18 Mac 2014

masak dan makan

 Assalammualaikum....

seronok masak ni kalau ada orang nak makan. lagi satu lebih puas hati dari makan kat luar yang kadang rasa langsung tak menepati citarasa.

hah jom layan apa yang aku masak.


 hah yang ni aku masak mkn sensorang last week. aku buat grilled cheesy chicken chop serve with black pepper mushroom sauce. side dish kentang goreng n fresh vege sayur. simple n mudah.yang penting masak sendiri. abiskan gas. hahahaha

hah yang ni lak dinner masa suami n princess datang ari tu. aku buat fried chicken chop n spageti with mushroom blck pepper sc.

aku guna semua bahan yang dah ada kat umah. breadcrumbs pun aku buat sendiri. aku gunakan biskut sayur yang aku beli tak termakan2 tu. tapi serius sedap sebab rasa dia lain sket. camner buat. jap yer aku bagitau. biskut tu leh pakai biskut kering pun boleh. hancurkan dia.aku ramaskan ajer.

bahan:
1 potong ayam( terpulang nak amik bahagian dada atau peha)
kalau korang amik bahagian dada tu, belah tengah biar jadi bentuk hati.yang ni nanti aku cari gambarnya. takpun bahagian peha aku dbone kan dia jer.
 ayam tu marinate la dengan garam, white n black pepper.(xperlu letak garam byk sebab tepung adabi dah masin)
pastu korang salut dengan tepung (aku guna tepung goreng adabi), lepas tepung korang salut pulak dalam telur (pukul dulu yer) dah akhir sekali korang celup ler dalam breadcrumb pulak. means kena ada 3 bekas. satu letak tepung, satu telur then satu lagi breadcrumb.
dah leh goreng


hah ni pulak breakfast kitaorg. sosej daging ramly, nasi goreng dan pizza homemade. pizza aku dah bagitau cara kan sebelum ni so tengok jer la.selamat mencuba.

bila nayli main wau..dan bila nayli berbaju kurung

Assakammualaikum..
sekarang ni musim panas dan jerebu. sungguh tidak baik cuaca untuk kanak-kanak dan kita mak bapak kanak2 jugak...hehe apa punya permulaan ayat daaa...

tapi kan kat tempat aku melampau eh jerebu sampai macam rasa aku ni sedut asap ajer.kepala mula la rasa tak ok. badan gatal2.huhuhu sungguh tak tahan. kenapa berjerebu? salah siapa ini semua? kenapa Tuhan menduga bergitu. sama2 la kita pikirkan.

sesungguhnya tiap yang berlaku itu ada sebab yang tidak terjangkau dek akal kita. kes terbaru hilangnya pesawat mh370. langsung tak dapat kesan. moga selamat semuanya.

ok kali ni nak kongsi gambr anak dara i yang paling dirindui. sungguh aku rindu sangat2 kat dia. napa aku cakap gitu sebab dia takde ngan aku skang ni. kat kg. hukk..hukkk..huwaaaaaaa. i miss u my sweetheart. tu la kan jadi mak ni. rindu sampai nangis. ada org faham ker rindu seorg ibu..hmmm baru aku tau gini rasanya rindu arwah mak kat aku. i miss her too. really miss my mum. semoga Allah tempatkan mak ayah bersama orang yang beriman. tanpa mereka siapalah aku. bagi yang ada mak bapa. jgn disakiti hati mereka dan jgalah mereka sebaiknya sebab bila kehilangan kita takkan dapat luahkan apa yang kita rasa lagi dah. yang tinggal dan didepan mata hanyalah dua nisan yang tak bernyawa.


nampak tak seronoknya nayli bermain wau di tengah sawah yang kontang. she really enjoy....takper la mainan org dulu2 kalau generasi sekarang tak main sapa lagi kan. nanti hilang ditelan zaman pulak.permainan yang dah lama tak main.hehehe dulu teringat masa zaman kecik2. kat kg diorg suka main wau reramai. org kg leh kata semua akan kumpul main. mcm2 jenis wau. meriah sungguh. sekarang dah takder. bila golongan tua yang dulu dah takder semua dah lain.





hehe ni baju kurung tahun lepas. dah singkat. anak ummi pegi kenduri pakai tudung n baju kurung.. sejuk hati ummi pandang. semoga anak ummi jadi anak yang solehah. amin. tapi anak ummi ni h.p tak lepas dari tangan. asyik layan upin-ipin dia n pada zaman dahulu.

budak sekarang ni untung. tak macam kita dulu2. h.p pun tak pernah rasa leh pegang. maklumla orang susah.
tapi zaman kita dedulu meriah. main konda kondi. main tembak2 guna senapang buatan sendiri n buah jenerai. org panggil chaklepong. hahaha betul ker..eja gtu. asal leh ler.

dulu selalu pegi main sungai. berkelah masak sendiri. bestttt sangat. kalau sungai kecil tu org panggil charok. best tangkap ikan n udang. bergurau senda sesama sedara. main nyorok2. sekarang ni mana ader dah budak nak main gitu. asyik ngan tab n h.p. langsung otak tak berkembang..sesekali budak kena gak dedah ngan aktiviti luar. menikmati kehijauan alam flora n fauna...betull ke idak?????...apapun kita yang kena main peranan kannnn.

07 Mac 2014

home made pizza


Assalammualikum..home made pizaa. hah kalau korang nak tau tu la aktiviti aku n family mertua masa aku lepas abis pantang ari tu. leh kata kerap betul kami buat pizza.tak yah beli dah. lagi sedap buat sendiri jerrrr.





  
pizza daging. melimpah ruah dagingnya


 
 pizza sosej n isi ketam


pizza sosej. hah yang ni buat kat umah abg aku. saja ajr anak buah aku buat sebab depa suka makan pizza. tak yah bli2 dah.buat ler berapa banyak nak buat n mcm2 jenis perasa n perisa.
nak resepi kerrrrr....tapi resepi aku main campak jer. aku bagi yer kat bawah ni

roti:
1 kg tepung
1 paket mauripan
air secukupnya. (anggaran aku 2 1/2 termasuk air yang digunakan tuk bancuh yeast)
gula sket (dalam 2 /3 sudu)
garam sket dlm 1 sudu kecil
2/3 sudu butter/ minyak
susu tepung / susu cair- agak2 la

caranya:
1. bancuh dulu mauripan dengan air dan letak gula sket. biarkan dalam 5-10 minit bagi dia naik
2. dalam bekas lain masukkan tepung, gula, garam n susu tepung. gaul sebati kemudian masukkan mauripan yang dibancuh tadi.masukkan air dan uli la jadikan doh.
3. rehatkan doh tu bagi naik.
4. lepas dah naik bahagi la kepada berapa bahagian korang nak. buat bentuk bulat n roll bagi jadi bulat masuk dalam tray pizza.aku tak roll pun tapi aku just canai2 bagi muat dalam tray tu jer. tray pizza tu sapu dengan majerin dulu.pastu cucuk doh tadi dengan garpu bagi angin keluar.
5. sapukan doh tadi toppingnya. terpulang nak guna tomato puree ker, tomato sos atau apa2 sos la korang nak
6. letak intinya, tabur cheese pastu atasnya kan aku pipe mayonis n cili sos. tu yang meriah.

cara buat inti atasnya: daging

1 paket daging hancur/ ayam (aku suka guna ayam yang aku potong sendiri)
2 biji bawang besar- potong ikut suka tapi aku dadukan jer
5 biji bawang putih-potong ikut suka tapi aku dadukan jer
3 biji tomato-optional nak letak boleh tak nak pun boleh-potong dadu
2 batang celery- optional nak letak boleh tak nak pun boleh-potong dadu
bahan lain kalau korang n letak nenas ker, cendawan ker boleh ajer. aku kadang letak kadang tak
1 kiub ayam/ daging
1 sudu kcl mix herb/pizza seasoning (yang ni herba2 campur tu tau yang ada oregano,thyme n so on)
garam secukupnya.

caranya:
1. Tumis bawang hingga naik bau. masukkan daging n herba. biar daging betul2 masak kemudian masukkan bahan-bahan lain(celery n tomato).
2. Perasakan. adjust rasa. kalau boleh jadi bagi terlalu kering sebab nanti bila bakar akan jadi macam dry sket.

kalau korang nak buat guna sosej pun boleh gak guna cara gini. kadang campur ajer sosej n daging. kornag nak makan so pepeandai la korang mix n match. tekak memasing kan.

sekian perkongsian. nak tunjuk cara buat melalui gambar i tak sempat nak snap. kena buat laju2 sebab karang my prince terjaga susah.hahaha..selamat mencuba

orang baru..

Assalammualaikum. lama yer aku cuti dari berblog. rindu sungguh. blog aku yang gmbr hilang tu aku dalam proses update semula. huhu..

tanggal 28.11.2013 nayli nur hana dah dapat kawan baru. muhamad izzat afiq.

 hah ni ler kwn baru nayli. sudah 3 bulan sekarang. suka senyum..moga anak ummi jadi anak yang soleh n besar esok leh jaga kakak.

ni gambar terbaru nayli...banyak lagi aku nak crita tapi nanti la yer....
ni gambar masa baru sampai kat jeety langkawi


 peace nayli ada style gitu

aksi nayli bila pakai tudung dan bergambar

 main air bersama cousin2nya. memula tu takut nak main akhirnya dia jadi org terakhir yang tak nak keluar dari kolam tu haaaa

 baru bangun tido. menikmati bauan rose yang umi beli. sebelah tu bergambar bersama baju yang maklong beli di langkawi

sekian dulu yer teman-teman. nanti aku update lagi


HASIL TANAMAN ANGGUR KALI KE EMPAT DAN SOKSEK SOK SEK

 Assalamualaikum. lama menyepi kan. dah bersawang dah. tulis blog ni sekadar suka2 je. jadi dah bersawang tak post n tak buka langsung😆. pa...