11 April 2010
Bicara ku.....
Sesungguhnya Tuhan sentiasa menguji hambanya yang mengaku beriman padanya. Tiada siapapun yang sempurna didunia ini. Tiada siapa pun yang mampu lari dari membuat kesilapan. bila diberi peluang kedua untuk berubah, bersyukurlah. Berubahlah kerana Allah sentiasa mendengar doa hamba-hambanya yang ingin berubah.
Ketidaksempurnaan manusia itu jelas terbukti. satu bukti yang aku dapat bagi ialah kenapa wanita dijadikan dari tulang rusuk kiri lelaki. Ini bermakna lelaki dan wanita memerlukan satu sama lain untuk saling lengkap melengkapi ketidak sempurnaan itu. 'Bila letih dan hilang semangat, Allah tahu bertapa kau telah mencuba sedaya upaya. Bila tangisanmu berpanjangan dan hatimu kedukaan, Allah telah mengira titisan air matamu. Bila kau rasa ketinggalan dan masa meninggalkanmu, Allah setia disisimu. Bila kau telah mencuba segalanya tapi tidak tahu tujuan, Allah ada jalan penyelesaiannya. Bila tiada yang bererti buatmu, keliru dan kecewa, Allah adalah jawapannya'. Indah sungguh madah ini. Madah yang kupinjamkan dari seorang sahabat yang baru kukenali. Seorang sahabat yang sama-sama pernah merasa kehilangan org yang tersayang dan madah tersebut kuterima masa jaga arwah mak dihospital. 'Makin kita mendekatiNya, makin kita diuji, makin banyak doa, makin banyak ujian menimpa, kerana segala yang dipinta tidak datang dengan segera, tapi ia akan diperolehi apabila kita berjaya mengharungi ujian yang diberiNya kerana Allah tidak memberi apa yang kita mahu tetapi Dia memberi apa yang kita perlu'.
Sesungguhnya itulah hakikat kehidupan. Tiap apa yang berlaku ada hikmah yang tersembunyi yang kita sendiri tak terduga. Sesungguhnya aku bersyukur mempunyai keluarga yang memahami, aku bertuah miliki teman2 yang sentiasa memberi semangat dan sentiasa ada memberi nasihat dan panduan. Itu pun satu hikmah sebenarnya.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
HASIL TANAMAN ANGGUR KALI KE EMPAT DAN SOKSEK SOK SEK
Assalamualaikum. lama menyepi kan. dah bersawang dah. tulis blog ni sekadar suka2 je. jadi dah bersawang tak post n tak buka langsung😆. pa...
-
Assalamualaikum.yezzza..jemput terliur yer. Haritu teman ada share tortilla wrap jenama gardenia n hasil wrapping teman kan.temn ada ckp ...
-
You allsss...gardenia dah ada roti roll-up wrap sendiri. Siapa yang suka bungkus membungkus dalam wrap ni hah boleh le beli.teman pun baru s...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan