02 Mac 2012

kari kepala ikan..yummy

As salam. aloha..selamat hari Jumaat. Semoga hari ni lebih baik dari semalam yer. kari kepala ikan......dah lama aku nak makan kari kepala ikan ni haa sebenarnya.tapi tak dapat2. hehe..so ari tu gi pasar ngan my hubby, ternampak ler kepala ikan merah so dia kata jom ler buat kari tapi kan aku bukan nak kepala ikan merah ni tapi ikan seludu. disebabkan takder on ajer la.buat kari kepala ikan plus isi dia sket. wah best tgk my hubby makan. bertambah lagi.aku blaja masak kari kepala ikan ni kat my sis.no santan yer. berapa kali aku test masak until abg ipar aku cakap lulus ler.hahaha..

ni resepinya yer.

kepala ikan dan isi ikan sket (tak kan nak makan kepala jer kan)
2 paket serbuk kari ikan/ 4 sudu besar serbuk kari ikan
daun kari
2 biji bawang besar (1 1/2 biji blend dengan serbuk kari, 1/2 lagi tu slice untuk tumis
5-6 ulas bawang putih (hah separugh blend ngan serbuk kari tu separuh slice untuk tumis)
air asam jawa
2 biji tomato
6-8 atau lebih pun tak per bendi
garam secukupnya

cara buat:
1. basuh ikan dengan limau untuk hilangkan hanyir. kemudian masukkan dalam satu bekas(besen atau mangkuk besar) dan masukkan air asam jawa menutupi ikan2 tersebut.org kata sampai tengelam ler ikan tu.masukkan garam sket dalamnya.
2. tumis bwang yang di slice tadi bersama daun kari. kemudian masukkan serbuk kari yang di blend tadi. masak sampai pecah minyak.
3. masukkan ikan dan air asam jawa tadi. biarkan hingga mendidih. dah agak masak masukkan garam, tomato dan bendi tadi. bagi mendidih lagi sekali atau dua kali. dah siap.

senang jer buatnyer. tapi lain org masak walupun resepi sama kadang tak sama pun rasanya. dah lama sebenarnya aku tak buat kari kepala ikan ni.tetiba lak time mngandung tergedik-gedik nak buat. haha...k la selamat menjamu mata ngan gambar kari kepala ikan tu yer.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

HASIL TANAMAN ANGGUR KALI KE EMPAT DAN SOKSEK SOK SEK

 Assalamualaikum. lama menyepi kan. dah bersawang dah. tulis blog ni sekadar suka2 je. jadi dah bersawang tak post n tak buka langsung😆. pa...