30 Jun 2010
birthday my housemate....
hah ni la kek tuk birthday housemate aku n her fiance. dua2 lahir bulan 6.sorang tgh bulan 19.6 n sorang lagi hujung bulan(30.6-ana).hehe....so sweetttt...
hah ni ler antara gambar yang dapat aku kongsikan. kitaorg pegi 6 orang. sorang lagi tak nak gmbr dia ditangkap la pulak.haha...whatever happy belated birthday to amri n happy birthday to my beloved fren, ana. hope semoga panjang umur n dimurahkan rezeki n ikatan tu akan berkekalan hingga ke jinjing pelamin n hingga ke akhir hayat. Insyaallah. Amin......
28 Jun 2010
masak2 and so on....hehe
haha..gambar ni saja letak jer.xda motif pun.tetiba rasa nak letak.cantik la pulak bila kering.ni posisi kat sebelah monitor aku....
haha..ni antara benda2 yang der atas meja aku selain dari berselerak ngan kertas2 keja aku.haha saja jer letak gmbr ni.mana la tau kot aku moving ker one day.sebagai kenangan la ni
haha ni antara menu yang aku masak sabtu ari tu. ikan masak cili.
ni pun aku masak ari sabtu tu jugak. tetiba aku teringat gulai ikan masin ngan terung yang arwah mak aku masak. so aku pun masak la.rindu lak nak makan.huhu
yang ni aku masak mee bandung. resepinya....haha bantai jer labu. janji jadik
yang ni baked chicken with ginger.....haha mentang2 dah beli oven.bakar jer....
24 Jun 2010
bengkel.....
hehe..ni gmbr aku amik masa tgh bosan jadi urusetia bengkel. waktu tu yang terlibat org2 dari fakulti n tnca. sebelah tu cc aku, kak sue. bila tgkp dari posisi cengini nmpk tembam la pulak muka aku.haha....
mesti korang pelik kan. tajuk bengkel tertiba lak terselit gambar rambutan. haha saja jer letak. ari tu balik kg dapat gak makan buah. tu amik dari umah pak tih aku sb rambutan kat umah aku pokoknya dah kena tebang. kat kebun lak takder org nak pegi. actually kitaorg der kebun buah. tapi sejak mak takder n ayah sakit jarang dah pegi. yang suka pegi aku jer.rindunyaaa..huhu.rezeki monkey2 n binatang yang sewaktu dengannya la. haha....
ni la gmbr suasana bengkel tu. hehe.....saja nak kongsi satu gmbr jer
lebih2 tak yah arrr...
cuti kat kampung
hehe..gambar ni saja jer aku letak. roses n masa. wanita umpama bunga ros. walaupun org tau nak petik dia mungkin terluka tetapi org tetap petik jugak. kenapa? fikir2kanlah.
jam tu pulak....hehe masa itu kan emas. cepat sangat berlalu sampai kekadang tak terkejar kita.
yang ni gambar masa nak balik kg. singgah makan kat tempat rehat. bawa bekal sendiri senang coz ramai sgt kat tmpt makan. lagi berbaloi...hehe.ni la akif. budak nakal yang otak dia macam org besar. baru setahun dah leh ckp. ayat favourite. kalau sebut handsome n good jer mesti dia tambah boy belakang. yang terbaru aku ajar,,,,no,no, no....haha kejap jer dia ingat. siap ngan aksi lagi.
ni anak bongsu n second last abg aku. aku der sorang abg jer.haha yang hujung lelaki kecik tu lak anak akak aku yang kat kulim tu. dulu kecik2 close giler ngan aku. suka makan kek yang aku buat.tau jer aku nak balik dia akan ckp le nak suh buat kek.tapi aku tak sempat pun...masa tak izinkan
khamis malam jumaa kitaorg buat kenduri arwah kat umah. kebetulan birthday abg ipar aku. cian dia majuk sb akak aku terlupa. cibuk sgt..hehe apapun kitaorg celebrate malam tu lepas kenduri
hah ni memasing dah tggu nak nyanyi lagu birthday. hehe memang kecoh la sb anak sedara aku kan ramai. ditambah ngan mak-mak sedara aku lagi. hehe
23 Jun 2010
makan2....hehe
ni masa gi makan-makan ngan opis mate aku. sesekali keluar ramai2 best jugak kan
ni la opis mate aku. kak reena n salleh.haha....
tgk tu abis siot. salleh tolong mengclearkan semua. menu ari tu siakap 3 rasa, kailan ikan masin, telur dadar, tomyam ayam. hah tu ja. kos semua 40 hinggit. sesekali pe salahnya kan.haha......
my sketch.....
haha yang ni tak silap aku majalah kartun jugak aku tgk posisi ni. tertiba berkenan la pulak tuk buat sketch macam ni. kata2 yang aku tulis tu secara sponton tuk sesuaikan ngan gambar n kebetulan lak waktu tu kawan aku tgh frust bercinta. haha..
dah lama aku tak lukis. tangan dah kaku sket arrr...hehe apapun masa free nanti nak start balik la
aku tgk posisi model ni dari magazine. latar blkg tu pulak dari kulit depan sketch book aku. haha...
yang ni aku ilhamkan dari kursus btn aku. hehe...best ooooooo
yang ni tak silap aku masa blaja. waktu tu tgh tension ngan kuliah
hah yang ni lak ilham dari blues untuk aku punya katun. kartunis aie,,,, memang aku minat giler lukisan dia. pastu sorang lagi gayour. memang cantik siot....
ni sebenarnya bukan aku nak lukis gmbr siti pun. actually tak ingat posisi ni sapa punya tapi terlukis gambar cam siti lak. haha...jadi tak
saja jer letak dua gmbr yang sama.hehe
ni posisi yg ni pun aku tak ingat dari mana aku amik. dari magazine mana tah.hehe
yang ni lak aku bantai jerrr
actually yang ni aku nak bagi kat adik2 kwn aku. twin. birthday sama ngan aku. tapi terlupa terus.hehe...
yang ni aku tgk dari magazine ujang kot
yang ni aku bantai jer...hehe
yang ni aku lukis khas tuk my mum. dia tau aku minat benda cenggini. tapi skang jadi kenangan jer arrr
yang ni saja jer letak suasana kg. aku suka....
yang ni aku lukis masa jaga interview kemasukan. haha...bosan punya pasal. so setakat ni je la sketch yang aku nak kongsikan. insyaallah nanti yang lelain aku masukkan.
17 Jun 2010
gambar-gambar kat gambang yang baru upload
ni adalah gambar-gambar yang kawan aku bagi masa gi gambang. karnival jom masuk u. penat tapi best
ni gambar dekat resort tu jugak. tempat dia cantik n menarik. memang sesuai tuk berjalan sambil tenangkan diri.
actually malam tu ada kuda. tapi time aku tangkap gambar ni kuda takder.huhu baru plan nak tangkap gambar ngan keta kuda.....
16 Jun 2010
Tanpa mak
Tanpa mak….semuanya jadi serba tak kena
Tanpa mak…hidup rasa tak lengkap
Tanpa mak…hati jadi lagi sunyi dan sepi
Tanpa mak….hari-hari yang dilalui jadi hambar
Tanpa mak…tiada lagi nasihat dalam gurauan
Tanpa mak….jiwa aku makin rasa kosong
Perginya mak….membuatkan sayapku patah sebelah
Tak mampu lagi nak terbang
Terpaku merenung masa hadapan
Tanpa mak…kuatkah lagi aku teruskan hidup
Tanpa mak mampukah lagi senyum ku seindah dulu
Ternyata tanpa mak aku goyah
Tak tau arah mana nak dituju
Berjalan tanpa tujuan yang tak pasti
Yang tinggal hanyalah pesanan2 mak
Sebagai penguat semangat teruskan hidup
Kata mak…aku kena kuatkan semangat hadapi mainan dunia
Pesan mak…solat jangan sesekali di tinggalkan
Sebab solat itu tiang agama
Pesan mak…tabahkan hati tempuhi ujian yang mendatang
Pesan mak…ada tersirat dan tersurat
Cuma kekadang aku yang khilaf tuk tafsirkan
Semoga mak tenang disana
Al-fatihah buat mak tersayang
15 Jun 2010
erti hidup
hidup ini memang kadang sukar dimengertikan. banyak benda yang kadang diluar batasan pemikiran kita. kenapa dan mengapa ia terjadi jawapannya hanya Dia yang tahu. kekadang kita asyik memikirkan sesuatu yang diluar batasan sampai kita tak nampak apa yang paling penting dihadapan. hidup bukannya mudah seperti abc tapi bukan juga susah sperti yang disangkakan. yang pasti kita ikut jalan yang betul, arah yang betul bersandarkan kepercayaan kita pada Tuhan semuanya akan jadi mudah. reality kehidupan setiap manusia ada saat suka dan duka.....hmmm...i wanna go home and will continue this later.....
i'm back..sambung balik kat reality hidup. hidup manusia tak lari dari dari dugaan. apapun yang terjadi ada hikmah yang kekadang kita sendiri tak perasan. kekadang apa yang kita harapkan kita tak kan dapat tapi Tuhan bagi kita jalan apa yang perlu kita buat untuk dapatkan apa yang kita nak. hidup ini terlalu indah. dugaan dan masalah yang dtg kekadang mengindahkan lagi kehidupan kita sebenarnya. Tujuannya untuk mematangkan fikiran kita yang kekadang terlalu naif dan khilaf. sebab itu Tuhan bagi akal untuk berfikir, Tuhan bagi hati untuk menilai. yang penting hargai apa yang kau ada sebaiknya.
kita menangisi takdir yang diberikan tapi kita tidak berusaha untuk jadikan takdir yang diberikan itu sesuatu yang lebih bermakna. hidup ini indah jika kita tahu menghargainya. sedih, geram, sakit hati itu kan dah asam garam kehidupan. semua org ada perasaan itu tapi mungkin keadaan dan sebabnya ada perasaan itu yang membezakan kita. Kita tak sama walaupun serupa. kekadang apa yang kita luahkan tak sama dengan apa yang kita fikirkan. kekadang apa yang kita cakap org akan salahfaham kalau tak kena caranya. biarlah kerna sudah lumrah manusia begitu.....hiduplah seperti yang kita inginkan kerna kita juga berhak hidup bahagia.....
14 Jun 2010
jalan2....
02 Jun 2010
hari ni.....
01 Jun 2010
wedding ana........
29.5.2010 adalah hari pernikahan budak umah aku, ana. hehe....comel betul aku tgk pasangan ni tapi husband dia tu cam susah jer nak senyum. bertemakan biru putih. dewan color biru, khemah lak color biru putih. kiranya sedondong betul la ni.haha...hari tu aku pegi ngan ana ips, pastu kawan dia, pastu sal n wan, n kitaorg berkonvoi ngan abg ajai the family and ikin and husband dia khairul. lepas jer kitaorg pegi kenduri, aku n the gang siggah umah akak aku kat klang jap. haha sesat n tak tau jalan last2 abg ipar aku yang kena jemput kat the little india klang.apapun hari yang memenatkan jugak ler.apapun buat kawan aku ni aku doakan semoga bahagia hingga ke akhir hayat.
HASIL TANAMAN ANGGUR KALI KE EMPAT DAN SOKSEK SOK SEK
Assalamualaikum. lama menyepi kan. dah bersawang dah. tulis blog ni sekadar suka2 je. jadi dah bersawang tak post n tak buka langsung😆. pa...
-
Assalamualaikum.yezzza..jemput terliur yer. Haritu teman ada share tortilla wrap jenama gardenia n hasil wrapping teman kan.temn ada ckp ...
-
You allsss...gardenia dah ada roti roll-up wrap sendiri. Siapa yang suka bungkus membungkus dalam wrap ni hah boleh le beli.teman pun baru s...