29 Oktober 2013

my cooking..again n again

Assalammualaikum... sedar tak sedar dah rasanya 4 tahun  gitu teman berblog yer. blog ni bukan tuk aper sebenarnya tempat meluahkan rasa, idea dan berkongsi petua dan resepi. tapi teman ni idak ler teror memasak pun. sekadar untuk family bolehlah. lagi satu teman ni suka menderhaka resepi yang teman dapat. hahahaha..

Masakan yang paling teman suka adalah my late mom punya cooking. walaupun simple tapi sedap. almaklumlah kami ni bukan org yang senang. kecik2 dulu pernah makan nasi yang digaul dengan minyak yang digoreng ikan masin. tapi bagi aku tu pun sedap dah. kadang ikan masin, ulam dan sambal belacan. sebab tu sampai sekarang ulam adalah keutamaan aku. sedap sangat. apapun air tangan mak memang the best.

Selalu jugak aku ikut mak cari ulam. ulam pucuk tepus (sejenis ulam yang pokoknya macam pokok bunga kantan- ambil umbut ajerrrr), daun beka, rebung, keladi, pucuk kaduk dan memacam lagi la. Tiap2 ulam tu ada kesedapan yang tersendiri. uikh terliur udah aku ni. hahaha.. mana nak dapat dah ulam2 gitu sekarang ni haaa.

kadang2 ulam-ulam yang kena rebus tu mak rebus gitu ajer tak pun buat kerabu. makan pulak ngan air asam/air lawa bersama ikan kering n ikan kembung bakar. uikh sedap2. bertambah2. rindunyaaaaaaaa nak makan gitu.

hah jom layan apa yang aku masak...

 hah apakah iniiii. inilah gulai rebung ala my late mom yang i teringat2 sampai dua hari. akhirnya dapat jugak i buat.nak bahan-bahan dia ker...hmmm..serbuk kari ayam, rebung, bawang putih n besar, udang kering (boleh diganti dengan ayam atau daging), santan dan kerisik. cara cam masak gulai biasa tapi pastikan rebung direbus dulu yer. i malas nak taip cara buat. hahaha


 Kat bawah ni menu lunch kitaorg. kebetulan my hubby balik. menu kerabu perut, sup kosong, ulaman dan ikan talapia merah berlado. uikh sedap2. ikan berlado tu aku tak buat pedas pun. aku guna cili hijau, bawang besar n bawang putih dan cili padi sket ajer. aku blend sebab malas tumbuk. huhu malasnya aku ni kan. ikan tu basuh ngan limau pastu goreng garing. tumis bahan blend tadi, letak garam gula n air asam jawa. masak till pekat. siap hidang. my princess pun suka makan sebab tak pedas.


our dinner malam tu. my hubby request lamb cam biasa with blackpepper sauce. pastu i buat jugak pizza gunakan bahan yang ader jer. no chesse so just letak cili sos n mayonis n ayam yang dimasak dengan mushroom.berselera my hubby makan. asal balik tm jer dia request western. haha i tak kisah. asalkan ada org nak makan. lamb tu i marinate ngan black pepper, white pepper, cili blend sket, chicken marination jenama mrcormick kalau tak silap aku pastu garam.



sos lak aku buat gini. tumis bawang n garlic yang aku chop halus ngan minyak, pastu aku letak tepung gandum sket bagi sampai brown sket. pastu letak air/sup ayam ker daging kalau korang buat ler.pastu masukkan kiub ayam atau daging, black pepper serbuk/crush. masak sampai pekat. blackpepper tu kalau nak tumis masa sekali ngan bawang pun boleh. tak nak letak black pepper letak mushroom pun boleh. jadi la mushroom sauce.hehehe...





 hah kat atas lak aku buat roti berinti diatasnya. ingat princess aku nak makan huh dia rasa sket jer. dah selamat aku bagi jiran sket.





my doughnut. haha first time aku buat donut yang gebu seperti yang diidamkan. ni pun resepi aku main campak n uli jer. sama masa aku buat dough pizza tu haaa. aku just guna tak silap 2 cwn lebih sket kot tepungnya, yis sket, garam, susu tepung sket n majerin. uli jadi doh. ni leh gak jadikan doh pizza. apapun terpulan gkat diri sendiri. ari tu buat caramel. haha biasa ler bila menderhaka resepi tak dapat ler secantik yang diingini. apapun rasa tetap ok.

hah setakat tu lah yer dulu perkongsian aku tentang my cooking ni haaa.. nanti rerajin masak aku masukkan lagi yer. hmm rindu nak makan my late mom cooking...al fatihah buat mak dan ayah. semoga bahagia dan tenang disana. ni kalau mak ada lagi ni tiap2 minggu aku call. tanya resepi la, usik dia ler samapi kena marah asyik call ajer. hahaha..rinduuu..


HASIL TANAMAN ANGGUR KALI KE EMPAT DAN SOKSEK SOK SEK

 Assalamualaikum. lama menyepi kan. dah bersawang dah. tulis blog ni sekadar suka2 je. jadi dah bersawang tak post n tak buka langsung😆. pa...