28 September 2010

kebetulan yang membahagiakan.....




hidup ini kekadang terlalu banyak sangat kebetulan. tapi kekadang tanpa kita sedar kebetulan itulah yang selalu membahagiakan kita sebenarnya. pengertian hidup ini sukar untuk dimengertikan. sekejap kita gembira, sekejap kita sedih. dugaan yang mendatang sebenarnya untuk mendewasakan kita. tapi bagi aku takder guna untuk bersedih pada benda yang bukan-bukan. hidup mesti diteruskan samaada suka atau tak. jadi gunakan kesempatan yang Tuhan bagi ni untuk hargai diri anda sendiri dan hidup bahagia kerana anda berhak untuk bahagia.

hargailah dan sayangilah orang yang sayangkan anda. kerana mereka akan sentiasa disisi anda saat sukar ataupun senang. always lend their shoulder for you to cry at. saat merugikan jika anda tidak tahu bersyukur dengan pemberian Tuhan walaupun hanya bersifat sementara.

setiap manusia ada kelemahan dan ada kelebihan yang tersendiri. kelebihan kita akan menutup kelemahan pasangan kita. begitu jugak ler sebaliknya.kita memerlukan teman untuk saling lengkap melengkapi. bagi yang masih mencari pelengkap hidup berhati-hatilah kerana zaman sekarang terlalu ramai manusia yang hipokrit dan suka menipu. yang dah kawin mengaku bujang, yang dah tunang mengaku single. sekiranya boleh, elakkan diri anda dari jadi mangsa keadaan. sebabnya tak mustahil balik2 kita yang akan dipersalahkan.

27 September 2010

kek besday adik

ni ler antara step2 buat banana chocolate blueberry cake.haha..nama ni aku sendiri yang bagi tapi bahan yang guna memang itu.malam tu aku tido lewat sebab nak siapkan kek tuk adik aku. petang raya tu baru aku coating.
ni ler hasilnya kek yang aku buat.ni gambar dari atas.


hah yang ni pulak gambar dari side tepi. tengok chocolate tu jer aku dah lapor.haha...
ni ler kek yang dah siap. simple jer...anak sedara aku kata macam kat kedai.haha abis ler kedai kek.aku dah mengganas. haha perasan betul.

22 September 2010

balik kampung...dan raya

ni diantara gambar-gambar aku n family masa balik kampung sebelum bulan puasa hari tu. baru jer upload n combine sekali. hi gambar masa kat umah akak aku kat kulim tu n umah akak aku kat semeling.tapi gambar itik tu gambar kat umah akak aku kat kulim. suka aku tgk. suasana kampung yang best..
yang ni pulak gambar malam raya n dihari raya. aku ni suka snap gambar. mana yang aku rasa ok aku snap jer.pastu edit n simpan. tu baru separuh antara gambar-gambar keluarga kitaorg termasuklah sepupu n anak2 sepupu aku. ramai lagi sebenarnya. lain kali kena tgkp gambar khas tuk keluarga hussein (tok wan aku)
ni lah diantara gambar raya hari tu.kebetulan celebrate birthday adik aku jugak kan so lagi ler meriah gtu. memang meriah giler ler.penat jugak ler teman.hehe..

20 September 2010

raya 2010


welcome back...hehe ramadhan pun sudah. raya pun sudah. alhamdulillah raya tahun ni memang meriah kat umah aku. walaupun kali ni beraya tanpa mak..yang pasti mak tetap kat hati kitaorg. tak pernah sekalipun kitaorg lupa. aku yakin ni yang arwah mak nak. aku juga yakin arwah mak nak kami semua happy always. huhu miss u so much mak.

raya tahun ni tanpa perancangan dan tanpa jangkaan semua ahli keluarga aku balik walaupun tak sama hari dan tak berkumpul hari yang sama. sesungguhnya ni lah satu caranya n salah satu hari untuk mengeratkan silaturahim antara aku n family n my cousin tooo.

tahun ni kitaorg (termasuklah cousin aku) kitaorg buat BBQ. ye la time cenggini jer kitaorg leh kumpul reramai ngn gaduh2 manja.haha...gitu pulak ek. so kitaorg plan every raya puasa jatuh pada raya ketiga adalah hari gathering keluarga hussein iaitu arwah atuk aku.hehe...yang sedihnya tetiba lak lepas jer tolong pasang api aku tak sihat. nak jalan pun tak larat. sakit satu badan.huhu sedihnyerrr.aku tak dapat join makan ngan diorg..

kebetulan lak tahun ni raya sekali ngan birthday adik aku. birthday dia jatuh 9.10. so friday tu kitaorg buat majlis. dua biji kek.satu aku buat satu lagi ehem2 dia bagi. actually banyak lagi gambar aku nak masukkan tapi kan aku lum transfer lagi gambar tu dari tpon ker komputer ni haaa.apapun nanti aku masukkan. k la. buat sesiapa yang melayari.hehe....ayat aku. tak leh blah langsung. sesapa yang tertengok blog aku ni aku nak ucap selamat hari raya. maaf zahir n batin.

06 September 2010

cerpen...aku dan kamu (part i)




Aku dan kamu (part i)

Hmmmm…sunyinya hari ni. Rasa syahdu ler pulak.haha..merepek betul. Sebenarnya dah rasa bosan tahap gaban ni haaaa. Nasib ler library ni buka so leh le aku cari rujukan untuk siapkan assignment aku ni. Kengkawan bilik aku semua balik lak tuh. Mentang-mentang ler semua orang dekat-dekat cini ajer. Aku jer jauh nun di utara tuh. Cuti setakat dua ari jer mana best balik kampung. Orang kata tak sempat nak panas punggung pun….Orang kata yer.aku Cuma pinjam kata org jer…

Kat library ni pun berapa kerat jer orang ader. Mesti cam aku jugak. Kampung jauh atau nak siapkan keja yang tak siap lagi.hehe…Aku selak buku kat depan aku tuh satu-satu. Uikh tebal sih. Mau sakit mata jugak ni beb. Maklumat yang aku nak sikit jer. Isi yang nak amik ciput jer…

Argghhhhhhh,…..penatnya mata aku. maybe sebab ngadap sangat kot so apa lagi aku pun buat ler aktiviti melihat alam sekeliling ..aku ni kalau dah ngadap keja memang tak peduli org sekeliling dah. Ngadap jjer. Mana tak sakit mata..hmmm dah tinggal berapa kerat jer lagi student kat dalam ni. Ramai yang dah angkat kaki. Tertiba la pulak mata aku tertancap pada satu makhluk Tuhan ni. Apasal lak dia pandang aku. bIar betik. Pandang aku ker org belakang. Tuk pastikan senang ajer caranya. Aku pun dengan muka selamba buat-buat ler toleh ker belakang. Aik takder org pun belakang aku. Mamat tu tenung sapa. Siap hadiahkan senyuman lagi tuh. Kat aku ker..haha… perasan betul. Tapi kan ikut akal aku yang tak berapa ok sekarang ni kan mesti ler kat aku sebabnya sah2 aku sorang jer yang duk kat meja line cini. Ah… abaikan ajer la. Maybe dia tgh dok berangan kot, tetiba lak teringat something pastu ader lak benda kelakar kot tertiba dia teringat tu yang senyum sorang2 tuh. Ahakssss….otak aku ni. Sesuka hati jer mikir benda yang tak penting buat aper..


Jam kat tangan aku belek. Uikh dah kul 12.00 pm dah maaa. Balik ajer la. Patut ler tetiba aku rasa lapor.Tengah aku sibuk kemas tertiba lak tergerak ati aku nak pandang kearah mamat tadi. Aikkk dia pun tengah kemas juga ker. Ah lantak ler..kebetulan ler tuh. Ada makcik kisah. Hehe…Aku pun dengan baik ati pegi ler letak balik buku yang aku amik kat rak dia balik. Lepas letak jer buku, baru jer aku pusing belakang….bukkk……..

;oh sayang’ hah ko.trus kuar ayat spontan aku tuh..

mak aiii rasa sakit jer dahi aku ni.aku rasa aku terlanggar seseorang. Sapa ler malaun yang bernasib malang n buat aku melatah cenggitu. aku yang langgar dia ker dia yang langgar aku. Baru jer aku nak angkat muka dengar lak ayat tak boleh blah ni.

Awk sayang saya ker, saya pun sayang awk jugak’. Aik …sejak bila aku cakap aku sayang dia.

Tuh kan spontan punya accident. Sekali bila pandang ke depan terkejut jugak ler aku. Nasib baik tak der heart attack. Aik mamat tadi. Bila masa lak berdiri kat depan aku. Bukan tadi tgh kemas ker….huh macam kartun..ni sah dia punya salah ler…


Dia leh lak buat muka tak bersalah sambil tersengih kat aku. Dengan muka yang sengaja aku buat blurrr aku pun trus jer blah gitu ajer. Laju giler aku jalan. Langsung tak pandang mamat tadi.sah dia terkejut beruk ngan tindakan drastic aku.. haha..nasib arrr.hehe..rasa lega giler bila aku dah kuar melepasi pintu library tuh. Hope dia tak kejar ler. Dengan hati yang agak riang aku memulakan langkah balik. Aku ni memang happy always pun. Hehe baru jer berapa kerat aku melangkah dari library tuh tertiba ku dengar ada orang jerit panggil nama aku.

‘Nur Qistina Safia’. Uikh sapa yang baik hati nak umumkan nama aku kat cini ni haaa.Trus kaki aku secara automatiknya terpaku kat ctu tak leh nak gerak. Dengan hati yang bengang sebab dah hilangkan semua mood happy aku tadi tuh aku berpaling ke belakang. Aik ni bukan mamat kat library tadi ker.

‘stop there or I will scream ur name once again’. Aik macam tau2 ajer kaki ni nak meneruskan jejak yang terhenti tadi.

Hehe..ayat aku. Tak boleh blah langsung. Mamat ni aper kes. lantak ler. Baru jer kaki aku nak langkah ke depan…

’I mean it safia’..uikh apasal macam bunyi dekat jer suara tuh. Aku berpaling kebelakang.

Aikk bila masa dia ader kat blkng aku ni haaa. Aku pandang dgn pandangan tak puas hati kat mamat yang suka hati die jer umumkan nama aku tuh. Tersengih2. Tau ler ada rupa. Tak sepadan ngan aku langsung. Tapi aku comel jugak aper..hehe..puji diri sendiri. Perasan betul.

‘hah apa kes’ tanya aku macam nak cari gaduh ajer.hehe…

’Hai awk’ ler mamat ni.


Potong mood betul ler.. boleh buat muka selamber jer lepas dia terjerit2 tadi. Dah tu leh ckp hai jer ngan soalan aku tergantung tak berjawab. Sekeh karang baru tau..Uikh…macam aku sampai.sah2 tinggi dari aku.aku ni pun paras bahu dia ajer. Aku pun try ler lembutkan suara tuk bertanya.

’yer sedara. Nak aper yer. Cepat ler. Saya nak balik nih.’ Kaki aku dah plan tuk meneruskan langkah balik bila lambat jer aku tgk dia nak jawab.

Pandang aku ni macam pandang hantu.

’eh dosa tau tenung anak dara orang lelama.’kata aku sambil teruskan langkah yang terhenti tadi.

‘Kejap ler awk. Saya nak cakap sket ngan awk ni,.ujarnya sambil menghadang aku jalan.

Ish mamat ni aper kes. Buang tebiat ker aper. Dah ler aku tak kenal dia. Pastu leh lak nak buat drama sinetron kat cini ngan aku. Tah mana datangnya tetiba lak….ehhhh jap. Camner dia tau nama aku ek.

‘sedara ni nak ckp per. Leh cepat sket tak. Perut saya ni dah menyanyi lagu opera cina ni.Bukan setakat opera cina lagi dah, tapi dah campur ngan lagu tah per2 lagi dah ni….aku buat muka serius.

Haha serius ker sedangkan aku bukan jenis yang serius orgnya. Tapi kan perut aku memang dah mintak diisi nih.

‘hmmm cengitu kan. Kita gi makan ler.’ Aik mamat nih.

Simply2 jer ajak gi makan lak. Leh caya ker ni. Kang dia kidnap aku ker. Haha aku ni.ada ker patut piker senegatif tu.hahaha..lawk antarabangsa tul la mamat ni.

‘awk ni demam ker aper. Dah le saya tak kenal awk. Terjerit2 panggil nama saya pastu halang saya nak balik. Ni pulak nak ajak makan.’ngomel aku.

Geram betul. Sukahati dia ajer……tarik telinga karang.

‘awk ni lagi marah lagi nampak comel.kalau tak marah lagi comel,’uikh ayat.


Wakaka ingat aku cair ker aper. Sorry beb..terbantut kejap bebelan yng telah otak aku rencanakan untuk dia secara spontan. Teruk betul ler. Mamat ni sakit jiwa ker aper. Uihhh malas arr aku nak layan. Baik aku balik makan lagi bagus. Membazir jer air liur aku bertekak. Baru jer aku berura2 nak teruskan jalan, dia lak menghalang. Uikh parah ni..

’Ish awk ni naper.saya nak balik ler..kang saya jerit kang,’hehe macam yer jer aku nak jerit.

Malu ler siot. Tah aper2 nak jerit kat cini. Gertak jer nih.

’Alaa jerit ler. Saya tak kisah pun. Kalau org tanya saya xplain ler saja jer aweks saya ni nak lepaskan tension’,huh mamat ni memang mental.

Omak tolong ler teman. Ada org tak betul ni haaa ganggu.huhu…

’jom ler pegi makan. Tadi kata lapor,’..baru jer aku nak cakap tak nak leh pulak dia terus seret aku.

Uikhh ni kes paksa ni. Teman tak rela. ohhh tidakkkk..

’eh awakk…’baru jer aku nak sudahkan ayat aku dia bagi isyarat suh diam.


Eh mulut aku suka hati ler aku nak cakap. Nasib baik dia tarik beg aku kalau dia tarik tangan aku mesti dah kena karate kick dah ni. Malas nak kecoh aku ikut jer rentak dia jap. Follow jerrrrrrrr. Ehh..jap.this man..looks very familiar.sapa ek. Macam aku pernah tgk tapi siapa yer.kat mana ek..uikh tak mampu otak aku cari jawapan sebab aku betul2 tak ingat.

‘eh awk ni main seret2 cenggini ingat saya ni kambing ker aper’…uikh camner leh aku samakan diri aku ngan kambing.

Dia boleh bantai gelak besar bila aku cakap cengitu.

‘awak ni kan kelakar ler.’ Katanya sambil meneruskan gelak tadi.

Yela main seret2 pulak. takut benor aku cabut..tapi memang der plan pun. Lepas jer aku ckp cengggitu terus dia lepaskan beg aku. Ah gini kan ok. Senang sket nak blah. ahaksss…

’ jgn mimpi nak lari ek’,ujarnya sambil membuka pintu keta.

Cisss lepas betul2 kat depan keta dia. Dah tu cam tau2 jer aku nak lari. Dia ni leh baca minda org ker aper. Gerammnya akuuuu….

’cepat naik.’ Katanya sambil still tggu aku kat pintu kereta yang dia buka tadi.

Huhu siap buka pintu lak tu. Tak terharu lgsg. Ker sebab takut aku lari. Haha..malas nak kecoh aku pun masuk ler dalam keta kancil dia yang tak serupa kancil tu. Siap modify lagi. Haha..comel ler pulak. Dia tersengih kat sebelah aku. Heran tul. Dah ler tak banyak cakap. Sengih jer banyak.


Tanpa sedar aku asyik pandang dia. Ye la nak confirmkan sapa sb cam familiar. Huhu mamat ni teruk betul. Dah ler aku tak berapa nak kenal dia. Main paksa-paksa lak tu.

‘apasal awk pandang saya cengitu. Dah jatuh hati ngan saya ek’ usiknya.. huh perasan betul.

‘saja jer. Just nak confirmkan. Macam pernah nmpk tapi tak confirm pulak. Baik awk kenalkan diri sekarang atau saya jerit kata awk kidnap saya’.haha ayat ugut la tu konon.

‘ala awk ni.teruk betul. Nmpk sangat memang tak peduli org sekeliling lgsg kan.

’ Aik apasal lak dia cakap cenggitu lak. Suka ati den la nak pedulikan orang ker tak. Tapi aku memang tak suka masuk campur hal org pun unless the person that really need my help.

‘saya kan selalu pergi fakulti awak lepak kat sana. Dah tu dah dua kali saya pergi serving class awk tau tak. Awk pernah serve saya. Tak kan tak ingat langsung.’

aku hanya geleng kepala. Memang tak ingat.

‘ ye ker. Ada datang ker.hmmm apasal tak ingat ek.’ Tanya aku sambil betulkan posisi duduk.

‘Kita makan kat seksyen 2 jer yer. Banyak choice sket.ok tak?’.


Aikk aku tanya lain dia jawab lain. Aku pun diam ajer ler bila dia dah cakap cengitu. Bagi aku makan kat mana pun aku tak kisah. Just satu jer. No mamak.huhu bukan nak hina tapi aku tak leh nak telan. Rasa lekat jer kat tekak aku. Pastu balik mesti aku muntah kuar semua..tapi eh japp..ni bukan jalan ke s.2 ni. Ni jalan nak pegi bukit raja ni. Uikh dia ni..

’eh bukan tadi awk kata nak pergi s.2 ker.ni apahal lak melencong ke Bukit Raja nih.’

..ish mamat ni. Kejap jer leh ubah plan. Apa dalam kepala otak dia tah.

‘saja. Tak privacy la pulak kat ctu..katanya sambil sengih.

‘huh suka hati awk ler’.

Suasan sepi kejap. Just dengar celoteh dj radio sinar jer dok pok pet2. Actually aku pun tak der idea nak cakap per. Penat la pulak banyak cakap..

‘saya adam hazriq’.

Uikh …tak tanya pun. Time org tak tanya sibuk lak nak gitau nama. Teruk tul. Tu jawapan tuk soalan yang mula2 aku bagi. Ni baru ader jawapan.

‘saya budak engineering. Sem ni sem last saya kat cini’. Ujarnya sambil mengerling kearah aku.

Aku lak leh buat tak tau jer melayan lagu kat radio.

‘safiaaaa’..uikh terkejut beruk aku.apahal terjerit2 panggil nama aku nih.

‘uikh awk ni. Tak jerit leh tak. Sakit telinga saya tau tak. X pekak lagi tau. Saya dengar la mr adam hazriq’. Teruk betul..

’tau pun. Ingat tak dengar. Saya tgh cakap kat cini yang awk buat bodoh tu naper.

Padan muka’. Uikh simply2 lak kata padan muka kat aku. Suka hati ler. Tadi aku tanya tak nak ckp. Pastu org dah malas nak tanya sibuk nak ckp lak..huhu mamat ni. Apa ler nasib aku terjumpa dia ari nii…..


ni hak milik ciptaan aku sendiri yer. no ciplak2 ek. hehe..penat otak aku dok pikir.haha..ni pun ramai tanya bila nak kuar part 2 nyer...nanti2 ler aku tak sempat lagi.tapi part 2 baru separuh siap.siap nanti aku upload

02 September 2010

lirik lagu maher zain-insyaallah

Everytime you feel like you cannot go on
You feel so lost
That your so alone
All you is see is night
And darkness all around
You feel so helpless
You can`t see which way to go
Don`t despair and never loose hope
Cause Allah is always by your side

Insya Allah3x
Insya Allah you`ll find your way

Everytime you can make one more mistake
You feel you can`t repent
And that its way too late
Your`re so confused,wrong decisions you have made
Haunt your mind and your heart is full of shame


Don`t despair and never loose hope
Cause Allah is always by your side
Insya Allah3x
Insya Allah you`ll find your way
Insya Allah3x
Insya Allah you`ll find your way

Turn to Allah
He`s never far away
Put your trust in Him
Raise your hands and pray
OOO Ya Allah
Guide my steps don`t let me go astray
You`re the only one that showed me the way,
Showed me the way 2x
Insya Allah3x
Insya Allah we`ll find the way

HASIL TANAMAN ANGGUR KALI KE EMPAT DAN SOKSEK SOK SEK

 Assalamualaikum. lama menyepi kan. dah bersawang dah. tulis blog ni sekadar suka2 je. jadi dah bersawang tak post n tak buka langsung😆. pa...