18 Julai 2011

nasi ayam....percubaan pertama


hmmm..nasi ayam..actually aku bukan suka sangat pun tapi keinginan nak cuba tu tetap ader. alhamdulillah percubaan pertama not bad.best jugak sesekali cuba masak cenggini kan. memula tu risau ler takut tak jadi. tahap gaban punya risau tapi kena take it positif ler. puas hati ler menjadi nasi ayam aku ni walaupun main hentam jer. gambar nasi jer tak sempat snap. nak resepi ker. nanti aku masukkan yer. menu on that day, nasi ayam, sup, kerabu tauge n air asam untuk cicah ayam tu. tak buat pun sosnya. air asam my hubby yang buat. hehehe....hah ni ler menu kitaorg ari sabtu tu. best tak?????hahahah...jemput ler jamah mata jer...

hah ni resepi nasi ayam simple yang aku masak. takder la susah sangat kalau ikut resepi aku ni sebab aku tak suka benda yang terlalu complicated

bahan-bahan kisar:(digunakan untuk tumis nasi, sup dan perap ayam)

2 biji bawangbesar
10 biji bawang putih
2 cm halia (nak letak banyak sikit pun tak per)
2 batang serai
sedikit black pepper

untuk sup:
1. tumiskan sedikit bahan kisar tadi hingga naik bau. masukkan ayam. kacau dan biarkan sebentar.
2. masukkan 1 jag air(terpulang kepada anda). biarkan sehingga hampir mendidih dan angkat ayam tersebut dan toskan.
3. bahagi dua sup tersebut. separuh lagi digunakan untuk masak nasi. perasakan sup tadi, letak daun sup dan carrot sekiranya mahu.

untuk nasi;
1. basuh beras dan toskan dan kemudian dimasukkan kedalam periuk.
2. tumis bahan kisar tadi hingga naik bau. boleh diletakkan daun kari, bunga cengkih, bunga lawang dan kulit kayu manis sekiranya mau. boleh jugak letak halia dan bawang yang diracik.
3. masukkan kedalam beras yang dibasuh tadi, masukkan air rebusan ayam tadi dan masak seperti biasa. jangan lupa letak garam pulak yer. kan tawar nasi.

untuk perap ayam :

1. perapkan ayam dengan bahan kisar tadi, boleh jugak diletakkan sos tiram tapi kalau takder kicap pun boleh, letak garam sikit dan bagi yang nak pedas boleh letak serbuk cili atau cili kisar.
2. perap dalam 15 ke 20 minit. lagi lama lagi bagus.
3. lepas sudah perap bolehlah digoreng.

untuk sambal kicap:

cili
kicap manis
bawang putih

1. tidak dimaklumkan kuantiti kerana terpulang kepada anda. sapa suka pedas boleh la letak lebih. blend semua bahan. bagi nak pekat boleh la letak tepung jagung ker. nak lagi best perah limau nipis.

sambal untuk ayam:

cili merah
bawang putih

1. masak sebentar kesemua bahan. kemudian toskan.
2. blend bahan tadi dan masak balik serta diletakkan perasa(gula dan garam). boleh juga diletakkan cuka.
3. kalau nak pedas boleh juga dicampur dengan cili padi. apapun boleh di ubahsuai ikut citarasa sendiri. kat sini just basic sahaja.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

HASIL TANAMAN ANGGUR KALI KE EMPAT DAN SOKSEK SOK SEK

 Assalamualaikum. lama menyepi kan. dah bersawang dah. tulis blog ni sekadar suka2 je. jadi dah bersawang tak post n tak buka langsung😆. pa...