30 November 2011

bengkel di pantai morib

jumaat hingga ahad baru2 ni kitaorg satu jabatan pegi bengkel kat hotel impian morib banting. huhu penat sangat sebab jadual really pack. balik tu aku kena gi check up sekali hb turun lagi. ye la mana sempat nak makan benda yang bagi tambah darah kat sana kan. makan jer ape yang ada.hehe...kat sini aku sertakan gambar2 yang sempat snap.

hah ni pantainya. memang tak leh mandi. macam laut dalam jer aku tengok. seram betul


hah ni ler gambar chalet tempat kami inap. ok ler.aku suka deco nya.cantik.hehehe...leh ker buat umah ala gini.

hah ni gambar dalam bilik. boleh muat 3 orang.



ni gambar candid abg ayien amik. suka tgk gambar ni


ni dalam bengkel

hah yang ni lak lepas gian memasing. maklumlah jadual pack. mana sempat nak terjun kat kolam ni.ni baru balik dari riadah pagi n lepas breakfast. nak balik chalet memaasing tuk tukar baju. program start 8.30.

huhu bagi aku jauh nyer ler perjalan ker sana. mungkin rasa jauh sebab bas terpaksa bawa slow sebab ujan lebat.sesapa yang nak bawa family tenangkan fikiran boleh la

15 November 2011

choux paste....


sebenarnya dah lama aku tak buat choux paste ni. ari sabtu tu tgh tahap kebosanan yang maksima aku pun ajak ler adik aku buat. lama tak buat ingat tak jadik tapi menjadik jugak. dapat ler bagi kat jiran sebelah umah sket. creamnya aku just suh adik aku buat butter cream jer. tak sempat beli custard. resepi nanti aku postkan. tertinggal kat umah lak.

14 November 2011

nasi goreng peria dan ikan masin

orang tak suka makan peria sebab pahit. memula dulu pun aku tak boleh nak terima tapi bila aku dah cuba sekali aku terus ajer suka.hah kali ni aku buat resepi nasi goreng letak peria dan kailan. kat bawah ni resepi.

bahan-bahan

1 cwn atau lebih sikit nasi yang dah dimasak
1 ketul kecil ikan masin - dalam 3-4 cm atau terpulang- dipotong halus
2-3 biji bawang putih- chop / potong dadu
1/2 biji bawang besar-chop / potong dadu
1 atau 1/2 biji peria- slice halus
1 batang kailan- potong macam biasa

cara buat:

1. masukkan minyak dan goreng ikan masin dahulu. bila dah agak garing masukkan bawang. tumis hingga naik bau.
2. kemudian masukkan peria dahulu bagi masak sket dan lepas tu masuk kailan. letak perasa kalau nak. masukkan nasi dan gaul sebati. dah masak leh hidang.

mudah jer resepi ni. senang jer nak buat. peria kan bagus tuk kesihatan. tak caya. hah cari ler maklumat kat internet pasal peria. sedapnyaaaaaa...kalau korang nak pedas leh ler potong cili padi masukkan masa tumis bawang tu...

hasil berkebun...


hah ni ler hasil tanaman di belakang umah aku. korang tgk ler bendi tu. besar tak. aku sendiri pun terkejut. hah kacang panjang tu pulak panjang semacam ajer. aku ngan adik pun pelik pandang. berbudi pada tanah tak rugi pun. aku lupa lak nak tangkap gambar pokok kacang sirih atau orang panggil kacang botol. yang tu buahnya hari2 dapat dipetik. banyak sangat sampai aku sedekah kat kengkawan ajer. tak termakan pun. aku tgh tunggu pokok betik, mempelam n pokok tembikai aku berbuah pulak. tah jadik ker tak. hehe...

07 Oktober 2011

raya....

cucu2 dan tok wannya(ayah aku ler)


ni posing sebelum kumpul ramai2 tuk salam.


hah ni gambar lepas salam. kurang meriah sket berbanding tahun sebelumnya sebab kali ni beraya kat umah kakak yang jaga ayah tu. aku pun beraya tanpa suami sebabnya pagi raya baru dia blik keja.so tido dulu n then petang baru datang kat aku.so takder la gambar berdua sebab lama punya pasal tunggu, aku pun dah bersalin baju.hehehehe
ni lak si akif yang ngada dan ibunya. hehe ari tu asyik nak menepek jer kat ibunya. raya yang tak meriah sebab aku tak sihat. tak leh beria2 jalan.huhuhuhu

22 September 2011

aku...


lama betul aku tak tulis apa2 kat sini kan. cuti raya, terus aku cuti jugak menulis. bukan takder benda nak post tapi keadaan keja yang banyak dan keadaan kesihatan yang tak menentu. so mood pun takder jugak. huhuhu...napa keadaan tak menentu?. hehehehe..biasa ler. alahan bakal-bakal ibu ni, macam2 keadaannya....ada gambar raya n some menu yang nak dikongsikan nanti, just wait.hahahaha...
aku skang ni rajin berkebun. kat mana? laman yang sekankang kera kat blkg umah sewa tu ler. seronok bila tgk berbuah dah. kacang botol dah berapa kali berbuah. sejak adik aku dtg hari2 tu ler ulam dia. hehe..pokok kacang panjang pun dah berbuah. semalam dah dijadikan ulam. best2..sejuk mata memandang pokok2 sayur aku tuh. yang sedih lak pokok tomato. naik cantik n gemuk jer tapi pucuknya asyik hilang. ari tu dah naik putik, tapi tu pun tak lama. binatang aper tah yang makan.sedih
bunga daisy lak masuk ni dah 3 kali dia berbunga. wah suka sangat aku.kebetulan adik aku dtg, so lagi meriah ler kitaorg berkebun. skang ni nak cari benih pokok2 lain lak. tgh pikir. kat tnh sekecik tu siap ada pokok pelam, betik, nenas, daun pandan, serai, kunyit, daun kelsum, cili, kacang panjang n kacang botol. bestnya berbudi pada tanah ni....

26 Ogos 2011

menu ringkas di bulan ramadhan

hmm bingung memikirkan menu apa untuk berbuka. makan sensorang kadang bosan jugak. bukak peti ais. hmm ada udang, siakap dan ayam.hmmm akhirnya aku terpikir benda yang simple ni. siakap goreng, sambal kicap dan sup sayur. ok gak kan.hehe.hah ni nak kongsi jer gambar menu aku tu. tak per kan.haha..


siakap goreng. potong dua jer. kalau sekor tak abis lak nanti. time puasa bukan makan bnyk pun aku ni

sup sayur

sambal kicap.nak sedap perah limau sket. yummyyyy..


berbuka aper?


berbuka aper? kekadang bila masak sendiri ni tak der idea dah nak masak aper kan. kalau dah penat balik keja tu, bila dah malas sangat masak simple cenggini pun best dah.sup daging dan air asam mana leh dipisahkan terutamanya orang utara. kalau tak buat air asam buat sambal kicap cicah ngan daging tu. pergh sedap.

sup daging

air asam.

bahan sup

daging- dipotong kecil
daun sup
ubi kentang- x nak letak pun tak per
serai-diketuk
sedikit halia- diketuk
3 gelas air

bahan tumis yang ditumbuk:

sedikit jintan manis dan putih
sedikit lada hitam
bunga lawang
kulit kayu manis

cara buat:

1. tumis bahan yang ditumbuk tadi, serai dan halia hingga naik bau. kemudian masukkan daging. biar sekejap untuk matikan air daging. kemudian masukkan air.
2. biarkan sehingga mendidih sebentar dan kemudian masukkan kentang. masak bagi empuk dan daging betul2 masak. masukkan daun sup dan perasa.

bahan untuk air asam: untuk dua hingga 4 org.

3-5 biji cili padi-potong macam biasa
1/2 biji bawang besar
1/2 biji tomato
sedikit asam jawa
belacan
garam
limau nipis
daun kesum-dipotng halus.ni tak nak masuk pun takper. tapi bagi org belah utara letak daun kesum tu dah biasa sangat

cara buat air asam senang jer. lenyek jer cili padi tu dengan sudu ker kalau nak pakai tangan picit pun boleh tapi kang pijar tangan.semua benda tu gaul bagi sebati dan akhir sekali perah air asam.


masak lemak ketam

tgh jalan-jalan dipasar pagi, ternampak lak ketam. hmm buat masak lemak sedap ni. so aku pun beli ler. ni masak lemak style aku ler. hahaha..juadah berbuka tuk hari tu.

ni bahan-bahannya

2 ekor ketam
4-5 biji bendi- potong dua
1 biji tomato-belah empat
1 nos bunga kantan- potong 4
santan dalam 2 senduk- (bagi dua.satu bagi cair satu biar pekat)
1 batang serai-diketuk
asam keping

bahan tumbuk:
2-3 biji cili padi
1 biji cili besar
sedikit kunyit hidup
1 biji bawang besar
2-3 biji bawang putih

1. masukkan semua bahan tumbuk, santan cair, serai , asam keping, bunga kantan dan ketam. biar seketika bagi mendidih.
2. ketam akan jadi kemerah-merahan kalau masak.so bila dah nmpk merah tu masukkan ler santan pekat, garam secukupnya, bendi dan tomato.
3.bagi betul2 masak boleh ler angkat.

hehe senang kan.masak lemak ni masuk jer semua sekali. terpulang kepada cara masak anda. selamat mencuba.


sambal udang dan terung


hah ni ler rupa sambal udang dan terung aku. hehe ari tu tetiba jer teringin nak buat cenggini. so aku buat ler. hah kat bawah aku kongsi resepi yer. ni tuk dua atau 3 org makan pun boleh sebab terungnya besar.

bahan-bahan

5-8 ekor udang.-nak letak lebih pun boleh
sebiji terung bulat / terung panjang- rebus dulu.
2-3 senduk cili blend
sedikit air asam jawa

bahan blend/tumbuk:
1 biji bawang besar
2-4 ulas bawang putih
1 batang serai

cara buat:
1. siang udang tu dan belah blkg udang.
2. dalam masa yang sama rebus terung hingga masak. biarkan sejuk dan potong.
3. tumis bahan blend tadi hingga naik bau. kemudian masukkan cili yang blend tadi. masak sehingga pecah minyak.
4. kemudian masukkan air asam jawa. bagi betul2 masak, masukkan udang dan perasa secukupnya.
5. bila dah masak, tuang atas terung tadi. siap dan hidang.

resepi ni mudah jer. simple sangat tapi best. hehe...selamat mencuba

salam lebaran


Selamat hari raya dan selamat menyambut hari kemerdekaan semua.sekejap jer masa berlalu kan. apapun berhati-hati dijalan raya.

HASIL TANAMAN ANGGUR KALI KE EMPAT DAN SOKSEK SOK SEK

 Assalamualaikum. lama menyepi kan. dah bersawang dah. tulis blog ni sekadar suka2 je. jadi dah bersawang tak post n tak buka langsung😆. pa...