25 Januari 2011

mak.......


hampir setahun mak pergi. sunyi memang sunyi. rindu?????....tipulah kalau tak. tak tertanggung rasanya....menangis????????..hmmm aku just manusia biasa. tipulah kan kalau tak...
kalau itu jer caranya tuk lepaskan rindu. tak salah kan.. tapi jangan melampau2 lah. tangisan dan wanita memang tak dapat dipisahkan tapi menangis tak semestinya lemah. aku menangis tuk luahkan rasa rindu. nak ngadu kat orang?? hmmm tak semua orang faham rasa kehilangan. kadang kat mulut lain, hati lain. bukankah kadang apa yang diluahkan tak sama dengan apa yang bermain didalam hati.

mak pegi.. bawa semua kisah sedih dia yang tak dia kongsikan dengan aku. tabahnya mak.. mampukah aku setabah itu. Setabah mak melalui hari-harinya..

mak wanita, aku pun wanita. andai mak kecewa aku pun turut terasa. yang pasti aku mohon mak tak kecewa punyai anak seperti aku tapi aku kecewa sebab langsung tak sempat bahagiakan mak. khilafnya aku sebab sering terlupa kekadang kita tak punyai waktu untuk kembali semula. mengulang sesuatu yang kita tak sempat buat..cuma kita akan rasa terkilan dan menyesal bila kita tak berkesempatan lagi nak tunaikan apa yang telah kita tinggalkan.

hidup ini mudah kalau kita menganggapnya mudah. akan jadi susah bila kita merasakan susah....Tuhan sentiasa ada tuk kita disisi tapi kita mudah sentiasa lupa. sebab itu adalah kita..manusia.lupa bila sesuatu tu masih ada didepan kita. lupa bila apa yang kita nak dapat dengan mudah..tapi kita akan menangis bila kita kehilangan....

Hari-hari yang dilalui sukar rasanya tanpa mak. Sesukar menjawab soalan exam. malah lebih sukar lagi dari jawab soalan ad maths.agaknya la tapi yang pasti memang terlalu sukar. dah terbiasa bersama hampir terlupa yang tiap hidup akan pergi....Al fatihah buat mak.

19 Januari 2011

sambutan ulangtahun ke 10 kementerian pembangunan wanita, pwtc


PM tengah menyampaikan ucapan sebelum merasmikan majlis.

sempat berposing kat potret pm kita gitu. nak bergambar kat dalam ngan pm sesak sangat arrr.gini lagi ok kot






18 jan- aku ngan member opis bersama meber2 dari jabatan lain dipilih untuk mengikuti sambutan ulang tahun ke-10 kementerian pembangunan wanita. majlis hari tu dihadiri pemangkin utama iaitu y.b senator dato' shahrizat abdul jalil. majlis turut diserikan oleh pm yang datang pada pukul 4.30 lebih kurang gitu. susana majlis sedikit membosankan pada mulanya akhirnya dikecohkan dengan kedatangan dua pengacara jemputan iaitu nabil n sharifah shahira. memang kecoh abis majlis. pukul 6.30 pun majlis tak abis lagi. sempat jap tgk kak nita menyanyi life sebelum aku balik.

outstation ke T'ganu

13. jan ari tu aku n kengkawan opis kena outsation ke ganu. kitaorg ada karnival jom masuk u. pembukaan punya karnival. ni adalah gambar semasa nak on the way ke ganu melalui jalan genting highland. suasana berkabus dan agak sejuk. ni baru pukul 9.00 gitu.



dalam perjalanan akak opis ada bagi buku ni tuk baca. aku just belek sket2 jer sebab aku memang tak leh baca time kereta tengah bergerak. cepat pening. tapi honestly said buku ni memang bagus tuk terapi minda wanita. buat wanita, jadilah wanita yang berjaya. salah satu orang yang berjaya ialah berjaya kawal kemarahan dan tak ikut emosi.

ni gambar semasa dah sampai terengganu tapi belum sampai destinasi lagi. destinasi kami ialah terengganu trade centre, kuala terengganu.



welcome to karnival jom masuk u. haha.. ni bukan gambar hari pertama pun tapi hari kedua karnival. hari pertama tak sempat nak posing2 pun sebab banyak benda nak kena settle maklumlah ada perasmian sekali. memang tak menang tangan. kena serbu babe.

ni gambar batu karang kat booth UMT. tempat sendiri leh la buat gempak sket. ni sehari sebelum. esoknya macam2 ikan diorang lepaskan. siap ada nemo n kawan nemo sekali. haha..tak tau nama betul ikan tu aper. memang comel2. asyik aku tengok.


ni lepas habis hari pertama. singgah kat pantai buruk tuk amik angin n hilangkan lelah kena serbu. air kelapa...yummy. nak2 minum tepi pantai. wallahh.. memang best.


wah dunia tengoklah kekhusyukan kawan2ku mengerjakan kelapa. haha kusyuk korek isi kelapa sampai tak perasan aku snap gambar diorg. bila aku gelak baru diorg perasan. hehe

ni masa check in. sempat aku snap gambar lobi primula hotel. unik....






gambar yang lelain adalah gambar masa ari sampai. view memang banyak kat tepi pantai termasuklah tempat aku menginap tuh. walaupun penat tapi best. yang tak best tak sempat nak jalan2 barang 2 atau 3 jam melihat tempat orang. huhu...sempat jelajah kejap jer sebab masa dah mencemburui...takper kalau nak jalan2 nanti kena pegi sendiri baru best. disebabkan nawaitu tuk bekerja so keja ler.

10 Januari 2011

indahnya malaysia...

ni masa kat food court cm. really change. suka aku suasananya. relax n calm. ni makan time.

ni menu on that day. zura amik kuah rendang, sayur campur ngan udang plus ayam goreng. Ada lak tah apa yer. haha tak ingat nama. aku lak..hmm aku ni kan der masalah sket kalau bab pilih nasi campur ni haaa. aku just amik kuah kari n bendi. pastu sayur campur dengan udang plus terlu masin. air lak ice lemon tea. hehe.. yummy2. sedap...

ni ler antara menu kitaorang. nampak sedap kan ice kacang die. ni zura punya order. ada ka patut order benda alah ni sebab nak ice cream ajer. haha....

aku suka view kat dalam. cntik siap ader buaian yang biasa der tepi pantai tuk santai tuh. really like it.

ni lak kat kedai tu jugak tapi tgkla banyak pilihan poskad. sapa2 yang kumpul n suka antar kat kengkawan leh la bagi ni. nak2 kawan tu bukan dari malaysia. leh la tunjukkan kecantikan dan keajaiban malaysia yang diorg tak tau. i love to be a malaysian. hehe

haha..sempat lagi posing. kat kedai kraftangan hasil dari rotan, mengkuang and so on. price pun not bad. boleh ler tuk shopping satu dua.

haha.. ni macam promoter barang2 kraftangan lak yer. aku tgk raga ni. murah ajer tak ingat berapa tapi murah ler.



aku suka betul tgk basikal kecik yang comel2 ni. antik gitu. cantik sangat.

ni lak kat barangan hmmm aper yer nak panggil ni. alaaa lupa ler. adus fail ler nak promote ni haaa. apapun datang jer centarl market, kl. macam2 ader. mak ngan ayah jer takder.

ni pintu masuk. siap der bunga sakura tuh.



hah ni kat little kashmir. macam2 barang ader. aku n the gang just jamu mata jer tapi sempat beli rantai kristal sorang satu.




ni lak kat chocolate butik. yummy2 sweet like chocolate homes.

ni ler kesesakan jalan yang nak pegi ke jalan masjid india. memang ramai giler. sesak

ni salah satu bangunan lama yang ada kat k.l. unik kan. kalau takder yang lama mana nak der yang baru. bangunan lama kalau dikekalkan leh jadi bangunan bersejarah dan unik.



indahnya malaysia. sabtu yang lepas aku ngan member umah jalan-jalan ke k.l naik train. naik train tu memang ok tapi perjalanan yang cepat jadi lambat sebabnya train tu berhenti kat certain tempat tu lama sangat. almost 30 minute dan membuatkan orang bosan untuk menunggu. sesak memang sesak jugak tapi ok ler sebab sekarang dah ader coach untuk wanita. tapi masalahnya yang bukan wanita pun leh selamber jer masuk sekali. pastu leh buat tak tau jer. aduyai nak kata tak faham tulisan atau tak reti baca mustahil ler. hah ni masalah attitude sebenarnya. apapun kitaorg enjoy sangat on that day. kitaorg jalan-jalan kat cm jugak'seriously said dah lama aku tak ke cm. almost 5 years jugak ler. banyak nya perubahan yang berlaku. really said impress sesangat. aku sendiri terpegun. hah gambar2 kat atas tu banyak kat dalam cm ler. bergambar kalahkan orang luar. apa kisah kan. sebabnya keindahan negara sendiri pun kita tak sempat xplore ada hati nak xplore negara orang.

04 Januari 2011

kek besday

ready to delivery. hah ni ler dua kek permulaan yang aku amik order.tester ajer ni dulu. insyallah coming soon macam2 jenis lagi. ni pun disebabkan kekangan bahan dan peralatan so gini jer yang kitaorg dapat at this moment. insyaallah lepas ni akan perbaiki lagi. baru nak bermula sebuah kehidupan. just appetizer only. i'll make sure the soup will be better than this.haha....

ni adalah gambar choc yang berbentuk siput yang aku letak atas kek. piping atas tu perasa blueberry.


ni adalah kek birthday member satu jabatan aku. butter choc cake. dalam dia aku letak blueberry termasuk hiasan tuk piping.tulisan tu piping guna blueberry ang butter icing. asyik lekat. tak comel sangat ler tulisan aku nih
practice lagi. practice make perfect.



ni pulak kek untuk besday mak member satu jabatan. butter cake salut choc. piping tu aku letak blueberry plus butter coating and yang tuk piping besar tu aku add choc plus butter for icing.hehe..alhamdulillah semua berpuashati ngan hasil kerja aku yang tak seberapa ni. thanks a lot to my first customers.

HASIL TANAMAN ANGGUR KALI KE EMPAT DAN SOKSEK SOK SEK

 Assalamualaikum. lama menyepi kan. dah bersawang dah. tulis blog ni sekadar suka2 je. jadi dah bersawang tak post n tak buka langsung😆. pa...