sampai airnya habis keluar kalau boleh.
Gigit sikit, kalau masin sangat bilas lagi. Bahan bahan lain macam lobak tu potong memanjang saiz batang mancis. Bawang holland tu hiris bulat bulat. Ketepikan.
Sementara tunggu kobis diperap dengan garam, sediakan bahan untuk paste


Bahan untuk paste
1 cup korean chilli flake (Aku beli brand 
Bidan beli kat Presto, Citta Mall, kalau suka pedas letak lebih. Kalau tak ada, guna je serbuk cili cap baba's atau cili paste guna lada kering tu)- teman guna chili flake biasa n serbuk cili sket
* Sebiji pear gong (kulit coklat, tapi kulitnya dibuang) - xda guna sb takder dalam ice box
* Dua biji apple merah (Aku guna apple fuji, dibuang kulit)- ada sebiji jer kat umah
* Sebiji bawang besar holland -guna bwg biasa
* 5 ulas bawang putih
* 1 inci halia
** 1/4 cup Sos ikan - gantikan dengan ikan bilis jer. pastu akau tambah sos tiram
** 4 sudu besar Tepung pulut
** Air


Cara buat paste kimchi
Blender bahan bertanda * dengan air masak/air bertapis. Tambah chilli flake dan kacau sebati.

Campur semua bahan bertanda ** dan kacau sebati sampai tepung larut. Masak atas api yang perlahan sampai mendidih. Kalau pekat sangat tambah sedikit air. Jangan terlalu cair jugak.

Campurkan bahan * dan ** dan gaul sebati.

Masukkan bahan-bahan yang dihiris saiz batang mancis tadi. Dan masukkan kobis yang dah diperap dengan garam, dibilas dan diperah. Gaul rata. Kemudian masukkan ke dalam bekas. Tutup dan simpan di tempat gelap dan sejuk selama 24jam. Kalau dah ada buih buih tu dah jadi lah maksudnya. Kalau rasa nak masam lagi biarkan lagi. Kalau dah okay, terus masukkan ke dalam peti sejuk.



haha.. ni jer gambar yang teman snap. ni pun bekal nak bawa pi opis. lupa nak tangkap masa buat n hasil lepas buat dan pada hari ni nak maklumkan kimchi ni dah tinggal serdak pun.. hehe.. tq kakak  
ourkizuna.blogspot.my. resepi awak memang terbaik la.

huhu... semangat la teman try buat bento tuk bagi anak makan sekali hampa. nak blaja lagi buat bento2 yang cantik dan menarik tuk anak makan tapi kannnn... ank ummi ni mcm bila tgk jer takder feel pun...

kek besday adik....3 tahun sudah..

Sedar x sedar anak ummi dah cukup 3 tahun. cepatnya masa berlalu. kek adik ummi buat sendiri. siap ada 2 biji lagi. satu bw balik sambut kat kg dan satu lagi potong masa betul2 birthday adik. 

 ni kek kedua adik. choc moist kek hias dgn choc ganache yang di pipe gitu2 jer pastu hias dengan choc yang dipotong n choc warna warni.

 ni proses buat kek pertama adik. kek tu letak butter craem tengah. salut kat atas jer dengan ganache.


yang ni final touch. guna jer benda yang ada kat umah.


tadaaaaa.. akhirnya masuk dalam box simpan tuk sambut besday adik kat kampung. guna benda yang ada jer. maklumla takder budget waktu tu sb dah tgh bulan.





HASIL TANAMAN ANGGUR KALI KE EMPAT DAN SOKSEK SOK SEK

 Assalamualaikum. lama menyepi kan. dah bersawang dah. tulis blog ni sekadar suka2 je. jadi dah bersawang tak post n tak buka langsung😆. pa...