Per cerita ngan tajuk tu kan.aduhai penangan....family outing n running man punya pasal akhirnya 2 kali aku test buat kimchi.dah try 2 resepi tapi yg aku paling suka dri stu blog ni. aku amik dari blog : ourkizuna.blogspot.my. resepi dia mcm best, sebenarnya ni kali kedua aku buat kimchi ni. sedap jugak. rasa kubis china yang rangup dimakan dengan nasi atau maggi.. yummy... jom teman share respei dari blog kakak kita ni-ourkizuna.blogspot.my. tapi teman dah modified guna benda yang ada kat umah jer.
Sumber: ourkizuna.blogspot.my
Portion aku buat tu sekt ja sebelah kubis jer n tak semua bahan aku follow 100% sb aku guna apa yang ada jer kat umah.
Resepi kimchi sedap
Bahan bahan
2 batang Kobis panjang (Napa cabbage atau hakusai)- aku guna sebelah jer
1 cawan Garam (kalau nak sedap boleh guna garam laut asli atau rock salt)- agak2 jer sb sblh jer kubisnya
1 batang Lobak putih (Daikon)- x guna sb xde
2 batang Lobak merah- aku guna setegah batang jer
Dua pokok Daun bawang
Secekak Daun kucai
Dua biji Bawang besar holland - aku guna bwg biasa sb kat umah ada itu jer
Cara membuatnya
Potong kobis saiz 4 segi. Sederhana besar. Jangan kecik sangat sebab nanti
kecut. Gaul dengan garam. Pastikan garam kena pada setiap permukaan kobis tu.
Masuk dalam mangkuk. Tindih dengan benda berat. Biarkan selama 4 jam. Aku letak
tutup periuk dan tindih dengan lesung batu. Lepas 4 jam, air akan keluar dari
kobis tu. Kobis jadi layu. Basuh dan perah sebanyak 3 kali. Perah macam perah
baju sampai airnya habis keluar kalau boleh.
Gigit sikit, kalau masin sangat bilas lagi. Bahan bahan lain macam lobak tu
potong memanjang saiz batang mancis. Bawang holland tu hiris bulat bulat.
Ketepikan.
Sementara tunggu kobis diperap dengan garam, sediakan bahan untuk paste
Bahan untuk paste
1 cup korean chilli flake (Aku beli brand Bidan beli
kat Presto, Citta Mall, kalau suka pedas letak lebih. Kalau tak ada, guna je
serbuk cili cap baba's atau cili paste guna lada kering tu)- teman guna chili flake biasa n serbuk cili sket
* Sebiji pear gong (kulit coklat, tapi kulitnya dibuang) - xda guna sb takder dalam ice box
* Dua biji apple merah (Aku guna apple fuji, dibuang kulit)- ada sebiji jer kat umah
* Sebiji bawang besar holland -guna bwg biasa
* 5 ulas bawang putih
* 1 inci halia
** 1/4 cup Sos ikan - gantikan dengan ikan bilis jer. pastu akau tambah sos tiram
** 4 sudu besar Tepung pulut
** Air
Cara buat paste kimchi
Blender bahan bertanda * dengan air masak/air bertapis. Tambah chilli flake dan
kacau sebati.
Campur semua bahan bertanda ** dan kacau sebati sampai tepung larut. Masak atas
api yang perlahan sampai mendidih. Kalau pekat sangat tambah sedikit air.
Jangan terlalu cair jugak.
Campurkan bahan * dan ** dan gaul sebati.
Masukkan bahan-bahan yang dihiris saiz batang mancis tadi. Dan masukkan kobis
yang dah diperap dengan garam, dibilas dan diperah. Gaul rata. Kemudian
masukkan ke dalam bekas. Tutup dan simpan di tempat gelap dan sejuk selama
24jam. Kalau dah ada buih buih tu dah jadi lah maksudnya. Kalau rasa nak masam
lagi biarkan lagi. Kalau dah okay, terus masukkan ke dalam peti sejuk.
haha.. ni jer gambar yang teman snap. ni pun bekal nak bawa pi opis. lupa nak tangkap masa buat n hasil lepas buat dan pada hari ni nak maklumkan kimchi ni dah tinggal serdak pun.. hehe.. tq kakak ourkizuna.blogspot.my. resepi awak memang terbaik la.
huhu... semangat la teman try buat bento tuk bagi anak makan sekali hampa. nak blaja lagi buat bento2 yang cantik dan menarik tuk anak makan tapi kannnn... ank ummi ni mcm bila tgk jer takder feel pun...
05 Disember 2016
kek besday adik....3 tahun sudah..
Sedar x sedar anak ummi dah cukup 3 tahun. cepatnya masa berlalu. kek adik ummi buat sendiri. siap ada 2 biji lagi. satu bw balik sambut kat kg dan satu lagi potong masa betul2 birthday adik.
ni kek kedua adik. choc moist kek hias dgn choc ganache yang di pipe gitu2 jer pastu hias dengan choc yang dipotong n choc warna warni.
ni proses buat kek pertama adik. kek tu letak butter craem tengah. salut kat atas jer dengan ganache.
yang ni final touch. guna jer benda yang ada kat umah.
tadaaaaa.. akhirnya masuk dalam box simpan tuk sambut besday adik kat kampung. guna benda yang ada jer. maklumla takder budget waktu tu sb dah tgh bulan.
23 Mei 2016
anak...
Kek minyak disalut cream cheese n choc request by my princess
Anak.....cepat masa berlalu.masing2 sudah membesar dgn karektor yg berbeza, perangai manja yg berbeza, pemikiran yg semakin bijak n matang.sudah blh menilai salah n betul, sudah boleh menilai apa itu bohong. Anak...kdg nak disalahkan pun x blh bila perckpan seolah org dewasa sbnya kita golongan dewasa adalah pelakon di pentas mereka. Diorg akan ikut cara percakapan kita. perhati dan ikut itulah mereka sbnya kdg diaorg xtau cara percakapan itu tidk baik. Apapun hargailah ank anda dan org yg berada disekiling anda dan anda berhak utk hidup bahagia. Say no to stress.
Anak.....cepat masa berlalu.masing2 sudah membesar dgn karektor yg berbeza, perangai manja yg berbeza, pemikiran yg semakin bijak n matang.sudah blh menilai salah n betul, sudah boleh menilai apa itu bohong. Anak...kdg nak disalahkan pun x blh bila perckpan seolah org dewasa sbnya kita golongan dewasa adalah pelakon di pentas mereka. Diorg akan ikut cara percakapan kita. perhati dan ikut itulah mereka sbnya kdg diaorg xtau cara percakapan itu tidk baik. Apapun hargailah ank anda dan org yg berada disekiling anda dan anda berhak utk hidup bahagia. Say no to stress.
10 Februari 2016
kenangan zaman knk2
Salam....korang ada kenangan zamn knk2 x.tipu la xda. Zmn knk2 kita dlu sgt berbeza dgn ank2 la ni...dlu kita isi mada lapang main sorok2, congkak gali lubg kat tanh buah plak gna biji getah, buat caplong (senapang buloh, ubtnya buah cenerai). Tapi skang ni pokok cenerai pun aku x nmpk dah. Dlu kopi arwah mak buat sendiri. Bdak la pokok kopi pun x knl.kesian sungguh ank zaman la. Crita upinipin bnyk kembalikn nostalgia dlu. Mandi sungai la...cti bru ni, aku bw ank aku n ank sedara mandi sg kat kg.ajar diorang tgkp udg.lama sungguh aku x tgkp udg.asyik bila kejap2 dpt.jom aku nk share udg apa tuuuuu..
Nmpk x udg celah batu tu....
Bnyk ekor jugak dpt.dlu dpt bnyk jugak, la sg tercemar . org buat rumah tepi sg sesuka hati ja buang sampah dlm sungai.xdak kesedaran sivik lgsg. Blh ja kan kmpul sampah satu side then bakar. Otg mcm ni menyusahkan generasi akan dtg. walaupun dpt cuti kejap ja,sgt2 happy dpt kmpul dgn family walaupun x semua. Kita biar x kaya tapi kaya kasih sayang n hormat antara satu sama lain. Biar hilang kwn tapi jgn hilang adik beradik. Ok la.nanti teman updated lagi.nak tido dah niii...jom teman hidang dgn gmbr2 kek teman pernah buat.
Kek choc moist masa besday auni
Kenangan bersma arwah mak n ayah n kek aku buat.rindu sangat.al fatihah buat both of them.
Nmpk x udg celah batu tu....
Bnyk ekor jugak dpt.dlu dpt bnyk jugak, la sg tercemar . org buat rumah tepi sg sesuka hati ja buang sampah dlm sungai.xdak kesedaran sivik lgsg. Blh ja kan kmpul sampah satu side then bakar. Otg mcm ni menyusahkan generasi akan dtg. walaupun dpt cuti kejap ja,sgt2 happy dpt kmpul dgn family walaupun x semua. Kita biar x kaya tapi kaya kasih sayang n hormat antara satu sama lain. Biar hilang kwn tapi jgn hilang adik beradik. Ok la.nanti teman updated lagi.nak tido dah niii...jom teman hidang dgn gmbr2 kek teman pernah buat.
Kek choc moist masa besday auni
Kenangan bersma arwah mak n ayah n kek aku buat.rindu sangat.al fatihah buat both of them.
04 Februari 2016
hidup kita..
Assalammualaikum...yehaaa..i'm back.lama dah tak tulis kat sini kan.ate teman xda masa.idea xda, mood pun tak der walaupun sebenarnya banyak bebenor yang teman nak khabor..
Burger sempoi nayli.....haha.nama ni ank aku yang bagi.saja post nak bagi terliur.bnyk sgt isi sampai terbalik.buat sendiri kat umah dgn anak memang terbaik lah.
Burger sempoi nayli.....haha.nama ni ank aku yang bagi.saja post nak bagi terliur.bnyk sgt isi sampai terbalik.buat sendiri kat umah dgn anak memang terbaik lah.
Pita ayam in the house.menu ringkas untuk ank. My princess sekarang dah mkn sayur so setakat salad tu dia dah boleh telan la. Sangat simple dan mudah so no xcuse yer to mak2 semua.semudah 123. Izzat afiq ja masih agak susah nak menerima sayur. Pening kepala teman. Nak resepi???? Jap yer.
Inti pita tu boleh guna fresh chic atau chic/beef patties jer.marinated dgn perasa kesukaan then grill dlm kuali atas api.klu nak sedap tumis bawang masuk sekalu dengan patties/chicken.bila dah masak campurkan dgn sayur kubis + carrot yg dipotong halus. Kemudian gaulkan dgn mayonis sket. Masa nak hidang, dlm poket doremon tu pipe sos cili sket n mayo then susun le salad,timun n tomato. Pastu masukan isi dia then pipe sket lagi sos cili n tomato.cantik2 yer buat baru anak nak makan.
Haha..tajuk lain tapi pi crita pasal mkn..Jom kita mendoakan keselamatan saudara seagama kita di syiria n palestin. Sedih sungguh..kejam sungguh.apa la dosa anak2 tu.rakyat biasa ...jadi mangsa kerakusan manusia yg xpunya hati perut. Dunia akhir zaman sangat menakutkan. Yg berkuasa menggunakan kuasa, yang biasa tertekan sentiasa.dulu aku pelik bila dengar isu curi susu anak semata2. Skang ni aku faham sgt. Harga susu makin melampau2. Bkn semua ibu Allah bagi kelebihan utk ada susu. Sgt bertuah ibu yg bnyk susu. Jadi nak tak nak diaorg terpaksa bergntung pd susu formula. Bila rega susu meningkat, kos hidup makin meningkat tapi pendapatan rakyat tak bertingkat2. Justeru itu x mustahil kes kecurian makin meningkat.bkn semua org ada keja yg menjamin.bkn semua org senang n mewah.bkn semua org lahir yeris jadi ank bangsawan...tapi kebanyakan yg bangsawan pegang jwtan, memang x faham la susah org marhaen ni. Berdoalah moga ada jalan penyelesaian..bagi kita rakyat biasa pemikiran luar biasa tapi x mampu berkuasa atau bersuara.
Langgan:
Catatan (Atom)
HASIL TANAMAN ANGGUR KALI KE EMPAT DAN SOKSEK SOK SEK
Assalamualaikum. lama menyepi kan. dah bersawang dah. tulis blog ni sekadar suka2 je. jadi dah bersawang tak post n tak buka langsung😆. pa...
-
Assalamualaikum.yezzza..jemput terliur yer. Haritu teman ada share tortilla wrap jenama gardenia n hasil wrapping teman kan.temn ada ckp ...
-
You allsss...gardenia dah ada roti roll-up wrap sendiri. Siapa yang suka bungkus membungkus dalam wrap ni hah boleh le beli.teman pun baru s...