26 Ogos 2011

menu ringkas di bulan ramadhan

hmm bingung memikirkan menu apa untuk berbuka. makan sensorang kadang bosan jugak. bukak peti ais. hmm ada udang, siakap dan ayam.hmmm akhirnya aku terpikir benda yang simple ni. siakap goreng, sambal kicap dan sup sayur. ok gak kan.hehe.hah ni nak kongsi jer gambar menu aku tu. tak per kan.haha..


siakap goreng. potong dua jer. kalau sekor tak abis lak nanti. time puasa bukan makan bnyk pun aku ni

sup sayur

sambal kicap.nak sedap perah limau sket. yummyyyy..


berbuka aper?


berbuka aper? kekadang bila masak sendiri ni tak der idea dah nak masak aper kan. kalau dah penat balik keja tu, bila dah malas sangat masak simple cenggini pun best dah.sup daging dan air asam mana leh dipisahkan terutamanya orang utara. kalau tak buat air asam buat sambal kicap cicah ngan daging tu. pergh sedap.

sup daging

air asam.

bahan sup

daging- dipotong kecil
daun sup
ubi kentang- x nak letak pun tak per
serai-diketuk
sedikit halia- diketuk
3 gelas air

bahan tumis yang ditumbuk:

sedikit jintan manis dan putih
sedikit lada hitam
bunga lawang
kulit kayu manis

cara buat:

1. tumis bahan yang ditumbuk tadi, serai dan halia hingga naik bau. kemudian masukkan daging. biar sekejap untuk matikan air daging. kemudian masukkan air.
2. biarkan sehingga mendidih sebentar dan kemudian masukkan kentang. masak bagi empuk dan daging betul2 masak. masukkan daun sup dan perasa.

bahan untuk air asam: untuk dua hingga 4 org.

3-5 biji cili padi-potong macam biasa
1/2 biji bawang besar
1/2 biji tomato
sedikit asam jawa
belacan
garam
limau nipis
daun kesum-dipotng halus.ni tak nak masuk pun takper. tapi bagi org belah utara letak daun kesum tu dah biasa sangat

cara buat air asam senang jer. lenyek jer cili padi tu dengan sudu ker kalau nak pakai tangan picit pun boleh tapi kang pijar tangan.semua benda tu gaul bagi sebati dan akhir sekali perah air asam.


masak lemak ketam

tgh jalan-jalan dipasar pagi, ternampak lak ketam. hmm buat masak lemak sedap ni. so aku pun beli ler. ni masak lemak style aku ler. hahaha..juadah berbuka tuk hari tu.

ni bahan-bahannya

2 ekor ketam
4-5 biji bendi- potong dua
1 biji tomato-belah empat
1 nos bunga kantan- potong 4
santan dalam 2 senduk- (bagi dua.satu bagi cair satu biar pekat)
1 batang serai-diketuk
asam keping

bahan tumbuk:
2-3 biji cili padi
1 biji cili besar
sedikit kunyit hidup
1 biji bawang besar
2-3 biji bawang putih

1. masukkan semua bahan tumbuk, santan cair, serai , asam keping, bunga kantan dan ketam. biar seketika bagi mendidih.
2. ketam akan jadi kemerah-merahan kalau masak.so bila dah nmpk merah tu masukkan ler santan pekat, garam secukupnya, bendi dan tomato.
3.bagi betul2 masak boleh ler angkat.

hehe senang kan.masak lemak ni masuk jer semua sekali. terpulang kepada cara masak anda. selamat mencuba.


sambal udang dan terung


hah ni ler rupa sambal udang dan terung aku. hehe ari tu tetiba jer teringin nak buat cenggini. so aku buat ler. hah kat bawah aku kongsi resepi yer. ni tuk dua atau 3 org makan pun boleh sebab terungnya besar.

bahan-bahan

5-8 ekor udang.-nak letak lebih pun boleh
sebiji terung bulat / terung panjang- rebus dulu.
2-3 senduk cili blend
sedikit air asam jawa

bahan blend/tumbuk:
1 biji bawang besar
2-4 ulas bawang putih
1 batang serai

cara buat:
1. siang udang tu dan belah blkg udang.
2. dalam masa yang sama rebus terung hingga masak. biarkan sejuk dan potong.
3. tumis bahan blend tadi hingga naik bau. kemudian masukkan cili yang blend tadi. masak sehingga pecah minyak.
4. kemudian masukkan air asam jawa. bagi betul2 masak, masukkan udang dan perasa secukupnya.
5. bila dah masak, tuang atas terung tadi. siap dan hidang.

resepi ni mudah jer. simple sangat tapi best. hehe...selamat mencuba

salam lebaran


Selamat hari raya dan selamat menyambut hari kemerdekaan semua.sekejap jer masa berlalu kan. apapun berhati-hati dijalan raya.

24 Ogos 2011

ayam goreng halia

hah ayam goreng halia. bagus ni tuk buang angin dalam badan. ni chinese suka ler masak gni . ditambah lak ngan myk bijan.hehe tapi disebabkan minyak bijan takder guna ler myk sawit jer. hahaha..kat bawah ni aku kongsi resepi yang mudah


hah ni ayam yang aku perap sekali ngan halia, cili padi, bawang putih dan bawang besar yang ditumbuk.

bahan perap:
sedikit halia
1 biji bawang besar (kalau besar sangat guna setengah jer)
3-5 ulas bawang putih
2-3 cili padi
-tumbuk semuanya dan gaul ngan isi ayam yang dipotong kecil2

hah ni lak sayur yang digunakan.

bahan;
3 batang jagung muda
sedikut halia- racik ker potong biasa ker boleh jer
sedikit carrot
1 batang kailan -tak yah byk pun takper
bunga kubis
kacang panjang
cili merah
cara: potong jer bahan diatas ikut citarasa

hah yang ni dah siap punya.

cara masak:
1. panaskan 1 senduk myk. bila dah panas masukkan ayam yang diperap tadi.
2. biar ayam bagi betul2 masak dan kemudian masukkan sayur dan perasakan. boleh jugak perah air limau kat masakan ni kalau suka.

sedapnya pecal...

hari tu tak tau nak berbuka aper. biasanya berbuka aku ala kadar jer sebab nak sembahyang dulu. kalau makan betul2 kang lmbt ler pulak kan. so tgk kat peti ais ader lak kuah pecal instant buatan mak mertua kakak aku yang the best in the town tuh. so tgk pulak kat tmpat sayur. hah ader kangkung, timun n kacang panjang serta carrot. so aper lagi. tu ler jadi menu berbuka merangkap mkn malam. hahahaha..hah kat bawah ni aku saja jer nak share gambar pecal tu. sedap ooooooo...

hah yang ni siap ngan kuah dah sekali. marvelous. yummyyyyy...

ni ler sayur yang aku guna. tu jer ada kat peti ais aku

ni ler kuahnya.aku rasa pernah tgk mak dia buat. tapi ingat2 lupa la pulak.so tak der la resepinya kat sini.

19 Ogos 2011

sotong berlada..

Hah ni pulak sotong berlado. sesekali cuba buat cenggini best jugak kan. hah ni menu dia.boleh digantikan dengan benda lain sotong tu.

bahan:
5-6 ekor sotong
petai(optional.nak letak boleh tak nak pun boleh)
sedikit air asam jawa
garam

bahan ditumbuk;

3 biji cili merah
3 biji cili padi
1 biji bawang besar
2-3 ulas bawang putih
note: cili merah dan cili padi tu tumbuk jgn sampai lumat. gitu2 ajer.

1. tumiskan bahan yang ditumbuk. bagi sampai betul2 masak. masukkan air asam jawa (sikit ajer)
2. masukkan sotong dan petai. bila dah mendidih letak garam. bagi betul masak leh ler angkat.

hehe...simple jer menu ni haaa.leh ler cuba. ari tu pernah makan nasi padang kat satu tempat tu. nmpk sedap betul cili dia. macam pedas tapi ok jer. tgh try pikir camner dia buat. bila jadik teman confirmkan yer.hehe


kerabu daun selom dan ulam raja

hai guys..hah hari ni nak kongsi ngan korang cara buat kerabu daun selom dan ulam raja. kalau mat salleh diorg panggil salad. ni salad orang melayu ler kiranya. sebenarnya boleh dicampur dengan macam2 lagi ulam lain seperti kacang botol,kacang panjang, bunga kantan, pegaga dan daun kaduk. tapi kat umah aku ader bahan ni jer. hehehe


sambal kelapa

ulam yang telah dipotong

hah ni yang dah siap.

okey bahan-bahanya seperti dibawah:

ulam:
ulam raja
daun selom
1/2 biji bawang besar diracik

untuk buat sambal kelapa:
2 biji cili besar
3 biji cili padi
1/2 biji bawang besar- diracik halus
2- 3 sudu besar kelapa parut
sedikit belacan
garam
air asam jawa dan limau nipis

cara buat:
1. tumbuk cili, belacan dan sedikit garam. macam buat sambal belacan tu kemudian masukkan bawang dan tumbuk lagi.
2. kemudian masukkan kelapa parut. tumbuk sekejap jer bagi semua sebati dan masukkan dalam bekas.

cara buat kerabu:
1. perahkan air limau dan masukkan sedikit air asam jawa. kacau bagi sebati. kemudian masukkan bahan untuk ulam. gaul sebati dan hidang.

(boleh ditambah serai dan kerisik sekiranya mahu)

hah leh jugak buat salad cam gni. dihidangkan bersama udang goreng. yummy...kan salad melayu campur ni. hehe.selamat mencuba


kailan ikan masin dan choy sam ikan masin


kailan ikan masin

choy sam ikan masin

hah ni dua jenis sayur yang berbeza tapi cara masak yang sama. senang jer nak masak. choy sam tu aper? tu sejenis sawi bunga. aku suka sebab dia rangup dan tak pahit. setengah sawi kan pahit dan bila masak pun tak sedap.

ni bahan-bahannya:

kailan / choy sam

bahan ditumbuk:

beberapa ketul ikan masin (terpulang ikan masin aper)
1/2 biji bawang besar
3 biji cili padi
3 ulas bawang putih

caranya:
1. tumiskan bahan yang ditumbuk sehingga naik bau.
2. masukkan kailan tapi batang dulu kemudian baru masukkan daun. masak hingga al-dente. jangan terlalu masak sebab semua khasiatnya akan hilang
3. perasakan secukupnya.

note: ada dua cara untuk masak samaada masak kuah asing dang clur dulu sayur kemudia tuang kuah keatasnya ataupun masak macam kat atas tu. untuk pekatkan kuah leh letak tepung jagung sket.




18 Ogos 2011

pengat pisang

alohoaaaa..pengat pisang in the house. ahaksss..lama betul aku tak makan. since arwah mak sakit rasanya sampai ler suatu hari tu. alkisahnya ibu shira bagi pisang.so tak tau nak buat per. tgh pikir tetiba kak su ckp mak dia buat pengat pisang. terus teringin buat. sedapnyaaaaa...

bahan:
2 biji pisang
santan
gula
daun pandan
3 cwn air
(boleh letak sagu juga.ari tu sagu takder. guna apa yang ader jer)

cara:
1. didihkan air, masukkan dalam 3-4 sudu gula, masukkan daun pandan. bagi didih yang ni dulu baru masuk santan.
2. bila dah masuk santan kacau pelahan-lahan sampai didih. dah didih masukkan ler pisang korang. dah masak leh hidang.



asam pedas daging..yummy

asam pedas daging. lama betul aku tak makan. hah ni resepi sendiri yer. saja nak kongsi ngan korang. ni ler bahan-bahan tuk buat asam pedas daging

bahan tumbuk;

1 biji bawang besar
3-4 ulas bwg putih
(setengah orang letak lengkuas dan buah keras. buah keras tu untuk bagi lemak sket

bahan lain:
1 batang serai-diketuk
1 nos bunga kantan -dipotong dua atau terpulang kepada anda
cili kering-blend
daun kesum
5 biji bendi- blh potong dua.
1 biji tomato-belah empat
air asam jawa
garam dan perasa lain secukup rasa
cara buat.

1. tumis bahan yang ditumbuk tadi bersama serai yang diketuk hingga naik bau.
2. masukkan dalam dua senduk cili kering. masak hingga pecah minyak.
3. masukkan daging biarkan dalam 5-10 minit. masukkan daun kesum dan bunga kantan. kemudian masukkan air asam jawa. biarkan sehingga mendidih
4. setelah mendidih masukkan tomato dan bendi. perasakan.
senang dan mudah.

hah ni ler hasilnya yang dah siap.pekat lagi tuh. selamat mencuba. dulu ada kengkawan yang dah mintak resepi ni. aku bagi jer. apa salahnya berkongsi kan.

10 Ogos 2011

uikhh..sedapnya manggis...



Manggis ataupun nama sainstifiknya Garcinia mangostana, merupakan ‘ratu segala buah’. Sebut maggis ni memang dah lama sangat aku tak makan sebenarnya. Tapi baru ni dapat jugak aku makan. Thanks to my fren, shira. Dia bagitau ibu aku nak makan manggis, hah siap ibu tolong simpankan lagi. Memang best n manis. Terlepas sudah kepingin ku.hahaha..

Hah ni khasiat buah manggis yang nak dikongsi bersama. Buah manggis kaya dengan 40 dan lebih bahan Xanthones [1] yang merupakan sejenis super-antioksida. Buah ini dikatakan boleh membantu memulihkan sistem imunisasi badan.

Kulit buah manggis telah digunakan secara meluas di India sebagai ubat cirit-birit. Kulit buah manggis sekitar suku inci tebal dan mengandungi cecair amat pengering (astringent), yang mana, pada musim hujan, menghasilkan cecair melekit kekuningan, yang merupakan sejenis (gamboge). Orang orang Cina menggunakan kulit pokok sebagai sumber pewarna hitam, dan turut juga digunakan bagi mengubat cirit-birit.

Selain itu, manggis juga mempunyai Cathechins, Polyphenols dan Polisakanida yang berkesan untuk menjadi ejen-antioksida semulajadi dan juga bahan anti-bakteria dan anti-kulat.

Vitamin C, Zat Besi, Niasin, Kalsium, Protein, Serat Fiber, Vitamin B1 & B2 dan lain lain mudah diperolehi secara semulajadi dari pemakanan Manggis.

Uikh bnyk sungguh khasiat manggis kan….so apa lagi. jom le makan maggis tapi jangan terover makan sudah. kadang yang ada khasiat boleh jadi mudarat. renung-renungkan

meriahnya raya.....

meriahnya raya...apa yang meriah yer. hehe baru jer beberapa hari umat islam berpuasa, kami dah ready untuk bergambar suasana raya untuk ucapan raya. di bawah adalah antara gambar-gambar yang nak dikongsi.



hah ni namanya ketupat daun kelapa. sungguh aku tak reti nak buat sebab aku pandai ketupat daun palas jer.haha..


tgk ler semangat membuat ketupat untuk sesi bergambar. sket jer dapat sebab daun kelapa tu pendek sangat. hah abg ayien salah sorang kaum adam yang pandai menganyam ketupat daun palas ni. haha cayalah.

sesi bergambar bermula. hah ni gabungan dua unit tapi satu bilik opis.

wah meriah tak. macam betul2 dah raya gitu. macam buat rakaman ler pulak. glamer umah pakcik tu. terima kasih kepada tuan umah yang bagi pinjam umah.

hah ni lak gambar group baru untuk kik tahun ni. hahaha..bergambar ajer. tgh pening lagi mencari data dan bahan. tah yer siap on time ker tak. slide jer nmpk. bahan ting tong lagi.

gambar sebelum tamat rakaman raya. ahaks..siap der vespa lagi. jangan tak tau cik jah..vespa pinjam, kuali pinjam, umah pinjam. free lagi..lepas ni ready tuk jamuan raya lak. kelass gitu.

08 Ogos 2011

masak kicap ayam simple

hah kali ni resepi apa pulak yer. ni aku nak bagi resepi yang simple dan mudah. pastu kejap ajer.
masak kicap ayam. bahan-bahannya:

bahan kisar untuk tumis 1:

1 biji cili besar
3 / 4 biji cili padi (nak pedas leh lebihkan cili)
4/5 ulas bawang putih (lebihkan pun takper)
1 batang serai

bahan tumis 2:

1 biji bawang besar (slice halus)
daun kari
sedikit halia (slice)

bahan utama:

beberapa ketul ayam atau isi ayam (digoreng terlebih dahulu)

bahan lain:
2/3 cili padi- belah tgh. blh digantikan dengan cili merah besar
cendawan- oyster
young corn
carrot

cara buat:


tumis bahan kisar tadi hinga naik bau.kemudia masukkan bahan tumis 2.

hah ni ler sayur yang digunakan untuk masak kicap ni.terpulang nak pakai sayur aper

bila bahan tumis dah cukup masak. masukkan sayur sebentar. jgn terlalu lama nanti hilang semua khasiat sayur. just al dente(firm to bite)

lepas tu masukkan. ayam dan kicap manis. tak perlu lama sebab ayam tu kita gunakan ayam goreng. bila semua dah sebati dan masak, boleh ler angkat.

ni menu time korang malas nak pikir le.sesekali best jugak buat gni.selamat mencuba

HASIL TANAMAN ANGGUR KALI KE EMPAT DAN SOKSEK SOK SEK

 Assalamualaikum. lama menyepi kan. dah bersawang dah. tulis blog ni sekadar suka2 je. jadi dah bersawang tak post n tak buka langsung😆. pa...