14 November 2011

nasi goreng peria dan ikan masin

orang tak suka makan peria sebab pahit. memula dulu pun aku tak boleh nak terima tapi bila aku dah cuba sekali aku terus ajer suka.hah kali ni aku buat resepi nasi goreng letak peria dan kailan. kat bawah ni resepi.

bahan-bahan

1 cwn atau lebih sikit nasi yang dah dimasak
1 ketul kecil ikan masin - dalam 3-4 cm atau terpulang- dipotong halus
2-3 biji bawang putih- chop / potong dadu
1/2 biji bawang besar-chop / potong dadu
1 atau 1/2 biji peria- slice halus
1 batang kailan- potong macam biasa

cara buat:

1. masukkan minyak dan goreng ikan masin dahulu. bila dah agak garing masukkan bawang. tumis hingga naik bau.
2. kemudian masukkan peria dahulu bagi masak sket dan lepas tu masuk kailan. letak perasa kalau nak. masukkan nasi dan gaul sebati. dah masak leh hidang.

mudah jer resepi ni. senang jer nak buat. peria kan bagus tuk kesihatan. tak caya. hah cari ler maklumat kat internet pasal peria. sedapnyaaaaaa...kalau korang nak pedas leh ler potong cili padi masukkan masa tumis bawang tu...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

HASIL TANAMAN ANGGUR KALI KE EMPAT DAN SOKSEK SOK SEK

 Assalamualaikum. lama menyepi kan. dah bersawang dah. tulis blog ni sekadar suka2 je. jadi dah bersawang tak post n tak buka langsung😆. pa...