27 Oktober 2010

keja lagi dan lagi



penatnya badan aku. mata aku pun penat. malam ni stayback lagi siapkan kertas program yang nak hantar ke KPT. Berpinar mata rasanya mengadap 3 kertas program serentak. nak muntah pun ader. dah ler dari tadi kepala aku sakit. penangan kena hujan ler kot. kalau badan sakit cengini nak ngadap keja pun tak daya rasanya. ni ler masalah bila ada orang suka sangat nak buat keja org lain, tapi yang tak bestnya lepas kat orang lain suh siapkan. sesuka ati ajer. kalau ler nak jadikan kes kan, tetiba ader kesilapan kat paperwork ni hah sesuka hati jer empunya paperwork ni leh sue kitaorg sebab edit kertas keja dioarg. diorang leh assume yang diorg dah buat semua tapi final edition kat kitaorg. ker dah jadi kes berat sebabnya isi kandungan dalaman hanya empunya diri jer tau. tapi disebabkan arahan atasan kitaorg hentam jer la labu. tapi takder arrr hentam keromo ajer. aku semak paperwork ni sebijik2 gitu. detail giler n aku follow panduan yang telah ada n ditetapkan. haha tak dengar arahan siap ler markah skt aku rendah nanti. tak nak ler aku.susah nak sahkan jawatan n susah ler pendek kata. tapi tu ler rezeki bukan kat tangan manusia tapi Dia yang meminjamkannya. tapi kat dunia hanya pinjaman ni sesetengah orang yang ader kuasa ni suka guna kuasa veto seolah2 diorg ajer betul. pendapat orang bawahan walaupun betul langsung tak nak pakai tapi bila terdesak gunakan n cakap kata tu idea diaorg.
ishh tak bagus tu. kata keja kena ikhlas. kalau kita sendiri tak ikhlas jadi ler kacang lupakan kulit. asyik mendongak langit ajer tak langsung tau mungkin suatu hari terpaksa jugak memandang kebawah sebab hidup manusia ni umpama putaran roda. kejap kita kat atas dan tak mustahil sekelip mata boleh kat bawah. indahnya hanya sementara. jwatan dan pangkat tak menjamin syurga. kat sana nanti kita tak dibezakan ikut pangkat kat dunia tapi amalan kita. manusia semuanya sama kat sana nanti. jadi jangan cepat angkuh dan lupa diri. jangan pandang hina pada orang bawahan yang banyak buat keja kita tuk naikkan kita. masalah sekarang ni manusia memang cepat mudah lupa diri. lupa sebenarnya kalau tak der yang bawah mana mungkin dia mampu siapkan tugasan yang diberikan seorg diri. kadang dia sendiri tak tau nak buat. orang bawahan pulak yang lebih tau daripada dia. sebab benda ni banyak terjadi. tu yang aku cakap tuh. kalau setakat cakap jer pandai tapi keja tak tau nak buat baik tak payah nak sombong diri. hehe...fikir-fikirkanlah. benda ni pun tuk peringatan kat aku jugak. i'm just a human being. selalu sangat buat kesalahan.....mohon diampunkan segala dosaku, dosaku kepada ibu bapa dan keluarga ku seta dosa kedua ibu bapaku juga Ya Tuhan.

17 Oktober 2010

Part 2: Aku dan kamu


Duhai mr adam
Mengapa begini
Sungguh hadir mu tanpa kuduga
Membuatkan aku jadi serba tak kena

Duhai Mr Adam
Penatnya hati dan mindaku
Memikirkan tindakan spontanmu
Berani sungguh kau nak mencuri hatiku
Walaupun aku tak sudi bertamu dihatimu

Duhai Mr Adam
Peningnya memikirkan sikap tak didugamu
Jangan selalu begini
Nanti cair hatiku keranamu

Duhai Mr Adam
Sungguh hatiku takut
Bila diri ini sebati dengan kehadiranmu
Kau pergi tinggalkan aku
Tanpa pamitan atau salam permisi

Duhai Mr Adam
Sekiranya hadirmu sekadar persinggahan dihatiku
Ku pohon jangan dekati atau curi hatiku
Sebab aku tak tahu sekuat mana hatiku
Bila ditinggalkan nanti....

...........................................................................
Part 2 : aku dan kamu


Huh penat betul ler aku ikut mamat ni berjalan. Macam2 peel. Lepas makan nak shopping ler pulak. Kalahkan aku yang pompuan ni haaa. Geram betul aku. Baru sehari aku cuba kenali dia makin sakit hati ler pulak.huhu..time makan asyik pandang aku jer. Terbantut aku nak makan. Macam ler tak pernah tgk aku sebelum ni. Buang tebiat ker aper. Ralit pulak aku tgk dia membelek jeans Giordano. Huhu…jenama yang paling aku suka sebab kualiti jeans dia memang ok. Aku belek jam kat tangan. Uikh dah 2.15. solat dulu lah. Eeiii susah tul. Takkan aku nak menampak naik teksi pulak. Mahal tuh. Nak tak nak kena tggu jugak mamat nih.


‘awk pakai size aper? Uikh terkejut aku tetiba mamat tuh bertanya size aku.
’27 ‘ selamba jer aku jawab sambil membelek tshirt yang ada kat ctu dengan muka bosan.

Argghhh bosannya aku. Ingatkan teman kawan pompuan shopping jer membosankan. Rupanya teman mr adam hazriq ni lagi poning kepala.huhu….Tah bila mamat tu bayar barang yang dia beli pun aku tak tau. Tah aper yang dibeli nya. Yang aku sedar bila dia cakap jom awk. Eh tadi apahal lak dia tanya size aku. Lantak ler.

‘eh mana handphone saya ek. Alamak…’katanya tiba-tiba sambil meraba poket seluarnya.’ Awk pinjam phone jap nak call’.

Bila tgk muka dia yang macam gelabah tu aku pun bagi ler pinjam. Tetiba jer kan aku dengar bunyi telefon betul2 sebelah aku. Dengan muka selamber dia kuarkan tpon sambil sengih kat aku.

‘thanks awk sebab bagi no yer’, ujarnya sambil pulangkan handphone aku balik. Uikhhh mamat ni. Geramnyer aku. Leh main2 pulak. Betul2 tipah tertipu aku nih.

‘huh bila masa lak saya bagi. Awk tu yang tak malu amik. Pandai tul ek berlakon.dah malas nak bertekak. Jom gi solat.’ Kataku terus jalan mencari arah yang menunjukkan surau.

Dengan muka bengang aku langsung tak pandang ke mamat tu. Straight jer aku jalan. Suka hati dia ajer yer. Bijak betul kenakan aku ek. Eiii nasib baik ler aku dtg ngan dia. Geram jer aku nak sekeh2. Tak per sabor2.Dia pun cuba berjalan sepantas yang boleh tuk saingi aku.

‘Alaaa, awk jangan ler marah. Tak baik tau marah2 ni. Nanti lekas tua. Tapi tak per saya tetap setia kat awk…uwekssss…rasa loya la pulak tekak aku tetiba.

Ni ayat jiwang tetiba ni apahal ler mamat ni. Pergh nasib baik dah sampai kat surau. Lepas pandang muka dia aku bagi isyarat masuk dalam. Malas nak ckap banyak. Bazir air liur ajer. Hmmm mamat ni. Lepas jer solat aku tgk dia dah setia tggu kat luar. Hehe.. biasa ler pompuan kan lambat sket. Nak betulkan tudung ler. Betulkan make up ker. Haha padahal aku ni jenis yang just pakai pelembab n cmpact powder ajer.

Tersengih dia bila nampak aku. Ish mamat ni tak abis2 sengih. Kang ader aweks2 yang kat sini terjatuh hati kang. Haha kang haru . ehhh kalau diorg jatuh hati kat dia pun aper masalah aku kan. Hehe..aku ni. Nur qistina safia. Boleh tak jangan pikir benda yang merepek2.

‘awak ok lagi tak. Kalau ok teman saya shopping lagi ek…’ Masyallah mamat ni. Teruknya.

‘Awak nih hantu shopping ker aper. Pelik betul saya tau tak. Tanya aku dengan muka tak puas hati

.
Ni nak buli aku ker memang antu shopping. Taubat ler kalau memang dia antu shopping nampak jer dia aku kena melarikan diri. Haha..teruk betul aku ni. Macam keluar ngan alien pulak rasanya.

‘tah ler. Rasanya sebelum ni tak der la pulak. Tapi ari nih tah ler naper’..katanya sambil tersenyum.

Huh memang ler. Tekaan aku memang betul. Kaki aku dah lenguh ler pulak. memang tak betul mamat sekor nih. Aduyaiii tetiba lak rasa penat.nampak jer ada bangku aku terus jer duduk. Dia pun ikut sama.

‘ kita tgk wayang nak tak’,uikh dah sudah mamat ni. Tgk wayang ler pulak.

‘ish awk ni. Tadi kata nak shopping lagi. Ni tgk wayang pulak. Mr adam hazriq. Awk ni nak membuli saya ker aper..tanya aku sambil meluruskan kaki.Penat teman dia shopping tadi pun tak abis lagi. Ni pulak nak tgk wayang.

’ Alah bukan selalu saya boleh kuar ngan awk. Ni pun secara paksaan. Kalau tak jumpa awk kat library tadi tah bila ler saya berpeluang nak jumpa n hang out ngan awk cenggini…uih tau pun dia paksa aku. Ingat tak ingat tadi.

‘awak sebut nama saya skema betul ler.ala panggil Riq ajer. Kalau tak nak panggil Riq panggil abg pun boleh.’ Uikhhh yarkhhhh…abang. Malas aku layan sengihan menggatal dia tuh.

Huhu hari ni memang betul2 aku dibuli. Memula dia kata nak tgk wayang tapi last minit lak cancel ajak jalan lagi. Lepas jer solat asar kat ctu dia antar aku balik tapi siap tapau kfc tuk aku lagi tuh. Uikhhh aku lak yang rasa serba salah. Bukan setakat tuh jer sampai jerk at kolej dia hulurkan salah satu plastic Giordano kat aku. Eh apasal pulak ni.

‘ni tuk awak. Upah teman saya shopping ari nih.’,katanya sambil tersengih.

.’saya beli sama color n jenis ngan saya. Hehe..awak tak kisahkan,’…sambungnya balik bila aku tak cakap aper2.


Bukan aku tak nak cakap aper2 tapi aku tak tau nak cakap aper. Nak tolak ke nak amik. Huhu safia cepat ler buat decision’, bisik hati aku. Baru jer aku nak bukak mulut dia leh cakap per,’ kalau awk berani tolak saya tunggu kat cini sampai awk amik n suh sapa2 ler antar ke bilik awk’. Uikhhh dia ni macam tau jer aku nak tolak. Tapi kan naper lak aku nak amik. Baru jer kenal dia ari ni. Bukan aku aweks dia pun nak paksa-paksa aku. Alahhh otak cepat ler pikir aper nak cakap. Kenapa lembab tetiba lak otak aku nih. Yang dia lak leh sengih2 angkat kening kalahkan ziana zain tu buat aper. Nak ugut aku ler tuh.

‘amik ler cepat. Saya ni kan safia ada perangai pelik sket. Awk nak amik ker nak suh saya buat perangai pelik yang saya cakap tuh.’

Hah sudah. Perangai pelik aper pulak nih. Alaaa mr adam hazriq nih. Baru jer aku kenal ko sehari ko dah bawa masalah kat aku kenapa. Ishhh geram betul ler aku. Gigit jugak karang. Jangan dia jerit macam kat library tuh sudah. Kang tak pasal-pasal jer tersembul semua muka org yang ada kat kolej ni kat tingkap. Uikhhh tak pasal kecoh satu kolej. Tak nak ler aku.


‘yer saya amik ler ni. Awak ni kan. eiiiiii’…..dengan hati bengang aku pun amik ler barang yang dia bagi kat aku tuh. Dia lak leh sengih tunjuk peace pastu terus blah.

Sampai jer kat bilik aku pun selongkar ler tengok benda aper dia kasi kat aku. Hehe dalam tak nak tuh ada hati gak nak tengok. Alaa amik jer la. Org bagi free. Bukan kena bayar pun. Lagipun tuh jenama kesukaan aku tuh. Wakaka..terkejut aku bila tgk aper yang ada. Tshirt n jeans. Complete set siot. Mak aihh cantik jugak. Ni mesti mahal nih. Dia ni biar betul. Menghabiskan duit untuk aku buat aper. Bukan awek dia pun. Baru jer aku tengah sembang sensorang memikirkan perangai mamat yang bernama adam hazriq tertiba h.phone aku berbunyi menandakan ada ms masuk. Hehe ringtone lagu Korean I’ll never say goodbye…I like.

‘salam. Hope sudi terima seikhlas hati awak yer my princess. Thanks for 2day.esok kita jumpa lagi ek. Saya jemput awk kul 11.00 am. Kalau tak nak saya buat perangai pelik awak kena tggu kat bawah sharp kul 11.00 yer princess. Arahan nih.kalau takkk…hehe..’.

Princess..uwekkk tak malu. Bila masa lak aku jadi princess dia.suka hati lak tuh paksa aku. Alaaa ni kalau tak turun nih sah kecoh satu kolej. Adusss mamat nih bukan leh aku duga pun otak tak betul dia tuh. Alaaa kalau aku tak turun pun bukan dia tau aku ader ker tak der. Alaaa macam mana ni ek. Aku kan bab cenggini ler paling aku tak suka. Leh tak kalau aku buat bodoh jer. Baru jer dok rencanakan apa aku nak buat tuk larikan diri masuk lagi satu ms.

‘jangan cuba nak ngelat yer besok. Jgn sesekali pikir awk leh lari yer. I ader informer kat ctu tau. Don’t u dare to run away from me.ingat yer.sok kul 11 saya nak awak tunggu kat situ’

Argghhhh….. adam haziq.ko leh buat aku jadi giler ko tau tak…kalau nak gila, gila la sensorang.huhu malas dah aku nak pikir. Sapa ler yang baik hati jadi informer tak bergaji dia nih. Wah aku tak leh nak pikir sapa sebabnya aku kena siasat betul2 ni siapa yang related ngan dia.huhu…esok ek. Esok punya pasal, esok aje la aku pikir. aku betul2 buntu.

14 Oktober 2010

sambungan cerpen aku dan kamu


Duhai my princesss
kenapa begitu.
kenapa nak diduga hatiku…
sesungguhnya hatiku tak pernah menipu..
Aku memang cintakan kamu

Duhai my princess,
seandainya cinta Mu pada Nya melebihi cintamu padaku
sesungguhnya aku lah insan yang paling bertuah
kerna TanpaNya tak mungkin aku bertemu mu

Duhai my princess
sesungguhnya aku ikhlas mencintaimu
bukan berlandaskan nafsu
sesungguhnya aku ingin kau menjadi puteriku
dengan ikatan yang sah

Duhai my princess
seandainya memang benar kau jodoh ku
tercipta untuk menemani hari-hariku
ku mohon padaNya semoga direstui perhubungan kita
permudahkanlah perhubungan kita

Duhai my princess
Seandainya tersurat kau bukan milikku
Bukan tercipta untukku
Aku pasrah dengan ketentuanNya
Yang pasti ku tetap sentiasa doakan kebahagiaan mu

Duhai my princess
Kuharapkan kau dan aku bersatu
Diakhiri dengan pernikahan
Dan diiringi doa restu ayah dan ibu
bahagia hingga akhirnya
.....................................................................

Hmmm tak ramai org kat library. Nasib baik ler information si apis ni betul. Kalau tak mesti dah kena sekeh jer. Minah ni leh tahan gak ek. Tak heran pun lepak sensorang kat library ni ek. Focus giler siot ngadap buku tuh. Langsung tak pandang sekeliling. Patut ler tak perasan langsung kewujudan aku selama nih. Teruk betul. Hati batu ker aper. Iskh aku nak buat aper sambil tunggu si safia ni abis study ek. Tak leh ralit nih kang aku terlepas peluang yang selama nih asyik terlepas jer.

Huhu..nur qistina safia. Naper ler ko mendera hati aku sampai camni sekali. Tapi memang bukan salah ko pun sebab aku yang tak pernah cakap terus terang. Aku pun tak tau ler naper aku berkenan betul ngan minah ni.kasar leh tahan gak. Nak kata cantik tak jugak. Biasa2 ajer. Tapi senyum dia tuh… masyaallah tu yang buat aku tak lena tido. Comel sesangat bila dia senyum…..patut la bukan aku jer yang taruh perasaan kat dia. Kali ni aku nekad. By hook or by crook aku nak pastikan tak der org lain yang boleh dapatkan dia. Just me..bengang n risau gak hati aku bila dengar si minah ni ramai peminat dalam diam. Apa ilmu minah ni pakai pun aku tak tau sampai ramai yang berkenan. Iskhhh…safia jangan terima yang lain yer. Terima aku jer tau. Hehe…macam dia dengar

Apapun aku tak takut tahap gaban macam dulu dah sangat skang ni bila dengar diaorg just minat tapi tak berani nak masuk jarum. Wakaka… ni ler peluang aku. Alamak dia pandang sini ler pulak. Adusss tak sempat ler nak larikan pandangan mata aku ni. Hehe.. senyum ajer ler. Mintak-mintak dia tak perasan aku asyik pandang dia. La.. aku pandang ko la safia. Yang ko pandang belakang tuh buat aper. Sah2 ko jerk at line tuh.uikh ko ni...

Wah dia dah belek jam kat tangan tuh. Ni sah dah nak balik. Hah confirm2 sebab dia dah kemas tuh.bila aku tengok dia tengah kemas aku pun kemas ler jugak. Bukan per kang terlepas peluang aku. Gerak hati aku kuat mengatakan yang dia akan letak balik buku dia amik tu kat tempat asalnya. Hah kan betul..baik aku pergi cepat2..dia ni memang tak perasan org ker. Aku kat depan dia ni boleh dia just letak buku tu jer. tetiba...’bukk'….

'oh sayang'. Hehe ayat tu yang kuar dari mulut dia. Tak pasal-pasal dia terlanggar aku yang kat sebelah dia nih. Aper lagi aku pun cakap ler

‘ awk sayang saya ker, saya pun sayang awk jugak’. Hehe..lepas aku cakap gitu aku tgk muka dia terus berubah. Wah muka serius siot. Uikh aku peduli aper. Lum sempat aku cakap aper2 lagi dia terus blah.

Alamak ni tak leh jadi nih. Kang abis plan aku nih. ‘Apa lagi? kejar ler haziq. Yang ko dok tercegat lagi buat aper,’…hati aku memberi idea. Nasib baik ni libraray. Kalau ikut hati nak jer aku jerit nama dia. Akhirnya peluang tu datang jugak bila kitaorg melangkah keluar library.

‘Nur Qistina Safia’, jerit aku.

uik...alamak nasib baik tak ramai orang. Dalam tak ramai pun diorg pandang jugak kat aku.ye ar. aku pun satu. yang terjerit panggil nama safia sapa suruh. tak kisah ler. aksi spontan.mesti org ingat aku tgh gaduh ngan awek aku. Dia merajuk so aku kejar tuk pujuk n jerit nama dia. Haha tak kisahla apa org pikir yang pasti aku tak nak terlepas dia. Aku tgk dia terpaku kat ctu lepas aku jerit panggil nama dia. apapun safia... sorry sayang. Didn’t mean it. Terpaksa tuh..Nasib baik dia sudi berpaling pandang aku.

‘stop there or I will scream ur name once again’

la camner leh terkeluar ayat tu aku pun tak pasti. Yang pasti tak sengaja ler sebab kalut aku bila aku tgk dia dah nak blah gtu ajer.

aku tgk dia bengang giler. Ye la kalau aku jadi dia pun aku bengang jugak. Terjerit2 panggil nama orang ape kes kan. So kalau dia nak marah aku pun aku terima asalkan ari ni aku dapat bersemuka ngan dia. Kalau dia degil gak tau ler apa aku buat. Hehe…tetiba lak tumbuh tanduk kat kepala aku nih. Tapi bukan buat benda yang tak senonoh ek. Tak sanggup aku sakiti orang yang aku sayang begitu…

‘hai awk’.opsss aper ni aku nak cakap lain kenapa kuar perkataan ni. Alahhh potong betul ler. Kenapa aku jadi blurr tetiba nih. Adam hazriq…jangan nak rosakkan plan yer..nasihat hati aku. Tapi aku pun tak tau why tetiba aku gelabah cenggini. Aku tgk safia dah nak angkat kaki.cepat2 aku halang…

bila dia cakap suh cepat sebab dah lapar terus timbul idea aku ajak dia makan. Lantak ler dia nak kata aku pelik ker aper. Bila dia confius aku pun aper lagi. Seret ler dia ngan beg dia. Haha… degil lagi. Sapa suh degil. Bila dia nak cakap jer aku suh diam. Dia pun ikut jer walaupun muka cam tak puas hati. Tah dalam hati tuh berbakul sumpah seranah kat aku. Aku tak kisah pun my princess.

‘eh awk ni main seret2 cenggini ingat saya ni kambing ker aper’

tetiba aku dengar dia cakap cenggitu. Haha..apa lagi bantai gelak besar ler aku. ader ker gitu pulak. rupanya princess aku ni pandai jugak yer buat lawak. Boleh tahan jugak ek ayat dia. mesti spontan jugak tuh. tak kan ler dia leh nak samakan dirinya ngan kambing. tak patut. Ye la salah aku jugak. Yang aku seret dia cenggini nih sapa suh. Tapi nak buat camner aku takut dia lari sebab aku nampak dah ura2 dia nak blah. safia ni..bukan boleh aku nak duga perangai dia..sampai jer kat keta aku, baru aku lepaskan dia. Siap aku bukak pintu n suruh dia masuk lagi tuh. dia nih bukan leh harap. Aku tggu dia masuk baru aku masuk keta.

Sesungguhnya aku pun tak tau naper aku tak der idea nak cakap. Kelu dan beku secara tiba-tiba. Jantung aku mak aiiiii laju giler berdegup. Macam baru lepas lari 1000 meter tu haaa. Hati aku hehe…gatal ler pulak. wahhh macam tak caya safia akhirnya dalam keta aku. Sesi membuli will coming soon...bukan sengaja tau my princess. Ni semuanya sebab awk tau. Saya memang dah sayang giler kat awk. Awk jer tak tau.Aku perasan dia asyik pandang aku semacam jer.

‘apasal awk pandang saya cengitu. Dah jatuh hati ngan saya ek’ usik aku. Hehe saja jer nak usik. orang kata usik2 ni kang lagi cepat jatuh sayang. ye ker. tah ler tu orang kata bukan aku.


‘saja jer. Just nak confirmkan. Macam pernah nmpk tapi tak confirm pulak. Baik awk kenalkan diri sekarang atau saya jerit kata awk kidnap saya’.

wah ayat ugut yer. Jangan harap aku nak takut safia. Aku tau ko bukan sampai hati pun nak buat aku camtu. tak kan ler dia sanggup nak buat sinetron kat sini. aku rasa safia bukan orangnya..

‘ala awk ni.teruk betul. Nmpk sangat memang tak peduli org sekeliling lgsg kan.saya kan selalu pergi fakulti awak lepak kat sana. Dah tu dah dua kali saya pergi serving class awk tau tak. Awk pernah serve saya. Tak kan tak ingat langsung.’

uikhhh memang betul ler teruk minah ni. Langsung tak ingat. Padahal dia yang serve aku masa kelas serving dia tuh. Eiii aku cubit jugak pipi si safia ni. Nasib baik bukan muhrim aku. Kalau dah jadi bini aku tak pasal merah2 pipi dia. Dapat blusher freee. Heheh.

‘ ye ker. Ada datang ker.hmmm apasal tak ingat ek.’

Aku tak jawab pun soalan dia tuh. Geram tau tak. Ader ker aku yang hensem gini dia leh tak perasan n tak ingat langsung. Lupa ingatan ker aper.

‘Kita makan kat seksyen 2 jer yer. Banyak choice sket.ok tak?’.

itu jer jawapan yang aku bagi tuk soalan dia. Padan muka. Sapa suh ignore aku selama nih. Aku ni punya ler nak bagi dia perasan, asyik menepek ajer kat mana dia ader. Aku tgk dia diam jer bila aku tak jawab soalan dia.

’eh bukan tadi awk kata nak pergi s.2 ker.ni apahal lak melencong ke Bukit Raja nih.’..
Laa aku ingat dia tak perasan aku dah melencong ker tempat lain.perasan jugak yer dia.

‘saja. Tak privacy la pulak kat ctu..balas aku sambil sengih.

‘huh suka hati awk ler’.

Tu jer la jawapan dia yang aku dengar. Aku tgk dia macam tak senang duduk ajer. Macam kucing nak beranak. Hehe… jap yer princess. Dah nak sampai ni. Nanti leh ler saya buli awk puas2 yer. Wakaka….haha..jahat tul aku ni. Suasana sepi seketika just yang dengar bebelan dj radio sinar. Apa diorg bebel pun aku dah tak amik port sebab kepala otak aku dok pikir aku nak buat per tuk buli my princess ni.

‘saya adam hazriq’. Tetiba jer aku bersuara. Aik dia leh buat tak tau jer. Aku tgh cakap ngan awk ler my princess. Teruk tul. pay attention please. Aku cubit jugak karang minah ni.

‘saya budak engineering. Sem ni sem last saya kat cini’. Sambung aku lagi sambil mengerling kearah dia. Langsung tak der respon. Tak per2. Tunggu jap…

‘safiaaaa’..

hehe aku pun terkejut ngan tindakan spontan aku nih. Kuat giler aku jerit panggil nama dia. Padahal bukan jauh pun.kat sebelah aku jugak.

‘uikh awk ni. Tak jerit leh tak. Sakit telinga saya tau tak. X pekak lagi tau. Saya dengar la mr adam hazriq’.

’tau pun. Ingat tak dengar. Saya tgh cakap kat cini yang awk buat bodoh tu naper. Padan muka’.

Hehe suka hati aku jer cakap padan muka. Tunggu yer my princess. Suka sangat buat hati aku ni tertunggu-tunggu kan. Suka sangat yer ignore aku. Siap ler aku buli ko hari ni. Tapi ni semua sebab aku nak close ngan kau tau. Ko ni kan sakit jer hati aku ni bila ko kata tak ingat aku. Tak patut betul. Huhu safia.. jangan dera hati aku lagi. Hari ni biar aku yang dera ko.hehe…


..................................................................................................................................
yeee kengkawan ni sambungan tuk aku dan kamu tuh tapi bukan part 2 tau. ni version lelaki punya.haha...part 2 aku dah buat separuh. tapi idea tak banyak ler pulak. apapun hope enjoy membaca yer. hehe mesti korang tak nampak ek apa yang aku tulis kat gambar tuhkan tapi aku dah letak kat part paling atas sekali tuh sajak tu. sajak tuh khas tuk cepen ni tau.

08 Oktober 2010

wedding.....



hehe...tajuk ajer dah bunyi gempak ek..gambar ni semasa perkahwinan kawan ari tu.ni jer gambar yang sempat dirakamkan dengan dia sebab ramai sangat dah tunggu turn. masa kitaorg datang tu tak der ramai org lagi kat bilik dia. time kitaorg tgkp gmbr baru dah ader ramai orang.tema ari tu...seperti yang korang nmpk dalam gambar tu ler. tapi view kat luar memang cantik. kebetulan umah abg dia ni dekat ngan tasik pastu macam atas bukit sket....apapun semoga bahagia hingga keakhirnya ye cik su...haha suppose puan ler tapi dah terbiasa pangil cik.




06 Oktober 2010

keikhlasan....




Keikhlasan bekerja. tertarik sangat aku tuk bercakap tentang keikhlasan kita bekerja ni disebabkan ada satu kes baru-baru ni yang membuat kan aku tetiba jer rasa terpanggil tuk suarakan pendapat ikhlas aku. bagi aku keikhlasan bekerja kita tak perlu lah diwar-warkan. lagipun siapalah kita untuk menilai keikhlasan orang lain bekerja sedangkan kekadang kita sendiri pun tak ikhlas dengan diri sendiri apatah lagi dengan orang lain. kalau setakat kita amik kerja orang lain dan mengarahkan org lain yang menyiapkan kerja kita tu bagi aku tak der makna jugak. memaksa orang lain bekerja dan membuat keja yang tak sepatutnya membuatkan org hilang keikhlasan. ikhlas ker sehingga terpaksa meninggalkan kerja hakiki yang urgent dengan menyiapkan kerja org lain sedangkan org jabatan yang sepatutnya bertanggungjawab sendiri tidak memberi komitmen atas kerja yang sepatutnya dilaksanakan oleh mereka. jadi manakah keikhlasan mereka dalam melaksanakan tugas yang diberikan. Kuasa yang ada jangan disalah gunakan dengan menindas orang lain.

kepimpinan melalui teladan. hmmm macam mana yer kalau pemimpin tu bagi teladan yang tak baik yer. macam mana pulak kalau pemimpin tu hari-hari bercakap kita perlu ikhlas bekerja, semangat berpasukan tapi dia hanya mementingkan kenaikan pangkat dan skt nya sahaja pada akhir tahun. mengarahkan org lain membuat kerja yang bukan tugasnya demi mengejar diri sendiri punya skt.hah yang ni macam mana pulak ek. didepan bercakap perlu bekerjasama tapi hakikatnya apa yang penting aku capai skt aku. lantak ler camner staf aku buat keja yang penting aku nak benda yang aku nak.

Bila bertazkirah, bekerja itu satu ibadah. memang tak dinafikan. insyaallah jika betul cara kita berkatlah rezeki kita tapi macam mana pulak kalau dengan menindas pekerja bawahan demi kepuasan hati sendiri. tak guna jugak jika hanya org takut dengan kita dan menghormati kita hanya didepan tetapi dibelakang kita berbakul sumpah seranah. kita hanya manusia biasa. sedangkan komputer dan robot pun boleh jam inikan pulak manusia. badan kita ni juga perlukan rehat. orang yang sihat pun kalau diberi bebanan kerja yang melampau boleh jatuh sakit kalau dah tak mampu pikul bebanan.jangan membebankan orang lain demi kepuasan hati sendiri. ingat... hidup ini umpama roda. tak selamanya kita diatas. jangan terlaku leka menongkat langit sehingga kita angkuh dan memandang hina pada orang yang banyak membantu kita melaksanakan tugas yang telah diberikan kepada kita.

Sebenarnya bagi aku keikhlasan tu perlu bermula dari diri sendiri. jika kita tak ikhlas dengan diri sendiri macamana kita nak ikhlas dengan orang lain. sebagai majikan atau pekerja, sebenarnya kita memerlukan antara satu sama lain tuk melengkapi kekurangan yang kita ada untuk menjadi pekerja yang berintergriti. jangan hanya laungkan jer tapi apa pun takder....

HASIL TANAMAN ANGGUR KALI KE EMPAT DAN SOKSEK SOK SEK

 Assalamualaikum. lama menyepi kan. dah bersawang dah. tulis blog ni sekadar suka2 je. jadi dah bersawang tak post n tak buka langsung😆. pa...