Bila hati kecewa, sandarkan jiwamu pada Pencipta mu
Menangis lah sepuas hatimu.
Bila hati kecewa, segalanya tiada lagi bermakna
Tenangkan jiwamu dengan berzikir dan mengingatiNya
Bila hati kecewa, tiada lagi waktu denganmu
senyumlah seketika kerana Dia sentiasa ada waktu untukmu
Mendengar keluh kesahmu, mendengar suara hatimu
Manusia tak punya waktu yang banyak untukmu kerana sering kali terlupa dan teralpa dengan keseronokan yang sementara
Tiada masa untuk mendengar luahan hatimu, tidak kisah penat lelahmu, tidak kisah sakit perihmu
kerana memang mereka tidak kisah
yang dikisahkan hanya diri sendiri
tak perlu kau menangisi pada yang tiada waktu dengan mu
tak perlu kau tangisi dugaan yang mendatang padamu
sesungguhnya Tuhan menguji setiap hambaNya yang mengakui beriman untukNya
Ya Allah, ku pohon padamu.. Kuatkanlah semangat ku untuk teruskan kehidupanku,,,
menghadapi ranjau duri yang mendatang
Nukilan: enurhanaizza
Tiada ulasan:
Catat Ulasan