15 Julai 2011

resepi udang bersos

udang bersos

hai guys. salam satu malaysia. sja jer nak kongsi kat korang menu ringkas yang paling mudah dan senang bagi yang sibuk bekerja disiang hari. bagi yang buntu nak mask aper. boleh ler mencuba

UDANG BERSOS

20 ekor udang (tak kira ler korang nak letak yang kecik ker besar)

Bahan kisar:

1 nos bawang besar ( make sure yang besar ler)
4 ulas bawang putih (nak lebihkan pun tak per)
1 batang serai

bahan potong dadu:

1 nos tomato
1/2 nos carrot
1 nos bawang besar(size kecik pun tak per)
5 biji cili padi (hah yang ni tak yah dadu. potong ajer camner pun)
boleh jugak nak masukkan sayur lain cth celery, nenas ker. kiranya optional lah semua bahannya.

bahan lain:
2 sudu besar cili kisar (lebihkan sket pun tak per selalunya aku guna senduk ajer- 2 senduk cili)
2 sudu besar sos cili

cara buat:

1. bagi yang suka goreng dulu udang leh goreng dulu kiranya kuah tu just tuang jer kat atas. bagi yang tak suka goreng dulu pun boleh tapi aku suka goreng dulu lah.
2. tumis bahan kisar hingga naik bau, kemudian masukkan cili kisar dan masak hingga pecah minyak.
3. masukkan sos cili dan bagi betul masak barulah dimasukkan bahan dipotong dadu tadi. masukkan garam sket jer.
4. akhir sekali masukkan udang yang digoreng tadi. gaul hingga sebati dan angkat. kalau nak bau dia nice boleh tabur daun sup kat atas. hehehe...

ni menu paling ringkas dan mudah. selamat mencuba yerrrr

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

HASIL TANAMAN ANGGUR KALI KE EMPAT DAN SOKSEK SOK SEK

 Assalamualaikum. lama menyepi kan. dah bersawang dah. tulis blog ni sekadar suka2 je. jadi dah bersawang tak post n tak buka langsung😆. pa...