27 Julai 2010

ragam manusia



manusia ni bermacam ragam. Kadang sukar nak ditebak apa yang diorg pikirkan. Kekadang pulak kat depan kita dipuji tapi belakang kita lain pulak yang dicakapkan. Bukan senang nak puaskan hati semua org. kadang kita buat benda betul pun still lagi dianggap salah. Kadang cadangan kita langsung tak nak pakai. Tapi cadangan kita pulak yang diorg guna pakai bila ada kepentingan tuk diorg. Yang dapat nama adalah diorg. Kesian betul kan. Kerja kat mana-mana pun sama. Tapi yang paling menyedihkan bila keja sesama kaum ni masalahnya suka dengki mendengki. Melayu tak nak tolong melayu ada2 ja alasan yang nak diberi. Asyik cari salah and n jatuhkan antara satu sama lain. Apa kata sesama berusaha tuk majukan melayu. Susah sangat ker nak buang perasaan tak bagus dalam diri kita tu.


Tak salah kalau nak bercakap pasal agama atau kongsikan ilmu pasal agama. Sebabnya ilmu yang disampaikan tu semua org akan dapat manfaat. Tapi lagi bagus kalau org yang menyampaikan tu juga mengamalkan apa yang disampaikan. Ini tidak asyik bercakap bab agama tak henti2 tapi sendiri jugak yang buat benda yang tak betul. Macamana tu. Bukan sesaja nak cari salah org

Tapi adalah lebih bagus kalau kita cerminkan balik apa yang kita cakap tu.


Wanita…selalu jadi mangsa keadaan. Selalu jugak jadi tempat tuk dihamburkan segala kesilapan. Kenapa begitu….wanita sajakah silap kalau lambat kawin. Wanita sajakah yang silap kalau rumah tangga bergoyang. Wanita sajakah yang silap kalau banyak jadi kes buang anak. Pikirlah dengan rasional. Jangan diletakkan semua kesalahan pada wanita. Pernah tak fikirkan wanita yang jadi mangsa kerakusan lelaki tanpa rela, wanita yang jadi mangsa rogol, wanita yang jadi mangsa tuk melunaskan hutang..pernah piker tak perasaan diaorg. Sudahla maruah tercalar tanpa rela, dah tu tinggalkan benih pulak. Pada siapa nak ngadu nasib. kekadang masyarakat kita hanya pandai bercakap. Tapi berapa kerat saja yang sanggup tolong mangsa macam ni. Ada yang dihina dan dikeji,ada yang dibuang keluarga.Kalau keluarga yang boleh terima keadaan mereka tak per macam mana yang tak leh terima. Sebab tu la ada yang buang anak merata-rata. Memang nafsu wanita tu 9 akal dia satu tapi yang selalu merosakkan kaum wanita adalah org yang berakal 9 nafsu 1 tu. Dah kawin mengaku bujang. Dah nak kawin mengaku belum berpunya. Dan tunang ngaku single lagi. Kalau org yang tau mamat tu dah tunang tapi wanita tu tak tau, kan dah dapat nama buruk kat wanita tu.hah.. macam mana tu. Bila nak lepaskan diri mula la salahkan org lain. Mula la buat crita tak betul. Patut ker cenggitu. So camner ler nak percaya lelaki zaman sekarang ni.


Hawa…bila kawin lambat selalu jadi isu dan bualan hangat masyarakat sekeliling. Bukan tak nak kawin tapi macamana kalau ramai kaum adam yang tak leh nak dipercayai. Asyik menipu tak abis2. Asyik nak ambil kesempatan ajer. Ada pulak jenis yang lidah bercabang dua. Bukan semua kaum adam tak baik n tak bagus. Sebabnya abang2 aku bagus jer. Bini dia bersalin dia la yang tolong masak, basuh baju n urus anak. Tapi nak cari yang macam ni macam susah sket la skang ni. Tah ler naper. Ni yang membuatkan wanita yang berkejaya terutamanya takut nak kawin. Lelaki ni, kadang ada yang ok,ok la pulak. Sah2 akan jadi pemimpin keluarga tapi kalau solat pun asyik tuang camner tu. Solat tu kan tiang agama. Kalau tiang pun tak betul camner nak bina rumah. Bukan nak kata semua kaum hawa tu bagus. Ada jugak yang perangai sama jer cam kaum adam sekarang. Bukan salah ibu yang mengandung pun sebabnya kadang depan mak bapak perangai anak2 ni nampak baik sesangat n pijak semut pun tak mati. Bila belakang mak bapak macam2 perangai yang tak best diorg blaja. Keadaan sekeliling jugak mainkan peranan. Too much benda2 tak bagus yang dipertontonkan. Apapun semuanya bergantung kepada diri jugak. Kita yang mencorakkan masa depan. Kaum adam memang rugi kalau terjebak dengan benda tak bagus sebabnya diorg ni peluang nak masuk ipta n dapat kerja terlalu mudah. Tapi ada yang jenis tak hargai tu yang susah. Banyak yang suka jadi doctor yang tak bertauliah. Suka sangat masuk IPS (Institut Pusat Serenti).

Adam...berusahalah untuk menjadi pemimpin yang soleh. hidup ini pinjaman cuma. kalau tersalah jalan kembalilah dan berusahalah untuk berubah. tiap insan tak lepas dari buat kesilapan. banyak cara untuk menunjukkan kejantanan dengan cara bermaruah dan betul. adam...anda adalah pemimpin dan hawa pula adalah pendamping untuk saling lengkap melengkapi. hargailah antara satu sama lain. jangan hanya waktu bercinta manis lidah dengan kata-kata tapi tak sampai sebulan dua bercerai berai. kenapa begitu?bukankah masa bercinta masing2 berjanji tuk terima pasangan seadanya. hmmmm...ragam manusia, macam-macam ada...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

HASIL TANAMAN ANGGUR KALI KE EMPAT DAN SOKSEK SOK SEK

 Assalamualaikum. lama menyepi kan. dah bersawang dah. tulis blog ni sekadar suka2 je. jadi dah bersawang tak post n tak buka langsung😆. pa...