19 Julai 2011
siakap 3 rasa...
alohaaaa..hehe..hah ari tu aku masak siakap 3 rasa. bila suami ada kat umah memang ler masak beria-ia. tapi kalau makan sorang tak der la gni. ye la makan sorang mana best nak masak beria-ia gni. asal boleh ajer la.nasib baik my hubby ni bukan jenis memilih makan. tapi biasanya kalau dia ada aku tanya dulu nak makan per. hah kat bawah ni aku kongsi resepi yer. ni resepi aku punya la yer. ikut selera aku n suami. hahahaha. nak cuba boleh jer.
bahan-bahan:
1 ekor ikan siakap (optional)
2 sudu besar cili yang di kisar
1 batang serai (diketuk)
sedikit air asam jawa
1 biji limau nipis
2 sudu besar cili sos
bahan dikisar/ ditumbuk:
1 batang serai (dipotong halus)
1 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
bahan potong dadu:
1 biji tomato
5 biji cili padi (yang ni potong jer camner pun)
1/2 biji carrot
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
(boleh ditambah bahan-bahan lain contohnya nenas dan celery)
cara buat:
1. ikan dibersihkan dengan limau untuk hilangkan bau dan hanyir. setelah bersih perapkan dengan garam dan kunyit. lepas tu goreng dalam minyak yang banyak dan panas.
2. tumis bahan kisar tadi hingga naik bau.masukkan serai ketuk. kemudian masukkan cili kisar. biarkan hingga pecah minyak. kemudian masukkan air asam jawa dan biarkan sehingga betul2 masak kemudian barulah dimasukkan cili sos. masukkan sedikit gula dan garam. adjust rasa.
3. Masukkan bahan yang dipotong dadu tadi. kacau bagi sebati. boleh jugak diletakkan perahan limau nipis.
5. setelah siap tuangkan atas ikan.
selamat mencuba yer. ni menu paling senang jugak ler. boleh dimodified lagi ikut citarasa sendiri. aku just bagi basic ajer. ikut suka you all ler nak masak camner.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
HASIL TANAMAN ANGGUR KALI KE EMPAT DAN SOKSEK SOK SEK
Assalamualaikum. lama menyepi kan. dah bersawang dah. tulis blog ni sekadar suka2 je. jadi dah bersawang tak post n tak buka langsung😆. pa...
-
Assalamualaikum.yezzza..jemput terliur yer. Haritu teman ada share tortilla wrap jenama gardenia n hasil wrapping teman kan.temn ada ckp ...
-
You allsss...gardenia dah ada roti roll-up wrap sendiri. Siapa yang suka bungkus membungkus dalam wrap ni hah boleh le beli.teman pun baru s...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan