29 Februari 2012

mee kari...

As salam. bertemu lagi yer kita. actually lama gak aku tak masukkan gmabar yang aku masak n resepi kat sini.mee kari ohh mee kari. sebenarnya dah lama dah amik gambar mee kari ni haa. masa tu sebelum bercuti balik kg. kebetulan my hubby cuti seminggu n datang kat tm. sebenarnya dia nak makan mee bandung tapi aku kata per kata kita tukar masak mee kari pulak. asyik me bandung ajer kan. haha....tapi tuler.renyah sket ler. nak ready sayur-sayur dia lagi.

ni ler antara condiment mee kari tu haaa...ada fish ball, tauhu, fish cake, kerang, kubis celu n kacang panjang celur serta tauge n sawi celur.

hah ni yang diletak kuah. resepi sendiri yer. bakal adik ipar aku, adik aku n my hubby cakap sedap. tapi aku suka tgk org makan yang aku masak. rasa puas sangat.masalahnya resepi aku resepi secara cam[ak2 ajer.haha

ni resepi tuk buat kuah yer:

2 paket serbuk kari daging/ayam (ni kalau pakai yang kecik ler) kalau pek besar aku letak dalam 4-5 sudu besar ler.
ayam yang dipotong kecil2
dua sudu besar udang kering-blend atau tumbuk
2 nos bawang besar - 1 1/2 biji blend ngan serbuk kari. setengah lagi tu slice ajer tuk tumis
4-5 ulas bawang putih. hah yang ni pun sama jer ngan bwg merah tadi.
10-15 ekor udang-ni nak letak atau tak terpulang. ari tu suami aku suh masuk ajer.hehe
daun kari
1 kiub ayam
santan
garam secukupnya
air-secukupnya

cara buat:
1. tumis dulu bawang n daun kari hingga naik bau. masukkan udang kering .pastu masukkan kari tadi.masak hingga pecah minyak.
2. masukkan ayam.biarkan sebentar untuk matikan air ayam tu.pastu masukkan udang. masukkan kiub ayam sekali
3. Kemudian masukkan air dan santan . (biasanya aku masukkan santan cair dulu bagi yang lain betul2 masak baru masuk santan pekat.agak2 ler santannya jangan sampai pekat sgt pun tak sedap gak)
3. pastu letak ler garam secukup rasa.

hah aku ni bab resepi ni masalah sket sebab resepi aku main campak jer. jadi nak cerita kat org pun jadi susah sket.hahaha hentam ajer la. terpulang kepada anda lah nak masak camner pun kan yang penting jadik.setengah orang campak sekali jer fish ball n fish cake n kerang dalam tu tapi aku tak suka gitu. fish ball n fish cake tu aku celur ajer sama cam sayur lain. lain org lain citarasa kan.

16 Februari 2012

need a rest.....

aku perlukan rehat..?? sudah pasti. sekarang ni minda aku sakit, hati aku sakit, badan aku sakit, otak aku tak leh nak pikir dah. naper??? huhu bebanan keja yang melampau sampai tak termampu dah aku nak buat. tak terkejar semuanya. tangan dua jer, mata pun dua jer tapi keja bukan makin surut makin menambah ader la. ada yang berapa lama tertunggak sebab nak kejar yang urgent ajer. elok aku nak ngadap yang tertunggak, dtg lak benda lain sampai aku tak sempat memandang yang lama tertunggak. aduhai...mcmana nak siap ni.
skang ni tidur aku pun dah rasa tak berkualiti langsung.

14 Februari 2012

baby girl atau baby boy?????


hmmm sedar tak sedar dah minggu 30 aku ni haaa. baby girl atau baby boy? hehe...masih tiada jawapan. tak kisah la boy ke, girl ke yang penting sihat n sempurna sudah kan. pastu membesar jadi anak yang soleh n solehah sebagai penyejuk mata ummi dan abah. amin..itu doaku setiap hari. sungguh anak aku ni memang aktif. jgn lambat sket bangun tido, ader ler tukang kejutkan. memalam nak tido pun dia siap xcercise dulu. tak dapat la ummi dia tido dengan lenanya. ni aku tgh menaip pun dia turut sama bergerak.hehe...macam pelik ajer kan tetiba ada rasa benda bergerak dalam perut tetapi sebenarnya itulah keistimewaan jadi seorang ibu ni.

huhu sekarang rasa macam tak cukup tido ajer la. mana taknya keja kat opis pun bnyk sampai kepala pun sakit. kekadang tu sampai jadi blur disebabkan terlalu bnyk benda nak settle segera.

baby oh baby...barang baby baru sket jer beli. dalam sket pun 6 pasang baju jugak ler. hehe seronok tengok keterujaan my hubby shopping barang baby. nasib baik sempat ingatkan sket jer baju beli, baby cepat besar. so terpaksa ler buat pilihan betul2.

pengasuh oh pengasuh.. alhamdulillah aku dah dapat pengasuh for my baby. kalau tak bertambah pening kepala aku dok pikir pasal ni. nak antar taska aku takut. dengar macam2 kes sangat. alhamdulillah dipermudahkan segalanya. Terima kasih Tuhan.

makan dan makan lagi... sejak dah tak alah mengandung ni aku asyik makan ajer. puas hati betul. ye la time alah ari tu makan jer, keluar balik. rugi2 kalau gi makan kat kedai yang mahal2. hahaha...dulu selera makan pun takder. nasib baik sampai 5 bulan ajer. kalau sampai bersalin sakit jugak. dah ler dok sensorang. luckily my sis dah abis belajar and aku ajak dia temankan aku. kalau tidak tah ler apa jadi kat aku. tak terurus jugak ler kot. haha..thanks to my little sis. tukang masak, tukang rasa ( pernah kurang deria rasa jap masa dah masuk 5 bulan), tukang kemas n basuh baju. tapi takder la aku tak buat langsung keja2 yang disebutkan tu. time aku teruk sgt dia ler tukang back up.

orang asyik tanya aku baby girl ker boy. alahai tak nmpk ler pulak. dia pemalu macam abah dia. hahaha...tapi aku teruja jugak nak tau macam yang lain2 tukang tanya tu. tunggu my hubby balik cini nak ajak gi scan once again kat swasta. gi kerajaan asyik tak nmpk ajer.huhu...oklah guys. setakat ni jer perkongsian kali ni.sambung lain kali.

30 Januari 2012

engagement adik

23/1/2012 tarikh tunang adik aku.ni ler antara gambar yang nak dikongsikan. ader lagi tapi masuk sket ajer la yer.

tempat sarung cincin just simple ajer. guna pakai apa yang ader jer la.

percaya tak? haha aku kan langsung tak pernah terpikir kena buat bunga sirih untuk orang. ni ler percubaan pertama atas permintaan adik aku sambil dibantu suami n mak mertua n ipar aku. hehehe... ok tak?dah ler kedai byk tutup sebab chinese new year. susah tul nak cari buah n bunga.
ni ler antara hantaran belah perempuan kepada lelaki. 7-5

ni lak hantaran belah lelaki kepada perempuan

lolipop bentuk love. honestly takder idea. adik aku ler punya pasal.konon nak buat jambak bunga ler apa. last2 aku gak kena pikir n buat.

haha yang ni kelakar. siap dekat kertas bungkusan tu ader tuli RM0.20. puas aku dok adjust tuk cover harga.
ni lak gula2 mentos plus fruit plus.

hah ni adik aku yang buat tapi hias semua teman ler. dia just buat bentuk ajer.

hmmm selesai satu bab.lepas ni pikir pasal kenduri kawin dia lak.apapun dugaan bertunang ni banyak hope takder la cepat melatah. thanks to my hubby yang bnyk membantu on that day.



04 Januari 2012

just for sharing..

sekadar berkongsi gambar. tak sempat nak masuk sebelum ni.ni baru sempat nak masuk.

hah per cerita ngan kek ni. adik my hubby der mintak buat kek so hubby aku lak ckp last minute suh buat. esok tu dia dah nak balik kg dah. bertungkus lumus ler kami bertiga (aku, hbby n adik) mengadap buat kek ni haaa. tapi yang bagi kat my hubby full choc. yang ni tuk makan kat umah jer. blueberry+walnut buttercake di pipe choc kat atasnya.hehe..rasa dia adik aku kata ok. aku lak kata tak ok.sejak duk cenggini deria aku kurang sensitif. huhu

yang ni lak sesaja ajak adik aku makan cenggini.ala western gitu. chicken grill dengan blackpepper sos yang diletak mushroom. coleslaw yang kubisnya dipotong besar oleh adik aku.hahaha..pastu buat kentang wedges. ayam pun adik aku yang grill.jadi dried sket. takper dia kan budak baru belajar. aku maafkan..

ni pulak kari udang yang diletak terung n tomato. bila buat pekat sedap jugak.

angry bird kek. ari jadi auni safiyah. akak aku ckp ni jer yang ada keknya.comel pulak.hahaha..ank sedara aku sorang tuh memang minat angry bird. dia ni perkembangan semasa tau ajer. tak padan ngan kecik.

kek velvet for my hubby. tempah jer sebab tak sempat nak buat. suprise untuk dia mengantikan birthday dia ari tu. time aku nak sambut besday dia sekali aku demam teruk sampai kena masuk wad. orang raya kat umah aku raya kat wad. cian my hubby. jadi tukang masak tuk wife dia. makanan kat hospital tak best. sup ajer.huhuhu..lagi ler aku rasa tak sihat


hah susah nak jumpa buah ceri fresh kan. aku berkenan tgk so snap ler gambar. kakak opis aku bawa. tah mana dia beli tah.sedap sangat. manis ajer.

kenduri kawin adik sepupu..

hmmm lama bebenor teman tak mencoret satu dua tiga kata kat sini yer. maklumlah banyak keja yang memerlukan komitmen yang melampau. hahaha..memang bnyk sampai aku pun naik pening dah camne nak settlekan semuanya. bila gi buat keja luar keja kat opis bertambah lagi. yang sedia ada pun tak sempat nak siapkan. aduhai keja2...dalam kesibukan keja tu semapt jugak penuhi undangan perkahwinan my cousin. aku tak dapat balik kenduri kat kg memandangkan cuti dah takder dan keadaan aku yang tak berapa nak sihat so aku pegi yang dekat ajer. kenduri sebelah lelaki kat gombak. alhamdulillah selesai satu bab kan.




sesi merenjis. hahaha.. renjis jangan tak renjis..

ni sesi beramah mesra. aku pun tak pernah tgk suami adik sepupu aku yang tua setahun dari aku ni. tggk pun kat fb jer so hari tu semua berkenalan. maklumlah sejak arwah mak takder, kampung memang jarang dijengah. bukan tak rindu, rindu sangat tapi keadaan tidak mengizinkan. kami semua berkumpul kat citu ajer. kakak aku pulak wakilkan suami n anak2 dia jer sebab kena gi kursus. aku lak suami dah balik sebelum tu lagi sebab dah abis cuti so aku pegi ngan adik n bakal adik ipar serta abg ipar n ank2 sedara ku jer. kakak aku yang sorang lagi kitaorg jumpa kat kenduri tu jer


ni gambar lum ready dah di snap. hahaha tgk ler aku gelak tuh. melampau tul. nanti bertambah tembam pipi aku asyik gelak jer.


penat betul hari tuh. lepas antar abg ipar aku balik bandar putera, balik ker sebab pastu tu diaorg join kitaorg singah pulak di sungai buluh bersama-sama kakak aku yang baru balik dari kursus tu. cempedak goreng hidangan petang tuh. sedap sangat tapi pastu angin satu badan. malam tu akak aku kat sg buluh tu masak lomak pucuk ubi, gorng ikan bilis, sambal belacan. alahai sdapnya sampai bertambah. biar menu simple tapi menyelerakan cenggitu.

30 November 2011

bengkel di pantai morib

jumaat hingga ahad baru2 ni kitaorg satu jabatan pegi bengkel kat hotel impian morib banting. huhu penat sangat sebab jadual really pack. balik tu aku kena gi check up sekali hb turun lagi. ye la mana sempat nak makan benda yang bagi tambah darah kat sana kan. makan jer ape yang ada.hehe...kat sini aku sertakan gambar2 yang sempat snap.

hah ni pantainya. memang tak leh mandi. macam laut dalam jer aku tengok. seram betul


hah ni ler gambar chalet tempat kami inap. ok ler.aku suka deco nya.cantik.hehehe...leh ker buat umah ala gini.

hah ni gambar dalam bilik. boleh muat 3 orang.



ni gambar candid abg ayien amik. suka tgk gambar ni


ni dalam bengkel

hah yang ni lak lepas gian memasing. maklumlah jadual pack. mana sempat nak terjun kat kolam ni.ni baru balik dari riadah pagi n lepas breakfast. nak balik chalet memaasing tuk tukar baju. program start 8.30.

huhu bagi aku jauh nyer ler perjalan ker sana. mungkin rasa jauh sebab bas terpaksa bawa slow sebab ujan lebat.sesapa yang nak bawa family tenangkan fikiran boleh la

15 November 2011

choux paste....


sebenarnya dah lama aku tak buat choux paste ni. ari sabtu tu tgh tahap kebosanan yang maksima aku pun ajak ler adik aku buat. lama tak buat ingat tak jadik tapi menjadik jugak. dapat ler bagi kat jiran sebelah umah sket. creamnya aku just suh adik aku buat butter cream jer. tak sempat beli custard. resepi nanti aku postkan. tertinggal kat umah lak.

14 November 2011

nasi goreng peria dan ikan masin

orang tak suka makan peria sebab pahit. memula dulu pun aku tak boleh nak terima tapi bila aku dah cuba sekali aku terus ajer suka.hah kali ni aku buat resepi nasi goreng letak peria dan kailan. kat bawah ni resepi.

bahan-bahan

1 cwn atau lebih sikit nasi yang dah dimasak
1 ketul kecil ikan masin - dalam 3-4 cm atau terpulang- dipotong halus
2-3 biji bawang putih- chop / potong dadu
1/2 biji bawang besar-chop / potong dadu
1 atau 1/2 biji peria- slice halus
1 batang kailan- potong macam biasa

cara buat:

1. masukkan minyak dan goreng ikan masin dahulu. bila dah agak garing masukkan bawang. tumis hingga naik bau.
2. kemudian masukkan peria dahulu bagi masak sket dan lepas tu masuk kailan. letak perasa kalau nak. masukkan nasi dan gaul sebati. dah masak leh hidang.

mudah jer resepi ni. senang jer nak buat. peria kan bagus tuk kesihatan. tak caya. hah cari ler maklumat kat internet pasal peria. sedapnyaaaaaa...kalau korang nak pedas leh ler potong cili padi masukkan masa tumis bawang tu...

hasil berkebun...


hah ni ler hasil tanaman di belakang umah aku. korang tgk ler bendi tu. besar tak. aku sendiri pun terkejut. hah kacang panjang tu pulak panjang semacam ajer. aku ngan adik pun pelik pandang. berbudi pada tanah tak rugi pun. aku lupa lak nak tangkap gambar pokok kacang sirih atau orang panggil kacang botol. yang tu buahnya hari2 dapat dipetik. banyak sangat sampai aku sedekah kat kengkawan ajer. tak termakan pun. aku tgh tunggu pokok betik, mempelam n pokok tembikai aku berbuah pulak. tah jadik ker tak. hehe...

07 Oktober 2011

raya....

cucu2 dan tok wannya(ayah aku ler)


ni posing sebelum kumpul ramai2 tuk salam.


hah ni gambar lepas salam. kurang meriah sket berbanding tahun sebelumnya sebab kali ni beraya kat umah kakak yang jaga ayah tu. aku pun beraya tanpa suami sebabnya pagi raya baru dia blik keja.so tido dulu n then petang baru datang kat aku.so takder la gambar berdua sebab lama punya pasal tunggu, aku pun dah bersalin baju.hehehehe
ni lak si akif yang ngada dan ibunya. hehe ari tu asyik nak menepek jer kat ibunya. raya yang tak meriah sebab aku tak sihat. tak leh beria2 jalan.huhuhuhu

HASIL TANAMAN ANGGUR KALI KE EMPAT DAN SOKSEK SOK SEK

 Assalamualaikum. lama menyepi kan. dah bersawang dah. tulis blog ni sekadar suka2 je. jadi dah bersawang tak post n tak buka langsung😆. pa...