28 Februari 2013

ulaman kampung- buah beka

Assalammualaikum. alohaaa budakkampung in the house. yearghh hari ni teman nak kenalkan korang dengan sejenis ulam yang cukup dikenali di sebelah utara sinun. tapi org kelantan pun kenal buah ni haaa. aku tak pasti setengah tempat panggil aper tapi aku panggil buah ni buah beka.pokoknya tinggi dan buahnya panjang. daun dan buah boleh makan dan rasanya pahit2 sedikit tapi bagi aku ok jer. takder la pahit sangat pun.


 hah ni ler buahnya. sebenarnya panjang tapi aku dah potong dua. boleh direbus dan dibakar. dibuat kerabu atau dicicah ngan sambal atau air asam yang diletak kerisik atau dipanggil air lawa. kenapa dipanggil air lawa aku pun tak tau. camner rupanya air lawa tuh. haaa yang kat bawah ni rupanya.

cara buatnya-cili -potong, kerisik, bawang, garam secukup rasa dan belacan serta perahan limau.letak air sket. tumbuk macam sambal belacan tu pun boleh. ikut sukahati.

 
hah ni rupa setelah direbus. kulitnya kena kikis dulu. lepas rebus atau bakar.

teringat kenangan ngan arwah mak aku. dia dulu suka bakar jer buah beka ni buat kerabu atau cicah jer ngan air lawa tu. serius sedap. cuba ler kalau pi utara tu terutamanya kedah. tapi ulam ni spesis yang susah jugak nak jumpa. tapi kat sini aku nak kenalkan kat korang. confirm ada yang tak tau ni. anak muda zaman sekarang mana nak sangat makan ulam.memilih sket. ye tak. yang pahit tak mau.

05 Februari 2013

aksi my cilik pada umur 9 bulan

 my princes ni asyik tak sihat jer since Disember 2012. time tu baru umur 8 bulan. cian anak ummi. asyik on off jer demamnya. siap ummi bawa jumpa pakar sebab demam dan batuk dah hampir 2 bulan. xray n so on dr cakap kahak kat paru2. dah kena guna nebulizer tuk buang kahak tu. ummi ingat dah ok sekali  balik sini suatu hari tu aamik dari ummah mak pengasuh, dengar dia bernafas dengan kuat terus bw pi klinik. leh dr tu cakap takder apa. so ummi balik n malam tu nayli tak tido sampai pagi. plan memang nak bawa pi hospital tapi memandangkan nayli meragam dan tidak berteman so ummi pun bawa pi klinik azhar. dr kata kesian dia. memang ler tak leh nafas sebab kahak kat paru2. dia tak mau minum n main. pas buat neb tu alhamdulillah nmpk. siap muntah penuh atas baju ummi. ummi tak kisah yang penting nayli ok.

pastu satu lagi masalah ummi tak tau naper telinga nayli kuar nanah. dah berapa kali jumpa dr. jumpa goverment punya dr nak tak nak jer dia check. dia kata tak nmpk per. pi swasta dr kata der affection.huhu sedih ngan dr goverment. tau ler kami tak bayar tapi kerajaan bayar you.cuba check betul2. cam main2 jer check.bukan sekali ummi kena macam tuh. byk kali dah. alhamdullillah walau pun tak sepenuhnya telinga nayli ok tapi dah tak byk nanah macam ari tu.dalam tak sihat tu nak boleh akal rupanya anak ummi. tumbuh gigi daaaa. ummi asyik jadi mangsa gigit dia. dah tu skang ni suka bangun berdiri sendiri n lepas tangan. nak jalan kott. jom layan gambar nayli.
 dia sibuk nak pakai tudung ni jadi ummi pn sarungkan. comel anak ummi. moga jadi anak yang solehah penyejuk hati ummi dan abah dunia akhirat.
 suka gigit. asal boleh jer anak ummi

 suka betul main kat tepi ni. pastu dia leh bangun n tarik benda atas almari sebelah dia tuh. tak sampai dia jengket. hehehe
ni nak jalan time.nak pegi umah pak long n tengok baby baru maklangnyer.
hah ni ler wardina insyirah. sikecil yang baru beberapa minggu melihat dunia. ringan jer. nayli jeles ummi pegang wardina. hope jadi anak solehah yer sayang. penyejuk hati mak dan ayah.

jalan-jalan di gunung lang

alohaaa. assalammualaikum.. yer just nak kongsikan satu lagi tempat tuk berjimba bersama keluarga time cuti2. ceritanya kami pergi ni pun kepas balik dari cameron. dah petang tapi petang ler meriahnya sebab air terjun tu akan ader dan dibuka airnya tuk terjun kul 5 petang.tempatnya dekat ipoh. menarik jugak tempatnya. jom layan.

 terasa percikan air tu terkena muka. memang rasa best sangat. sejuk jer...












view yang sangat menarik. leh bawa anak2 tuk naik bot jugak. disebabkan dah petang dan ramai takder la anik bot. bawa family berkelah disini pun menarik jugak.







 nayli nak terbang. hehehehe...my princes not feelin well on that day since disember 2012.









 hah ate moh ler melawat. cuti2 malaysia. kat malaysia pun menarik per tak yah abis duit gi luar.

HASIL TANAMAN ANGGUR KALI KE EMPAT DAN SOKSEK SOK SEK

 Assalamualaikum. lama menyepi kan. dah bersawang dah. tulis blog ni sekadar suka2 je. jadi dah bersawang tak post n tak buka langsung😆. pa...