30 April 2010

sometimes.....


sometimes, i'm feel like i'm losing something in my life
sometimes, i'm feel like i didn't work hard to achieve what i want
sometimes, i feel like i lose my mind
sometimes, i feel like my life is so bored
sometimes, i tried so hard to not being hurt
sometimes, i tried so hard to makes people beside me happy and smile always
but sometimes i don't realize that i was make them hurt
the appetizer of my life is full with the sad story
i've work so hard to make sure that my soup is good and not tasteless like the starter
however, like before
i'm just a planner.....

28 April 2010

aktiviti aku n kengkawan





hah ni ler antara gambar-gambar aktiviti aku. ader banyak lagi sebenarnya.kalau masuk kang banyak ler pulak. tapi aku rasa ader lagi yang aku nak masukan.hehe....

27 April 2010

gambang...




ni gambar masa aku pergi gambang. karnival jom masuk u.jauh jugak tempat dia. tu first time aku sampai gambang. sebelum ni sampai kat jengka jer.hehe..hari2 yang memenatkan tapi best.

tahlil and birthday





hah ni la antara gambar-gambar yang leh aku share. ni masa kitaorg buat tahlil untuk mak aku kat klang. at the same time sambut birthday aku dan akif. akif 26.3, aku lak 30.3. haha...cepat betul masa berlalu ek. dah meningkat pun umur. so aku kena la jadi lebih matang.yang penting skang ni masa untuk muhasabah diri. cuba jadi yang lebih baik. huhu...bak pesan arwah mak, solat jangan tinggal.gambar yang paling atas tu gambar time celebrate kat opis. birthday aku n kak rena (22.3).haha dah ler satu unit. bithday bulan yang sama.

23 April 2010

demam....




kerja without rest memang memenatkan. dah dua hari aku demam teruk, hilang selera makan, kepala sakit giler. huhu makan ubat pun aku terasa kepala aku berpusing lagi. dah ler time aku kursus lak tu. apapun aku cuba jugak join kursus tu n berikan yang terbaik. aku tak nak spoilkan mood kursus.tapi memang aku rasa worse sangat2. sejak keja kat cini aku kerap lak tu sakit. huhu..sesungguhnya bebanan kerja ni membuatkan kesihatan aku pun getting worse. ye la aku just human being. sedangkan benda bukan hidup pun leh meragam nikan pulak aku.huhu....penat sesangat. penat camner pun by hook or by crook aku kena gak siapkan keja yang bertimbun ni.rasa cam nak amik cuti jer tapi memandangkan tanggungjawab aku belum selesaikan lagi so terpaksa la aku korbankan waktu tak sihat aku ngan ngadap keja. huhu....tensionnyer......apapun walau tak sihat camner pun aku tetap cuba buat ceria. aku cuba jugak buat kuat walaupun hakikatnya aku betul2 tak larat. berdiri lama sket aku rasa nak jatuh. huhu...time tak sihat camni ler membuatkan aku asyik pikir nonsense thing.huhu... aper aku nak buat ek.....should i give up? of course not. i've to be strong.to be more patient. no matter what happen, no matter what reason,life must go on.

18 April 2010

keja...n ..keja lagiiiiiii....................




huhu....hujan la pulak. baru jer nak balik. hari ni aku berkampung di opis siapkan keja yang tak siap.haha camner nak siap banyak sangat ni. keja edit mengedit ni rupanya bukan keja senang. nak2 kena edit keja orang. yang tak tahan nya dua kali kita bagitau apa yang nak kena betulkan siap bagi contoh and tulis kat ctu lagi tapi hasil keja aku dapat cenggitu jugak.kalau korang kat tempat aku korang tak rasa buang masa ker semak n edit benda yang sama dua kali tapi asyik dapat cenggitu jugak. huhu susah betul la cenggini. tak semua orang yang ikhlas n buat keja dengan betul-betul. banyak suka lepas tangan kat orang lain n diorg just nak nama jer. tu ler lumrah hidup keja. kat mana-mana pun sama. tak kisah la. yang penting Tuhan tau crita disebalik cerita-cerita tak betul insan2 yang giler kuasa n pergunakan org lain tu. Just ingat one thing jer. kita buat keja sebab jalankan ibadah kita. jalankan keja yang diamanahkan.
tapi kan selalu keja time cuti cenggini penat oooo. badan penat, minda penat, hati penat, otak penat. huhu.... rasa tak berbaloi pun penat cenggini dengan duit. ni lum sakit lagi. kalau sakit hah lagi ler tak der maknanya. bagi setengah org cakap ape wah best laa ot kan mesti masyuk. uih masyuk apenya. penat badan ni tak leh lawan masyuk duit ot tu pun sebab berapa sangat jer yang dapat. duit tu kejap jer tapi sakit2 badan cenggini mau seminggu dua.
huhu..cam lama jer hujan ni.cam nak redah jer la.huhu..keja2..
sampai ke tua pun tak abis kalau ikutkan keja ni. nak jugak rest.jalan2 window shopping ker tapi kat tm ni aper jer yg ader. pekan koboi tapi taraf hidup leh tahan gak ooooo. sebabnya alaaa seberang jer jambatan kecik kat pekan tu dah sampai kawasan selangor. haha.....
first time aku datang sini terkejut giler aku bila shopping barang dapur. sampai pikir aper..mak aiii ni baru aku sorang sok dah kawin ader anak ni kena ler pandai cari side income ni. tapi kat tm ni aper jer yang boleh buat. otak aku skang ni tgh jam lagi tuk pikir benda apa yang leh buat kat tm ni. haha sampai skang aku tak der jawapan lagi. rasa nak balik cari keja kat kampung jer cenggini.
pastu dok jer la kat umah kat kampung tu. since arwah mak tak der rumah tu tinggal jer cenggitu.huhu...rindunya aku kat arwah mak. takder lagi ler org yang leh aku usik n gurau.cuba bayangkan leh kata every week aku call n dengar suara suddenly hilang cenggitu jer. sedih rasanya yang tak dapat nak dicakapkan.
apapun aku redha sebab tiap yang hidup pasti akan pergiTuhan lebih sayang dia daripada aku sayang dia. huhu...mak. miss u so much. haha..sebut pasal mak ni aku teringat lak pasal aku gurau2 ngan member opis. aku cakap nak cari mak angkat la. diorg kata aper. tak yah cari mak angakt ler. cari jer mak mertua. haha..hampeh tul.ade ker ke situ.aku bukan tak nak kawin tapi kan susah la nak cari lelaki yang betul2 serius ngan kita ni. kadang nampak care too much pastu sampai satu masa buat bodoh jer kat kita.buat macam tak der apa2 sedangkan sebelum ni aper2 sket2 kita.hah lelaki cam ni pun ada tau. jangan tak tau. bukan aku nak cakap semua lelaki tu jahat.tak der la cenggitu sebab memang takder sapa pun yang perfect kat dunia ni. sebab tak perfect la Tuhan jadikan manusia ni berpasangan. tak gitu cik kiah. haha..aku takder la demand nak yang hensem ker. kaya ker yang penting sedap mata memandang, solat jaga, n ada keja tetap la.aku nak org yang leh bimbing aku dan bukannya dia pun terumbang ambing.huhu..tak tinggi pun permintaan aku.and one more thing leh accept aku seadanya aku. hehe...dah jadi sesi luahan perasaan lak.hah hujan pun dah stop. aku nak balik rest.huhu...perut pun mintak isi dah ni.jumpa lagi lain kali.....

masa yang pergi

Tik, tik, tik
Pantasnya masa berlalu
Cepatnya masa pergi meninggalkan aku
Hingga tak terjangkau dek akal dan fikiran ku
Tak terkejar aku dek terlalu pantasnya ia
Aku lelah dan kepenatan mengejar waktu itu
Ya Allah tak terdaya nya aku…..
Tik, tik,tik
Puas sudah ku hitung waktu2 yang pergi
Yang kulihat hanyalah pembaziran yang telah kubuat
Waktu2 yang ada telah kusiakan begitu saja
Teruknya aku, lalainya aku Ya Alllah
Andainya dapat kuputar waktu itu
Andainya masih ada esok untuk aku
Akan ku rebut segala peluang yang ada
Akan ku cuba baiki kelemahan diri yang melemahkan aku ini
Akan ku cuba bangkit dan menyusun langkah kembali
Agar aku tidak jatuh lagi
Ya Allah sesungguhnya telah kusia-siakan
Hidupku
Waktuku
Masa sihatku
Masa senangku
Dengan perkara yang sia-sia
Ya Allah ku mohon diampunkan segala dosa
Ya Allah berikanlah aku nur hidayahMu
Pimpinlah aku dan tunjukkanlah aku jalan
Agar aku tak tersesat lagi

nurkilan:nuremad

aku benci

Aku benci
Kenapa?
Ada saja pembohongan dalam tiap bait kata yang diucapkan
Aku benci
Pada siapa?
Pada orang yang memberi orang lain harapan
Lepas tu tinggalkan tanpa jawapan
Aku benci,
Kenapa?
Susah sangat ker nak bagitau kebenaran
Kenapa masih lagi mainkan perasaan orang
Aku benci
Pada siapa?
Manusia yang tak reti berterus terang
Manusia yang tak sedar dia sakiti hati orang dalam diam
Aku benci kenapa
Kenapa permainkan hati orang dengan berikan harapan kemudian
Biar terkontang kanting tanpa jawapan
Aku benci
Kenapa?
Tak sangka ada orang yang sekejam itu
Apa susah sangat nak bagitau kenyataan
Bukankah kejujuran itu satu kunci perhubungan

nurkilan:nurkristika amane

11 April 2010

Resah hatiku...

Sedang aku cuba bangkit dari mimpi2 ngeri semalam

Tetiba tangan yang memimpin ku hilang

Tangan yang selalu ada bila saat suka dan duka

Tangan yang selalu memberi nasihat dan harapan

Tapi kini……

Hilang selamanya

Yang tinggal cuma dua nesan yang membisu

Ya ALLAH sungguh beratnya dugaan yang Engkau berikan

Saat ku cuba bangkit semula aku diuji lagi

Sayapku patah lagi…..

Pada siapa mahu ku luahkan rasa sedihku ini

Pada siapa nak kukongsi pilu ini

Kenapa saat aku cuba mengumpul semangat yang hilang dia pergi

Kenapa aku ditinggalkan sendiri

Pertanyaan demi pertanyaan yang sudah pasti jawapannya hanya ada pada Mu

Ya Allah, aku menangis dan menangis lagi

Kerna beban yang kupikul ini terlalu berat

Berat hingga membuatkan semangatku hilang dan pudar

Ya Allah kerinduan ini ku sampaikan padaMu

Sesungguhnya perasaan sebegini amat menyakitkan ku

Ya Allah……bawalah resah hatiku ini pergi

Bersama angin nan lalu agar diriku tenang menghadapi dugaanmu

Ya Allah, bawalah segala duka ini pergi

Berikanlah aku nur hidayahMu,

tiupilah aku dengan kekuatan jiwa dan iman……

agar aku tidak terjatuh lagi………….

nukilan: nuremad

Bicara ku.....



Sesungguhnya Tuhan sentiasa menguji hambanya yang mengaku beriman padanya. Tiada siapapun yang sempurna didunia ini. Tiada siapa pun yang mampu lari dari membuat kesilapan. bila diberi peluang kedua untuk berubah, bersyukurlah. Berubahlah kerana Allah sentiasa mendengar doa hamba-hambanya yang ingin berubah.
Ketidaksempurnaan manusia itu jelas terbukti. satu bukti yang aku dapat bagi ialah kenapa wanita dijadikan dari tulang rusuk kiri lelaki. Ini bermakna lelaki dan wanita memerlukan satu sama lain untuk saling lengkap melengkapi ketidak sempurnaan itu. 'Bila letih dan hilang semangat, Allah tahu bertapa kau telah mencuba sedaya upaya. Bila tangisanmu berpanjangan dan hatimu kedukaan, Allah telah mengira titisan air matamu. Bila kau rasa ketinggalan dan masa meninggalkanmu, Allah setia disisimu. Bila kau telah mencuba segalanya tapi tidak tahu tujuan, Allah ada jalan penyelesaiannya. Bila tiada yang bererti buatmu, keliru dan kecewa, Allah adalah jawapannya'. Indah sungguh madah ini. Madah yang kupinjamkan dari seorang sahabat yang baru kukenali. Seorang sahabat yang sama-sama pernah merasa kehilangan org yang tersayang dan madah tersebut kuterima masa jaga arwah mak dihospital. 'Makin kita mendekatiNya, makin kita diuji, makin banyak doa, makin banyak ujian menimpa, kerana segala yang dipinta tidak datang dengan segera, tapi ia akan diperolehi apabila kita berjaya mengharungi ujian yang diberiNya kerana Allah tidak memberi apa yang kita mahu tetapi Dia memberi apa yang kita perlu'.

Sesungguhnya itulah hakikat kehidupan. Tiap apa yang berlaku ada hikmah yang tersembunyi yang kita sendiri tak terduga. Sesungguhnya aku bersyukur mempunyai keluarga yang memahami, aku bertuah miliki teman2 yang sentiasa memberi semangat dan sentiasa ada memberi nasihat dan panduan. Itu pun satu hikmah sebenarnya.

HASIL TANAMAN ANGGUR KALI KE EMPAT DAN SOKSEK SOK SEK

 Assalamualaikum. lama menyepi kan. dah bersawang dah. tulis blog ni sekadar suka2 je. jadi dah bersawang tak post n tak buka langsung😆. pa...