20 November 2012

majlis berendoi nayli nur hana

Assalammualaikum. yezzaaa nur-budakkampung in the house. aduhai punya ler lama majlis nyer. hari ni baru nak upload. tu ler masalahnyer kalau tangkap gambar tapi lupa nak upload. haha :) ..tapi tak per. layan ajer...

hah ni my princess tengah beradu sebelum mula majlis. tido ajer dia yer.katil dan tilam sponsor by aunty2 manakala baju by abahnya. ummiii lakkk...takder aper.hahahaha.
ni ler souvenir atau buah tangan untuk tetamu. air tin n bunga telur sponsor by aunty dia jugak.hah tu dia yang sempat dikongsi.ader lagi tapi lupa nak amik dari adik ipar. aduhai pelupa tahap gaban aku ni tau sekarang ni.

11 Oktober 2012

anakku..macam-macam gaya

assalammualaikum...hah naper tajuk entri tuh gitu. biasa ler bila ader anak ni banyak berkisar pasal anak ler pulak yang nak dikongsikan kat blog ni. sapa tak suka baca, tak yah ler baca. sapa yang suka tuh sila-silakan ler. actually aku der lagi cerpen yang tak di masukkan kat sini tapi lum sempat edit tuh.nanti dah siap edit aku kongsikan kat sini. leh baca copy jangan yer. penat tuh aku buat n perah otak aku time ngandung arituh.

back to cerita nayli nur hana, my sweet daughter tuh. dia ni pantang nampak kamera ataupun h.phone. ader la aksinya. pandai pulak dia buat gaya. tak caya tengok ler kat bawah ni haaa.
ni gambor time aku nak pegi jamuan raya opis aku. plan tak nak bawa sebab dah malam tapi macam tau jer aku nak kuar.dia pun meragam ajer. bila dah siapkan dia, amboi bukan main seronok n elok ler pulak. so bawak ajer laa.
hah ni lak aksi dia time nak keluar jugak.sibuk ajer beraksi. macam2 tapi aku masuk satu ajer.seronok dia bila ummi cakap nak gi jalan-jalan. mood baik ajer. huhu anak ummi suka berjalan rupanya.
jalan penyu jalan. penyu ker. boleh la. ni le mainan kesayangan dia. time geram digigit2nya penyu ni haa.
tengok ler cara dia minum susu. macam2 gaya. tapi sekarang ni lagi advance. kalau duk atas riba tuh tak reti duk diam. kejap kepala kat bawah. badan separuh jatuh bawah. hah tak sempat tgkp leh terus jatuh turun bawah. hehe
ouuucakkk..ummi nmpk adik tak. haha...

anak itu anugerah Tuhan yang amat berharga. bergantung kepada kita bagaimana nak corakkan dia.nak2 zaman yang serba mncabar ni, kekadang si kecik terlebih advance dari umur sebenar hingga tak terjangkau dek akal kita. apapun semuanya terpulang kepada kita.

 


makan aperrr...


hmm..ape yer nak masak ari ni. kadang2 dah bosan asyik masak benda yang sama jer. ayam?daging?seafood????..aduhai tu ler kan. macamana ler org leh tak kering idea tuk masak tapi aku leh kering idea tuk masak.
 hah tak kan ler mee kari kot.oh no. tak kenyang.haha. ni gambor mee kari masa lepas raya ari tu.kebetulan kawan lama datang umah jadi tak der idea nak masak per sebab nak kena tengok si kecik lagi. jadi ni ler menu paling mudah n senang. menu campak2. jadilah gini.

ayam bakar?????hmm ok gak kot. ni menu lepas raya ari tu jugak haa bila dah balik keja balik. celur bendi, bakar ayam marinated dengan mix herb. okey laaa. pastu cicah air asam.perghhhh terangkat tuh..aper lagi kan der kuali ajaib tu kan so bakar atas dapur ler. sekejap ajer and ayam pun rasa juicy n tak kering. memang the best laaa compare nak bakor guna oven. lmbtttttt...yang ni lagi cepat. karang pun resepi ayam bakar hentam ajer. hahaha malas sangat nak skema sebab waktu tak mengizinkan. ikut hati nak jer buat macam my brother in law buat tuh tapi take time sangat so buat cara mudah. white pepper + serbuk kunyit + garam + mix herbs + madu + cili blend. hah dah ok sangat dah tuh...

10 Oktober 2012

aksi muncung nayli nur hana

yeezaaa..nayli nur hana in the house.asyik2 nayli nur hana ajer yer. suka ati teman ler. ate blog teman. bila penat ngan keja balik tengok gelagat anak rasa sayu pun ada, rasa bersyukur pun ada. ye la masih lagi sempat n berpeluang merasa nikmat hidup didunia, ada suami dan anak yang comel walaupun kadang meragamnya boleh membuatkan kita sakit kepala. si kecik ni kadang faham jer apa org ckp.jangan ajar apa2 yang pelik2 sket sebab cepat dapat n ikut. ari tu dia sakit mulut so nak tengok ler mulutnya. suh ler dia jelir lidah sambil tunjuk kat dia camner jelir lidah. hah pastu tu pandan muka aku.lepas tuh tak yah suruh pun dia buat. paling dia suka iklan banana, wanita hari ini, boboiboy and upin-ipin. bila der iklan mood terus ok. and satu lagi time azan jer dia mesti dok diam. kalau kita ckp jap yer ummi nak solat jap. diam jer main sorang2 sambil tengok kita solat. hehehe ni baru 5 bulan. kendian nanti tah aper la pulak yer.

bila si kecik berbicara

 

assalammualaikum..yuhuuuu..saja jer nak kongsi video ni.sebenornya dah lama aku rakam just sekarang baru dapat upload. tak sempat. sikecik tuh bila mula berbicara macam2 bunyi dia buat. ader2 ajer la. just layan jerrrr. pantang nmpk kita tengah rakam aksi dia.terus jer kurang tuk berbicara. asyik nak amik h.phone lak.

09 Oktober 2012

pengasuh....

alhamdulillah..lega rasanya bila mak pengasuh tempat kawan seopis menyatakan persetujuaannya tuk jaga nayli nur hana. memula antar tu jer menangis pastu dah ok ler bila leh main. ni dah masuk hari kedua. kita tengok ragam dia ari ni aper pulak.semalam bila nak amik dia, nmpk jer muka kita cam nak nangis. bila dah dukung dia sibuk lak nak join yang lelain main. bila nak balik sibuk nak masuk dalam umah mak balik. alahai anak ummi. sekarang ni tido nak mengiring ajer ke kanan. macam2 gaya ler.cian abah tak dapat tengok ragam anak yang mencuit hati tapi gambar yang sempat ummi snap ummi hantar jer kat abah. buat pengubat rindu. tahun ni cuti dah limited.simpan tuk majlis kawin adik. insyaallah tahun depan kena pandai2 pelan cuti. nak ajak abah gi honeymoon.hahaha...bertiga pulak tu.asal boleh yer.mana sempat honeymoon ari tuh.

03 Oktober 2012

risau hati ibu

hmm..kenapa tajuk di entri gitu. hari ni nak cakap bout risau hati seorang ibu bila kena hantar anak ke pengasuh. tipulah cakap kalau takder rasa apa-apa bila ngantor anak kat pengasuh. aku pun sama. nak2 bila tengok anak menangis sambil tengok kat aku. huhu aku ;((. aku sungguh tak boleh nak lepas. sukar digambarkan ler.nak2 tuk dapatkan pengasuh yang boleh jaga anak kita betul2 memang susah. bukan mintak jaga perfect pun just mintak cara jaga tu biar macam jaga anak sendiri. kalau ler boleh bawa anak ke opis, aku rasa bukan aku jer orang pertama yang buat gitu. mesti ramai lagi ibu yang bekerjaya nak buat gitu. ada taska dekat tempat keja aku ni  tapi limited edition. macamana tuh....tak membantu meringankan kerisauan betul la. sokong tul ngan pm kita yang sarankan buat penjagaan anak kat tempat kerja. bukan per mudahkan parents nak tengok anak dan bagi yang menyusu badan dah mudah. jimat masa dan tenaga. kalau ler jabatan aku ni buat tempat jaga anak kan best. takder ler aku dok pikior2 anak aku macamana. aduhai nayli nur hana. hati umi dah jadi risau ni. pengasuh lum jumpa lagi.Ya Allah berikan hambamu kekuatan dan tunjukkan aku jalan.

03 September 2012

aksi nayli nur hana (4 bulan)

Assalammualaikum.....hari ni hmmm dah berapa syawal yer. bagi yang puasa enam tu mesti dah raya yer.hah ni sesaje nak share gambar aksi cilik ni jer.


 hah ni ngan baju raya. 'tomei tak saya?' hehehe

 hah yang ni lak baju pun dah kemana. tapi tak per seyum jer. asal bergaya ek.

 khusyuk tengok apa tahhh..
 hehe main air liur. suka betul. nak2 sekarang ni gatal gusi lagi ler.

 dengan mak long nyer ( kakak my hubby)

hah ni lak ngan aunty mimi dia. masa memula dulu langsung tak nak ngan aunty mimi dia tapi lepas tu dah ok ler
hah tu ler antara yang nak dikongsikan. ader waktu teman menulis lagi yer. cerpen teman pun tak sempat nak sambung per cerita yer..hahaha.takper nanti free teman sambung.

30 Ogos 2012

raya...bertiga

Assalammualaikum.... selamat hari raya..mood raya masih ada lagi kan walaupun dah berapa syawal dah ari ni haaa. lama jugak aku tak coret sepatah dua kata kat sini kan. almaklumlah hari ni baru leh curi masa sket tuk cencoretkan sesuatu. sibukssss sangat. dengan keja yang melambak yang perlu disiapkan. balik umah dah penat. pastu sibuksss jugak melayan karenah si kecik yang dah pandai macam-macam ragam ni haaa.

hah tengok la tu. bukan main suka dia. memang suka bergambar. pantang tgk kamera. kalau kamera handphone pun sama.
senyum sokmo.itulah dia my little girl.sedar tak sedar dah 4 bulan umurnya. bermacam ragam bermacam karenah. ada ajer. sikecik yang suka bergaduh ngan achiknya. tak padan ngan kecik.pandai cari gaduh ngan org. perangai tak padan ngan umur. hehehe..masa 3 bulan dah leh meniarap. ajar apa jer cepat jer dapat.advance..hehe..raya tahun ni i beraya kat umah my hubby. turn situ. keluarga mertua masak ketupat, rendang n mee hailam. raya kedua balik umah family kat kg. meriah bila jumpa adik2 sepupu. kecoh tak hinngat. kebetulan kitaorg buat bbq. dalam kemeriahan tetap rasa kekurangan sesuatu. mak n ayah. alfatihah buat diorg.rindunyerrrrrrr.....


10 Julai 2012

aksi nayli nur hana

Assalammualaikum. hah ni sesaja jer nak kongsi aksi si cilik yang makin bijak ni. macam-macam ragam dan aksi. ni ler antara yang dapat dikongsikan.




hah tengok le gayanya. baru lepas mandi dan bersiap nak balik my kampung. mak2 sedara belah sana nak tengok dia.
hah yang ni sibuk jer nak pegang botol sendiri. siap tolak tangan org lagi.tapi takder la biar pegang sendiri pun. 
 
 ni gambor saja test pakai topi yang mak sedaranya beli kat cameron.

 tengok ler aksinya. aksi tido time..hehehe

ni lak baju abah beli tuk majlis berendoi. nasib tak meragam.
hah ni jer dulu gambor yang nak dikongsikan.sebenarnya bnyk lagi. nanti ler teman masukkan.

penantian 9 bulan

assalammualaikum.uikh rasanya lama bebenor teman tak coret sepatah dua kata kat sini kan. akhirnya hari ni aku berblog kembali.hah ni nak cerita aper tu penantian 9 bulan. hehe..akhirnya buah hati aku dilahirkan dengan selamatnya. montel and tembam lagi you.ni la gambar buah ahti aku selepas beberapa jam dilahirkan.dua2 belah pipi merah macam pakai blusher. alhamdulillah semuanya selamat. baby pun tak der masalah kuning. kulit cantik ajer masa lahir tu sebabnya hah..aku minum air kelapa kot. hahaha tah ler kan bnyk petua org tua2 yang boleh digunapakai.so dah lama ngidam nama ni jadi aku letak ler nama nayli nur hana. hah tu ler nama si comel aku ni.







HASIL TANAMAN ANGGUR KALI KE EMPAT DAN SOKSEK SOK SEK

 Assalamualaikum. lama menyepi kan. dah bersawang dah. tulis blog ni sekadar suka2 je. jadi dah bersawang tak post n tak buka langsung😆. pa...