20 Mac 2012

suatu kepastian.....

setiap yang hidup pasti akan pergi. itu hakikat yang tak dapat kita sangkalkan. yang pergi tak mungkin kembali. sedalam mana pun sayang kita padanya, Tuhan lebih dalam lagi sayang kat dia. yang hidup kena teruskan hidup. 17.3.2012 ayah akhirnya menyusul emak selepas 2 tahun mak pergi. alhamdulillah Tuhan permudahkan pemergian ayah tapi hanya aku jer tak sempat menatap arwah buat kali terakhir. apapun aku tetap redha dengan pemergian arwah. tak sempat bagi ayah makan kari kepala ikan yang arwah mak suka masak dulu. baru ajer plan balik tuk cuti bersalin nak masak-masak makan ngan ayah. tak dapat rupanya.

arwah ayah pun tak sempat nak tgk cucu baru dia yang bakal keluar next month. si kecik tak sempat nak tgk atuk dia, just selalu dengar cerita dari ummi ajer. kali terakhir sempat tgk ayah masa hari bertunang adik. patut ler dia asyik pandang jer aku n my hubby rupanya itu yang terakhir. hajat terakhir dia nak jumpa aku sebelum pergi tak kesampaian. al fatihah buat ayah dan mak. semoga mereka tenang disana dan bersama org2 yang beriman. Amin..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

HASIL TANAMAN ANGGUR KALI KE EMPAT DAN SOKSEK SOK SEK

 Assalamualaikum. lama menyepi kan. dah bersawang dah. tulis blog ni sekadar suka2 je. jadi dah bersawang tak post n tak buka langsung😆. pa...