25 Mei 2010

hari ini, esok dan semalam......

hari ini adalah kenyataan. hari esok adalah impian. hari semalam adalah kenangan. usaha gigihmu hari ini akan menunaikan impianmu untuk hari esok. kenangan semalam tak perlu dikenang. tak perlu ditangisi perjalanan mu yang gagal semalam kerana hari ini hidup tetap perlu diteruskan. bangkitlah hari ini, sapulah airmatamu, ubati luka dan kecewa mu kerna hari esok masih banyak halangan dan ujian yang menanti. nun disana harapan mu masih tersisa untuk kau gapai. tersungkur kau hari ini, tak bermakna hari esok kau akan tersungkur lagi. bangkitlah dan mula atur langkah. sesungguhnya hidup ini tidak semudah abc. hidup perlukan pengorbanan. pengorbanan masa. impian dan harapan. hari esok adalah destinasi yang tidak kita ketahui apa yang akan ada.....

20 Mei 2010

Mutiara kata.....


'Kata-kata sebenarnya tidak mempunyai makna untuk menjelaskan perasaan. Manusia boleh membentuk seribu kata-kata tetapi kata-kata bukan bukti betapa unggulnya perasaan'

aku suka sangat ngan mutiara kata ni.hehe...kebetulan aku ternampak dekat papan kenyataan kat satu tempat tu.kalau teliti balik mendalam tul maknanya,....haha..tu bagi aku la. bagi korang tah ler. apapun aku tak kisah apa pendapat korang sb tiap org ada opinion sendiri. tu la kadang-kadang kita tak maksud kan pun dengan apa yang dikata tapi org kadang leh salah anggap. sebab tu la aku setuju bila dikatakan kata-kata tak menjelaskan perasaan. Kadang tiap org ni berbeza, mulut cakap lain tapi hati cakap lain. haha.....itu kan dah lumrah ek. jangan tertipu dan terpedaya sebab rambut manusia memang sama hitam tapi hati lain2.sukar untuk ditebak apa yang org lain fikirkan.hah ni der satu lagi mutiara kata..

'Kata-kata yang lembut dapat melembutkan hati yang keras daripada batu, tetapi kata-kata yang kasar dapat mengasarkan hati yang lembut seperti sutera'

bagi aku kan hati yang lembut pun leh jadi keras bila asyik kena tipu jer kan. Orang yang berhati lembut pun leh jadi dingin bila sering disakiti sebab tahap kesabaran tiap org ada batasannya.....hehe...bak kata aku la kan....Tuhan bagi akal, jadi renung2 kanlah. Tuhan bagi hati....nilai la dengan penuh keikhlasan, Tuhan bagi mata bukan setakat suh tgk jer..Fikirlah dengan akal yang panjang. Hidup ini pinjaman cuma.......

17 Mei 2010

kasih hingga akhirnya.....


this week aku kerap call kampung. keadaan ayah makin tidak memberansangkan. skang ni dia langsung tak leh jalan, selera makan juga takder. diorg cakap ayah nampak naif sangat2. ari tu dia meracau panggil arwah mak dia n arwah mak. sesungguhnya kitaorg tak sedap hati. nampak sangat ayah sangat menderita rindukan mak. aku takut rindunya akan membuatkan dia menyusul arwah mak. bukan nak prasangka buruk tapi......itulah hakikat yang kitaorg nampak. sesungguhnya aku tak pasti kuatkah lagi aku untuk terima ujian Tuhan ini. Kuatkah aku n adik nak hadapi kehilangan lagi.....sesungguhnya tahun 2010 adalah tahun kedukaan buat aku dan keluarga. begitu banyak dugaan yang menduga dan menguji kesabaran. aku nampak kuat tapi hakikatnya hati ku hancur dan luluh menerima semua ujian ini. aku rasa letih sesangat. hati dan minda bercelaru. Ya Allah...berikan lah aku ketenangan dan kekuatan hadapi mainan duniawi ini...berikanlah aku kekuatan untuk teruskan hidup.

11 Mei 2010

gelagat my family....



hmmm...saja jer nak share gambar aku ngan separuh dari anak2 sedara yang ader. ader lagi cuma gambar jer tak ingat mana tah aku letak. haha...saja2 buat tak ingat sebab malas nak cari. haha..malas lagi. tak baik sungguh perasaan malas tu kan. eiiii susah betul nak buang...

aktiviti masa bosan




hari sabtu lepas blaja keta aku n ana pergi k.l. saja2 jalan.haha.....window shopping jer. gambar kat ana. lum download lagi la tu. dah dowload nanti aku masukkan.hehe...
hari ahad lak konon nak gi susan buat baju. kain dah lama beli tapi tak lagi jadi baju. sekali bila dah pergi tutup daaa...bosan punya pasal kitaorg plan pegi proton city. jalan2 sambil tengok keindahan Tuhan. tu la antara gambar yang aku amik. gambar yang satu lagi tu gambar bangunan dekat pekan t.m.tah naper aku suka tgk tah. tu yang aku amik tu.hehe

resepi mudah..



hehe..ketiga-tiga masakan tu hasil air tangan aku. resepi mudah bagi orang bujang.
yang sup tu aku sendiri tak tau letak nama aper.kebetulan lak aku rasa bosan makan nasi so aku buat jer sup tu.cara dia mudah jer.nak tau ker? haha...tapi aku suka rasa combination ayam, sausage n sayur tu. rasa manis dia lain sangat.
yang kedua tu aku masak ayam dengan cendawan. ni tah tak ingat bila aku masak.firstly potong jer ayam tu ikut suka hati pastu marinate dengan garam, kunyit, cili blend sket n kicap. gaul bagi sebati.sementara tunggu bahan perap tu sebati hah potong ler apa benda yang korang nak masuk. cam aku aku potong bawang besar, potong tomato jadi wedges, cendawan carik-carikan jer, pastu slices ler cili merah ikut potongan korang. cara pertama masukkan minyak, pastu masuk ayam.masukkan serai yang diketuk. bagi dah nampak agak masak korang add ler garam sket lagi ker sb aku biasanya marinate bahan ni tak letak banyak garam.pastu lastly masuk ler sayur korang. siap hidang. aku ni style tak suka sayur terlalu masak.half cook pun dah kira ok.
yang ketiga tu aku masak semalam. hehe....udang tah ape nama tah. cara mudah gak.menu senang jer.....

10 Mei 2010

dugaan lagi.....

lepas satu, satu dugaan datang buat aku.kekadang rasa cam dah tak kuat nak hadapi. semalam ayah baru kuar hospital.huhu...aku faham keadaan ayah walaupun aku tak tahu aper yang bermain dihati dia.semalam adik ms bagitau yang keadaan ayah sama macam keadaan arwah mak masa mula2 dia sakit teruk dulu.hope dia tak der apa2.
akak aku ckp ayah susah nak tido n kadang tak tido. aku tau mesti dia asyik teringatkan arwah mak. memang dia tak cakap tapi aku tau dia rindukan mak aku macam kami jugak walaupun dia pernah ckap kita kena redha dengan aper yang jadi. setiap yang hidup pasti akan mati.lumrah nya memang senang untuk bercakap tapi kadang hati tak izinkan tuk mengiyakan apa yang dicakap. memang mudah menuturkan kata-kata tapi hati tak semestinya dapat menerima dan ikhlas menerima apa yang dicakapkan. kita mungkin dapat tutup kesedihan dengan pamerkan senyuman dan berlagak seolah-olah tiada apa yang berlaku tapi hati menangis kat dalam memang org tak nampak.

05 Mei 2010

the best actor for 2009/2010


haha.....kelakar pun ada, geram pun ader. aku der story baik nyer nak luahkan kat sini.ada la sorang kawan ni, kawan aku jugak tapi rasa macam tak nak ngaku kawan la pulak. haha.... kawan aku sorang ni, mak aiiii dia punya lakonan semua orang tertipu siot. pandai betul dia berlakon sampai orang tak tau dan tak leh agak ler perangai dia yang sebenarnya. nampak baik giler siot, selalu tolong orang and so on. rupa2nya apa yang dicakapkan semuanya penuh dengan penipuan. haha..teruk betul la org camni. bila leh kata ramai jugak yang tau real story semua bengang giler beb. nampak sangat tak jujur beb. eiiiii...apa motif ler aku pun tak tau.hehe....orang kan ngan kawan-kawan sendiri tak yah arrr tipu2. cakap arr terus terang takder arr kengkawan bengang. dia punya story yang dia kasi tau kat org lain baik punya. macam dia tu cukup bagus. yang tak tahan tu pretend macam tak der apa2 salah yang dia buat. konon2 macam apa yang dia buat tu tak salah la. aku till skang ni cam tak leh caya jer yag rupa dia sebenar cenggitu. salah didikan mak bapak dia ker. tapi aku rasa mak bapak dia ok kot. hehe...kalau korang sendiri pun mesti bengang. bila org tanya siap menafikan lagi.tu yang tak tahan tu. memang layak ler dia dapat anugerah best actor

04 Mei 2010

rindu ini


Saat kerinduan itu datang
Tanpa kusedar manik2 jernih ini gugur lagi
Bukan aku sengaja…
Tapi memang benar aku rindu
Saat wajahnya bermain di minda
Terkenang daku saat gurau senda
kekadang ku tak sedar gurauan ku agak kasar
kalut bila aku fikirkan balik
sudah ke berapa kali hatimu aku sakiti

ketika ini,
aku bagaikan terdengar2 suaramu
anakku jaga dirimu
jangan lupa solat
selalunya ayat itu yang selalu menjadi gurauan aku padamu
sebab ku tahu….acapkali kau akan ungkapkan kata2 yang sama
sesungguhnya aku rindu…..

saat hati kesedihan, menangis kejamnya dunia padaku
saat itu juga aku terkenangkanmu
makin sakit hati ini kurasa
rupanya makin aku sayang padamu tak sehebat sayang NYA padamu

lemah sungguh hati anakmu ini mak
menangis dan menangis tanpa henti
seolah2 dunia ini sudah berhenti berputar
kemana nak ku khabarkan rindu ini
pada siapa nak ku kongsikan kesedihan dan kepedihan hati ini

saat aku hilang cahaya….
Tetiba mindaku yang khilaf ini kembali berfikir
Kembali tersedar dari lamunan yang panjang
Aku tak seharusnya begini
Seharusnya aku kuat dan tabah seperti dulu
Seperti waktu kau ada disisi
Seharusnya aku tak goyah
Menerima dugaan dan tekanan sebegini
seharusnya aku tak menangis
bila kecewa dengan mainan duniawi
sebab aku yakin Dia sentiasa ada
Dia lebih mengerti dan mengetahui…..
Ya Allah terima kasih ………untuk segalanya…

my housemate wedding




1/4/2010- ni tarikh sal yang merangkap housemate aku kawin. hehe...akhirnya. suka tul aku tgk dia senyum masa wedding tu. aku pun tumpang gembira jugak. actually dia la org yang banyak aku luahkan masalah. dia je la tempat aku mengadu tapi skang dah tak boleh lagi. hehe..she already belong tu someone. so tak bagus la kan nak bebankan dia ngan masalah kita lagi. apapun aku doakan perkahwinan diorg berkekalan hingga akhir hayat diorg. aku sentiasa doakan yang terbaik buat kengkawan aku ni.

HASIL TANAMAN ANGGUR KALI KE EMPAT DAN SOKSEK SOK SEK

 Assalamualaikum. lama menyepi kan. dah bersawang dah. tulis blog ni sekadar suka2 je. jadi dah bersawang tak post n tak buka langsung😆. pa...