13 Disember 2010

wedding ana.


hehe....posing ajer tau. takper amik berkat org kata. orang yang kata bukan aku. haha tgk tuh baju aku ikut tema tau.

ni ler wajah raja sehari kita. bergambor ngan pengantin pompuan jer dulu. tunggu pengantin lelaki lambat.1.30 pun tak sampai lagi

mencelah jap.hehe...

ni ler antara hantaran2 pihak perempuan kepada lelaki


bilik tido macam pelamin sebab pelamin memang takder. sebab tu la bilik dihias seindah ini. hehe...ayat aku..


haha,... ganaz beb.gambar ganaz terakhir seorang raja sehari. hehe..apapun tahniah. semoga bahagia ke akhirnya. kitaorg balik awal sebab tunggu lelaki lambat sangat. dah dekat kul 2 pun tak sampai lagi. memandangkan perjalanan masih jauh n kitaorg pun dah tak larat so tak dapat ler bergambar ngan pengantin lelaki. thanks to my fiance yang tolong drive ari tu.

ni gambor saujana mata memandang. suka tul aku tgk view sawah padi ni haa.

06 Disember 2010

aku....



aku
cuba cari erti bahagia
bukan hanya untuk aku
tapi juga buat arwah mak

aku
menangis dan menangis lagi
puncanya... rindu kat mak
padahal bukan mak suka pun
kalau aku asyik nangis ajer
sebab mak dah cakap
aku bukan jenis yang lemah

aku
bila terlalu banyak sangat dugaan yang mendatang
terus aku jadi lemah
n waktu tu aku akan nangis panggil mak
sebabnya just hanya bercakap ajer
dengar ajer suara mak aku akan jadi ok
tapi...kali ni...

aku..
menghitung hari2 bahagiaku
tapi semuanya sepi tanpa mak
yang ada hanyalah kenangan mak
yang tersisa adalah harapan dan impian mak
yang masih belum sempat aku tunaikan

aku..
mak suka sangat tgk aku lukis
mak tau aku suka sangat benda berkaitan seni
mak tau apa yang aku suka n aku tak suka
tapi kadang aku terlupa nak amik tau apa yang mak suka n tak suka
khilafnya aku...

aku..
syukur pada Tuhan
diberi kesempatan jaga mak
sakit aku bila tgk mak sakit
luluh hati aku bila mak mengadu
sakit tiap kali ditukar air
aku tak mampu buat apa2
cuma yang mampu aku buat usap lembut tangannya
beserta pujukan

aku...
mak dah berpesan
jaga diri..
pesan mak solat jangan tinggal
pesanan mak akan aku ingat sampai mati
sampai bila pun mak dekat dihati aku
buat mak..
jangan risau lagi
kerna semua impian mak akan tertunai
tak lama lagi
buat mak
anakmu ini tak berkeseorangan lagi
Insyaallah ada peneman nanti..

buat mak
Al-fatihah ku hadiahkan buatmu
semoga mak damai dan tenang disana
doakan dan restui aku mak.

03 Disember 2010

kawan


Kata orang kawan biar beribu, kata aku pulak memang harus begitu, sebab bagi aku kawan-kawanlah kekadang penghibur dan peneman saat susah dan senangku. Kawan-kawan jugak penasihat tentang kehidupan.


Kata orang kawan yang baik akan mendorong kita membuat kebaikan jugak. Bagi aku pulak takleh letak kesalahan hundred percent kat kawan jugak sebab kita berhak pilih kawan dan tentukan hala tuju kita. Amik yang baik ajer, yang tak baik buang sebelah. Sebab tiap orang ada kebaikan n keburukannya yang tersendiri. Begitu jugak kita. Jadi semuanya terletak di tangan kita sendiri.


Kawan-kawan….terima kasih kerana kekadang menjadi sayap kiri aku, mengurangkan beban kerja aku serta mengurangkan tekanan aku.


Kawan-kawan..hari ini dan selamanya. Jasa kalian aku tak kan lupa. Mohon maaf andai pernah terkasar bahasa dan budi bicara. Tergurau melampau batas susila. Sesungguhnya yang baik itu dari Allah dan yang tak berapa nak bagus tu dari kekhilafan aku sendiri.



Aku sayang korang semua.... :)

30 November 2010

just nak share gambar...

ni gambar kat umah akak aku.sesaja aku snap gambar kudup bunga rose ni.suka aku tgk.


hah dua gambar ni lak..hehe cantik kan bunganya. ni bukan bunga orkid yer tetapi bunga sejenis pokok ulam iaitu daun cekur. first time aku tgk bunga dari jenis ulam cekur ni haaa. sebijik macam orkid daaaa..

yang dua ni lak gambar masa pegi putrajaya ari tu.lmbat upload.

hasil kerja tangan aku n budak umah....

ni ler peanut butter cake. first aku amik tempahan.wakaka tempahan ker. takder la ni permintaan untuk aku buat birthday cake untuk budak opis aku.kebetulan lak slah sorang birthday boy tak makan coklat so coklat just tuk hiasan ajer ler.



ni lak antara coklat2 yang aku buat n dibantu oleh member umah khas tuk birthday anak sedara aku. biasanya kan bebudak suka shape cengini. yummy2..original coklat punya n rasa pun sedap. bagi aku camner aku nak makan org pun mesti nak makan cenggitu.

hah coklat yang ni boleh ler tuk tempahan. tapi sapa suka yang bntuk siput ker aper ker boleh ajer.akan ader chocolate perasa blueberry n so on. haha..harga sebiji yang mana ader perasa tu lain sket dari yang biasa. harga boleh dirunding. wakaka..


22 November 2010

jalan-jalan di putrajaya










hari sabtu lepas aku n family kakak aku gi jalan2 kat taman botani putrajaya. nasib tak bagus hari tu trem tak beroperasi so jalan 2 ajer kat tempat yang mampu kitaorg jalan. kebetulan lak adik n anak sedara aku pun ada n join sekali. sesekali hangout cengitu memang best n happening abis.hope lain kali dapat hang out cengini lagi...

08 November 2010

my engagement






ni masa sarung cincin. yang sarung tu makcik pihak lelaki. mak ayah tak datang sebab time risik dah datang.

ni gambar lepas bersolek. sebelum bertolak ke tempat lokasi aku posing dulu ngan anak2.


auni safia ni asal amik gambar jer suka buat aksi pelik2.


ni hantaran dari pihak lelaki. 15 jenis...

ni hantaran dari pihak aku. tapi gambar ni gambar malam sebelum majlis so tak letak atas alas.

actually tak der aper yang nak dikongsikan. saja letak photo engagement (6.11) ni tuk tatapan sesapa yang tak dapat datang n tak der pada hari tu termasuk adik aku. kesian dia. kebetulan lak hari tu kena hari exam dia. alhamdulillah majlis berjalan dengan lancar. semoga ikatan kami berkekalan hingga ke jinjang pelamin. insyaallah. doakan yer kengkawan. gambar ngan tunang ek. hehe..hanya teman2 rapat ajer yang leh tgk.siapa jejakanya...biarlah rahsia. wakaka...to my fiance..thnks a lot..

03 November 2010

coklat oh coklat





ni ler hasilnya coklat yang aku buat. hehe dibantu oleh my housemate. memang seronok dapat buat. tapi jangan silap beli coklat sudah. coklat ni ader banyak jenis. ada yang pahit , ada yang kita makan rasa macam makan minyak pun ader tapi yang ni alhamdulillah sedap.nanti free aku kongsikan kebaikan coklat ni.

02 November 2010

jamuan raya akademik dan hasil budak2 seni...




gambar raya ni aku lambat upload so lambat ler aku masukkan dalam ni. majlis ni kitaorg buat memang simple giler laaa. buat ala kadar ajer memandangkan kitaorg sibuk dengan tugas unit masing-masing.ni pun kitaorg last minute punya plan. tapi alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar. menu ari tu satay, meehon goreng, nasi impit dan keropok lekor serta kuih raya.




yang ni pulak gambar yang sempat aku tangkap kat foyer. hasil seni stuent seni. hasil daripada bahan terbuang. kreatif tak.hehe...

HASIL TANAMAN ANGGUR KALI KE EMPAT DAN SOKSEK SOK SEK

 Assalamualaikum. lama menyepi kan. dah bersawang dah. tulis blog ni sekadar suka2 je. jadi dah bersawang tak post n tak buka langsung😆. pa...