29 Mac 2012

bila cik suami masuk dapur....

Assalammualaikum....lama tak menulis kat sini yer. lama ker...hmm lebih kurang ler tapi yang pasti tak lama lagi mungkin aku akan bercuti dari memuatkan apa2 entri kat sini selama 2 bulan lebih gitu.hehe..sebenarnya gambar atas ni my hubby dah masak lama. kebetulan dia cuti seminggu ari tu aku lak keja so dia ler masuk dapur. ni salah satu makanan yang dimasak. ikan kembong masak asam. sedap tuh. adik aku pun kata sedap.haha..bila try buat sendiri jadi tak sedap lak. bila gtu faham sendiri la kan. mesti nak org yang sama gak masak. hehehe..hah bawah ni lak choux paste again. aku buat tuk bawa balik kg sket. kebetulan waktu tu tak silap aku nak balik cuti raya cina. time adik aku nak tunang. aku buat bnyk2. adik aku per lagi dah memang dia suka. buat sket masuk mulut sket. haha inti apa? buat cream biasa jer tapi letak blueberry. yang ni sekejap jer masuk mulut dah tinggal sket. memang tak perasan pun makannya. setengah org suka makan time sejuk tapi ader jugak tak suka yang dah masuk fridge. ye la tekak memasing..

yang dalam pinggan ni tuk tangkap gambar jer pastu masuk perut.

yang ni lak dah masuk tupperware sebab nak bawa balik kedah.

20 Mac 2012

suatu kepastian.....

setiap yang hidup pasti akan pergi. itu hakikat yang tak dapat kita sangkalkan. yang pergi tak mungkin kembali. sedalam mana pun sayang kita padanya, Tuhan lebih dalam lagi sayang kat dia. yang hidup kena teruskan hidup. 17.3.2012 ayah akhirnya menyusul emak selepas 2 tahun mak pergi. alhamdulillah Tuhan permudahkan pemergian ayah tapi hanya aku jer tak sempat menatap arwah buat kali terakhir. apapun aku tetap redha dengan pemergian arwah. tak sempat bagi ayah makan kari kepala ikan yang arwah mak suka masak dulu. baru ajer plan balik tuk cuti bersalin nak masak-masak makan ngan ayah. tak dapat rupanya.

arwah ayah pun tak sempat nak tgk cucu baru dia yang bakal keluar next month. si kecik tak sempat nak tgk atuk dia, just selalu dengar cerita dari ummi ajer. kali terakhir sempat tgk ayah masa hari bertunang adik. patut ler dia asyik pandang jer aku n my hubby rupanya itu yang terakhir. hajat terakhir dia nak jumpa aku sebelum pergi tak kesampaian. al fatihah buat ayah dan mak. semoga mereka tenang disana dan bersama org2 yang beriman. Amin..

06 Mac 2012

makan aper...kenangan ngan arwah mak..

assalammualaikum..hah kengkawan pengunaan perkataan 'salam' tidak digalakkan tau. tadi baru terbaca pasal tu so nak kongsi ler ni. kalau panjang sgt boleh guna 'As Salam'. tu ler kan kita ni kdg semua benda nak jadikan short form. hah nak kongsi aper di tghari selasa ni yer. sambal terung pipit n peria goreng bercili. aduhai sedapnya. nak2 makan ngan nasi panas2. dua2 ni bukan masak ari yang sama tu. giler ler dua2 pedas you. sakit perut karang. ibu mengandung kan tak elok makan pedas tapi yang tu jugak yang sedap

aku kan dah lama sebenarnya tak makan sambal terung pipit ni.resepi? alah senang jer. kalau tau buat sambal boleh jer buat. ingat dedulu time arwah mak ader. bila balik kg ader jer benda yang aku suka dia masak. lgipun aku bukan jenis bnyk songeh bab makan tapi my mum tau aku suka ulam. any ulam ler.hah kalau nasib baik ader ler rebung fresh yang mak dapatkan kat tepi sungai. pengikut setia nak mencari ulam-ulam ni adalah aku. hmm kenangan yang terindah yang sukar tuk dapat balik.kerabu mak, perghhh marvelous...takder sapa leh lawan. mak punya pajeri pun best.tapi kini semua tinggal kenangan ajer. hmm rindunya.....


peria goreng bercili. hah ni maybe leh bagi resepi kot. lain org kan cara masak dia lain. tu ler dulu tak makan tapi sekarang bukan main lagi.adik aku yang tak makan peria pun terpngaruh ngan aku jugak. haha dah belajar makan. masa arwah mak ader, dia ader gak suh try makan tapi waktu tu aku tak leh terima rasa pahitnya peria. tapi skang ok ler pulak. maybe berubah ikut peredaran masa atau umur? hahaha

ok kat sini resepinya yer:

bahan tumbuk atau blend kasar:

2 biji cili besar
4-5 biji cili padi
1 biji bawang besar
3 ulas bwg putih

bahan lain:
4 biji peria- slice dan rendam dengan air garam
air asam jawa sket
ikan bilis

kalau ikut resepi aku gini jer la kan. aku suka goreng dulu peria tu. letak garam n kunyit.
ikan bilis tu pun aku suka goreng dulu.
tumis bahan blend atau tumbuk. pastu masuk air asam jawa. seasoning.
bila dah betul masak, masukkan peria n ikan bilis goreng tadi. gaul sebati n angkat.
simple jer kan.hehe..

02 Mac 2012

spaghetti again....

As salam. western time. ahakss.. western ajer yer. nasib ler tekak aku ni jenis leh accept semua jenis makan. ni permintaan adik aku ler sebab ari tu aku ader beli shitake mushroom yang fresh. memang best kalau buat sup atau pun spaghetti cengini. meh ler jamu mata. aku nak jamu spaghetti dah abis pulak. hehehe

hah ni tuk makan punya. gamabr yang atas tu tuk tgkp gambar ajer. hahahaha. nak resepi ker. meh aku bagi kat sini yer


bahan-bahan

spaghetti - rebus untill al dente( firm to bite).rebus letak minyak sket.

bahan kuah:

1 batang carrot/ 1/2 btg pun boleh- potong dadu
2 nos bawang besar-potong dadu
5-6 ulas bawang putih -potong dadu
1 atau 1/2 btg celery- potong dadu
cendawan (apa-apa jenis pun boleh tapi paling best button atau shitake ler)- potong dadu
isi ayam- potong kecik2.setengah orng suka guna yang hancur tapi aku tak suka. leh ganti ngan dagng atau pun seafood
1 atau dua sudu kecil black pepper crush (aku suka tumbuk sendiri tapi jangan sampai hancur sgt)
1 sudu kecil atau lebih sket mix herbs ataupun ada dah jual siap jenis herbs lain. terpulang nak letak aper. (rosemary ker, tarragon ker ikut tekak memasing ler kan)
1 atau 2 biji tomato-potong dadu jugak
1 botol sos spaghetti kimball
1 tin kecil tomato puree
minyak atau mentega tuk tumis.

cara buat:
1. tumis dulu bawang n black pepper bagi naik bau pastu masukkan ayam.kemudian masukkan herbs tadi. bagi matikan air ayam tu dulu sebelum masukkan carrot dan bahan yang dipotong dadu tadi.
2. masukkan tomato puree. biarkan seketika kemudian masukkan sos spaghetti tadi.kalau terlalu pekat leh masukkan air.
3. seasoning. seasoning leh letak 1 kiub ayam kalau suka, garam jangan lupa lak yer.pastu siap dah.

hah senang jer kan.dulu ada member mintak resepi. dia guna daging cincang. pastu dia bising2 kat aku kata suami dia cakap bau daging n air daging tu rasa kuat sangat n bagi rasa tak sedap. hah tu ler time aku bagi arahan tak nak dengar betul2. org bagi masak betul2 air daging tu baru masuk bahan lain. matikan dulu air daging tu. selama aku dok buat kan takder pun complain pasal tu time dia buat jadi gitu. tu ler memasak ni kena sabar.ada benda leh main campak jer. ada benda kena ikut tip betul.silap masak nak salahkan resepi aku pulak. ish2 tak patut betul.

kari kepala ikan..yummy

As salam. aloha..selamat hari Jumaat. Semoga hari ni lebih baik dari semalam yer. kari kepala ikan......dah lama aku nak makan kari kepala ikan ni haa sebenarnya.tapi tak dapat2. hehe..so ari tu gi pasar ngan my hubby, ternampak ler kepala ikan merah so dia kata jom ler buat kari tapi kan aku bukan nak kepala ikan merah ni tapi ikan seludu. disebabkan takder on ajer la.buat kari kepala ikan plus isi dia sket. wah best tgk my hubby makan. bertambah lagi.aku blaja masak kari kepala ikan ni kat my sis.no santan yer. berapa kali aku test masak until abg ipar aku cakap lulus ler.hahaha..

ni resepinya yer.

kepala ikan dan isi ikan sket (tak kan nak makan kepala jer kan)
2 paket serbuk kari ikan/ 4 sudu besar serbuk kari ikan
daun kari
2 biji bawang besar (1 1/2 biji blend dengan serbuk kari, 1/2 lagi tu slice untuk tumis
5-6 ulas bawang putih (hah separugh blend ngan serbuk kari tu separuh slice untuk tumis)
air asam jawa
2 biji tomato
6-8 atau lebih pun tak per bendi
garam secukupnya

cara buat:
1. basuh ikan dengan limau untuk hilangkan hanyir. kemudian masukkan dalam satu bekas(besen atau mangkuk besar) dan masukkan air asam jawa menutupi ikan2 tersebut.org kata sampai tengelam ler ikan tu.masukkan garam sket dalamnya.
2. tumis bwang yang di slice tadi bersama daun kari. kemudian masukkan serbuk kari yang di blend tadi. masak sampai pecah minyak.
3. masukkan ikan dan air asam jawa tadi. biarkan hingga mendidih. dah agak masak masukkan garam, tomato dan bendi tadi. bagi mendidih lagi sekali atau dua kali. dah siap.

senang jer buatnyer. tapi lain org masak walupun resepi sama kadang tak sama pun rasanya. dah lama sebenarnya aku tak buat kari kepala ikan ni.tetiba lak time mngandung tergedik-gedik nak buat. haha...k la selamat menjamu mata ngan gambar kari kepala ikan tu yer.

HASIL TANAMAN ANGGUR KALI KE EMPAT DAN SOKSEK SOK SEK

 Assalamualaikum. lama menyepi kan. dah bersawang dah. tulis blog ni sekadar suka2 je. jadi dah bersawang tak post n tak buka langsung😆. pa...