16 Julai 2014

my cooking...fish n chip n spageti goreng mudah.

assalam. hah saja nak kongsi resepi mudah tuk ibu-ibu yang der anak. fish n chip n spageti goreng mudah gini senang disediakan. anak2 pasti suka.

 ni siap plating gini pasti menarik anak nak makan.ni temn buat tuk buka posa

 yang ni buat hari lain so plating gini jer


resepi mudah.

ikan dory atau isi ikan apa2 jer. korang marinated la guna bahan yang korang suka. aku letak black pepper n white pepper sket then aku salut dengan tepung goreng adabi. then goreng. sebenarnya ada satu lagi resepi tapi tu aku ada dah buat tuk ayam ari tu. cer korang tengok. aku tak ingat la aku dah masukkan belum. cara gtu pun boleh.

spageti tu lak korang rebus sampai al dente atau secukup lembut untuk dimakan. hahaha.. tumis bawang putih+bwg besar+ mixed herb+ cili padi
pastu masukkan isi ayam ker/ seafood ker/ sosej ker atau apa jer la yang korang suka.
masukkan sayur kalau nakterpulang kat korang sayur apa then perasa ngan garam n bahan perasa. tu jer. korang boleh modified ikut kesukaan korang la.


salad buah mudah dan senang...

assalam. kat sini saja teman nak kongsikan kat kome salad buah mudah dan senang. ada dua version yer. satu guna mayonis satu guna yogurt plus mayonis.



 yang ni aku guna mayonis. buah korang letak la buah apa pun.suka hati korang. aku letak anggur hijau, kurma, apple. tu jer yang ader. aku letak mayonis, gula n garam sket n jus strawberry.


yang ni aku letak yogurt ngan mayonis. buah aku guna watermelon + manggo+apple+ anggur + yogurt+mayonis+gula+garam. gaul sebati. kalau makan time sejuk baru kuar peti ais memang sedap kau. cuba jerrr. mudah gtu.

my cooking...kek lapis cheese..

Assalammualaikum..alohaaa blogging time. haha...time rehat ni gini la kejanya. takder keja la katakan. ye ker padahal menimbun keja atas meja sampai tak menang tangan nak buat. tapi time rehat kena rehat la.




hah ni resepi kek lapis cheese pesona yang teman amik dari blog ryo. teman dah lama nak buat baru berkesempatan buat. teman buat dalam cawan jer n dalam tuppaware. klu nak tengok tuan empunya resepi korang klik kat sini yer ryoazhar.blogspot.com.

kat bawah ni teman copy paste dari blog ryo. sedap cubalah

Kek Lapis Cheese Persona 
by : ryo@ryoazhar.blogspot.comhttp://ryoazhar.blogspot.com/2011/09/kek-lapis-cheese-persona.html
Bahan2: (Saiz 9x9)
A:

  • 2 bungkus biskut marie perisa coklat-lebih kurang 600 g (ryo guna jenama LEE)
  • 500 ml susu segar,dipanaskan
B:
  • 500 g cheese cream (Philadelpia/Tartura)
  • 10 ml susu segar
  • 1/2 cawan gula halus

Caranya :
1. Satukan cheese dan gula halus,pukul sebati
2.Masukkan susu segar sedikit demi sedikit,jangan sampai adunan terlalu cair
3.Pukul lagi hingga kembang dan sebati,ketepikan
4.Sediakan bekas yang di alaskan terlebih dahulu dengan plastik/kertas minyak/baking paper.
5.Panaskan susu segar,padamkan api.
6.Ambil sekeping2 biskut dan celup ke dalam susu (suam2 panas)..terus susun dalam bekas..(Celup 1 saat je taw) 
7.Pastu sapukan adunan cheese di atasnya,ratakan
8.Ulang proses melapis biskut,kemudian sapukan lagi adunan cheese tadi 
9.Ulang proses melapis hingga habis,biarkan lapisan cheese di atas sebagai lapisan terakhir.
10.Kemudian,kisar baki biskut yang ada,taburkan dengan cara menapis serbuk biskut tu dia atas lapisan cheese.(Kalau pakai jenama LEE,boleh ramas2kan je dalam penapis tu..jadi serbuk lah ia..)
11.Tekan2 sikit permukaan tu..masukan dalam peti sejuk,biarkan selama 6 jam sebelum dipotong.

hah cer try kome. senang ajer. comfirm jadik. cheese tu teman guna tartura. murah sket tapi rasa sedap ajer







14 Julai 2014

my garden...

Assalammualaikum... Pray for gaza. amin..

hah teman saja nak syer gambor2 pokok2 bunga n pokok yang teman tanam. seronok betul menanam ni kome tapi yang tak seronoknya bila ada binatang yang rosakkan tanaman kita. aduhai  daun bunga ros aku dah jadi tak cantik. baja udah. siram air beras pun udah. tak der idea la.naper cenggitu. tapi alhamdulillah bunga sentiasa. baru abis bunga balik. kali ni dah nak masuk kali keenam bunga. suka hati teman nengoknya.
jom kite tengok bunga2 teman yang dah berkali2 berbunga.


 hah rose ni arwah kakak teman yang bagi. dia kate masa kat umah dia takder pulak nak jadi tapi bila bagi kat teman asyik berbunga jer. tak sempat teman nak bagi benih bunga ni kat kakak teman dia dah pergi menghadap Ilahi pada bulan 4 lepas. perginya pun secara mengejut. teman sampai ari ni still tak percaya dia dah tak de. dia takder sakit pun tapi tu ler, Tuhan lebih mengetahui. Al fatihah buat kak cah.


nampak tak bunga ros teman ni. cantikkan colornya. suka teman tengok. ni kalau arwah mak teman tengok ni dia mesti suka punya sebab dia suka bunga. rindu arwah. moga ditempatkan bersama org yang beriman. amin.
 

 ni bunga jenis keciktapi ada dua color. kadang dia kuar color pink slow kadang pink terang.



 hah kat sebelah tu ros jenis besar.


siap ada pokok daun kesum, bunga raya, roses, daisy n  lidah buaya

 rose n bunga cina. asyik berbunga bunga cina tu. wangi. arwah kakak aku jugak yang bagi tu


 ni rose jenis besar

  hah dulu daun dia cantik jer macam gini tapi sekarang macam dah tak cantik.huhu kenapa tah





 ni masa nak sambut besay nayli bulan 4 ari tu. serius meriah dia berbunga. ari ni pun meriah lagi.


 pokok cili baru naik, kat atas tu aku tanam daun sup n daun kesum n kangkung. just guna batang jer tu pun naik bnyk dah.

hah tengok ni. bunga yang kutanam dijadikan hiasan tuk majlis besday nayli. save budget ko. wangi umah teman ngan fresh flower.

 dijadikan hiasan kat bnyk sudut. atas meja tepi tv. haha..jimat2. tak yah sibuk nak pi cari fresh flower dah.
dah lama aku tak bercucuk tanam. mood tu dah mai balik so aku tengah mulakan sekt2. pasni nak tanam bendi pulak. tak pun kailan ker.hmmm tengah difikirkan.



pray for gaza..

Assalammualaikum.....nur in the house. yah kenapa ngan tajuk tu. dalam keseronokkan kita menyaksikan perlawanan bola sepak dunia, saudara sesama islam kita disana diselubungi kesedihan dan kesakitan kerana dizalimi oleh Zionist laknatullah. dalam keseronokkan kita menikmati makanan yang mewah sehingga melibatkan permbaziran, mereka disana entah berpuasa sempat berbuka atau tidak. dalam nyenyak kita tidur dikatil dan tilam yang empuk dengan berhawa dingin, mereka tidur berlantaikan tanah dan runtuhan bangunan diselang-seli dengan bunyi letupan.

Ya Allah betapa kejammnya Zionist, ku mohon padaMU Ya Allah, turunkanlah bala pada mereka yang menzalami orang lain. Kuatkanlah semangat saudara-saudara ku disana. Kasihanilah anak kecik yang tidak berdosa itu. dibunuh dengan kejam.

anak kecil menangisi orang yang tercinta. seolah-olah faham dia ditinggalkan.sedihnya..kekejaman zionist memang melampau. 

kanak-kanak gaza bermain di runtuhan bangunan. mereka tidak mengerti apa2. merkalah pewaris gaza namun pewaris inilah yang menjadi sasaran israel. kenapa? supaya tiada lagi waris yang kekal untuk mewakili gaza...



 ibu yang kehilangan anak kecilnya. bahagianya ibu itu kerana anaknya menantikan dia di syurga.

Dimanakah negara2 Islam yang lain. bangkitlah bersatu hapuskan kekejaman. Mari kita sama2 berdoa untuk Gaza. semoga kezaliman itu dapat dihapuskan. amin.

HASIL TANAMAN ANGGUR KALI KE EMPAT DAN SOKSEK SOK SEK

 Assalamualaikum. lama menyepi kan. dah bersawang dah. tulis blog ni sekadar suka2 je. jadi dah bersawang tak post n tak buka langsung😆. pa...