07 Mac 2014

home made pizza


Assalammualikum..home made pizaa. hah kalau korang nak tau tu la aktiviti aku n family mertua masa aku lepas abis pantang ari tu. leh kata kerap betul kami buat pizza.tak yah beli dah. lagi sedap buat sendiri jerrrr.





  
pizza daging. melimpah ruah dagingnya


 
 pizza sosej n isi ketam


pizza sosej. hah yang ni buat kat umah abg aku. saja ajr anak buah aku buat sebab depa suka makan pizza. tak yah bli2 dah.buat ler berapa banyak nak buat n mcm2 jenis perasa n perisa.
nak resepi kerrrrr....tapi resepi aku main campak jer. aku bagi yer kat bawah ni

roti:
1 kg tepung
1 paket mauripan
air secukupnya. (anggaran aku 2 1/2 termasuk air yang digunakan tuk bancuh yeast)
gula sket (dalam 2 /3 sudu)
garam sket dlm 1 sudu kecil
2/3 sudu butter/ minyak
susu tepung / susu cair- agak2 la

caranya:
1. bancuh dulu mauripan dengan air dan letak gula sket. biarkan dalam 5-10 minit bagi dia naik
2. dalam bekas lain masukkan tepung, gula, garam n susu tepung. gaul sebati kemudian masukkan mauripan yang dibancuh tadi.masukkan air dan uli la jadikan doh.
3. rehatkan doh tu bagi naik.
4. lepas dah naik bahagi la kepada berapa bahagian korang nak. buat bentuk bulat n roll bagi jadi bulat masuk dalam tray pizza.aku tak roll pun tapi aku just canai2 bagi muat dalam tray tu jer. tray pizza tu sapu dengan majerin dulu.pastu cucuk doh tadi dengan garpu bagi angin keluar.
5. sapukan doh tadi toppingnya. terpulang nak guna tomato puree ker, tomato sos atau apa2 sos la korang nak
6. letak intinya, tabur cheese pastu atasnya kan aku pipe mayonis n cili sos. tu yang meriah.

cara buat inti atasnya: daging

1 paket daging hancur/ ayam (aku suka guna ayam yang aku potong sendiri)
2 biji bawang besar- potong ikut suka tapi aku dadukan jer
5 biji bawang putih-potong ikut suka tapi aku dadukan jer
3 biji tomato-optional nak letak boleh tak nak pun boleh-potong dadu
2 batang celery- optional nak letak boleh tak nak pun boleh-potong dadu
bahan lain kalau korang n letak nenas ker, cendawan ker boleh ajer. aku kadang letak kadang tak
1 kiub ayam/ daging
1 sudu kcl mix herb/pizza seasoning (yang ni herba2 campur tu tau yang ada oregano,thyme n so on)
garam secukupnya.

caranya:
1. Tumis bawang hingga naik bau. masukkan daging n herba. biar daging betul2 masak kemudian masukkan bahan-bahan lain(celery n tomato).
2. Perasakan. adjust rasa. kalau boleh jadi bagi terlalu kering sebab nanti bila bakar akan jadi macam dry sket.

kalau korang nak buat guna sosej pun boleh gak guna cara gini. kadang campur ajer sosej n daging. kornag nak makan so pepeandai la korang mix n match. tekak memasing kan.

sekian perkongsian. nak tunjuk cara buat melalui gambar i tak sempat nak snap. kena buat laju2 sebab karang my prince terjaga susah.hahaha..selamat mencuba

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

HASIL TANAMAN ANGGUR KALI KE EMPAT DAN SOKSEK SOK SEK

 Assalamualaikum. lama menyepi kan. dah bersawang dah. tulis blog ni sekadar suka2 je. jadi dah bersawang tak post n tak buka langsung😆. pa...