06 Oktober 2010

keikhlasan....




Keikhlasan bekerja. tertarik sangat aku tuk bercakap tentang keikhlasan kita bekerja ni disebabkan ada satu kes baru-baru ni yang membuat kan aku tetiba jer rasa terpanggil tuk suarakan pendapat ikhlas aku. bagi aku keikhlasan bekerja kita tak perlu lah diwar-warkan. lagipun siapalah kita untuk menilai keikhlasan orang lain bekerja sedangkan kekadang kita sendiri pun tak ikhlas dengan diri sendiri apatah lagi dengan orang lain. kalau setakat kita amik kerja orang lain dan mengarahkan org lain yang menyiapkan kerja kita tu bagi aku tak der makna jugak. memaksa orang lain bekerja dan membuat keja yang tak sepatutnya membuatkan org hilang keikhlasan. ikhlas ker sehingga terpaksa meninggalkan kerja hakiki yang urgent dengan menyiapkan kerja org lain sedangkan org jabatan yang sepatutnya bertanggungjawab sendiri tidak memberi komitmen atas kerja yang sepatutnya dilaksanakan oleh mereka. jadi manakah keikhlasan mereka dalam melaksanakan tugas yang diberikan. Kuasa yang ada jangan disalah gunakan dengan menindas orang lain.

kepimpinan melalui teladan. hmmm macam mana yer kalau pemimpin tu bagi teladan yang tak baik yer. macam mana pulak kalau pemimpin tu hari-hari bercakap kita perlu ikhlas bekerja, semangat berpasukan tapi dia hanya mementingkan kenaikan pangkat dan skt nya sahaja pada akhir tahun. mengarahkan org lain membuat kerja yang bukan tugasnya demi mengejar diri sendiri punya skt.hah yang ni macam mana pulak ek. didepan bercakap perlu bekerjasama tapi hakikatnya apa yang penting aku capai skt aku. lantak ler camner staf aku buat keja yang penting aku nak benda yang aku nak.

Bila bertazkirah, bekerja itu satu ibadah. memang tak dinafikan. insyaallah jika betul cara kita berkatlah rezeki kita tapi macam mana pulak kalau dengan menindas pekerja bawahan demi kepuasan hati sendiri. tak guna jugak jika hanya org takut dengan kita dan menghormati kita hanya didepan tetapi dibelakang kita berbakul sumpah seranah. kita hanya manusia biasa. sedangkan komputer dan robot pun boleh jam inikan pulak manusia. badan kita ni juga perlukan rehat. orang yang sihat pun kalau diberi bebanan kerja yang melampau boleh jatuh sakit kalau dah tak mampu pikul bebanan.jangan membebankan orang lain demi kepuasan hati sendiri. ingat... hidup ini umpama roda. tak selamanya kita diatas. jangan terlaku leka menongkat langit sehingga kita angkuh dan memandang hina pada orang yang banyak membantu kita melaksanakan tugas yang telah diberikan kepada kita.

Sebenarnya bagi aku keikhlasan tu perlu bermula dari diri sendiri. jika kita tak ikhlas dengan diri sendiri macamana kita nak ikhlas dengan orang lain. sebagai majikan atau pekerja, sebenarnya kita memerlukan antara satu sama lain tuk melengkapi kekurangan yang kita ada untuk menjadi pekerja yang berintergriti. jangan hanya laungkan jer tapi apa pun takder....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

HASIL TANAMAN ANGGUR KALI KE EMPAT DAN SOKSEK SOK SEK

 Assalamualaikum. lama menyepi kan. dah bersawang dah. tulis blog ni sekadar suka2 je. jadi dah bersawang tak post n tak buka langsung😆. pa...