30 Januari 2012

engagement adik

23/1/2012 tarikh tunang adik aku.ni ler antara gambar yang nak dikongsikan. ader lagi tapi masuk sket ajer la yer.

tempat sarung cincin just simple ajer. guna pakai apa yang ader jer la.

percaya tak? haha aku kan langsung tak pernah terpikir kena buat bunga sirih untuk orang. ni ler percubaan pertama atas permintaan adik aku sambil dibantu suami n mak mertua n ipar aku. hehehe... ok tak?dah ler kedai byk tutup sebab chinese new year. susah tul nak cari buah n bunga.
ni ler antara hantaran belah perempuan kepada lelaki. 7-5

ni lak hantaran belah lelaki kepada perempuan

lolipop bentuk love. honestly takder idea. adik aku ler punya pasal.konon nak buat jambak bunga ler apa. last2 aku gak kena pikir n buat.

haha yang ni kelakar. siap dekat kertas bungkusan tu ader tuli RM0.20. puas aku dok adjust tuk cover harga.
ni lak gula2 mentos plus fruit plus.

hah ni adik aku yang buat tapi hias semua teman ler. dia just buat bentuk ajer.

hmmm selesai satu bab.lepas ni pikir pasal kenduri kawin dia lak.apapun dugaan bertunang ni banyak hope takder la cepat melatah. thanks to my hubby yang bnyk membantu on that day.



04 Januari 2012

just for sharing..

sekadar berkongsi gambar. tak sempat nak masuk sebelum ni.ni baru sempat nak masuk.

hah per cerita ngan kek ni. adik my hubby der mintak buat kek so hubby aku lak ckp last minute suh buat. esok tu dia dah nak balik kg dah. bertungkus lumus ler kami bertiga (aku, hbby n adik) mengadap buat kek ni haaa. tapi yang bagi kat my hubby full choc. yang ni tuk makan kat umah jer. blueberry+walnut buttercake di pipe choc kat atasnya.hehe..rasa dia adik aku kata ok. aku lak kata tak ok.sejak duk cenggini deria aku kurang sensitif. huhu

yang ni lak sesaja ajak adik aku makan cenggini.ala western gitu. chicken grill dengan blackpepper sos yang diletak mushroom. coleslaw yang kubisnya dipotong besar oleh adik aku.hahaha..pastu buat kentang wedges. ayam pun adik aku yang grill.jadi dried sket. takper dia kan budak baru belajar. aku maafkan..

ni pulak kari udang yang diletak terung n tomato. bila buat pekat sedap jugak.

angry bird kek. ari jadi auni safiyah. akak aku ckp ni jer yang ada keknya.comel pulak.hahaha..ank sedara aku sorang tuh memang minat angry bird. dia ni perkembangan semasa tau ajer. tak padan ngan kecik.

kek velvet for my hubby. tempah jer sebab tak sempat nak buat. suprise untuk dia mengantikan birthday dia ari tu. time aku nak sambut besday dia sekali aku demam teruk sampai kena masuk wad. orang raya kat umah aku raya kat wad. cian my hubby. jadi tukang masak tuk wife dia. makanan kat hospital tak best. sup ajer.huhuhu..lagi ler aku rasa tak sihat


hah susah nak jumpa buah ceri fresh kan. aku berkenan tgk so snap ler gambar. kakak opis aku bawa. tah mana dia beli tah.sedap sangat. manis ajer.

kenduri kawin adik sepupu..

hmmm lama bebenor teman tak mencoret satu dua tiga kata kat sini yer. maklumlah banyak keja yang memerlukan komitmen yang melampau. hahaha..memang bnyk sampai aku pun naik pening dah camne nak settlekan semuanya. bila gi buat keja luar keja kat opis bertambah lagi. yang sedia ada pun tak sempat nak siapkan. aduhai keja2...dalam kesibukan keja tu semapt jugak penuhi undangan perkahwinan my cousin. aku tak dapat balik kenduri kat kg memandangkan cuti dah takder dan keadaan aku yang tak berapa nak sihat so aku pegi yang dekat ajer. kenduri sebelah lelaki kat gombak. alhamdulillah selesai satu bab kan.




sesi merenjis. hahaha.. renjis jangan tak renjis..

ni sesi beramah mesra. aku pun tak pernah tgk suami adik sepupu aku yang tua setahun dari aku ni. tggk pun kat fb jer so hari tu semua berkenalan. maklumlah sejak arwah mak takder, kampung memang jarang dijengah. bukan tak rindu, rindu sangat tapi keadaan tidak mengizinkan. kami semua berkumpul kat citu ajer. kakak aku pulak wakilkan suami n anak2 dia jer sebab kena gi kursus. aku lak suami dah balik sebelum tu lagi sebab dah abis cuti so aku pegi ngan adik n bakal adik ipar serta abg ipar n ank2 sedara ku jer. kakak aku yang sorang lagi kitaorg jumpa kat kenduri tu jer


ni gambar lum ready dah di snap. hahaha tgk ler aku gelak tuh. melampau tul. nanti bertambah tembam pipi aku asyik gelak jer.


penat betul hari tuh. lepas antar abg ipar aku balik bandar putera, balik ker sebab pastu tu diaorg join kitaorg singah pulak di sungai buluh bersama-sama kakak aku yang baru balik dari kursus tu. cempedak goreng hidangan petang tuh. sedap sangat tapi pastu angin satu badan. malam tu akak aku kat sg buluh tu masak lomak pucuk ubi, gorng ikan bilis, sambal belacan. alahai sdapnya sampai bertambah. biar menu simple tapi menyelerakan cenggitu.

30 November 2011

bengkel di pantai morib

jumaat hingga ahad baru2 ni kitaorg satu jabatan pegi bengkel kat hotel impian morib banting. huhu penat sangat sebab jadual really pack. balik tu aku kena gi check up sekali hb turun lagi. ye la mana sempat nak makan benda yang bagi tambah darah kat sana kan. makan jer ape yang ada.hehe...kat sini aku sertakan gambar2 yang sempat snap.

hah ni pantainya. memang tak leh mandi. macam laut dalam jer aku tengok. seram betul


hah ni ler gambar chalet tempat kami inap. ok ler.aku suka deco nya.cantik.hehehe...leh ker buat umah ala gini.

hah ni gambar dalam bilik. boleh muat 3 orang.



ni gambar candid abg ayien amik. suka tgk gambar ni


ni dalam bengkel

hah yang ni lak lepas gian memasing. maklumlah jadual pack. mana sempat nak terjun kat kolam ni.ni baru balik dari riadah pagi n lepas breakfast. nak balik chalet memaasing tuk tukar baju. program start 8.30.

huhu bagi aku jauh nyer ler perjalan ker sana. mungkin rasa jauh sebab bas terpaksa bawa slow sebab ujan lebat.sesapa yang nak bawa family tenangkan fikiran boleh la

15 November 2011

choux paste....


sebenarnya dah lama aku tak buat choux paste ni. ari sabtu tu tgh tahap kebosanan yang maksima aku pun ajak ler adik aku buat. lama tak buat ingat tak jadik tapi menjadik jugak. dapat ler bagi kat jiran sebelah umah sket. creamnya aku just suh adik aku buat butter cream jer. tak sempat beli custard. resepi nanti aku postkan. tertinggal kat umah lak.

14 November 2011

nasi goreng peria dan ikan masin

orang tak suka makan peria sebab pahit. memula dulu pun aku tak boleh nak terima tapi bila aku dah cuba sekali aku terus ajer suka.hah kali ni aku buat resepi nasi goreng letak peria dan kailan. kat bawah ni resepi.

bahan-bahan

1 cwn atau lebih sikit nasi yang dah dimasak
1 ketul kecil ikan masin - dalam 3-4 cm atau terpulang- dipotong halus
2-3 biji bawang putih- chop / potong dadu
1/2 biji bawang besar-chop / potong dadu
1 atau 1/2 biji peria- slice halus
1 batang kailan- potong macam biasa

cara buat:

1. masukkan minyak dan goreng ikan masin dahulu. bila dah agak garing masukkan bawang. tumis hingga naik bau.
2. kemudian masukkan peria dahulu bagi masak sket dan lepas tu masuk kailan. letak perasa kalau nak. masukkan nasi dan gaul sebati. dah masak leh hidang.

mudah jer resepi ni. senang jer nak buat. peria kan bagus tuk kesihatan. tak caya. hah cari ler maklumat kat internet pasal peria. sedapnyaaaaaa...kalau korang nak pedas leh ler potong cili padi masukkan masa tumis bawang tu...

hasil berkebun...


hah ni ler hasil tanaman di belakang umah aku. korang tgk ler bendi tu. besar tak. aku sendiri pun terkejut. hah kacang panjang tu pulak panjang semacam ajer. aku ngan adik pun pelik pandang. berbudi pada tanah tak rugi pun. aku lupa lak nak tangkap gambar pokok kacang sirih atau orang panggil kacang botol. yang tu buahnya hari2 dapat dipetik. banyak sangat sampai aku sedekah kat kengkawan ajer. tak termakan pun. aku tgh tunggu pokok betik, mempelam n pokok tembikai aku berbuah pulak. tah jadik ker tak. hehe...

07 Oktober 2011

raya....

cucu2 dan tok wannya(ayah aku ler)


ni posing sebelum kumpul ramai2 tuk salam.


hah ni gambar lepas salam. kurang meriah sket berbanding tahun sebelumnya sebab kali ni beraya kat umah kakak yang jaga ayah tu. aku pun beraya tanpa suami sebabnya pagi raya baru dia blik keja.so tido dulu n then petang baru datang kat aku.so takder la gambar berdua sebab lama punya pasal tunggu, aku pun dah bersalin baju.hehehehe
ni lak si akif yang ngada dan ibunya. hehe ari tu asyik nak menepek jer kat ibunya. raya yang tak meriah sebab aku tak sihat. tak leh beria2 jalan.huhuhuhu

22 September 2011

aku...


lama betul aku tak tulis apa2 kat sini kan. cuti raya, terus aku cuti jugak menulis. bukan takder benda nak post tapi keadaan keja yang banyak dan keadaan kesihatan yang tak menentu. so mood pun takder jugak. huhuhu...napa keadaan tak menentu?. hehehehe..biasa ler. alahan bakal-bakal ibu ni, macam2 keadaannya....ada gambar raya n some menu yang nak dikongsikan nanti, just wait.hahahaha...
aku skang ni rajin berkebun. kat mana? laman yang sekankang kera kat blkg umah sewa tu ler. seronok bila tgk berbuah dah. kacang botol dah berapa kali berbuah. sejak adik aku dtg hari2 tu ler ulam dia. hehe..pokok kacang panjang pun dah berbuah. semalam dah dijadikan ulam. best2..sejuk mata memandang pokok2 sayur aku tuh. yang sedih lak pokok tomato. naik cantik n gemuk jer tapi pucuknya asyik hilang. ari tu dah naik putik, tapi tu pun tak lama. binatang aper tah yang makan.sedih
bunga daisy lak masuk ni dah 3 kali dia berbunga. wah suka sangat aku.kebetulan adik aku dtg, so lagi meriah ler kitaorg berkebun. skang ni nak cari benih pokok2 lain lak. tgh pikir. kat tnh sekecik tu siap ada pokok pelam, betik, nenas, daun pandan, serai, kunyit, daun kelsum, cili, kacang panjang n kacang botol. bestnya berbudi pada tanah ni....

26 Ogos 2011

menu ringkas di bulan ramadhan

hmm bingung memikirkan menu apa untuk berbuka. makan sensorang kadang bosan jugak. bukak peti ais. hmm ada udang, siakap dan ayam.hmmm akhirnya aku terpikir benda yang simple ni. siakap goreng, sambal kicap dan sup sayur. ok gak kan.hehe.hah ni nak kongsi jer gambar menu aku tu. tak per kan.haha..


siakap goreng. potong dua jer. kalau sekor tak abis lak nanti. time puasa bukan makan bnyk pun aku ni

sup sayur

sambal kicap.nak sedap perah limau sket. yummyyyy..


berbuka aper?


berbuka aper? kekadang bila masak sendiri ni tak der idea dah nak masak aper kan. kalau dah penat balik keja tu, bila dah malas sangat masak simple cenggini pun best dah.sup daging dan air asam mana leh dipisahkan terutamanya orang utara. kalau tak buat air asam buat sambal kicap cicah ngan daging tu. pergh sedap.

sup daging

air asam.

bahan sup

daging- dipotong kecil
daun sup
ubi kentang- x nak letak pun tak per
serai-diketuk
sedikit halia- diketuk
3 gelas air

bahan tumis yang ditumbuk:

sedikit jintan manis dan putih
sedikit lada hitam
bunga lawang
kulit kayu manis

cara buat:

1. tumis bahan yang ditumbuk tadi, serai dan halia hingga naik bau. kemudian masukkan daging. biar sekejap untuk matikan air daging. kemudian masukkan air.
2. biarkan sehingga mendidih sebentar dan kemudian masukkan kentang. masak bagi empuk dan daging betul2 masak. masukkan daun sup dan perasa.

bahan untuk air asam: untuk dua hingga 4 org.

3-5 biji cili padi-potong macam biasa
1/2 biji bawang besar
1/2 biji tomato
sedikit asam jawa
belacan
garam
limau nipis
daun kesum-dipotng halus.ni tak nak masuk pun takper. tapi bagi org belah utara letak daun kesum tu dah biasa sangat

cara buat air asam senang jer. lenyek jer cili padi tu dengan sudu ker kalau nak pakai tangan picit pun boleh tapi kang pijar tangan.semua benda tu gaul bagi sebati dan akhir sekali perah air asam.


HASIL TANAMAN ANGGUR KALI KE EMPAT DAN SOKSEK SOK SEK

 Assalamualaikum. lama menyepi kan. dah bersawang dah. tulis blog ni sekadar suka2 je. jadi dah bersawang tak post n tak buka langsung😆. pa...