♥♥20 perkara yang berubah selepas anda mempunyai anak!♥♥
1♥ Kita menemui kekuatan dalaman tanpa kita sedar.
2♥ Kita akan merindui saat 9 bulan kehamilan kita walaupun terpaksa mengendong perut yang boyot!!
3♥ Kita tidak lagi memerlukan jam. Sebaliknya, bayi kita yang menetapkan jadual harian kita. Adakalanya bayi kita bangun seawal jam 4 pagi!!
4♥ Kita akan menghormati dan mengasihi ibu bapa kita sendiri dengan cara yang baru.
5♥ Jika anak kita sakit, kita yang akan mengalami rasa lebih teruk berbanding kita yang sakit..
6♥ Kita tidak keberatan tidur pada pukul 9 malam pada malam Jumaat...;-)
7♥ Perasaan kita akan lebih mudah tersentuh atau berkecil hati apabila berlaku hal-hal berkaitan dengan anak.
8♥ Kita akan lebih kerap melihat anak kita di dalam cermin berbanding melihat diri kita sendiri.
9♥ Kita tidak lagi jijik dengan najis bayi, sebaliknya kita akan Happy bila anak kita poo-poo!
10♥ Kita akan lebih menghargai diri kita.
11♥ Kita lebih rela meluangkan masa untuk peluk dan cium anak kita, walaupun kita tahu kita akan sampai lewat ke tempat kerja.
12♥ Kita mula menyedari, yang kita punyai kuasa yang hebat bila dapat menenangkan anak kita yang sedang menangis.
13♥ Kita akan sentiasa mengira gigi anak yang baru tumbuh.
14♥ Kita akan rasakan yang mempunyai anak lagi bukanlah satu masalah yang besar, malah kita amat sukannya.
15♥ Apabila kita melihat ada ibu bapa lain yang sedang memegang anak mereka yang sedang menangis, kita akan faham situasi mereka.
16♥ Kita akan menghargai masa mandi kita walaupun ianya dalam masa yang singkat!
17♥ Akhirnya, kita akan mula bertegur sapa dengan jiran sebelah selepas mempunyai anak!
18♥ Kita akan dapati, perkara-perkara yang dulunya kita anggap penting kini tidak lagi selepas adanya anak.
19♥ Kita sedar yang sebenarnya tidak sukar untuk menyayangi anak kita yang pada mulanya kita anggap dia adalah orang asing.
20♥ Setiap hari kita adalah sesuatu yang penuh dengan kejutan!
sumber: fb persatuan ibu-ibu mengandung.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan