28 September 2010

kebetulan yang membahagiakan.....




hidup ini kekadang terlalu banyak sangat kebetulan. tapi kekadang tanpa kita sedar kebetulan itulah yang selalu membahagiakan kita sebenarnya. pengertian hidup ini sukar untuk dimengertikan. sekejap kita gembira, sekejap kita sedih. dugaan yang mendatang sebenarnya untuk mendewasakan kita. tapi bagi aku takder guna untuk bersedih pada benda yang bukan-bukan. hidup mesti diteruskan samaada suka atau tak. jadi gunakan kesempatan yang Tuhan bagi ni untuk hargai diri anda sendiri dan hidup bahagia kerana anda berhak untuk bahagia.

hargailah dan sayangilah orang yang sayangkan anda. kerana mereka akan sentiasa disisi anda saat sukar ataupun senang. always lend their shoulder for you to cry at. saat merugikan jika anda tidak tahu bersyukur dengan pemberian Tuhan walaupun hanya bersifat sementara.

setiap manusia ada kelemahan dan ada kelebihan yang tersendiri. kelebihan kita akan menutup kelemahan pasangan kita. begitu jugak ler sebaliknya.kita memerlukan teman untuk saling lengkap melengkapi. bagi yang masih mencari pelengkap hidup berhati-hatilah kerana zaman sekarang terlalu ramai manusia yang hipokrit dan suka menipu. yang dah kawin mengaku bujang, yang dah tunang mengaku single. sekiranya boleh, elakkan diri anda dari jadi mangsa keadaan. sebabnya tak mustahil balik2 kita yang akan dipersalahkan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

HASIL TANAMAN ANGGUR KALI KE EMPAT DAN SOKSEK SOK SEK

 Assalamualaikum. lama menyepi kan. dah bersawang dah. tulis blog ni sekadar suka2 je. jadi dah bersawang tak post n tak buka langsung😆. pa...