22 Julai 2013

hasil tanaman belakang rumah

assalammualaikum... ye teman saja nak share hasil kebun sekangkang kera dibelakang rumah. nak tengok apa hasilnya. hah jom layan. straberry i merajuk tak nak berbuah lagi kes cik tak pegi buat lubang dalam pasu. dua2 pasu gitu terus my strawberry merajuk daaaa. puas baja. daun jer meriah.


my roselle tengah galak berbuah ni haaaa. pokoknya bukan main besar dah teman pun dah kutip kali kedua ari tu bagi kat kawan. leh buat air. color pun terang.


 ni lak pokok betik. tapi pokok ni dah tumbang sebab anai2 buat sarang kat btangnya. apapun semua org dah merasa termasuk jiran teman. manis sangat buahnya. sedih betulll.

 peria yang tak berapa nak menjadi. aduyaiiii

 kacang sireh yang tak tanam pun naik beria2. benih yang lama. buah aku byk sedekah kat org jer. tak larat nak makan sensorang. sekarang ni tengah naik terbaru pokok jambu. huhu tah jambu aper. nati suh abahnya korek bawa balik kampung ajer la. pokok pelam pun baru tumbuh. pokok mata kucing lak dah agih2 kat kakak n teman opis. hahaha best oooo bila tengok pokok tu jadik.

17 Julai 2013

bila my princess makan....


 hari ni masa i update blog yang berzaman tak update. ni last post i masuk so nanti bila i rasa free nanti i masuk lagi. hehehe.. hah ni ler gayanya bila my princess makan. comot tu dah confirm. sepah pun dah confirm pastu tak tahan suka sapu ke kepala. aduyaiii anak ummi. lepas makan mesti kena mandi. sabor je la

 menikmati pizza dominos. abis sekeping kat dia...

 hah yang ni la yang teman cakap. tengok tu kat kepala. penuh ngan nasi. saborr je laaa



tumpah tu wajib. puas ler umminya mengelap. lepas makan gini ler. samada dia tuang tak pun lap kat kepala.
penat memang penat kadang sampai gaduh ngan dia. makan lak ikut mood. bila dia rasa dia nak makan dia makan kalau tak puas ler ummi pujuk. satu suap jer lepas. lack of idea nak masak per. kengkawan senang2 leh ler jengok blog yang saya uat khas tuk nayli nur hana. kat situ ader la satu dua tip untuk anak2. tips-merawat-anak-yang-selsema

aksi memek muka si kecik.. 1 tahun 2 bulan

hehe.. ada si kecik macam2 karenahnya. my princess tu kekadang suka betul ler buat memek muka. apapun itulah penghibur saat letih balik keja. hehehe saja syer kat sini sebab bila rindu time rehat leh tengok












 layan jer la yer.ader lagi aksinya nanti aku masuk lagii. kalau korang tak nak tengok tak yah ler tengok yerrrr. haha my blog so suka hati i la kan. suka tak suka tak...heheh ayat chef amar. masak dari hati masak with iman.

my cooking....gambar dah lama masak baru nak post

alohaaa...assalammualaikum... gambor dah lama masak baru nak pos. apa la aku ni kan. teruk betulll. tak per jom layan. nak respi nanti teman bagi. ate teman ni bukannya reti masak sangat. Setakat nak makan anak beanak tu bolehh laaaaaa...

  kari udang galah with peria. sedap n peria tak pahit pun.

 roti yang dibakar pesen baru. buat tuk my princess sekali dia makan skett jer. lack of idea nak masak per tuk sikecik. kadang makan kadang tak nak.huhuhu...

 sup tulang. apasal tah aku rasa cam kekurangan jer. biasa ler tekak ibu mengandung ni kan pelik2 sket. aku kata tak sedap org kata sedap. aku kata tak masin org kata dah masin laaa.

 kari tulang. tulang bukan yang fresh punnnnn

 nasi goreng campak2. layan jerrrrr


 mee kari. dah lama tak buat. yang atas sekali tu tuk jirann teman. yang bawah tu tuk teman balun. hahahaha

 mee sup campak2. asal boleh ajer


 dua jenis kerabu yang berbeza.  kerabu pucuk paku dan kerabu peria kat bawah tuuu. sedap ooooo kerabu peria mentah. cuba ler korang buat. aku dah pernah bagi resepi buat kerabu gini ari tu. korang cari jer yer

all grill. haha termasuk ngan sayur tu haaaa.


 hah ni aku masak bubur untuk berbuka ari sabtu ari tu. masak simple ajer sebab my princess bukan suka sangat berempah ni. kebetulan pulak ler time nak rebus telur masin tu aku nampak dia crack so aku masukkan jer dalam bubur ni time dia dah masak. pernah tengok resepi ada sorang akak buat gitu so i follow.sedap tauuuu.cer buat.ni resepi mudah tuk budak2 tecik sekali:

bahan: 1 pot beras, 2 sudu atau 1 sudu pun takper udang kering, bwg besar n bawang putih. isi ayam sket n telur masin, n sayur apa2 yang korang suka. aku just letak carrot jer.
cara buat: udang kering ditumbuk dengan bawang then tumiskan hingga naik bau. pastu masukkan isi ayam. biar hingga air ayam tu kering letak ler beras tadi. pastu masuk air secukupnya.letakkan perasa secukupnya. bila dah masak dan 10 minit sebelum tutup tu korang pecahkan telur masin. jangan lupa lak taruk sayur yang dipoong tadi. try lerrrr

 masak cili ayam dengan kentang
ikan kukus simple. tak leh buat pedas coz si tecik i tak leh nak makan. just perasakan dengan garam.letak limau nipis yang dipotong, serai, sayur, letak air asam jawa, then sket black pepper. ikan ni buat time buka puasa baru ni.

 gulai betik dengan ayam. yummyyyy...

 sotong goreng bercili...marvelous ...

ok la layan jer la yer. solat time n tadarus time almaklumlah ramadhan selamat berpuasa semua.

04 Julai 2013

SABDA RASULULLAH SAW TENTANG ANAK



Assalammualaikum.. Budakkampung in the house. lama tak menulis kat sini. rindu tapi nak buat camner tak sempat lerrrr. ni teman mencuri sedikit masa yang ader just to post this thing. Sharing is caring.


SABDA RASULULLAH SAW TENTANG ANAK
1. Bau mulut atau tubuh anak-anak adalah sebahagian dari angin syurga.

2. Syurga adalah sebuah kampung ketenangan, tidak akan masuk ke dalamnya kecuali orang yang menyukai anak-anak.

3. Barangsiapa menyenangkan anak perempuannya, maka darjatnya bagaikan orang yang sentiasa menangis kerana takut kepada Allah. Orang yang menangis kepada Allah maka api neraka diharamkan menyentuh tubuhnya.

4. Ciumlah anakmu kerana pahala setiap ciuman itu dibalas dengan satu darjat di syurga. Nisbah di antara dua darjat adalah 500 tahun.

5. Barangsiapa keluar ke pasar untuk membeli barang-barang dan kembali ke rumah dengan mambawa buah tangan untuk anaknya, nescaya dia akan mendapat rahmat dari Allah swt dan tidak akan disiksa di akhirat kelak.

6. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak laki-laki. Barangsiapa menyenangkan anak perempuannya, maka seolah-olah memerdekakan anak Nabi Ismail.

7. Perintahkanlah anak-anakmu mengerjakan solat ketika berusia 7 tahun dan pukullah mereka apabila meninggalkan solat ketika berusia 10 tahun.

8. Muliakan anak-anak dengan mengajar mereka adab dan ilmu agama.

9. Barangsiapa meninggalkan anak-anaknya dalam keadaan jahil, maka orang tua ikut menanggung setiap dosa yang dilakukan oleh anaknya.

10. Barangsiapa membekalkan nanak-anaknya dengan adab dan ilmu agama, maka orang tua akan mendapatkan pahala seperti pahal anak-anak.

11. Setelah anak perempuan berusia 16 tahun, maka nikahkanlah dia. Ketika itu sang ayah memegang tangan anak gadisnya sambil berkata " Anakku, kau telah kudidik, kuajar dan kunikahkan. Semoga Allah melindungiku dari bencana kerana dirimu di dunia dan akhirat".

12. Muliakanlah anak-anak kerana anak akan menjadi taming atau penghalang untuk masuk neraka.

13. Anak-anak adalah taming neraka, makan bersama mereka akan membebaskan kita dari neraka dan memuliakan mereka menyebabkan kita selamat ketika menyeberangi titian shirath.



Anak-anak adalah anugerah yang tiada ternilai dari Tuhan tapi sekarang ni banyak kita dengar dan lihat anak2 ni jadi mangsa nafsu serakah, didera dengan kejamnya. sampainya hati mereka yang mendera. sebenarnya kita yang sepatutnya mencorak anak-anak jadi renung-renungkanlah.

HASIL TANAMAN ANGGUR KALI KE EMPAT DAN SOKSEK SOK SEK

 Assalamualaikum. lama menyepi kan. dah bersawang dah. tulis blog ni sekadar suka2 je. jadi dah bersawang tak post n tak buka langsung😆. pa...