19 Ogos 2011
kailan ikan masin dan choy sam ikan masin
kailan ikan masin
choy sam ikan masin
hah ni dua jenis sayur yang berbeza tapi cara masak yang sama. senang jer nak masak. choy sam tu aper? tu sejenis sawi bunga. aku suka sebab dia rangup dan tak pahit. setengah sawi kan pahit dan bila masak pun tak sedap.
ni bahan-bahannya:
kailan / choy sam
bahan ditumbuk:
beberapa ketul ikan masin (terpulang ikan masin aper)
1/2 biji bawang besar
3 biji cili padi
3 ulas bawang putih
caranya:
1. tumiskan bahan yang ditumbuk sehingga naik bau.
2. masukkan kailan tapi batang dulu kemudian baru masukkan daun. masak hingga al-dente. jangan terlalu masak sebab semua khasiatnya akan hilang
3. perasakan secukupnya.
note: ada dua cara untuk masak samaada masak kuah asing dang clur dulu sayur kemudia tuang kuah keatasnya ataupun masak macam kat atas tu. untuk pekatkan kuah leh letak tepung jagung sket.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
HASIL TANAMAN ANGGUR KALI KE EMPAT DAN SOKSEK SOK SEK
Assalamualaikum. lama menyepi kan. dah bersawang dah. tulis blog ni sekadar suka2 je. jadi dah bersawang tak post n tak buka langsung😆. pa...
-
Assalamualaikum.yezzza..jemput terliur yer. Haritu teman ada share tortilla wrap jenama gardenia n hasil wrapping teman kan.temn ada ckp ...
-
You allsss...gardenia dah ada roti roll-up wrap sendiri. Siapa yang suka bungkus membungkus dalam wrap ni hah boleh le beli.teman pun baru s...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan