meh jenguk bahan-bahannya:
seekor ikan duri- dah diptong , cuci bersih basuh ler dgn limau n garam utk hilang hanyir ikan
4-5 sudu besor serbuk kari- letak lebih pun boleh nak bagi pekat tapi jangan terlebih plak-bancuh dgn air bagi jadi pes
1 1/2 sudu ke 2 sudu asam jawa, letak secawan ke atau 1 1/2 cwn air untuk jadikan air asam
air asam jawa ni masukkan je dalam bekas yang ada ikan yang telah siap dibasuh tadi biarkan terendam seketika n letak garam sket
bendi- sukahati nak letak bnyk mana
tomato dlm 2 biji potong 4
bahan menumis:
daun kari
2 ulas bawang putih-slice/racik org panggil
2-3 ulas bawang merah-slice/racik
kalau siapa suka letak biji sawi letak ler tapi teman tak suka kang jenuh teman memilih biji sawi tu dalam kuah masa makan nasi 😅
bahan blend:
2-3 biji bawang besar-letak lebih lagi ok sb bawang akan memekatkan kari tanpa perlu guna santan
3-5 ulas bawang putih
sedikit myk digunakan untuk blend kedua jenis bawang tadi
kalau suka pedas boleh tambah cili tapi teman sb anak nak makan jadi tak letak
cara buat:
1. Tumiskan bawang yang telah diracik bersama daun kari. kemudian masukkan bawang yang telah diblend tadi. masak hingga bawang agak masak kemudian masukkan pulak rempah kari yang dibancuh tadi. Masak sehingga pecah minyak. pastikan rempah betul2 masak yer kalau tak sakit perut atau rasanya kureng,,,,ada faham
2. Masukkan ikan bersama air asam jawa tadi. masak sehingga ikan masak dan kemudian akhirnya masukkan bendi dan tomato. perasakan dengan garam dan kalau nak letk cukup rasa pun boleh. ikut suka kome. Maukkan bendi dan tomato dan biar didih sekejap lepastu tutup api. Kenapa letak last bendi dan tomato. xnak overcooked sampai lembik. x sedap makan.
siapppppp....senang kannn....selamat memasak
tips; orang cakap nak blend cili ker bawang ker untuk tumisan blend dgn cili sket. cepat rempah masak. orang kata tapi teman buat betul la. haha... cuma adjust jangan over plak letak minyak
tak bagus untuk kesihatan. gituuuuu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan