17 Oktober 2010
Part 2: Aku dan kamu
Duhai mr adam
Mengapa begini
Sungguh hadir mu tanpa kuduga
Membuatkan aku jadi serba tak kena
Duhai Mr Adam
Penatnya hati dan mindaku
Memikirkan tindakan spontanmu
Berani sungguh kau nak mencuri hatiku
Walaupun aku tak sudi bertamu dihatimu
Duhai Mr Adam
Peningnya memikirkan sikap tak didugamu
Jangan selalu begini
Nanti cair hatiku keranamu
Duhai Mr Adam
Sungguh hatiku takut
Bila diri ini sebati dengan kehadiranmu
Kau pergi tinggalkan aku
Tanpa pamitan atau salam permisi
Duhai Mr Adam
Sekiranya hadirmu sekadar persinggahan dihatiku
Ku pohon jangan dekati atau curi hatiku
Sebab aku tak tahu sekuat mana hatiku
Bila ditinggalkan nanti....
...........................................................................
Part 2 : aku dan kamu
Huh penat betul ler aku ikut mamat ni berjalan. Macam2 peel. Lepas makan nak shopping ler pulak. Kalahkan aku yang pompuan ni haaa. Geram betul aku. Baru sehari aku cuba kenali dia makin sakit hati ler pulak.huhu..time makan asyik pandang aku jer. Terbantut aku nak makan. Macam ler tak pernah tgk aku sebelum ni. Buang tebiat ker aper. Ralit pulak aku tgk dia membelek jeans Giordano. Huhu…jenama yang paling aku suka sebab kualiti jeans dia memang ok. Aku belek jam kat tangan. Uikh dah 2.15. solat dulu lah. Eeiii susah tul. Takkan aku nak menampak naik teksi pulak. Mahal tuh. Nak tak nak kena tggu jugak mamat nih.
‘awk pakai size aper? Uikh terkejut aku tetiba mamat tuh bertanya size aku.
’27 ‘ selamba jer aku jawab sambil membelek tshirt yang ada kat ctu dengan muka bosan.
Argghhh bosannya aku. Ingatkan teman kawan pompuan shopping jer membosankan. Rupanya teman mr adam hazriq ni lagi poning kepala.huhu….Tah bila mamat tu bayar barang yang dia beli pun aku tak tau. Tah aper yang dibeli nya. Yang aku sedar bila dia cakap jom awk. Eh tadi apahal lak dia tanya size aku. Lantak ler.
‘eh mana handphone saya ek. Alamak…’katanya tiba-tiba sambil meraba poket seluarnya.’ Awk pinjam phone jap nak call’.
Bila tgk muka dia yang macam gelabah tu aku pun bagi ler pinjam. Tetiba jer kan aku dengar bunyi telefon betul2 sebelah aku. Dengan muka selamber dia kuarkan tpon sambil sengih kat aku.
‘thanks awk sebab bagi no yer’, ujarnya sambil pulangkan handphone aku balik. Uikhhh mamat ni. Geramnyer aku. Leh main2 pulak. Betul2 tipah tertipu aku nih.
‘huh bila masa lak saya bagi. Awk tu yang tak malu amik. Pandai tul ek berlakon.dah malas nak bertekak. Jom gi solat.’ Kataku terus jalan mencari arah yang menunjukkan surau.
Dengan muka bengang aku langsung tak pandang ke mamat tu. Straight jer aku jalan. Suka hati dia ajer yer. Bijak betul kenakan aku ek. Eiii nasib baik ler aku dtg ngan dia. Geram jer aku nak sekeh2. Tak per sabor2.Dia pun cuba berjalan sepantas yang boleh tuk saingi aku.
‘Alaaa, awk jangan ler marah. Tak baik tau marah2 ni. Nanti lekas tua. Tapi tak per saya tetap setia kat awk…uwekssss…rasa loya la pulak tekak aku tetiba.
Ni ayat jiwang tetiba ni apahal ler mamat ni. Pergh nasib baik dah sampai kat surau. Lepas pandang muka dia aku bagi isyarat masuk dalam. Malas nak ckap banyak. Bazir air liur ajer. Hmmm mamat ni. Lepas jer solat aku tgk dia dah setia tggu kat luar. Hehe.. biasa ler pompuan kan lambat sket. Nak betulkan tudung ler. Betulkan make up ker. Haha padahal aku ni jenis yang just pakai pelembab n cmpact powder ajer.
Tersengih dia bila nampak aku. Ish mamat ni tak abis2 sengih. Kang ader aweks2 yang kat sini terjatuh hati kang. Haha kang haru . ehhh kalau diorg jatuh hati kat dia pun aper masalah aku kan. Hehe..aku ni. Nur qistina safia. Boleh tak jangan pikir benda yang merepek2.
‘awak ok lagi tak. Kalau ok teman saya shopping lagi ek…’ Masyallah mamat ni. Teruknya.
‘Awak nih hantu shopping ker aper. Pelik betul saya tau tak. Tanya aku dengan muka tak puas hati
. Ni nak buli aku ker memang antu shopping. Taubat ler kalau memang dia antu shopping nampak jer dia aku kena melarikan diri. Haha..teruk betul aku ni. Macam keluar ngan alien pulak rasanya.
‘tah ler. Rasanya sebelum ni tak der la pulak. Tapi ari nih tah ler naper’..katanya sambil tersenyum.
Huh memang ler. Tekaan aku memang betul. Kaki aku dah lenguh ler pulak. memang tak betul mamat sekor nih. Aduyaiii tetiba lak rasa penat.nampak jer ada bangku aku terus jer duduk. Dia pun ikut sama.
‘ kita tgk wayang nak tak’,uikh dah sudah mamat ni. Tgk wayang ler pulak.
‘ish awk ni. Tadi kata nak shopping lagi. Ni tgk wayang pulak. Mr adam hazriq. Awk ni nak membuli saya ker aper..tanya aku sambil meluruskan kaki.Penat teman dia shopping tadi pun tak abis lagi. Ni pulak nak tgk wayang.
’ Alah bukan selalu saya boleh kuar ngan awk. Ni pun secara paksaan. Kalau tak jumpa awk kat library tadi tah bila ler saya berpeluang nak jumpa n hang out ngan awk cenggini…uih tau pun dia paksa aku. Ingat tak ingat tadi.
‘awak sebut nama saya skema betul ler.ala panggil Riq ajer. Kalau tak nak panggil Riq panggil abg pun boleh.’ Uikhhh yarkhhhh…abang. Malas aku layan sengihan menggatal dia tuh.
Huhu hari ni memang betul2 aku dibuli. Memula dia kata nak tgk wayang tapi last minit lak cancel ajak jalan lagi. Lepas jer solat asar kat ctu dia antar aku balik tapi siap tapau kfc tuk aku lagi tuh. Uikhhh aku lak yang rasa serba salah. Bukan setakat tuh jer sampai jerk at kolej dia hulurkan salah satu plastic Giordano kat aku. Eh apasal pulak ni.
‘ni tuk awak. Upah teman saya shopping ari nih.’,katanya sambil tersengih.
.’saya beli sama color n jenis ngan saya. Hehe..awak tak kisahkan,’…sambungnya balik bila aku tak cakap aper2.
Bukan aku tak nak cakap aper2 tapi aku tak tau nak cakap aper. Nak tolak ke nak amik. Huhu safia cepat ler buat decision’, bisik hati aku. Baru jer aku nak bukak mulut dia leh cakap per,’ kalau awk berani tolak saya tunggu kat cini sampai awk amik n suh sapa2 ler antar ke bilik awk’. Uikhhh dia ni macam tau jer aku nak tolak. Tapi kan naper lak aku nak amik. Baru jer kenal dia ari ni. Bukan aku aweks dia pun nak paksa-paksa aku. Alahhh otak cepat ler pikir aper nak cakap. Kenapa lembab tetiba lak otak aku nih. Yang dia lak leh sengih2 angkat kening kalahkan ziana zain tu buat aper. Nak ugut aku ler tuh.
‘amik ler cepat. Saya ni kan safia ada perangai pelik sket. Awk nak amik ker nak suh saya buat perangai pelik yang saya cakap tuh.’
Hah sudah. Perangai pelik aper pulak nih. Alaaa mr adam hazriq nih. Baru jer aku kenal ko sehari ko dah bawa masalah kat aku kenapa. Ishhh geram betul ler aku. Gigit jugak karang. Jangan dia jerit macam kat library tuh sudah. Kang tak pasal-pasal jer tersembul semua muka org yang ada kat kolej ni kat tingkap. Uikhhh tak pasal kecoh satu kolej. Tak nak ler aku.
‘yer saya amik ler ni. Awak ni kan. eiiiiii’…..dengan hati bengang aku pun amik ler barang yang dia bagi kat aku tuh. Dia lak leh sengih tunjuk peace pastu terus blah.
Sampai jer kat bilik aku pun selongkar ler tengok benda aper dia kasi kat aku. Hehe dalam tak nak tuh ada hati gak nak tengok. Alaa amik jer la. Org bagi free. Bukan kena bayar pun. Lagipun tuh jenama kesukaan aku tuh. Wakaka..terkejut aku bila tgk aper yang ada. Tshirt n jeans. Complete set siot. Mak aihh cantik jugak. Ni mesti mahal nih. Dia ni biar betul. Menghabiskan duit untuk aku buat aper. Bukan awek dia pun. Baru jer aku tengah sembang sensorang memikirkan perangai mamat yang bernama adam hazriq tertiba h.phone aku berbunyi menandakan ada ms masuk. Hehe ringtone lagu Korean I’ll never say goodbye…I like.
‘salam. Hope sudi terima seikhlas hati awak yer my princess. Thanks for 2day.esok kita jumpa lagi ek. Saya jemput awk kul 11.00 am. Kalau tak nak saya buat perangai pelik awak kena tggu kat bawah sharp kul 11.00 yer princess. Arahan nih.kalau takkk…hehe..’.
Princess..uwekkk tak malu. Bila masa lak aku jadi princess dia.suka hati lak tuh paksa aku. Alaaa ni kalau tak turun nih sah kecoh satu kolej. Adusss mamat nih bukan leh aku duga pun otak tak betul dia tuh. Alaaa kalau aku tak turun pun bukan dia tau aku ader ker tak der. Alaaa macam mana ni ek. Aku kan bab cenggini ler paling aku tak suka. Leh tak kalau aku buat bodoh jer. Baru jer dok rencanakan apa aku nak buat tuk larikan diri masuk lagi satu ms.
‘jangan cuba nak ngelat yer besok. Jgn sesekali pikir awk leh lari yer. I ader informer kat ctu tau. Don’t u dare to run away from me.ingat yer.sok kul 11 saya nak awak tunggu kat situ’
Argghhhh….. adam haziq.ko leh buat aku jadi giler ko tau tak…kalau nak gila, gila la sensorang.huhu malas dah aku nak pikir. Sapa ler yang baik hati jadi informer tak bergaji dia nih. Wah aku tak leh nak pikir sapa sebabnya aku kena siasat betul2 ni siapa yang related ngan dia.huhu…esok ek. Esok punya pasal, esok aje la aku pikir. aku betul2 buntu.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
HASIL TANAMAN ANGGUR KALI KE EMPAT DAN SOKSEK SOK SEK
Assalamualaikum. lama menyepi kan. dah bersawang dah. tulis blog ni sekadar suka2 je. jadi dah bersawang tak post n tak buka langsung😆. pa...
-
Assalamualaikum.yezzza..jemput terliur yer. Haritu teman ada share tortilla wrap jenama gardenia n hasil wrapping teman kan.temn ada ckp ...
-
You allsss...gardenia dah ada roti roll-up wrap sendiri. Siapa yang suka bungkus membungkus dalam wrap ni hah boleh le beli.teman pun baru s...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan