Yezaaaa..assalamualaikum...jom layan menu lain pulak.kli ni teman nak kongsi resepi ikan masam manis ala aku.π..kenapa gtu.eh..teman punya suka ler sb resepinya teman main taram je yg penting sodap.x gtu cik kiah...famous cik kiah.
Hah..tgk ni.yummy.daun apa ataih tu.yaaa itu ler daun ketumbar...dah jadi feberet laki den dah.dulu dia x suka ate sekarang ni daun tu wajib ada dalam peti ais den.πππππ
Ok stop ngomel sementara data teman still blh guna baik teman share dlu kat kome yer resepi.
Bahan:
Dua ketul ikan tongkol-suka hati korang nak guna ikan apa. Ikan tu perap garam kunyit n gorenh.kalau xnak bagi ikan melekat masa goreng letak tepung sket masa kome letak garam kunyit
Bahan sos: ikut anggaran kome nak bnyk mana sb teman main letak ikut agak2 je.
2 ke 3 sudu cili yang dah dimasak( teman masak dlu cili ni.blend dgn bwg.masak macam kita nak masak sambal tu.kalau xnak kome blh letak cili boh.
2-3 sudu sweet cili thai sos
2 sudu sos tiram
1 biji bawang besor - ptg kiub atau slice je
2-3 biji cili padi-ketuk atau ptg je
2-3 ulas bwg putih-slice atau chop je
1 biji tomato ptg kiub atau slice je
2-3 helai daun limau purut
Sebatang serai- ketuk atau slice
Daun ketumbar utk letak lepas masak
Cara buat sos:
1.tumis dulu bawang, pastu letak serai,cili padi,daun limau purut, tomato.
2. Masukkan cili yang dah dimasak dan semua sos2 tadi.letak air slet.last sekali rasa la.kalau kurang tambah la garam ke atau cukup rasa ker.last sekali masukkan ikan yg dah digoreng dalam tu.gaul bagi kena semua side, tutup api.masukkan dlm pinggan then tabur daun ketumbar.
Ok kalau kome guna cili boh seeloknya masa tumis bwg n serai, masukkan cili.masak bagi betul2 masak bru ler masuk tomato n cili padi.then baru masukkan sos yg lain.selamat mencuba.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan