30 Julai 2010

kenangan semalam mak dan aku

hari ni genap la 5 bulan mak tak der. semuanya berubah sekelip mata. buat pertama kalinya this year aku raya tanpa mak.buat pertama kalinya this year everything aku kena buat sendiri tanpa nasihat dari chef yang terbaik aku rasa.kalau tak asyik bertanya jer aku.bukan per kutip ilmu masakan dari mak umpama dapat ilmu yang paling berharga. dulu aku slalu confius bout jintan manis dan jintan putih. mana satu yang tak sesuai letak banyak dalam makanan. tapi kali ni.....

dulu tiap kali balik aku la org yang suka bantu mak balut ketupat daun palas. dari tak reti langsung sampai la mak dah percayakan aku tuk balut ketupat tu sorang2. tukang masak ketupat mak tukang balut aku. tapi tak der la secantik dan sekemas balutan mak. tapi kali ni......aku kena blaja jugak masak makanan tradisi kitaorg time raya tu. aku cuma pernah tgk mak masak tapi aku tak pernah buat. this year by hook or by crook aku nak jugak try buat. jadi tak jadi blkg kira.yang penting aku cuba

raya tahun ni.....
mungkin tak semeriah tahun2 sebelumnya.takder lagi gurau dan marah mak. arghhhhh...rindunya aku.tiap kali raya selepas solat raya kami semua akan berkumpul tuk salam. antara mak ngan ayah... mak la org paling tabah. tak setitis pun airmata ngalir saat kitaorg salam n cium dia cuma wajah dia akan tunjukkan yang dia gembira sgt. rupanya tahun lepas last aku sambut raya ngan dia. patut la tahun lepas baju raya akak aku beli tuk dia tak muat rupanya nak suh aku belikan buat kali pertama dan terakhir. selama ni aku tak pernah belikan baju sebabnya akak2 dan menantu mak yang belikan jadi mak tak nak banyak2. aku cuma hulurkan duit saja. raya tahun ni tentatif program raya kitaorg mungkin berubah. ditambah satu lagi tentatif iaitu melawat kubur mak..rindunya nak berborak n bercerita ngan mak...

mak happy bila anak2 dia gembira n dia sedih bila anak-anak dia ada masalah.mak tahu apa yang aku suka. everytime balik kg mesti dia akan carikan ulam-ulaman tuk aku. aku ni memang tak reti nak tunjuk aku sayang kat family aku tapi aku akan rasa sedih sgt bila something happen. pernah tgk kaki atau tgn mak aku luka hati aku dah tersentuh sgt. hati aku rasa sedih sgt n terluka sgt walaupun depan mak atau ayah aku asyik senyum jer. mak tau apa yang aku suka. mak ajar aku tuk jadi seorang yang berdikari. sejak dari kecil mak suruh aku dapatkan sendiri apa yang aku nak n sememangnya aku terlalu hargai apa yang aku dapat sebab aku tau betapa susahnya hidup ini dan susahnya nak dapat apa yang kita nak.

mak tak pernah mewahkan aku dan simply2 belikan barang tuk aku berbanding adik beradik yang lain. aku bersyukur sangat sebab mak aku mampu berdikari malah amat hargai apa yang aku dapat dalam hidup. walaupun keluarga aku bukan org senang tapi aku sangat bertuah. diorg sentiasa ada saat aku susah atau sedih. walaupun diorg tak mampu nak tolong dari segi kewangan....bantuan lain yang diberikan pun cukup memadai. bagi aku, diorg lah sahabat yang terbaik yang tiada ganti.

dulu every week aku akan call n berborak ngan mak. aku suka sangat usik mak dengan cakap benda yang dia suka cakap kat aku. aku akan cakap....mak jaga diri ye. makan ubat ye. haha bila aku cakap camtu mak kata sepatutnya mak yang suh aku jaga diri. dia dah tua tak per. lepas tu kitaorg akan gelak. ayat mak yang masih tergiang2 kat telinga aku ialah ' jaga diri elok2 ye. jgan lupa solat'. huhu aku rindu nak dengar ayat tu balik. apapun semoga mak aku tenang disana. Al fatihah buat mak.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

HASIL TANAMAN ANGGUR KALI KE EMPAT DAN SOKSEK SOK SEK

 Assalamualaikum. lama menyepi kan. dah bersawang dah. tulis blog ni sekadar suka2 je. jadi dah bersawang tak post n tak buka langsung😆. pa...