24 Disember 2019

Roti Roll-up wrap jenama gardenia

You allsss...gardenia dah ada roti roll-up wrap sendiri. Siapa yang suka bungkus membungkus dalam wrap ni hah boleh le beli.teman pun baru smlm perasan. Sng kan boleh jadikan pelbagai menu. Harga tak mahal pun dlm rm 4.90 ada 5 pieces.sedap roti dia dah try.lagi stu bnda yg kita risau mcamana nak simpan lepas buka kan?nak makan satu atau dua jer.jgn risau dia ada pelekat yg boleh pelekat semula bila kita dah buka.
htag: belilah barangan buatan tempatan and dijamin halal. Jom tgk aa aku dah buat dgn roti ni.

Yezaaaa..teman buat chicken grill roll. Sebenarnya boleh pelbagaikan pun, blh letak chicken fingers ker, daging grill ke, telur ker terpulang kepada tekak masing2. Sos plak aku letak mayonis yg dicampur dgn cili sos,black pepper n white pepper sket. Utk salad plak aku guna lollo verde lettuce, romaine lettuce, carrot n tomato.

23 Disember 2019

Birthday nayli...

Almost terlupa pasal birthday my princess. Kebetulan pulak besday dia kmi buat makan sket semperna masuk rumah baru juga.jemput kwn2 yg rapat n jiran2 dekat..nak dijadikan crita ummi dia x sempat buat kek n nasib dia baik ateh dia tlg buatkan.kek princess.jom layan..


Happy betul dia dapat kek tu tapi waktu ni dia kurang sihat.jadi ulser dlm mulut smpai nak makan pun xda selera

Alhamdullah akhirnya dpat duduk rumah sendiri. Nk hias mcamna pun dah x kisah sb umah kita kan. Bagi anak muda, bru keja tu cari la aset dulu.aset sangat penting jangan kereta mewah bkn main tapi dok rumah sewa je.jangan dik non rugi.ada rasa menyesal juga sb lambat beli rumah.ni smpai pencen bayor ni😂.
Ni la hiasan simple rmh kmi syurga kami.belon tu masa smbut besday izzat.
Depan rumah..time ni bnga ros aku galak berbunga.meriah betul dik non. Sebenarnya dpat cucuk tanam, tanam bnga dpat hilangkan stress juga.salah satu cara terapi.
Blkg rmh plak aku tanam serai,daun pandan,daun kesum, daun kemangi n ada dua tga pokok tomato n cili semua dlm pasu.almaklumlah xda tanah
 Bnga ros unggu
Tema nayli masa birthday.

Keow teow goreng thai ala me

Assalamualaikum.yezzzaaaa, kenapa dgn tajuk tu.😂 sebabnya aku masak ala thai tapi versi sendiri base on bahan yang ada kat rumah.

 Jom kita layan menu:

Bahan utk 1 portion:
Keow teow
3-5 ekor Udang atau suka hati nak letak apa.ikut suka
Blend: seulas atau 2 ulas bwg ptih, 2 biji bwg merah, 1/2 biji bwg besar, 1 biji cili besar dan 1 biji cili kecik-kalau nak pedas lagi blh tambah cili
Sedikit air limau nipis
Satu sudu sos tiram, kicap cair
Kalau nak letak sos ikan pun blh.aku x letak sb xda kat rmh
Sayur -ikut suka, blh letak sawi, kucai 
1 biji telur

Cara:
1.tumis bhan blend.bagi betul2 masak.
2.masukkan udang , sayur-klau letak kucai masukkan last sekali.
3.masukkan keow teow dan sos tiram n kicap cair. Adjust rasa x cukjp masin letak garam.tapi kalau guna sos ikan, xyah letak grm pun xpa sb dah masin
4. Kacau sebati n bagi masak.pecahkan telur masuk. Lepas tu letak tauge n kucai kalau ada. Kacau n last sekali letak air limau nipis sket. Kacau sebati.
5.dah siap blh hidang tabur kacang tanah crush.aku guna yg segera.aku tumbuk je sket. Tabur daun ketumbar sket. Yummy..then kalau suka blh perah limau sket.


Selamat mencuba




18 Disember 2019

Aktiviti anak...izzat

Assalamualaikum.hari tu teman kata nk share apa lagi aktiviti yg teman buat dengan my little caliph izzat.dlu izzat ni si kakaknya duduk dgn arwah atoknya n adik ipar ku kat kg.my mil waktu tu mintak kakaknya duduk sana sb dia pikir susah aku nak hndle sorang2 ank sb aku n suami pjj. Mmg org kata tiap yg jadi ada hikmah. izzat mmg kerap sakit. Agak teruk sampai pernah warded.dugaan every hujung tahun ja macam2 skitnya. Kalau la waktu tu nayli pun duduk dgn teman mmg jenuh juga teman nak urus. Allah lebih mengetahui waktu tu apa yg kita perlu and terbaik.

Ok berbalik ke izzat, bila dia 4 tahun still ada masalah utk ckp atau mintak something yg ada hnya bahasa jepunnya yg aku kadang x faham.bila si kakak dah umur 5 tahun aku amik duduk dgn aku n alhamdulillah sedikit sebanyak nayli juga membantu dalam perkembngan adiknya. Adik mula berinteraksi, ada sket2 word.belajar bergaul.

Mmg agak susah hati waktu tu.tapi kami cuba juga bercakap selalu dgn izzat.bagi arahan, buat simple thing. Dlm masa umur 4 tahun aku ajar dia utk pegi toilet,kencing kat toilet. Potty train aku start sabtu ahad sb time lain aku keja....walauoun kdg dia buat tak tau masa aku cakap tapi sebenarnya dia bagi perhatian dlm cara dia.ini yg sangat aku x sangka.aku pesan,adik, kalau nak kencing buka seluar masuk toilet yer kencing.jgn lupa basuh....

Nak jadi crita,..mmg dia buat sb wktu tu aku dgr pintu toilet terbuka.cara adik n kakak buka pintu toilet x sama.so aku hendap jenguk dia duduk kencing n amik air basuh kencing dia. Waktu tu mmg rasa nak melelh air mata. Means kita rasa dia x pay attn masa kita cakap tapi sebenarnya dia tahu apa yg kita  ckp. Lepas dia settle so aku pun tunjukkan diri n puji dia sambil tepuk tangan n si kakak pun join sekali.sengih2 dia dan percaya tak dua hari ja aku train dia n lepas tu xda pampers.cuma masa train tu sekali ke dua kali gtu terlepas. Lepas tu mlm pun x pakai pampers dah.sblm tdo bw dlu pi toilet.

Sebenarnya kita rasa bnda kecil kita buat x bagi makna kat anak tapi sebenarnya bnda kecik tu la bagi impak besar kat anak.

Ni salah satu aktiviti kami.main warna, warnakan huruf tu n tekap dekat kertas lukisan.so smbil2 tu mulut izzat akan sebut a stand for, ayam ke, apple ker.atau dia akan nyanyi tapi kita kena join sekali sebuat n menyanyi dgn dia.jadikan diri kita bdk2 juga..at the sme time tanya dia jenis warna juga.

Lukis n hias n tampal kat dinding.tu pun aktiviti kami juga.
Bw jalan2 tgk alam.mcm rmh mertua aku ada swah padi so petang atau pagi kitaorg akan bw dia naik mtr atau jalan2 sambil tunjuk apa ada kat sekeliling dia.biar la dai sentuh tanah pkok batu....
Ok....setakat ni,nnti aku share lagi.

Kari ikan siakap dgn daun kemangi...

Asaalamualaikum...alohaaa...hari ni nak share satu lagi resepi yang aku suka. Resepi guna daun kemangi...blh juga ganti dgn daun mamam..aku sebut daun kemangi n maman ni tah ada org kenal ke idak.hahahha...daun kemangi selalu kita buat ulam.rasa dia wangi herba n pedas2 skwt.jgn tersalah org suka confius daun kemangi n daun selasih sb lebih kurang sama. Daun mamam selalu org akan buat jeruk.
Arwah mak aku suka masak emak ikan letak daun kemangi.bau dia sangat sedap n wangiiiii. Jom layan resepi aku. Kari ikn tanpa santan...

Bahan :
2 ketul isi ikan siakap-aku masak makn sorang je sb tu dua ketul😂 rendam dalam air asam jawa 1 1/2cwn.letak garam sket
1 labu bwg besar.- blh lebihkan utk bagi pekat kuah sb x guna santan
3 ulas bwg merah n bwg putih-slice/racik halus
2-3 sdu besar serbuk kari
Daun kari.
Bendi, tomato blh 4, daun kemangi
Cara:
1. Blend bwg besar n serbuk kari.
2. Letak myk tumis bawang merah, daun kari n bwg putih.sapa suka letak kulit kayu manis, bnga lawang bagai blh letak tapi aku x suka so tak letak
3.dah naik bau, masukkan serbuk kari.masak hingga pecah myk.
4. Dah pecah myk masukkan ikan bersama air asam jawa tadi.bagi.mendidih sekejap then masukkan sayur2 nya.perasakan.addjust rasa.dah masak semua ok tutup api.
Aku x guna santan tapi kari pekat sb kita blend bawang besar.manis ikan n bawang bergabung jadi sedap.

Simple kan masak ni.sapa pun blh masak.xda alasan wehhh. Jom tgk gmbar kari aku.

Selamat mencuba...

My little caliph besday.......

Assaalamualaikum. ..
Ada apa dgn tajuk tu.???? Hehe..mmg ada cerita.tapi walaupun crita tu dah basi teman tetap nk update juga dalam ni.
Sedar x sedar izzat dah pun umur 6 tahun. Cepat masa berlalu rasa macam bru semalam jer mengandung n beranak😂.
My izzat,alhamdulillah..dulu aku risau x ckp tapi dah pandai mengusik n lawan cakap..adoiiii.apapun alhamdulillah berkat cikgu herlina kat school and aktiviti yg kdg aku sempat buat kat rumah bnyak membantu. Bila sempat rakam aktiviti dia, aku akan gunakan itu utk tunjuk dkt dr masa buat terapi n checkup. Kerana itu juga izzat dapat discharge speech theraphy.
Syukur sangat dapat cikgu yg sangat bagus macam cikgu herlina. Dari izzat x fokus kat school dia blh fokus.


 Brownies kek yg aku buat sendiri hias dgn butter cream topping. Buat last minit sb pagi tu juga anak2 ikut maksedara dia balik kg.
Gelagat izzat, nayli bersama sepupu
Kek brownies ni mmg guna resepi yg selalu aku buat tu.blh cari dkt blog dayang jack.anak2 aku suka resepi ni.lagi satu resepi kek feberet si kakak plak, carrot kek resrpi dlm blog en mat gebu, tiffin biru. Basic kek butter yg blh dimodified utk buat kek lain juag.aku pernh guna resepi yg sama utk buat apple cake.letak palk dgn krim cheese.adoi sedap wehhhhh.
Doa aku buat izzat,semoga jadi anak yg soleh, dapat bercakap dgn lebih lancar, kurangkan keaktifan mu nak.tak terkejor ummi kamu.

17 Disember 2019

Jom memasak...tomyam..

Assalamualaikum....jom masak...haha..so apa kaitan dgn tajuk tu. Gini, sebenarnya masak tu mudah jer.main campak2 kadang jadi je.sedap x sedap kdg bukan isu pun.rajin dengan tak rajin jer sebenarnya.  X sedap blh adjust. Ank dara sekarang kena pandai masak, kena rajin mengemas rumah jgn hanya tahu nak melawa ajer. Kat luar ala2 model sekali rumah bersepah.makn x basuh, baju x basuh.satu rumah bau masam...jgn gtu dik non. Rajin2 la sket. Jgn jadi pemalas. Rumah bersih,hati pun bersih inshaallah kesihatan pun akan baik ajer.   Jom ari ni kita nak share masak tomyam.puas juga aku mengoogle nak dpt tomyam yg kena kak tekak aku ni.selalu masak tomyam biasa2ja tapi kali ni aku nk yg ada kick sket. Jom kita tgk apa bhn...aku suka campak2 ja so takde sukat menyukat.agak2 jela kome.aku plak mmg suka try n error.kalau sedap bonus, kurang sedap blh try buat n adjust lagi.

 
tomyam seafood.....walllah.jom tgk bahan2 tomyam seafood teman: 
 Bhn lauk: 
Udang, lala, sepotong ikan siakap -korang boleh letak je apa bahan yang korang suka.aku sb itu je ada kat umah😂
Bhn lain .:
 Sebatang serai ketuk
Halia sket- ketuk
Bawang besor-ptg le empat atau 6
Lengkuas-ketuk
Daun limau purut, daun ketumbar
Pes asam jawa setengah sudu kecik
Paste tomyam 3 sudu besar
Air dalam 2-3 cwn
Tomato belah 4
Carrot
Dan sayur yang korang nak letak

Cara: 
1. Didihkan air letak bahan ketuk tadi n daun purut sket.daun tu separuh blh letak masak letak sayur nanti
2. Dah mendidih masukkan pes tomyam n pes asam jawa.bior didih.
3. Masukkan ikan n sayur.biar sekejap dlm 5 minit.masuk udang n lala.bior didih kejp tutup api. Jangan lupa letak garam ye.cukup rasa sket Lepas tu kome tabur la daun ketumbar.kalau x cukup masam bagi sapa suka masam boleh le perah limau nipis.

Ada setengah yg suka lagi.pekat depa akan blend tomato masuk tapi bagi aku yg ni dah ok. Tapi tengok juga jenis paste korang guna.kalau nak pedas boleh tambah cili padi ketuk.aku punya paste dah mmg pedas. Selamat mencuba.


HASIL TANAMAN ANGGUR KALI KE EMPAT DAN SOKSEK SOK SEK

 Assalamualaikum. lama menyepi kan. dah bersawang dah. tulis blog ni sekadar suka2 je. jadi dah bersawang tak post n tak buka langsung😆. pa...