20 Mei 2010

Mutiara kata.....


'Kata-kata sebenarnya tidak mempunyai makna untuk menjelaskan perasaan. Manusia boleh membentuk seribu kata-kata tetapi kata-kata bukan bukti betapa unggulnya perasaan'

aku suka sangat ngan mutiara kata ni.hehe...kebetulan aku ternampak dekat papan kenyataan kat satu tempat tu.kalau teliti balik mendalam tul maknanya,....haha..tu bagi aku la. bagi korang tah ler. apapun aku tak kisah apa pendapat korang sb tiap org ada opinion sendiri. tu la kadang-kadang kita tak maksud kan pun dengan apa yang dikata tapi org kadang leh salah anggap. sebab tu la aku setuju bila dikatakan kata-kata tak menjelaskan perasaan. Kadang tiap org ni berbeza, mulut cakap lain tapi hati cakap lain. haha.....itu kan dah lumrah ek. jangan tertipu dan terpedaya sebab rambut manusia memang sama hitam tapi hati lain2.sukar untuk ditebak apa yang org lain fikirkan.hah ni der satu lagi mutiara kata..

'Kata-kata yang lembut dapat melembutkan hati yang keras daripada batu, tetapi kata-kata yang kasar dapat mengasarkan hati yang lembut seperti sutera'

bagi aku kan hati yang lembut pun leh jadi keras bila asyik kena tipu jer kan. Orang yang berhati lembut pun leh jadi dingin bila sering disakiti sebab tahap kesabaran tiap org ada batasannya.....hehe...bak kata aku la kan....Tuhan bagi akal, jadi renung2 kanlah. Tuhan bagi hati....nilai la dengan penuh keikhlasan, Tuhan bagi mata bukan setakat suh tgk jer..Fikirlah dengan akal yang panjang. Hidup ini pinjaman cuma.......

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

HASIL TANAMAN ANGGUR KALI KE EMPAT DAN SOKSEK SOK SEK

 Assalamualaikum. lama menyepi kan. dah bersawang dah. tulis blog ni sekadar suka2 je. jadi dah bersawang tak post n tak buka langsung😆. pa...