14 Februari 2012

baby girl atau baby boy?????


hmmm sedar tak sedar dah minggu 30 aku ni haaa. baby girl atau baby boy? hehe...masih tiada jawapan. tak kisah la boy ke, girl ke yang penting sihat n sempurna sudah kan. pastu membesar jadi anak yang soleh n solehah sebagai penyejuk mata ummi dan abah. amin..itu doaku setiap hari. sungguh anak aku ni memang aktif. jgn lambat sket bangun tido, ader ler tukang kejutkan. memalam nak tido pun dia siap xcercise dulu. tak dapat la ummi dia tido dengan lenanya. ni aku tgh menaip pun dia turut sama bergerak.hehe...macam pelik ajer kan tetiba ada rasa benda bergerak dalam perut tetapi sebenarnya itulah keistimewaan jadi seorang ibu ni.

huhu sekarang rasa macam tak cukup tido ajer la. mana taknya keja kat opis pun bnyk sampai kepala pun sakit. kekadang tu sampai jadi blur disebabkan terlalu bnyk benda nak settle segera.

baby oh baby...barang baby baru sket jer beli. dalam sket pun 6 pasang baju jugak ler. hehe seronok tengok keterujaan my hubby shopping barang baby. nasib baik sempat ingatkan sket jer baju beli, baby cepat besar. so terpaksa ler buat pilihan betul2.

pengasuh oh pengasuh.. alhamdulillah aku dah dapat pengasuh for my baby. kalau tak bertambah pening kepala aku dok pikir pasal ni. nak antar taska aku takut. dengar macam2 kes sangat. alhamdulillah dipermudahkan segalanya. Terima kasih Tuhan.

makan dan makan lagi... sejak dah tak alah mengandung ni aku asyik makan ajer. puas hati betul. ye la time alah ari tu makan jer, keluar balik. rugi2 kalau gi makan kat kedai yang mahal2. hahaha...dulu selera makan pun takder. nasib baik sampai 5 bulan ajer. kalau sampai bersalin sakit jugak. dah ler dok sensorang. luckily my sis dah abis belajar and aku ajak dia temankan aku. kalau tidak tah ler apa jadi kat aku. tak terurus jugak ler kot. haha..thanks to my little sis. tukang masak, tukang rasa ( pernah kurang deria rasa jap masa dah masuk 5 bulan), tukang kemas n basuh baju. tapi takder la aku tak buat langsung keja2 yang disebutkan tu. time aku teruk sgt dia ler tukang back up.

orang asyik tanya aku baby girl ker boy. alahai tak nmpk ler pulak. dia pemalu macam abah dia. hahaha...tapi aku teruja jugak nak tau macam yang lain2 tukang tanya tu. tunggu my hubby balik cini nak ajak gi scan once again kat swasta. gi kerajaan asyik tak nmpk ajer.huhu...oklah guys. setakat ni jer perkongsian kali ni.sambung lain kali.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

HASIL TANAMAN ANGGUR KALI KE EMPAT DAN SOKSEK SOK SEK

 Assalamualaikum. lama menyepi kan. dah bersawang dah. tulis blog ni sekadar suka2 je. jadi dah bersawang tak post n tak buka langsung😆. pa...