15 Julai 2011

kerabu pucuk paku

kerabu pucuk paku. my late mum punya resepi...yummmyyyy n salah satunya benda yang aku paling suka.. aku cilok resepi arwah mak aku sebab aku rindu sangat nak makan kerabu dia. so far takder orang yng pandai buat macam dia buat ler. aku reti buat pun sebab akulah penunggu setia dan pemerhati n jugak tukang rasa time dia buat kerabu.tapi yang aku buat ni bahan dia tak complete. hah resepi kat bawah ni yer. resepi ni kalau tak nak pucuk paku boleh guna bahan lain n boleh gak campur ngan kerang. sedap tuh...

BAHAN-BAHAN

1 ikat pucuk paku
2 sudu besar kerisik (nak letak bnyk sket pun takper.depend kepada anda)
sedikit santan (optional)
1 biji bawang besar(racik)


bahan kisar atau tumbuk( arwah mak suka tumbuk tapi bagi yang nak mudah macam aku blend ajer). ok kalau korang tau buat sambal belacan bahan dia sama jer just tambah xtra benda lain.

3 biji cili merah
4 biji cili padi
1 nos bawang besar( kalau besar sgt 1/2 ajer letak.apapun depend on u all la)
1 nos serai
sedikit belacan
secubit dua garam
sedikit air asam jawa

bahan kisar ni boleh jugak ditambah lengkuas.benda takder so aku tak letak.aku blend guna air asam jawa.

cara buat:

1. pucuk paku yang dah dicelur, toskan dulu bagi air dia kering sket.
2. masukan dalam bowl bahan kisar tadi sekali ngan kerisik. gaul rata. masukkan pucuk paku tadi. gaulkan bagi sebati. ari tu aku terlupa nak beli santan so tak letak tapi nak letak pun boleh. resepi mak aku dia letak jer. masukkan bawang besar. gaul bagi sebati.kalau tak masin tambah ler garam.perahkan sedikit limau nipis.lepas dah gaul sebati, dan adjust ler rasa.
3. nak sedapkan resepi tu leh jugak korang tambah kerang. takpun gantikan pucuk paku tu ngan tauge.

selamat mencuba.....yummyyyyy..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

HASIL TANAMAN ANGGUR KALI KE EMPAT DAN SOKSEK SOK SEK

 Assalamualaikum. lama menyepi kan. dah bersawang dah. tulis blog ni sekadar suka2 je. jadi dah bersawang tak post n tak buka langsung😆. pa...