25.2.2010 bersamaan dengan 11 rabiulawal jam 11.00 malam, hari khamis malam jumaat n malam malidur rasul, mak aku pergi buat selamanya. rasanya macam baru semalam aku temankan dia kat hospital, macam baru semalam aku bergurau dengan dia sambil suapkan dia makan.... tapi kini......yang tinggal hanyalah kenangan. sesungguhnya Tuhan sentiasa menguji kami sekeluarga tanpa henti. dua hari lepas arwah takder, dikejutkan pulak dengan berita anak sedara aku kena masuk hospital n kena operation disebabkan apendiks n masalah usus. balik jer kat cni, dapat pulak khabar anak akak aku yang kat klang tu kena masuk ward. huhu.... berat mata yang memandang berat lagi bahu kami memikul. sesungguhnya kami kena pasrah dengan ujian n takdir Tuhan. DariNya kita datang kepadaNya juga kita akan pergi.
al-fatihah buat mak aku. semoga dia tenang disana dan ditempatkan bersama-sama org yang beriman. apapun untill now aku rasa cam dia masih ada kat sisi aku. sesungguhnya aku masih tak dapat terima hakikat that she was gone. Ya Allah berikan lah kami sekeluarga kekuatan untuk menerima dugaan Mu. Jadikan kami redha dengan ketentuanMu.-Amin
Tiada ulasan:
Catat Ulasan